![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
beside of my virtual life, i love sewing very much.. this is what i've done so far.. |
||||||||||||||||||||
|
Dahlia Dress
baju raya melly
kecik-kecik dulu, eh sampai sekarang, kalau sapa-sapa tayang baju raya sebelum raya mesti kena kata, "eee... basi lah baju raya tu nanti." haha! sebab tu lah saya malu-malu (auwww) nak tayang baju raya. walaupun sebenarnya saya dah tayang dah hari tu. sehelai tu je buat masa ni. kalau jumpa yang berkenan nanti boleh beli lagi kot. susah betul nak cari baju ikut warna yang tiba-tiba ada tema ni. melly, elman dan papanya dah sama kaler dah. baju saya je tak jumpa-jumpa lagi. bukan masalah besar pun. sama warna ke tak sama warna ke, raya tetap raya. kalau ada, adalah. kalau takde pun takpe. kalau rajin nanti saya jahit baju malam raya. ada satu kain tu belum berjahit yang warna dia akan-akan. bolehlah. janji rock. kan? ini baju raya melly. tapi takde kena-mengena dengan cerita di atas. sebab kat atas tu cerita pasal baju kurung dan baju melayu. baju melly ni simple giler saya buat. sebab nampak bunga dah sarat sangat kan. tapi saya suka coraknya yang ceria. jadi saya pilih design paling simple lah. kain dia pun sedap sangat. sejuk je. dan skirtnya nampak jatuh tersusun. ada riben sederhana besar kat belakang. guna kain yang sama juga. haha! senang takyah pening kepala fikirkan nak match kan kain. :)
Sunday, August 29, 2010 Posted on 7:10:09 AM | 4 Comments
wah! seronok betul bila cuti panjang dan otak dah tak berserabut ni. banyak entry boleh buat. rasa semuanya nak cerita. banyak juga kain boleh digunting dan dijahit. ![]() ini baju alya yang ke-4empat. syukur alhamdulillah. lega rasanya bila dah siap 4 ni dan dihantar kepada tuan yang empunya. harap alya suka ya!
Saturday, August 28, 2010 Posted on 10:41:26 PM | 8 Comments
![]() kali ni layered dress pulak. tapi paling saya suka polka dot tu.. comel sangat. warna pun sweet jer. raya sakan alya nanti kan..
Thursday, August 26, 2010 Posted on 10:09:41 PM | 3 Comments
![]() lama giler tak update blog.
pas siap 2 tu baru buleh buat baju raya melly pulak. 2 helai jer pun.
Tuesday, August 17, 2010 Posted on 8:00:44 AM | 11 Comments
![]() this series will be the last for this year (excluding melly's series of course - hehe!) ada 7 helai semuanya. baru siap satu. ok. credits to alya's mom, zam, for fabric selection, lace and design. saya cuma tukang jahit je.. and thanks to zam, for her patient and trust.. lama giler kain ni terperap... huhu.. the company is moving forward to a new direction which need my 150% focus, commitment and concentration, days and night, including in my dreams when i asleep. weekdays and weekends. sampaikan melly merengek malam2 sebab kakinya digigit semut mase kat kampung pun saya rasa coding yang ada error. banyak kali. lol! bila pagi bangun tidur, baru sedar semut gigit melly.. kesian melly... baju raya melly pun saya tak buat lagi.. apetah lagi baju raya saya yang konon nak jahit sendiri tu. kalau tak sempat memang saya beli yang siap sehelai lagi...
Monday, August 02, 2010 Posted on 7:39:44 AM | 30 Comments
![]() berjaya buat satu lagi gaun melly yang macam ni, improved version - macam yang diangan-angankan. konsep masih sama, cuma kali ni saya guna designer fabric yang dibeli dari Zura lama dulu.. haha! macamlah lama sangat, tapi lamalah juga dia terperuk. saya beli dulu sebab suka sangat dengan coraknya walaupun belum tau nak buat apa lagi.. ![]() Fabric: Pop Garden from Heather Bailey dah letak getah kat bahagian belakang. dan lebarkan sikit bahagian dada. dan lebarkan lagi riben belakang. hah! perfecto! (haha! kalau terasa nak muntah, pi bilik air cepat!) lepas tu boleh tengok gambar melly bergaya dengan gaun barunya walaupun dengan rambut tak sikat layankan je. tapi baju ni boleh buat raya.. tak kisahlah dah basi pun. :p ![]() ini bahagian belakang. kain untuk riben dari Michael Miller, dibeli dari Printed Cotton.
dari pandangan tepi.
haha! suka aksi yang ni.. burung terbang katanya.
Saturday, July 31, 2010 Posted on 10:49:43 PM | 21 Comments
halo! saya happy hari ni sebab malam tadi dapat idea nak buat dress melly. sampai tak boleh tido sebab rasa nak lakar terus atas kertas dan gunting kain dan jahit dan suruh melly pakai. lol! tapi saya sedar diri sebab saya tahu, dalam keadaan kepenatan, biasanya saya akan buat banyak salah. dah banyak kali belajar dari pengalaman lepas. tapi mata tak boleh tido juga sampai pukul 2 pagi. hari ni, lepas saya tebas sikit dahan-dahan pokok di tengahari-buta-habislah-legam-takpe-lah-janji-rock, saya pun mulakan projek yang ditunggu. nampak je malam tadi macam dah tak sabar sangat kan, tapi start tetap lepas tengahari. untuk dress ni, saya guna kain yang saya beli kat bandung. konsep yang saya pilih adalah warna cerah dengan tali gelap dan kain kosong untuk ropol. ![]() ok. ini hasilnya. saya suka design baju bahagian-dada-macam-ni-tak-tau-nama-apa lepas saya browse entah ke mana-mana. ada ric rac kat situ. dan saya juga suka sangat baju hanan yang dipakai sempena birthday dia tu. suka betul seksi kat belakang dengan riben besar. jadi. jenuh saya fikir macammana nak potong kain. macamana nak cantum. akhirnya berjaya jugak. asalnya buat belah kat belakang nak letak butang tapi malas betul sekarang ni nak tukar setting mesin sejak-sejak mesin buat hal ni. jadi saya cantum je terus. :D bila dah siap baru perasan, sebenarnya saya patut guna cara masa buat dress hitam putih melly dulu. haiiyyoohhh!! kalau sedar awal-awal, mesti tak pening kepala nak fikir macammana nak cantum skirt dia. kan saya dah kata, saya tak sepatutnya buat apa-apa termasuk berfikir secara serius masa tengah penat. :P ![]() ok. ini gambar melly menggayakan dress ni. dah ambik gambar baru perasan over bright. bila dah betulkan setting, melly pulak dah tak sempat-sempat nak masuk kereta. hmmm... jadilah. kesimpulannya. saya suka dengan hasilnya. rasa nak buat lagilah malam ni untuk pakai esok. tapi dengan sedikit improvement. nak letak getah kat bahagian belakang tu. dan lebarkan sikit bahagian dada. dan lebarkan lagi riben belakang. dan nak try guna designer cotton pulak. itupun kalau sempat. dekat pukul 11 dah ni... selamat malam!
Thursday, July 29, 2010 Posted on 7:41:17 AM | 25 Comments
hello! lama kita tak jumpa kan? bz sikit sekarang ni. macam-macam. keluarga. kerja. diri sendiri. baju raya. kuih raya. kasut. handbag. kucing. ayam. itik. angsa. lembu. kambing. facebook. haha! ok. yang condong tu semua tipu. syukur sempat juga siapkan dress nina yang last ni. warna merah. dah macam gong xi fa chai pun ya jugak. tapi saya suka. sangat ceria. ![]() saya buat 2 helai dress yang sama macam ni. satu lagi untuk kawan elin. sebenarnya saya tak sure dengan kombinasi untuk kain warna merah ni. selongkar-punya-selongkar, saya jumpa kain corak-corak ni yang saya rasa sepadan. terus potong untuk 2 helai, walaupun dalam hati ada entah. rasa macam takde idea masa tu kot. tengah menjahit baru teringat apesal saya tak combine dengan warna putih je. sebenarnya takde pun kain putih yang sepadan. haha! cait! penat je berangan. dress ni belum siap sepenuhnya. belum buat lubang butang. itulah part yang paling malas nak buat. :D tapi saya suka sebab mesin jahit tepi saya dah ok. entah macammana, adjust-punya-adjust, lepas habis semua jenis kombinasi, akhirnya elok juga dia ya. hari tu jual mahal lah sangat. ok. banyak lagi yang nak dijahit. banyak ke?.. haha! ok. tak banyak sangat. tapi cukup banyaklah untuk saya yang boleh siap sehelai je dalam seminggu ni. kalau sempat nanti nak buat baju kurung untuk diri sendiri juga. lama tak jahit baju sendiri. lama sangat. takut dah lupa je. saiz pun dah besar. tsk!
Thursday, July 22, 2010 Posted on 8:08:47 AM | 22 Comments
![]() berjaya siapkan dress kedua nina. best! sangat suka dengan corak dan warna kain ni. sweet sangat.. ok. agak tercabar sebab kainnya yang agak licin dan nipis. dan takut nak gosok panas-panas, sebab takut berlubang di tengah baju dah jadi pesen lain pula. ok. itu saja cari alasan untuk: "sebab tu nampak garisan kat tengah skirt." dan... dan mesin yang semakin huru-hara atau saya yang sebenarnya huru-hara sebab lama sangat berehat. sampai berkali-kali menetas benang. hahaha! ingatkan ayam je menetas. tapi kalau menetas jenis macam ayam, mesti banyak benang saya sebab selalu menetas benang. tapi rasanya, mungkin sebab saya yang suka-suka hati tukar setting sana-sini? tolonglah jangan merajuk cik mesin penyanyi. 10 tahun saya sayang awak...
Thursday, July 15, 2010 Posted on 7:13:51 AM | 29 Comments
... satu daripada empat. saya letak satu baju per entry sudah lah hoh? tidak lah berlobang sangat blog saya di kala suram malam bulan berendang berwarna biru di cermin kali ni. nampak ada isi sikit kan. ok. sebagai pengenalan, baju adalah kepunyaan nina. nina berusia tiga tahun. kain cantik-geram-giler bercorak paisley adalah hasil pembelian ibu saudara beliau. nasib baik juga saya dapat kain ni sebelum ke bandung (boleh bayangkan berapa lama saya simpan kain ni? haha! sorry elin. ko memang dah tau aku agak lems kan?.. :D), jadi di bandung sempat lah saya jeling-jelingkan kain yang matching iaitu polka dot limeade. ![]() gaun limeade!
ikatan riben limeade. harap-harap ini dapatlah menjadi pembuka bicara selepas sebulan tak jahit dress.... ** haih! tiba-tiba terasa tertelan air liur lah..
|
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License
|
||||||||||||||||||||
|
© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved. |
|||||||||||||||||||||