HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Web Site

Online Catalog
Monday, February 22, 2010
Posted on 9:39:35 PM | 10 Comments

http://estore.zilakasim.com/

ini estore kepunyaan zila. banyak lagi sebenarnya barang dia. macam-macam sewing tools dia ada dan kebanyakannya memang saya tak pernah nampak dan yang tak terfikir pun ada. bila nampak depan mata, memang macam nak semua rasanya.


http://www.zilakasim.com/

ini blognya pulak untuk catatan hari-hari. kira satu pakej blog dan estore. peminat pink ni.


http://lovemelots.crazyartzone.com/

yang ini pulak, LoveMeLots, tak lain dan tak bukan mestilah zura punya. tengok saja fabrik yang ada, macam nak gila dibuatnya. zura adalah partner terbaru saya di crazyartzone.com online catalog. seronok bila ada partner ni. nampak hidup sikit kedai saya tu. dan ya, sudah disematkan dengan logo terbaru. yay!

tq banyak-banyak buat zila & zura!


Web Site, Not So I.T. | 10 Comments
 

copying websites is not cool
Tuesday, December 29, 2009
Posted on 11:59:38 PM | 20 Comments

... disabling right click isn't either.

cuba bayangkan situasi ni. kamu sedang browse satu blog yang sedang menceritakan perkara yang sangat menarik minat kamu. wah! ada link pulak untuk reference. bagus ni. bila klik pada links, ia dibuka pada window yang sama. jadi kamu tekan button back untuk undur ke belakang. kamu tekan right click pada link itu semula dan keluar message box, "Hah! Buat apa tu?"

apa kamu rasa? oren?

bukan oren atau epal atau nenas atau tembikai. it's just annoying. rasa macam dituduh perompak kamu tahu?

saya suka right click pada url di mana-mana website atau blog untuk dibuka pada window baru. jadi saya boleh terus baca di page tu, dan akan ke link di window atau tab baru seterusnya.

tapi, ramai yang buang function ni. sigh. dahlah link ke url luar, url pula dibuka pada window yang sama. nak right click untuk buka windows atau tab baru pun tak boleh.

takut kena copy kata-kata manis kah? atau takut orang ambil gambar-gambar comel dalam tu kah? hey! website bukan tempat suka-suka letak barang privacy atau sulit atau secret atau sensitive tahu? sangat banyak cara lain untuk orang copy. sejauh mana pun kita sorok, tetap ada caranya untuk copy. kesian. over-protective pada perkara yang tak boleh diprotect pun. kesian. kesian. kesian. sangat kesian. tak tahukah dia dengan cuma guna browser sesimple firefox pun, website itu boleh ditelanjangkan. bulat-bulat?

pilih saja antara dua: letak di web dan tanggung risiko. atau jauhi, jangan letak apa-apa pun pasal kamu di web. simple kan?

ada update di sini


Web Site | 20 Comments
 

Craftzone-My Makeover
Saturday, December 05, 2009
Posted on 11:09:54 PM | 6 Comments

CraftZone Malaysia - Malaysian Crafter Blogs

dah bosan rasanya tengok banner sebelum ni. harap-harap semua suka macam saya suka (poyo puji diri sendiri). untuk yang rasa macam tersesat, tidak, kamu tidak tersesat. masih berada di tempat yang sepatutnya. sila gali dalam-dalam, pasti kamu jumpa mana-mana yang berkenan.

kalau kita excited kan, kita susah nak tidur kan? hah! macam tu lah saya sekarang ni. excited nak tau feedback dari orang lain. macam lah ada orang nak bagi feedback. eerrr.... oklah.. oklah..

haha! enjoy your stay!


Craftzone, Web Site | 6 Comments
 

tukar langsir juga
Tuesday, August 11, 2009
Posted on 12:51:10 AM | 32 Comments

saya jarang-jarang tukar langsir.
tapi nampaknya angin langsir dah sampai ke saya.
saya tukar lah langsir di sini.
untuk rasa yang lebih kemas. lebih teratur.

langsir pun jarang-jarang. nampak tak nampak jer..
rasanya tak siap sepenuhnya. ini pun berminggu-minggu saya buat.
sikit-sikit. haha!
tengok lah.. kalau rajin lagi, saya adjust mana-mana nanti.
any idea?


ini langsir lama. saya simpan sini.
untuk kenang-kenangan.



Web Site, Kisah Saya | 32 Comments
 

creative-homebiz.com
Monday, July 14, 2008
Posted on 11:43:56 PM | 3 Comments

http://www.creative-homebiz.com/

ni kedai kak sheila. adalah dalam seminggu sudah siapnya. baru teringat nak upload kat sini. buleh tambah library i.t. err... sebenarnya nak tunggu barang masuk jugak. belum sempat kak sheila nak masukkan barang kot.

ok. sesape nak beli mesin jahit epal, silalah ke sini. macam-macam jenis mesin jahit ade. aku suka yang satu tu, yang buleh banyak benang tu kaler-kaler tu. tapi rege dia mak aii.. kot bukak kedai jahit berbaloi laa kot. takat suka-suka cam aku ni, hmmmmm.... ade yang kena ketuk pale nanti.. heh he...


Web Site, Not So I.T. | 3 Comments
 

Huge Dimension
Sunday, June 15, 2008
Posted on 12:47:21 PM | 0 Comments

http://www.hugedimension.com/

semalam dan hari ni siapkan website untuk kawan papa yang terlibat dalam pasaran animasi, produksi & multimedia.
ingat tak iklan yang pasal sorang makcik tanya arah jalan kat sepasang suami-isteri tu? yang diorang sombong, pas tu anak-anak diorang yang tunjukkan jalan tu? ha! yang tu lah.. :D


Web Site, Not So I.T. | 0 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server