HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Wall Deco

Digi Scrap
Thursday, September 02, 2010
Posted on 7:03:41 AM | 12 Comments

merupakan apa yang saya nak buat 3 tahun yang lepas. lol! giler lama nak tertunai. ini antara penyebab penting saya beli color printer. saja nak tukar gambar pada frame di ruang tamu.

3 tahun lepas, sebelum saya giler menjahit, kawan-kawan mj saya ingatlah kot, saya memang giler berscrapbook. lagi-lagi mase preknenkan melly. sangat suka. dok berejam menyusun-nyusun element pun sanggup.tapi sekarang, banyak betul template, frame & quick page yang sedia ada. tinggal kita masukkan gambar jer. senang sangat. tapi itupun saya ambik mase dekat sehari hari nak siapkan 3 frame atas tu. haha! yerlah nak mencari template yang cantik ambik masa juga kan.

ok. saya guna quick page jer. ambil di sini: http://handpickedfreebies.blogspot.com/
memang bagai nak giler, ok!


Gallery, Wall Deco | 12 Comments
 

pokok tiga
Friday, May 28, 2010
Posted on 10:59:32 PM | 4 Comments

kalau perasan, memang saya suka lukis pokok. pokok bunga pun termasuk pokok juga kan.. ni sebenarnya untuk pasangan kepada pokok yang ini.

ki, hope you'll love it!


Wall Deco, Felt Creation | 4 Comments
 

tentang cinta dan pemandangan
Friday, January 29, 2010
Posted on 7:54:24 AM | 15 Comments

wah wah tajuk dia... bukan main..

susananya agak longgar. tenang dan tak terkejar-kejar. background adalah dari perca kain yang dibentukkan menjadi bentuk love. pokok adalah dari kain felt, supaya nampak lebih gebu dan terserlah.

sebenarnya saya tak berapa suka dengan hasil yang ini. sebabnya, ini satu-satunya yang saya buat sangat berhati-hati dan berhari-hari sebab tak larat nak hati-hati sangat. tapi hasilnya tak macam yang saya bayangkan. dah siap lama pun, macam tak sanggup nak letak kat sini.

ok. lepas ni saya rasa, elok kiranya kalau saya cuma ikut the flow, samaada semasa menggunting, menyusun atau pun semasa menjahit. tak perlu dilukiskan di atas kertas dulu.


Wall Deco, Patchwork | 15 Comments
 

pokok kecil dan buaian untuk dinding retro studio saya
Tuesday, January 12, 2010
Posted on 7:58:09 AM | 68 Comments

oh!
katalah apa pun. saya sangat seronok dengan hasilnya.

base. tanah. backgraound. latar. apa saja.


batang pokok dan buaian dijahit di tengah-tengah


setelah diframekan. pada bingkai berwarna gelap.


bersama yang lain.

*click pada gambar untuk image yang lebih besar.

hati saya sudah senang. sebab tiga-tiga pun sudah siap. tinggal tunggu tukang drill menebuk lubang saja. lepas ni boleh start untuk projek yang lain pula.... hmm apa ya? (padahal sedar diri quilt hari tu tak siap-siap pun lagi :P)


Wall Deco, Patchwork | 68 Comments
 

wall of love
Sunday, January 10, 2010
Posted on 12:18:58 PM | 9 Comments

ini ler yang saya kata susah sangat tu. padahal tak ler nampak susah pun. nampak jer lah tak susah.. tapi susah jugak lah untuk saya. tapi nak jugak yang macam ni punya pasal, buat jer lah.

next project belum start pun lagi. ingat nak buat guna mesin lah pulak. tak larat dah nak jahit atas line tu satu per satu. kalau tengok frame kat atas tu pun, nampak ler ada yang saya tak buat deco antara dua kain tu... huhu.. semangat tak berapa kuat. huhu..

tu pun tengok ler.. belum hang lagi pun sebab nak kene tunggu tukang drill.. mungkin kene tunggu tiga-tiga siap dulu kot. takut tukang drill marah lak kene buat banyak kali nanti.


Wall Deco | 9 Comments
 

wall deco
Saturday, January 09, 2010
Posted on 5:00:50 PM | 7 Comments

sebenarnya, dari dulu saya teringin nak letak gambar-gambar di dinding-dinding (banyak sangatlah dinding) dengan hasil tangan keluarga sendiri walaupun sedar diri tak pandai melukis. tapi.... sebenarnya itu bukan masalahnya. cantik adalah subjective. tapi, entah ler... tak terbuat-buat pun. tak reti nak start kat mana pun iya. tunggu anak-anak saya besar nanti ade kelas lukisan kat sekolah, saya mintak lah salah satu dari hasilnya. :P

saya ingat, sebab saya failed bab painting, saya nak try lah guna kain, sebab itu je yang saya tahu. saya mulakan yang kecil-kecil dulu, dan di tempat yang tersorok. kan kata hari tu saya nak hias dinding bilik jahit saya sikit. jadi saya beli 3 frame kosong bersaiz 10R. satu dah siap. inilah hasilnya.

simple jer kan. tapi saya suka (mati ler puji diri sendiri).

dah siap hari tu lagi. tapi sebab saya tak berkenan dengan satu corak kain ni (kain tu cantik coraknya, cuma tak masuk bila digabungkan), jadi saya buka balik dan letak kain lain.

sebenarnya ini yang kedua. yang pertama tak siap lagi sebab percubaan saya untuk buat yang lebih advance sikit padahal skill masih ditahap basic. maka saya tinggal yang tu sebab lama betul nak siapkan, jadi saya siapkan yang ni dulu..

ok.. tunggu yang satu lagi nanti yer... nak siap dah...


Wall Deco, Patchwork | 7 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server