HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Baju raya dan bunga di kepala
Wednesday, August 06, 2014
Posted on 12:59:51 AM | 2 Comments

Cerita pasal raya yang biasa-biasa je. Cuma seronok dapat siapkan baju raya Melly. Blouse dan maxi skirt.

Blouse tu saya cuma guna kain kosong putih, pattern peasant blouse je, cuma panjangkan lengan. Sebab rasanya itu yang termudah untuk buat blouse kan. Haha. Memang simple sangat.

Sebenarnya kain bunga-bunga ni pulak lama sangat dah saya simpan. Lebih kain raya 2010. Kan.. Haha.. Untunglah Melly bukan cerewet orangnya. Ataupun dia memang dah tak ingat pun gaun 4 tahun yang lepas tu.

Accesory tambahan untuk kepala, saya buatkan bunga chiffon ni. Lekat pada klip rambut, dan tadaa... Saya buat 5 kuntum. Untuk Melly dan sepupu-sepupu perempuannya.

Itu jer lah cerita baju raya buatan sendiri untuk tahun ni, mana tahu boleh buat tambah-tambah idea.

Jumpa lagi tahun depan.

Eh! Tapi saya ada lagi projek skirt yang masih terbengkalai.
Tunggu ya!


Milimelie, Skirt | 2 Comments
 

shas says ...
  Cantik.. last year shas buat peasant blouse for my daughter's raya cloth. This year buat kaftan dengan skirt labuh pulak.

shashandmade.blogspot.com
madebyshas.blogspot.com

Reply | Posted on 8/6/2014 8:39:04 AM
 

wani says ...
  aslm maya,bestla pandai buat bju.cmna nk buat pola baju blouse tu yaaaa....anak kita lebih kurg sebaya kot...6 thun....

Reply | Posted on 8/8/2014 2:57:12 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 10 =
 

 



Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server