![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
little work for the virtual world.. |
||||||||||||||||||||
|
Kisah Saya
Salam Ramadhan
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan.
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Sedekahkan apa yang mereka perlu, bukan apa yang kita tidak mahu...
Wednesday, July 14, 2010 Posted on 8:38:52 AM | 14 Comments
diam-diam-diam tiba-tiba cerita baju raya pulak kan..
bukan warna asal haha! saya senang je bab raya-raya ni. baju raya pun beli siap je. elok pulak ada kakak ofis tahun ni bawak baju kurung siap untuk dijual. pilih-pilih-pilih yang mana saiz ok, amik jer lah.. senang. takyah fikir nak kaler apa. nak design cemana. nak cari tailor semua tu kan.... padahal memang dah tau orang dah takmau amik order.. takpe lah diorang nak raya gak kan.. lepas dah beli baru teringat ada selai kain bersulam untuk baju melly yang konon tahun ni nak buat sendiri tu, tapi kaler kuning cair. kekeke.. tak sama lah kita tahun ni dik. takpelah. pelangi yang cantik tu kan kan ada banyak warna..
Monday, June 28, 2010 Posted on 9:48:16 PM | 38 Comments
hehe.. kalau duit berkepuk memang heaven rasanya. tapi bila duit dah menyusut, terus rindu tanah tumpah darahku... ![]() ini kota bandung. kami sampai pukul 11 pagi waktu bandung. terus naik teksi ke hotel di dago. dago adalah di tengah-tengah kota bandung. tempat anak muda berpeleseran katanya. betul-betul di belakang hotel ada satu factory outlet. dan dalam lingkungan 1km, ada bermacam-macam lagi factory outlet. hah! kata nak shopping kan? amik! sampai hotel, check in satu bilik, sebab baru satu bilik yang ready dan kami terus ke rumah mode. ![]() kalau pernah ke bandung, rasanya tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi. ibu segala factory outlet. ramai betul orang kat situ. sesak sungguh rasanya. tapi hajat di hati tetap perlu dipenuhi. redah jer. ![]() ini hari kedua. pagi-pagi lagi pak supir sudah menunggu dengan innovanya. pukul 8 pagi kami dah bertolak. gambar diambil di puncak tangkuban parahu. jauh merenung ke seberang gunung teringatkan malaysia tanah air tercinta. wah gitu! hahaha! rombongan yang asalnya 10 orang sudah bertambah menjadi 3 kali ganda bila dicampur dengan peniaga-peniaga souvenir yang mengikut saja ke mana pun kita pergi. memujuk-mujuk dengan menurunkan harga sampai tak masuk akal pun iya. tapi sebab ramai sangat, satu pun saya tak beli. takut bila beli satu , ramai lagi yang hulur suruh beli. ![]() masih di tangkuban parahu. menyusur gerai-gerai yang tersusun di kiri dan kanan jalan. sesekali ada motor lalu. lagi-lagi bila motor naik bukit. sah-sah kena telan asap. souvenir memang cantik-cantik. tapi tempat ni agak mahal dibanding dengan tempat lain. ![]() balik dari tangkuban parahu, kami makan di area sogo paris van java. view cantik, makanannya pun sedap. sempat juga pusing keliling tengok-tengok keadaan yang cantik di situ. on the way masuk ke sogo untuk ganti pampers melly, sempat jeling-jeling, casing iphone murah tiga kali ganda dari sini tapi tak sempat nak tukar segala sebab takut lama. pun tak sempat nak masuk outlet-outlet kat situ, mengejar masa mahu ke pasar baru. saya suka tempat ni. open. cantik. ![]() yang paling ditunggu dan dinanti. naik giler ok? padahal kain baju kurung untuk saya cuma sepasang saja. hehehe. yang lain-lain kebanyakannya saya cuma beli 1m saja. fikirkan bag yang tak cukup luas lagi... padahal fikirkan duit yang dah susut tiba-tiba. :P hari ketiga, kami menyusur outlet-outlet sambil menahan nafsu. haha! kalau ke sana, jangan lupa singgah terminal tas. tempat kasut dan pelbagai jenis bag. BEST GILER!!... seberang terminal tas ada heritage factory outlet. masa ni heritage tengah sale. barang dia murah dibanding factory outlet yang lain. satu yang saya perasan, lagu-lagu kat outlet diorang sedap-sedap didengar walaupun tak pernah dengar. kata lagu indon kan sedap. memang betul pun! ![]() ini gambar bila dah sampai di lcct. kalau ikutkan sampai pukul 8 malam, tapi 10 malam baru sampai. selamat tinggal kota bandung. harap kita berjumpa lagi suatu masa nanti ya! hotel tempat kami menginap tu takde internet. wah! lain betul rasanya tak dapat online selama 4 hari. takde blog. takde fb. takde email. takde ym. nasib baik ada keluarga. terima kasih yang tak terhingga untuk ucapan-ucapan selamat hari jadi. saya sangat terhibur dan terharu. ;)
Friday, June 25, 2010 Posted on 7:45:36 AM | 139 Comments
(Dah nama present mestilah free kan? Hahaha!) Ya! Saya tau, ramai yang sambut birthday bulan ni. Tapi, hari ni 25 Jun adalah satu-satunya birthday saya, jadi ianya lebih special. LOL! Cepat betul masa berlalu rasanya. Belum puas saya nikmati zaman kanak-kanak dan remaja... Hahahaha! Ok. Saya mengarut... Takpelah. Kita happy-happy jer lah eh. Walaupun saya dah tua, ramai lagi yang lebih tua dari saya. Kahkahkah! Tiba-tiba saya nak gelak berdekah-dekah kahkahkah, bukan gelak sopan macam selalu, hihihi atau hehehe atau hahaha atau huhuhu.. Ah! Nampak macam happy sangat kan? ---Sebenarnya bila baca kahkahkah macam tu, macam gelak mengejek pun ya. Susah juga, sebab kita tak dapat dengar intonasi. Mungkin benar-benar happy sapa tahu? Ok. Berbalik kepada tajuk asal, bersempena dengan hari yang sangat special ni, saya nak buat free giveaway. Tadaaa!!! ![]() Hadiahnya berupa reversible tote-bag untuk pemenang bertuah utama.
![]() Dan sepasang bookmark untuk pemenang bertuah kedua dan ketiga.
Senang je caranya. Tulis komen je kat entry ni. Since saya tak ada di kawasan liputan sekarang dan tak berapa online, saya nak minta tolong sebarkan berita Saya akan announce penerima bertuah yang dipilih secara random pada 1 July nanti. Until then, I hope you enjoy yourself today, as much as I do! (Tiba-tiba nak spekong huhu!..) Love,
Tuesday, June 01, 2010 Posted on 7:15:17 AM | 13 Comments
![]() on the way ke one utama.
sampai-sampai, cerita shrek baru nak start. terus beli tiket dan masuk panggung.
lepas tengok wayang, layan big apple yang sedap menjilat sampai ke pipi.
elman kene suap sebab mama tak percaya dengan coklat yang berjurai-jurai.
apatah lagi melly. tengok tu comotnya.
suka gambar ni sebab ada heart shape kat belakang tu.
lepas makan, belek-belek baju di fos. tapi tak beli pun.
sempat singgah di craft haven yang memang memang heaven!
beli curve corner puncher dan balik-balik terus jakun buat name card idaman.
Wednesday, May 26, 2010 Posted on 8:33:26 PM | 21 Comments
Macam biasa, pagi-pagi nak pergi kerja, ada saja aktiviti terlambat. Hidup macam tak lengkap kalau takde drama pagi. Tambah pulak bila enjin keter tak boleh start. Sudah! Nasib baik sekolah Elman belakang rumah je. Apa-apa hal boleh hantar jalan kaki dulu. Tapi takpe, macam biasa, mesti dapatkan khidmat nasihat orang utama dulu. Saya pun call suami saya yang dah selamat sampai pun di tempat kerja. Lagi pun semalam dia yang hantar pi car wash. Tak terasa macam bateri kong ke? Saya: Papa! Kereta tak boleh start. Suami saya: Alarm hidup tak? Saya: Ek eleh.. Tak mencabar betul soalan tu kan. Mestilah tak hidup. Suami saya: Gear P tak? Cis! Cis! Cis! Sabotaj tau. Habis tercalar pengalaman 10 tahun pemanduan saya. Accident pun tak macam ni rasa kecewanya... Terus saya teringat cerita-cerita lady driver. Saya: Apesal papa letak R? Suami saya: Hahaha! Gelak pulak. Isk! Saya tak pernah lupa nak letak gear P bila parking tau... Tak aci cam ni.. Sib baik belum call mekanik.
Tuesday, May 18, 2010 Posted on 9:10:42 PM | 8 Comments
hari dan hari bulan sudah lari! saya kira-kira esok rupanya dah terlepas tadi.. sharp pukul 6 terus balik. meredah jem di hujan lebat, di jalan yang bengkang-bengkok semata-mata nak singgah kedai kek. elok-elok mase hulur duit, tiba-tiba teringat, eh! hari ni lah 18hb.. patutnya semalam saya kene buat semua nih... bukan hari ni. balik rumah elman tanya, "mama, hari ni hari guru... kenapa mama tak bawak kek ke, makanan ke, hadiah ke?"... kesian elman.. dia sorang yang tak bawak apa2 hari ni... sorry. mama minta maaf, mama terlupa. kesian anak mama. esok elman bawak kek ya?.
Tuesday, May 18, 2010 Posted on 2:23:18 PM | 6 Comments
Akan ada beberapa gambar dari blog saya ni yang akan hilang dari pandangan tak berapa lama lagi. Dan akan muncul semula di bulan Jun. Kerana bandwith di photobucket saya sudah hampir mencapai limit. Tadaa!! ![]() Macam kesian, kan? Huhu! Padahal baru je tengah bulan... Untuk sesiapa yang letak banner Craftzone Malaysia pada blog masing-masing, usaha anda sangat-sangat dihargai. Minta maaf banyak-banyak kalau gambar nanti jadi out of coverage. Kalu rajin, boleh tukar dengan url baru di bawah. ![]() URL: http://img185.imageshack.us/img185/640/czm1.jpg URL: http://img402.imageshack.us/img402/6362/miniczm.jpg Antara Photobucket, Imagshack, Flickr, mana yang kamu suka? Kalau ikutkan saya suka Flickr. Saya guna Flickr untuk gallery saya. Untuk gambar-gambar yang saya rasa cantik. Untuk free account, boleh view 200 gambar je. Tapi kalau direct access boleh je banyak mana pun, cuma susah lah nak track balik. Saya suka Flikr sebab boleh generate banyak saiz dan kualiti gambar yang sangat baik. Saya pun suka search gambar orang cantik-cantik. Memang saya sukalah! Saya guna photobucket untuk gambar-gambar selain craft di blog saya. Untuk separatekan bandwidth. Saya tak sangka pun saya akan capai maximum bandwidth tu, tapi dah 2 kali jadi bila hits pada gambar tu tiba-tiba banyak, terutamanya banner-banner craftzone. User interface dan album tak seelok Flickr, tapi lebih elok dari Imageshack. Saya guna Imageshack bila first time bandwidth Photobucket saya penuh. Senang. Takde limitation. Ok ada, cuma susah nak capai limitation tu sebab dia kira by day, bukan by month macam Photobucket. Tapi user interface agak serabut sikit. Tapi ok lah. Bukan susahkan saya pun. Asalkan gambar-gambar saya selamat. Cuma saya perasan dia reduce sikit kualiti gambar.
Tuesday, May 11, 2010 Posted on 6:52:51 AM | 8 Comments
Malam tadi saya termimpikan Kak Max. Pagi-pagi terus saya buka blog dia. Haha! Saya masih ingat lagi address dia tau walaupun dah lama dia tak menulis. Dia idola saya. Saya suka baca tulisan dia. Masa tu saya rasa coolnya dapat tulis macam tu kat internet. Oh, dulu kami panggil jurnal. Jan 2002, saya pun join. Tapi masa tu dunia saya berjerebu. Saya tulis pasal cerita sedih. Kecewa. Marah. Bila saya dah happy saya tak suka cerita sedih saya tu. Jadi saya tutup. ![]() Apa khabar Kak Max agaknya sekarang eh?
Sunday, May 09, 2010 Posted on 11:28:47 AM | 2 Comments
![]() Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia
Selamat Hari Ibu!
|
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License
|
||||||||||||||||||||
|
© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved. |
|||||||||||||||||||||