
dalam kebosanan selama 48 jam weekend yang lepas tu, sempat jugak saya siapkan stripey wristlet ni yang dah lama saya angankan.
saya sebenarnya tengah tunggu wallet yang menarik perhatian saya yang cukup budgetnya yang available masa saya nakkan nya.. susah juga sebenarnya bila rasa berat hati sangat nak ke shopping complex yang besar-besar dalam keadaan sekarang. sangat meragukan.
yang saya buat cuma berlegar-legar di kedai online saja. dan kebanyakannya sudah diambil orang. yang tinggal cuma jamu mata saja. sape kate kat internet takde window shopping? yang penting pakai windows. hehehe.. bill gate kalau baca ni sila bagi share sikit, plizzzz... boleh saya beli wallet yang tahan 20 tahun.

hah! ini bahagian dalam. satu tempat duit kertas. 2 untuk pelbagai jenis kad. yer lah nak letak pelbagai kad, padahal buat 2 je. sebab nak buat banyak-banyak macam tebal sangat pulak kan. ini pun dah naik semput mesin jahit tu nak menjahit.
kat tengah tu buleh letak henpon. 3 henpon pun muat walaupun saya cuma pakai 1 henpon. nasib baik netbuk saya tak muat. kalau tak, saja je nak suruh bawak netbuk ke hulu ke hilir.
oh ya! satu terlupa, tempat duit syiling. tapi takpe. karang berat syiling je pulak.
ok. selamat menjamu mata.