|
CSS Tuesday - Script Font
Tuesday, January 17, 2012
Posted on 7:15:05 AM | 2 Comments
Work your hardest. Think your smartest. Dream your biggest.
Be your greatest. Love your fullest.
Smile your brightest.Happy Tuesday! Love,
Maya ------ Suka tak dengan font atas tu? (Kalau tak nampak, silalah refresh :D) Ok. Kalau nak buat font macam kat atas tu (tiba-tiba pulak ada tutorial, kan? hehe), mula-mula, letak ni dalam <head> pada HTML file. <link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=Dancing+Script' rel='stylesheet' type='text/css'> Lepas tu, pada CSS style, letak font-family ni pada mana-mana style yang dikehendaki: font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive; Contoh: .scriptfont {
font-family: font-family: 'Dancing Script', cursive;
font-size:18px;
} Kat content buat macam ni: <div class="scriptfont">Hello!! Ini Script font saya..</div> Hasilnya: Hello!! Ini script font saya.. Senang je kan? :D
Bawah ni ada link-link untuk reference. Ref:
1. CSS Tutorial
2. CSS Font
3. Google Web Fonts API

Tutorials, Motivation | 2 Comments
Shuhhhh! Shuhhhh!! Pergi jauh-jauh wahai si katak.
Thursday, March 03, 2011
Posted on 9:24:41 PM | 9 Comments
entry ni agak emosi sedikit. harap maklum.ok. ini gambar katak. 
dan saya sangat kecewa sebenarnya dengan katak ni. kenapa ini terjadi kepada saya? ok. kepada orang lain juga.kejadian berlaku sejak lebih kurang penghujung Feb lepas.
tiba-tiba banyak gambar jadi katak.
dan semua gambar adalah yang diletak di imageshack.com. oh! sekarang? panic! panic! ok. calm down.
calm down. sekarang dah kena register domain kalau nak letak gambar di imageshack.com
cepat-cepat register domain kat sini kalau tak suka katak ni. ataupun, boleh sign-up saja dan boleh tengok semua katak bertukar menjadi gambar prince charming yang sebenar. mesti imageshack nak lawan facebook nih! haha! tiba-tiba je. takpe.
saya akan alihkan gambar-gambar dari imageshack ke photobucket pulak supaya tidak diganggu oleh katak dalam balang kiub ais ni lagi. sebenarnya dulu saya pernah host kan gambar kat photobucket.
tapi, kena jaga bandwidth juga. tapi
sebab saya tak suka katak tu
saya rela jaga bandwidth saya. kalau katak tu bertukar jadi prince charming pun saya tak suka.
takmo kawan imageshack lagi dah. i love photobucket.
hahahah! tiba-tiba lagi..

Hosting | 9 Comments
4 Banner Baru
Saturday, February 19, 2011
Posted on 9:13:49 AM | 30 Comments

Sesudah tahun berganti tahun, akhirnya berjaya juga saya tukarkan banner atas tu. Sebenarnya teringin gak nak tukar layout terus, terutamanya bila tengok blog orang ceria berwarna-warni guna warna-warna zaman kini yang macam warna kain-kain cantik dari designer terkemuka tu kan. Hai... Blog pun dah comel macam kain saya tengok. Rasa nak jahit-jahit buat baju. Tapi sebab keadaan tak mengizinkan (keadaan juga yang nak disalahkan di sini - padahal blog pun tak berupdate. huahua!), maka cukuplah setakat setakat saya tukarkan banner ya. Ada empat banner semuanya, saya tukar-tukarkan secara rawak. Nak tengok lagi tak? Tak nak tengok pun saya nak tunjuk juga.
 

Sesuai juga kiranya dengan entry ke 900 ni. Selamat berhujung minggu dan........... jumpa lagi!

Banner, Kisah Saya | 30 Comments
Digi Scrap
Thursday, September 02, 2010
Posted on 7:03:41 AM | 12 Comments
 merupakan apa yang saya nak buat 3 tahun yang lepas. lol! giler lama nak tertunai. ini antara penyebab penting saya beli color printer. saja nak tukar gambar pada frame di ruang tamu. 3 tahun lepas, sebelum saya giler menjahit, kawan-kawan mj saya ingatlah kot, saya memang giler berscrapbook. lagi-lagi mase preknenkan melly. sangat suka. dok berejam menyusun-nyusun element pun sanggup.tapi sekarang, banyak betul template, frame & quick page yang sedia ada. tinggal kita masukkan gambar jer. senang sangat. tapi itupun saya ambik mase dekat sehari hari nak siapkan 3 frame atas tu. haha! yerlah nak mencari template yang cantik ambik masa juga kan. ok. saya guna quick page jer. ambil di sini: http://handpickedfreebies.blogspot.com/
memang bagai nak giler, ok!

Family, Wall Deco | 12 Comments
Selamat Hari Ibu
Sunday, May 09, 2010
Posted on 11:28:47 AM | 2 Comments
 Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia
Semoga diberkati
Dan dilimpahi rahmat yang melimpah-ruah
Di dunia dan akhirat Selamat Hari Ibu!

Family, Kisah Saya | 2 Comments
4 columns blog template
Thursday, May 06, 2010
Posted on 8:25:27 AM | 3 Comments
3 columns dah ada, 5 columns dah ada, sekarang 4 columns pulak yer. layan...  download template live demo

Blogspot Template | 3 Comments
5 columns blog template
Friday, April 30, 2010
Posted on 1:12:24 PM | 14 Comments
bersempena entry ke-800. huhu.. tengok url atas tu, 800 kan... best.. best.. ni nak bagi giveaway ni. tapi kali ni virtual giveaway. sila terima template ni sebagai giveaway yer.. bagus macam ni, ramai-ramai buleh dapat. hehehe.. sebenarnya saya buat kan 5 columns ni untuk sorang kawan. tapi macam best pulak, rasa nak share dengan semua.  download template live demo
macam biasa, template ni sangat simple. boleh juga main-main kaler pada tab "Font and Colors" kalau mahu. boleh drag widget atau blog post section sesuka hati di mana-mana column pun. boleh letak background. boleh letak banner. boleh macam-macam. macam biasa juga, template ni adalah free.

Blogspot Template, Giveaways | 14 Comments
Online Catalog
Monday, February 22, 2010
Posted on 9:39:35 PM | 10 Comments
 http://estore.zilakasim.com/ ini estore kepunyaan zila. banyak lagi sebenarnya barang dia. macam-macam sewing tools dia ada dan kebanyakannya memang saya tak pernah nampak dan yang tak terfikir pun ada. bila nampak depan mata, memang macam nak semua rasanya.
 http://www.zilakasim.com/ ini blognya pulak untuk catatan hari-hari. kira satu pakej blog dan estore. peminat pink ni.
 http://lovemelots.crazyartzone.com/ yang ini pulak, LoveMeLots, tak lain dan tak bukan mestilah zura punya. tengok saja fabrik yang ada, macam nak gila dibuatnya. zura adalah partner terbaru saya di crazyartzone.com online catalog. seronok bila ada partner ni. nampak hidup sikit kedai saya tu. dan ya, sudah disematkan dengan logo terbaru. yay! tq banyak-banyak buat zila & zura!

Web Site, Not So I.T. | 10 Comments
jangan ambil gambar saya
Tuesday, January 05, 2010
Posted on 12:06:18 PM | 19 Comments
saya mahu memohon maaf atas kata-kata saya tempoh hari. saya tidak happy selepas itu sampai demam-demam, selepas saya tahu ada yang tercuit hatinya (sama macam tercuitnya hati saya masa tu). ok. minta maaf. minta maaf. penutup yang tidak bijak untuk tahun 2009. ingatkan diorang tak baca blog saya nak tolong orang, tak perasan pulak bahasa saya agak kasar. dan pulak, apalah maknanya kalau sekadar komplen tak ada apa-apa cadangan. sedih. ok. sebagai tanda saya minta maaf, ingin saya tunjukkan cara-cara macammana tak nak bagi orang save gambar bila right click. tak boleh save dengan cara right click saja tau, cara lain masih boleh lagi. begini caranya. a) mula-mula sekali, kenal pasti url gambar kita, jangan lupa letak watermark. contohnya: http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg
b) kenal pasti saiz gambar (width & height), contoh untuk gambar ni: 500 × 333 tips untuk cari width & height:- copy url gambar atas tu, letak pada address browser.
- right click pada gambar, pilih Properties.
- saiz gambar adalah pada Image Dimension (Firefox & IE).
c) kemudian copy kod ni: <div style="background: url(http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg) no-repeat; padding:0;">
<img src="http://l.yimg.com/g/images/spaceball.gif" width="500" height="333"></div> |
d) replace tulisan yang berwarna biru di atas. hasilnya adalah: boleh cuba right click pada gambar di atas sekarang. dan try save gambar tu. tengok apa yang kamu save. oren? hehehe. okay. ada cara lain untuk save gambar tu, tapi untuk yang itu kamu carilah sendiri (dan simpan sendiri). kalau nampak macam susah, jangan risau. ini dinamakan learning process. lama-lama nanti, bila dah biasa, mesti senang saja. nota kaki: mungkin ada cara lain yang lebih mudah, yang saya tak terjumpa. ini cuma salah satu cara saya yang memang suka terus tengok ke coding. :D gud luck!!

Tutorials, Not So I.T. | 19 Comments
copying websites is not cool
Tuesday, December 29, 2009
Posted on 11:59:38 PM | 20 Comments
... disabling right click isn't either.cuba bayangkan situasi ni. kamu sedang browse satu blog yang sedang menceritakan perkara yang sangat menarik minat kamu. wah! ada link pulak untuk reference. bagus ni. bila klik pada links, ia dibuka pada window yang sama. jadi kamu tekan button back untuk undur ke belakang. kamu tekan right click pada link itu semula dan keluar message box, "Hah! Buat apa tu?" apa kamu rasa? oren? bukan oren atau epal atau nenas atau tembikai. it's just annoying. rasa macam dituduh perompak kamu tahu? saya suka right click pada url di mana-mana website atau blog untuk dibuka pada window baru. jadi saya boleh terus baca di page tu, dan akan ke link di window atau tab baru seterusnya. tapi, ramai yang buang function ni. sigh. dahlah link ke url luar, url pula dibuka pada window yang sama. nak right click untuk buka windows atau tab baru pun tak boleh. takut kena copy kata-kata manis kah? atau takut orang ambil gambar-gambar comel dalam tu kah? hey! website bukan tempat suka-suka letak barang privacy atau sulit atau secret atau sensitive tahu? sangat banyak cara lain untuk orang copy. sejauh mana pun kita sorok, tetap ada caranya untuk copy. kesian. over-protective pada perkara yang tak boleh diprotect pun. kesian. kesian. kesian. sangat kesian. tak tahukah dia dengan cuma guna browser sesimple firefox pun, website itu boleh ditelanjangkan. bulat-bulat? pilih saja antara dua: letak di web dan tanggung risiko. atau jauhi, jangan letak apa-apa pun pasal kamu di web. simple kan? ada update di sini

Web Site | 20 Comments
{Older Post}
|