Home Made By Maya About Virtual World

little work for the virtual world..
 

Catalog Style Blogspot Template
Thursday, July 23, 2009
Posted on 1:51:17 AM | 48 Comments

download | demo

dah lama saya nak buat catalog style (gallery style?) template ni. samaada masa tak mengizinkan, ataupun otak yang tak mengizinkan. suka tau otak ni malas-malas nak fikir. ramai yang tanya pasal template katalog di kedai saya. yang itu saya buat sendiri. from scratch.. lagi senang sebenarnya kalau buat dari kertas putih.

sebab tu saya terfikir nak buat template macam tu untuk blogspot.

tak tau mana datang kuasa hari ni akhirnya dapat juga saya siapkan. mungkin juga sebab banyak kerja dah setel, jadi sel-sel otak sedang gembira menari-nari, makanya mereka menjalankan tugas dengan baik dan happy.

nampak. macam orang mab*k pulak saya menulis.

ok. contohnya ada di sini. macam biasa, saya buat yang paling simple dan warna boleh diubah-ubah mengunakan "font and colors" tools yang disediakan. tapi mungkin tak banyak pilihan sangat sebab ade bahagian otak yang malas nak fikir panjang.

ada sedikit beza kalau browse guna internet explorer dan firefox. minta maaf awal-awal, saya mungkin tak dapat nak tolong banyak, tapi pasti ada kawan-kawan diluar sana yang boleh tolong kawan-kawan lain kan...

harap ianya bermanfaat. let me know if you like it! ;-)

Blogspot Template, Not So I.T. | 48 Comments
 

RSS
Thursday, July 02, 2009
Posted on 9:45:00 AM | 6 Comments

untuk dapatkan blog update atau entry terkini dari satu-satu blog, kita perlu menggunakan RSS.

ada sesetengah blogspot dah hilang RSS URL pada maklumat pagenya. kadang-kadang ni disebabkan template yang dah menelan code tu. lapar sangat agaknya. :D

untuk dapatkan balik, ikut step ni:


  1. Pergi ke Layout --> Edit HTML
  2. Pastikan code yang berbackground kuning di atas ada di situ, dah terletak di bawah <head>.

    <b:include data='blog' name='all-head-content'/>

  3. Click pada Save Template

itu saja.
gud luck! :D

Tutorials, Blogspot Template | 6 Comments
 

blogspot template - 2 tabs with pastel colors
Sunday, June 14, 2009
Posted on 12:25:58 AM | 18 Comments

syok pulak tau saya godek-godek template ni. layan kan sajer lah...

download

kali ni saya buat bagi nampak tak serabut sangat, sebab cuma nampak 2 column saja dalam satu-satu masa. hasil yang live boleh tengok di satu lagi blog list saya, sementara saya belum bertukar template. tapi yang tu saya dah tambah lagi 2 tab. giler kuasa tau sampai 4 tab.

macam biasa, sebab template ni sangat simple, maka boleh juga tukar-tukar kaler pada tab "Font and Colors" kalau mahu.

ok. esok nak pi mandi sungai. good nite!

----

pesanan penaja:

err... boleh di modified sesuka hati ya. takpe.. nak buat apa-apa pun boleh. saya tak kisah. nak tambah itu ini pun buleh. nak buang itu ini pun boleh. nak tukar warna, nak letak background pun boleh.

cuma, use at your own risk yer.. hehehe...

tq semua!

Blogspot Template, Not So I.T. | 18 Comments
 

blogspot template - 3 columns pastel colors
Saturday, June 13, 2009
Posted on 1:26:48 PM | 7 Comments

saya guna blogspot untuk kurangkan bandwith web hosting saya untuk menyenaraikan bloglist yang saya ada. dan juga untuk mengurangkan masa menloading page saya.

sebab saya baru guna, maka saya bukanlah pakar pun dalam blogspot template ni.

tapi sebab ada yang tanya pasal 3 column template kat craftzone-my.blogspot.com yang sangat simple tu (ada gak yang kata pening dan berserabut, haha! no heart feeling ok), maka saya dengan rasa seronoknya, nak kongsi di sini.


download

boleh juga tukar-tukar kaler pada tab "Font and Colors" kalau mahu.

sebenarnya taklah canggih mana pun. tapi kadang tu orang kata, less is more. tak caya tengok rumah pakcik google. :D

happy weekend!

Blogspot Template, Not So I.T. | 7 Comments
 

tutorial - signature
Saturday, March 14, 2009
Posted on 4:05:48 PM | 23 Comments

ok, sini saya letakkan simple tutorial macammana nak buat signature dari wan. asalnya wan letak kat komen di sini.

Saya pulak guna paint jer... pada yg tadak PS buleh buat guna paint..

save signature, n jugak icon mana yg ada (image anak2 ke, atau icon yg disurf kat internet) , bukak guna paint file icon tu.. lepas tu under tab "edit" pilih paste from .. n then choose file signature sendiri (sebab kat PC saya tak lawa font dia)... paste jelah kat mana2 korang suka...

kalau file icon tu canvas dia kecik tak boleh tampal signature tu, besarkan width atau height under tab "image" pilih attributes... kecik or besar iamge tu boleh resize juga ... senang je buatlah, x sampai 5 minit siap

tumpang eh maya.. utk yg takde photoshop...

Ok ni baru buat utk odz

tumpang eh maya sebab saya tak de blog hehe


tq wan!

update: susah susah, pi je sini: http://www.mylivesignature.com/

dekat blog tu, pegi kat "setting".
lepas tu "formatting".
scroll down, bawah sekali jumpa "post template"
letak url image tu kat situ, formatnya: <img src="http://www.yourimagehost.com/signature.jpg>
nota: sila gantikan http://www.yourimagehost.com/signature.jpg dengan url image sebenar..

Tutorials | 23 Comments
 

this is sOoOoOoOoo fun
Thursday, January 15, 2009
Posted on 10:08:13 PM | 10 Comments

lamanya saya tak berscrapbook.. dulu saya sangat suka berscrapbook, boleh kate addicted, terutamanya masa saya terlantar nak bersalinkan melly dulu. tak ada apa nak buat, browse sana sini, download dan edit segala element yang didownload tu guna photoshop.

baru-baru ni saya dapat link dari fliffy yang sangat rajin berscrapbook sampai sekarang tu. kita dah tak perlu susah payah untuk berscrapbook lagi. segalanya ada di di sini. memang senang sangat. semua ada depan mata. dari background paper, ke segala jenis element.. bunga-bunga cinta.. alpha semua ada.. wording. banyak pilihan pulak tu.. tinggal tarik-tarik saja nak susun cemana.. layout yang dah sedia ada pun banyak. cantik-cantik lagi... tinggal masukkan gambar je...

haih!... apesal dulu-dulu takde camni? tak payah pening kepala nak susun cemana kan.. register free, & kite buleh simpan scrapbook yang kita buat tu kat situ.. so, buleh link saje dari mana-mana website ke situ.. nak download pun buleh..

try lah.. syok giler...
nak lagik best, hantarlah kat kedai gambar.. senang-senang je buleh buat sticker..

http://www.cropmom.com/

Graphic Tools, Resources | 10 Comments
 

creative-homebiz.com
Monday, July 14, 2008
Posted on 11:43:56 PM | 3 Comments

http://www.creative-homebiz.com/

ni kedai kak sheila. adalah dalam seminggu sudah siapnya. baru teringat nak upload kat sini. buleh tambah library i.t. err... sebenarnya nak tunggu barang masuk jugak. belum sempat kak sheila nak masukkan barang kot.

ok. sesape nak beli mesin jahit epal, silalah ke sini. macam-macam jenis mesin jahit ade. aku suka yang satu tu, yang buleh banyak benang tu kaler-kaler tu. tapi rege dia mak aii.. kot bukak kedai jahit berbaloi laa kot. takat suka-suka cam aku ni, hmmmmm.... ade yang kena ketuk pale nanti.. heh he...

Web Site, Not So I.T. | 3 Comments
 

Huge Dimension
Sunday, June 15, 2008
Posted on 12:47:21 PM | 0 Comments

http://www.hugedimension.com/

semalam dan hari ni siapkan website untuk kawan papa yang terlibat dalam pasaran animasi, produksi & multimedia.
ingat tak iklan yang pasal sorang makcik tanya arah jalan kat sepasang suami-isteri tu? yang diorang sombong, pas tu anak-anak diorang yang tunjukkan jalan tu? ha! yang tu lah.. :D

Web Site, Not So I.T. | 0 Comments
 

Surat Untuk Abang
Saturday, May 10, 2008
Posted on 5:32:11 PM | 7 Comments

Creadit to: ImagineByFran (cloud), EllieLash (ribbon), Gina Huff (flowers), Shabby Sheikh (plain paper), ShabbyPrincess (doodles), Jolynn (pattern paper)

Elman, Anak-anak Kita | 7 Comments
 

In Pink
Monday, May 05, 2008
Posted on 7:22:46 PM | 0 Comments

lama tak buat cam ni kan...
huhu.. saje refresh balik keje-keje mase takde keje..

anyway, ade forum untuk yg rajin berscrapbook ni, purely malaysian punye..
http://lovescrap.8.forumer.com/
for both paper & digi.. syok!!

Dahlia, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

{Newer Post} ..::.. {Older Post}
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved.