HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Gallery

satu bulan
Friday, June 29, 2012
Posted on 7:00:46 PM | 6 Comments

Seronok ber-scrapbook.
Yang lama dah ditinggalkan.

Harez sekarang sudah sebulan. Sudah 3.65kg.


Gallery, Anak-anak Kita | 6 Comments
 

Jun. Yang di tunggu dah pun (agak lama juga) tiba.
Monday, June 18, 2012
Posted on 4:39:39 PM | 28 Comments

Alhamdulillah. Inilah dia yang di tunggu-tunggu sejak 9 bulan yang lepas.

The New Arrival.

Harez Dhany dilahirkan pada 29 Mei 2012, 10:05 am, seberat 2.75kg, dan sepanjang 50cm.

Tapi mak dia bizi sangat, tak sempat-sempat nak update. Cuti pun bizi eh? Harez masih belum kenal siang-malam. Siang dia tidur, malam dia jaga. Yang bagusnya, senang mak dia nak buat kerja waktu siang, kan? Hari ni dah hari ke-21.

Memang syukur sangat baby lahir betul-betul start cuti sekolah. So, sempat jugak berpantang kat kampung. Gambar atas tu papa ambik masa hari ketiga. Hari keenam masuk wad 1 malam sebab jaundice. Tali pusat Harez tanggal hari kelapan.

Dah anak tiga ni, yang sulung pulak dah sekolah, dah takde nak manja-manja dah. Hari ke-13 dah balik rumah sendiri, start jaga baby sendiri, pantang sendiri (bace: nak langgar pantang pun sendiri-sendiri.. hehe). Pagi-pagi Harez hantar abang dan kakak pergi sekolah. Alhamdulillah, Tuhan mudahkan semuanya. Sebab memang dah niat macam tu kan.

Hari ke-20, balik kampung lagi, join mama pergi kenduri kahwin. Huahuahua... sib baik dah zaman milenium kan.. :p

P/s: Lama tak buat digital scrapbook. Atas tu download dari shabbyprincess.com


Anak-anak Kita, Gallery | 28 Comments
 

Digi Scrap
Thursday, September 02, 2010
Posted on 7:03:41 AM | 12 Comments

merupakan apa yang saya nak buat 3 tahun yang lepas. lol! giler lama nak tertunai. ini antara penyebab penting saya beli color printer. saja nak tukar gambar pada frame di ruang tamu.

3 tahun lepas, sebelum saya giler menjahit, kawan-kawan mj saya ingatlah kot, saya memang giler berscrapbook. lagi-lagi mase preknenkan melly. sangat suka. dok berejam menyusun-nyusun element pun sanggup.tapi sekarang, banyak betul template, frame & quick page yang sedia ada. tinggal kita masukkan gambar jer. senang sangat. tapi itupun saya ambik mase dekat sehari hari nak siapkan 3 frame atas tu. haha! yerlah nak mencari template yang cantik ambik masa juga kan.

ok. saya guna quick page jer. ambil di sini: http://handpickedfreebies.blogspot.com/
memang bagai nak giler, ok!


Gallery, Wall Deco | 12 Comments
 

Selamat Hari Ibu
Sunday, May 09, 2010
Posted on 11:28:47 AM | 2 Comments

Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia
Semoga diberkati
Dan dilimpahi rahmat yang melimpah-ruah
Di dunia dan akhirat

Selamat Hari Ibu!


Gallery, Kisah Saya | 2 Comments
 

Surat Untuk Abang
Saturday, May 10, 2008
Posted on 5:32:11 PM | 7 Comments

Creadit to: ImagineByFran (cloud), EllieLash (ribbon), Gina Huff (flowers), Shabby Sheikh (plain paper), ShabbyPrincess (doodles), Jolynn (pattern paper)


Gallery, Anak-anak Kita | 7 Comments
 

In Pink
Monday, May 05, 2008
Posted on 7:22:46 PM | 1 Comments

lama tak buat cam ni kan...
huhu.. saje refresh balik keje-keje mase takde keje..

anyway, ade forum untuk yg rajin berscrapbook ni, purely malaysian punye..
http://lovescrap.8.forumer.com/
for both paper & digi.. syok!!


Gallery, Anak-anak Kita | 1 Comments
 

I Love My Family
Wednesday, October 31, 2007
Posted on 4:51:41 PM | 0 Comments


Gallery | 0 Comments
 

Day 80
Monday, October 29, 2007
Posted on 8:56:00 PM | 0 Comments

Hi! I'm now 4.6 kg


Gallery, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

It's finger lickin' good
Tuesday, October 23, 2007
Posted on 7:02:06 PM | 0 Comments

Asal ceritanya Elman ikut mbah beraya mase raya ke-6 hari tu. Balik beraya, lalu depan KFC. Elman cakaplah kat mbah dia nak KFC. Elman ni biase lah, semua benda kalau boleh dia nak. Jadi, tidaklah mama or papa or mbah ikutkan sangat.

Tapi tak sangkalah pulak, sampai rumah mbah Elman buleh mengamuk macam tu sekali. Sejam lebih lah jugak. Tak pernah mama tengok Elman mengamuk cam tu. Mbah sampai cakap, kalau tau nak ngamuk camtu, memang ler diorang singgah KFC tu. Tapi sebab dah ngamuk cam tu tak de ler nak pegi balik. Takut nanti Elman guna cara tu selalu kalau nak apa-apa.

Sib baik tak lama pas tu papa sampai. Memang papa je yang pandai pujuk Elman. Uih...

Esoknya, pagi-pagi Elman tuntut lagi KFC, mase on the way balik ke rumah. Terpaksa kami lalu depan KFC tu & tunjuk KFC masih tutup pagi-pagi camtu. Lepas tu hari-hari Elman mintak. Macam-macam alasan mama & papa bagi. Lagi pun mama & papa sibuk ngemas rumah yang dah lame tinggal. Nasib baik Elman tak ngamuk lagi.

Sampai lah semalam. Tercapai hajat Elman kat Tesco Mutiara Damansara lepas 4 hari Elman mengidam. Sebenarnya Elman takde lah suka sangat makan KFC tu, popper ke nugget ke pun tak pernah habis. Fun fries pun makan sebatang dua jek. Apatah lagi ayam seketul. Yang dia makan habis cuma roti seketul. Entah ler... saje suka-suka dia kot.

**Entry ini tidak ditaja. :D


Gallery, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

5th Anniversary
Friday, October 19, 2007
Posted on 9:31:28 PM | 1 Comments

hari ni special.
tarikh ni, 5 tahun yang lepas, kami dinikahkan.
alhamdulillah..
syukur yang tak terhingga atas nikmat dan kurniaan Ilahi hingga ke saat ini..
walaupun segalanya cuma sederhana, kami bahagia.

hari ni.
aku, elman & dahlia balik ke sg buloh.
tapi sebab hari ni balik, memang kami tak celebrate pun.
cuma mengemas rumah.
banyak yang nak kena kemas. rumah pun nak beraya juga.
sambil kadang-kadang dahlia perlukan perhatian.
jadi mengemas pun tersekat-sekat.

esok kami nak beraya area kl pulak.
ahad pun.
harap dahlia tahan.


Gallery, Kisah Saya | 1 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server