HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Tutorials

CSS Tuesday - Script Font
Tuesday, January 17, 2012
Posted on 7:15:05 AM | 2 Comments

Work your hardest. Think your smartest. Dream your biggest.
Be your greatest. Love your fullest.
Smile your brightest.

Happy Tuesday!

Love,
Maya

------

Suka tak dengan font atas tu? (Kalau tak nampak, silalah refresh :D)

Ok. Kalau nak buat font macam kat atas tu (tiba-tiba pulak ada tutorial, kan? hehe), mula-mula, letak ni dalam <head> pada HTML file.

<link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Dancing+Script' rel='stylesheet' type='text/css'>

Lepas tu, pada CSS style, letak font-family ni pada mana-mana style yang dikehendaki:

font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive;

Contoh:

.scriptfont {
    font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive;
    font-size:18px;
}

Kat content buat macam ni:

<div class="scriptfont">Hello!! Ini Script font saya..</div>

Hasilnya:

Hello!! Ini script font saya..

Senang je kan? :D
Bawah ni ada link-link untuk reference.

Ref:
1. CSS Tutorial
2. CSS Font
3. Google Web Fonts API


Tutorials, Not So I.T. | 2 Comments
 

jangan ambil gambar saya
Tuesday, January 05, 2010
Posted on 12:06:18 PM | 19 Comments

saya mahu memohon maaf atas kata-kata saya tempoh hari. saya tidak happy selepas itu sampai demam-demam, selepas saya tahu ada yang tercuit hatinya (sama macam tercuitnya hati saya masa tu). ok. minta maaf. minta maaf. penutup yang tidak bijak untuk tahun 2009. ingatkan diorang tak baca blog saya nak tolong orang, tak perasan pulak bahasa saya agak kasar. dan pulak, apalah maknanya kalau sekadar komplen tak ada apa-apa cadangan. sedih.

ok. sebagai tanda saya minta maaf, ingin saya tunjukkan cara-cara macammana tak nak bagi orang save gambar bila right click. tak boleh save dengan cara right click saja tau, cara lain masih boleh lagi.

begini caranya.

a) mula-mula sekali, kenal pasti url gambar kita, jangan lupa letak watermark. contohnya:

http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg


b) kenal pasti saiz gambar (width & height), contoh untuk gambar ni: 500 × 333

tips untuk cari width & height:

  1. copy url gambar atas tu, letak pada address browser.
  2. right click pada gambar, pilih Properties.
  3. saiz gambar adalah pada Image Dimension (Firefox & IE).


c) kemudian copy kod ni:

<div style="background: url(http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg) no-repeat; padding:0;">
<img src="http://l.yimg.com/g/images/spaceball.gif" width="500" height="333"></div>


d) replace tulisan yang berwarna biru di atas.

hasilnya adalah:

boleh cuba right click pada gambar di atas sekarang. dan try save gambar tu. tengok apa yang kamu save. oren? hehehe. okay. ada cara lain untuk save gambar tu, tapi untuk yang itu kamu carilah sendiri (dan simpan sendiri).

kalau nampak macam susah, jangan risau. ini dinamakan learning process. lama-lama nanti, bila dah biasa, mesti senang saja.

nota kaki: mungkin ada cara lain yang lebih mudah, yang saya tak terjumpa. ini cuma salah satu cara saya yang memang suka terus tengok ke coding. :D gud luck!!


Tutorials, Not So I.T. | 19 Comments
 

vintage, katanya...
Wednesday, December 23, 2009
Posted on 11:42:00 PM | 5 Comments

orang kata practice make perfect...

ni gambar asal

dan ini setelah di touch-up.

ok. bukan saya yang discover pun. saya ambil dari tutorial ni:
http://veerle.duoh.com/blog/comments/photoshop_vintage_effect/

ataupun, kalau mahu lagi senang, boleh download file action di sini:
http://photoshop-stock.deviantart.com/art/Vintage-Effect-Ps-Actions-100468287

nota kaki: pasal pokok jambu kat background belakang tu. takde sapa pun teringin nak panjat. baik anak-anak saya, atau anak-anak buah saya. kalau kita masa kecik-kecik dulu, suka sangat panjat pokok..... lain betul budak sekarang.


Tutorials, Photography | 5 Comments
 

Tutorial - Exchange Banner
Thursday, September 17, 2009
Posted on 9:57:03 AM | 6 Comments

Hari ni saya nak cerita macammana nak buat script untuk exchange banner, pengkhususan: blogspot. Tapi boleh juga digunakan di mana-mana website.


  1. Sediakan banner dan hostkan dimana-mana image host yang kita ada. Contohnya Flickr, Picasa Web, ImageShack®, Photobucket dan lain-lain. Contohnya begini:

  2. Click pada Add a Gadget dan pilih HTML/JavaScript Add.

  3. Letak code macam ni:
    <p align="center"><a href="http://craftzone-my.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" src="http://i231.photobucket.com/albums/ee102/my7710/banner/mycaz-banner2.jpg"/></a></p>

    <p>Just highlight and copy the HTML code below, then paste it into the code for your Web site. </p>

    <p><textarea rows="7" cols="23"><a target="_blank" href="http://my.crazyartzone.com/"><img border="0" src="http://i231.photobucket.com/albums/ee102/my7710/banner/mycaz-banner2.jpg" title="My CrazyArtZone"/></a></textarea></p>

  4. Replace tulisan warna hijau dengan URL yang dikehendaki.

  5. Replace tulisan warna biru dengan URL banner yang kita dah letak dimana-mana tu. (Rujuk No 1)

Tadaaa!!! Siap sudah. Inilah hasilnya:

Just highlight and copy the HTML code below, then paste it into the code for your Web site.

Boleh laa letakkan di blog masing-masing.


Tutorials, Not So I.T. | 6 Comments
 

RSS
Thursday, July 02, 2009
Posted on 9:45:00 AM | 7 Comments

untuk dapatkan blog update atau entry terkini dari satu-satu blog, kita perlu menggunakan RSS.

ada sesetengah blogspot dah hilang RSS URL pada maklumat pagenya. kadang-kadang ni disebabkan template yang dah menelan code tu. lapar sangat agaknya. :D

untuk dapatkan balik, ikut step ni:


  1. Pergi ke Layout --> Edit HTML
  2. Pastikan code yang berbackground kuning di atas ada di situ, dah terletak di bawah <head>.

    <b:include data='blog' name='all-head-content'/>

  3. Click pada Save Template

itu saja.
gud luck! :D


Tutorials, Blogspot Template | 7 Comments
 

tutorial - signature
Saturday, March 14, 2009
Posted on 4:05:48 PM | 23 Comments

ok, sini saya letakkan simple tutorial macammana nak buat signature dari wan. asalnya wan letak kat komen di sini.

Saya pulak guna paint jer... pada yg tadak PS buleh buat guna paint..

save signature, n jugak icon mana yg ada (image anak2 ke, atau icon yg disurf kat internet) , bukak guna paint file icon tu.. lepas tu under tab "edit" pilih paste from .. n then choose file signature sendiri (sebab kat PC saya tak lawa font dia)... paste jelah kat mana2 korang suka...

kalau file icon tu canvas dia kecik tak boleh tampal signature tu, besarkan width atau height under tab "image" pilih attributes... kecik or besar iamge tu boleh resize juga ... senang je buatlah, x sampai 5 minit siap

tumpang eh maya.. utk yg takde photoshop...

Ok ni baru buat utk odz

tumpang eh maya sebab saya tak de blog hehe


tq wan!

update: susah susah, pi je sini: http://www.mylivesignature.com/

dekat blog tu, pegi kat "setting".
lepas tu "formatting".
scroll down, bawah sekali jumpa "post template"
letak url image tu kat situ, formatnya: <img src="http://www.yourimagehost.com/signature.jpg>
nota: sila gantikan http://www.yourimagehost.com/signature.jpg dengan url image sebenar..


Tutorials | 23 Comments
 

Tutorial - Photo Editing (Part II)
Saturday, May 03, 2008
Posted on 9:09:13 PM | 1 Comments

Photoshop CS: lens blur pulak

okeh.. kite ke tutorial seterusnya.. lens blur.. biasenye, kalau kamera mahal2 kan, background dia cam blur2 gitu kan.. so, kite tiru jek style tu.. so, walaupun kite cume gune camera phone, kite kasik edit jadik cam pro photographer.. huhu.. (angan2 kene tinggi).. ini antara cara yg termudah..

okeh.. ni gambar asal & tengok cemane hasilnya..

1. mula2 kite kasik contrast sikit gambar tu.. jangan lebih2 nanti nampak fake sangat pulakkan.. so, caranya mcm gambar kat bawah ni.. just pilih contrast 10 cukup dah..

2. so, gambar akan jadik terang sket.. pastu, pilih subject yang kite nak highlight, cam biase laa kan.. so, gunakan Polygonal Lasso Tool, pastu, trace ikut subject yg dipilih tu..

3. yg kite nak blurkan, of coz bukan subject tu kan, so, pilih select, inverse.

4. Sekarang pegi Filter > Blur > Lens Blur. Tak yah adjust banyak2.. just letak radius 8 pun ok.

ok.. nikmatilah hasil yang kedua.. huhu..
jumpe lagi di lain masa..


Tutorials, Not So I.T. | 1 Comments
 

Tutorial - Photo Editing (Part I)
Thursday, May 01, 2008
Posted on 10:34:35 PM | 2 Comments

Photoshop CS: ape yg kite buleh buat dgn 'gaussian blur'??

tadaaa!!!! inilah gambar asal di sebelah kiri, dan hasilnya selepas di edit di sebelah kanan..

1. mula2.. dapatkan gambar yang kite suka.. ini gambar elman yg kite ambik pada mac 2006.

2. duplicate gambar tu pada layer yang berlainan... byk cara nak duplicate.. sama ada drag icon pada layer tu ke new layer.. atau pun, cara paling senang, kat gambo pada layer tu, pilih, CTRL-A (untuk select all), pas tu tekan CTRL-C (untuk copy) pastu tekan CTRL-V (untuk paste).. akan jadi lah 2 layer macam kat bawah ni...

3. sekarang highlight kat layer atas sekali (cam gambar atas tu jugak). pastu, pegi kat menu bar tu, pilih FILTER, pilih BLUR, pilih GAUSSIAN BLUR macam gambar kat bawah ni..

4. maka akan keluarlah windows untuk gaussian blur macam kat bawah ni.. just letak Radius: 4.0 pixel

5. so, hasilnya, gambar pun akan jadi blur (macam gambar atas juga)

6. pegi kat frame layer tadikan, pilih OVERLAY (kalau tak sure, tgk gambo bawah nih)

7. dgn serta merta, gambar akan jadi cam hasil kat atas tu... huhu... pastu, suka-suka korang lah nak adjust opacitynya.. cam yang kite buat nih, kite just biar jer 100%.....

nampak cam bercahaya gitu kan? suke tak? good luck!!


Tutorials, Not So I.T. | 2 Comments
 

Tutorial - Make your own digital scrapbook papers
Tuesday, August 21, 2007
Posted on 10:04:18 PM | 0 Comments

Kita boleh buat digital scrapbook paper sendiri. Paling mudah, kita add texture pada pada layer yang kita ada. Caranya, pada layer yang kita nak, click pada Filter -> Texture -> Texturizer. Tapi texture ni tak banyak pilihan.

Ataupun kita boleh guna Paper Overlay. Caranya senang je. Google "grunge paper overlay". Kena cari la mana-mana design yang berkenan dan free. Nak hat beli punye pun buleh gak.. :D

Ataupun, boleh dapatkan macam-macam jenis overlay di sini: http://www.digiscrapdepot.com/. Yang ni memang free, tapi ikut nasib lah. Kadang-kadang URL untuk download dah expired. So.. keep digging ang googling ler.. Kalau lebih rajin, dapat lebih banyak.

And above overlay from http://www.digiscrapdepot.com/ is one of the best I had so far. (I hope the link will be available forever :D) Just add the overlay picture as one of your layer. Boleh campur-campur overlay jugak. Memang nampak hidup.

Cara lain yang leceh sikit, boleh guna brushes. By the way, brushes are the best digital scrapbooking tool you can have. Salah satu contoh, boleh klik sini untuk download Grunge Photoshop Brushes dari GetBrushes.com. Biasanya datang dalam set. So, kita kene guna daya kretiviti untuk menjadikan corak yang menarik.

Untuk cara-cara menggunakan Photoshop Brushes, boleh ke sini: Using Digital Scrapbooking Brushes in Adobe from ScrapGirl.com


Tutorials | 0 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server