Semoga termotivasi.
Raya dah nak dekat ni..
Eh.. eh.. puasa pun belum.

|
|
|
~ The Craft Links
Tutorial, Inspirasi dan Motivasi
Klik pada image bawah untuk dapatkan inspirasi. Ini adalah koleksi yang saya pinkan dari banyak sumber di internet. Happy sebab makin banyak free tutorial dengan gambar yang sangat cantik-cantik. Memang naik semangat bila menengoknya. Klik pada link-link dalam gambar-gambar tu ya untuk dapatkan tutorial.
Semoga termotivasi.
Eh.. eh.. puasa pun belum. ![]()
Friday, December 16, 2011 Posted on 1:27:57 PM | ![]() Ni ada 2 tutorial terbaru tiered dress yang saya jumpa waktu cari-cari tutorial semalam. Cantik betul gambar dia dan instruction dia pun clear dan senang.
![]() Image by Scattered Thoughts of a Crafty Mom Ok. Yang mula-mula, pillow case style. Antara 2 ni, rasanya yang ni memang lebih mudah. Pillow case style ni memang sesuai untuk beginner, sebab tak leceh sangat nak ada butang atau zip bagai. Dan hasilnya pun cantik. Click bawah ni untuk tutorialnya. How to Sew a Tiered Pillowcase-Style Dress
![]() Image by Family Friendly Frugality Comel betul lah budak nih. Yang kedua ni, sebenarnya taklah susah sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya, cuma lain sikit pada bahagian dada. How To Sew A Ruffle Dress – A Quick 3 Tier Ruffle Dress Tutorial For A Little Girl Pilihlah nak yang mana. Buat dua-dua pun ok. Sebab tiered dress memang cantik. Lepas tu pulak, memang sesuai kalau ada kain lebih sikit-sikit tu, sebab boleh mix and match. Ataupun kalau nak ikut tutorial dress untuk bahagian dada yang pernah saya buat, boleh tengok kat sini: Dress Ala Dahlia. So, bahagian skirt boleh ikut cara diorang tu. Nak buat 5 tingkat atau 8 tingkat pun boleh. (Huh! Jenuh...) Hehe..
Thursday, December 01, 2011 Posted on 7:53:32 AM | ![]() ok. sebab ada yang tanya pasal tutorial skirt entry yang lepas, makanya saya try google dan saya jumpa tutorial ni:
http://angrychicken.typepad.com/angry_chicken/2008/07/5-minute-skirt.html patutlah saya boleh siap cepat. rupanya memang ada orang bagi nama 5 minutes skirt. lol. tapi saya tak boleh siap pun dalam 5 minit. ini gambarajah saya. ada beza sikit rupa bentuk dia sebab bahagian punggung ke atas saya buat straight saja. ![]() ok. lagi bezanya, saya buat panjang sampai ke buku lali. dan saya buat lining. takut nampak klcc bergerak time tengahari buta pulak, kan? hahaha! so, saya guna getah pinggang biasa dan buatkan lubang getah ~ caranya cuma jahitkan antara kain skirt dengan kain lining di bahagian pinggang. kain untuk lining tu pulak, saya ikut pattern yang sama, cuma saya pendekkan sikit, kurangkan dalam 3 inchi. lain-lain follow je tutorial tu. lebih kurang je macam yang saya buat. senang je kan.. :)
Thursday, March 11, 2010 Posted on 10:16:13 PM | ![]() masa kecik dulu, saya suka sangat pakai skirt. dan kebanyakan skirt saya dulu, dijahit sendiri oleh mak saya. yang paling saya ingat, skirt kembang bulat warna biru, yang mana kain dipotong bentuk bulat. sampai sekarang saya boleh terbayang macammana mak saya buat dulu. juga skirt ropol kotak-kotak warna biru. memang saya pakai sampai tak boleh pakai. masa tu, design kain kotak-kotak memang tengah glemer.
ok. kita tinggalkan dulu cerita lama. sampai masanya saya pula yang buat skirt untuk anak saya. ini antara tutorial skirt yang free yang pernah saya jumpa ni internet. ![]() untuk yang ini, bukan saja skirt yang comel, tapi tak tahan betul tengok barisan budak-budak comel tu kan. best betul kalau boleh buat fotografi macam ni.
![]() haa.. lebih kurang macam ni lah bentuknya skirt kembang bulat yang saya cerita kat atas tu. cuma takdelah pulak mak saya letakkan talipinggang kain tu kan. dan skirt saya pulak tu tak bercorak. saya pernah buat skirt bulat macam ni, tapi cantumkan pada baju, maka jadilah dress kembang bulat, yang saya panggil merry-go-round.
![]() inilah tutorial skirt yang paling glemer dan ramai orang refer rasanya. :)
ropol-ropol tu buat skirt ni nampak sangat girly. comel sangat kalau nampak budak perempuan terpusing-pusing gayakan skirt.
yang ini agak advance. rasanya, agak letih jugak nak membuatnya... tapi sangat cantik.. sesuai untuk acara-acara penting macam birthday party diri sendiri kan?
Saturday, March 06, 2010 Posted on 9:26:28 PM | ![]() ![]() picture credit to Princess Closet first time jumpa feliz dress (baru je saya tau namanya feliz dress, sebelum ni sebut dress tingkat-tingkat je :P) yang dibuat oleh orang malaysia. mungkin ada kot orang lain buat, tapi yang ni yang first time saya nampaklah... saya memang suka tengok dress jenis gini. memang ada rasa macam nak buat cuma takut tak terpakai jer.. sebab terasa cam bangsawan pulak. hahhaa.. rugi tau kalau tak pakai sebab nak buat perlukan kesabaran yang tinggi. yer lah.. buat dress 2 tingkat pun dah sesak nafas.. ini pulak bertingkat-tingkat.. :D salute to kak azida. tabik spring!
Friday, February 12, 2010 Posted on 8:31:35 AM | ![]() ok. kain-kain ni kan cantik-cantik belaka. makin dipandang makin cantik. nak buat macammana, hati dah suka. biarlah b* yang nafas-nafas ikan tu dah sampai hujung pun. asalkan kain-kain ni dapat saya miliki di hari ni.
saya tak pandai nak ingat nama-nama kain dan designernya sekali sebenarnya. maka saya rasa, elok juga kiranya saya buatkan mini kamus di sini. supaya senang saya jawabkan kepada kawan-kawan yang bertanya nanti (kalau ada - padahal untuk rujukan saya sendiri yang sangat pelupa).
![]() yang plain berwarna-warni ni namanya Kona Cotton (kelakar pulak lah nama dia.. nak gelak jap, kakaka!) pun akan banyak juga gunanya. senang dah ada depan mata bila saya mahukan nanti, bila idea tiba-tiba datang kononnya, bila tiba-tiba semangat lah kononya. harap-harap. sebab selalu saya jadi malas sebab tak jumpa kain cotton plain yang sedap dipakai untuk dipadankan dengan kain corak yang saya ada. sekarang saya dah jumpa. lalalaaa... semua fabric di atas adalah 100% cotton dan dibeli dari lovemelots yang akan digunakan setiap inchi. (ya. kerana harganya. dan saya akan berfikir beratus-ratus kali dulu sebelum memotong) dan saya belajar pasal fabrik dari dia lah. ;) ada lagi 5 fabrics dalam perjalanan. padahal yang dulu pun belum diusik. gila kan?
Thursday, September 24, 2009 Posted on 11:24:20 PM | ![]() ![]() DIY Felt Creation
where they share their love...
Sunday, September 06, 2009 Posted on 12:13:01 PM | ![]() ![]() Suka dengan hasil usaha dia. Banyak betul link bag DIY yang dikumpulkan kat situ. Macam-macam dan cantik-cantik. Tinggal klik pada gambar, taraaaa... tahulah kita macammana nak buat.. Very inspiring..
Monday, August 17, 2009 Posted on 4:50:35 PM | ![]() cewah.. tajuk cam yo-yo-oh kan..
ok ini senarai blog dari seluruh dunia (huhu.. pengsan nak jelajah seluruh dunia). oklah.. sikit saja dari seluruh dunia yang ada pada google reader saya.
oklah 3 dulu. lain kali saya sambung lagi.
Sunday, July 19, 2009 Posted on 1:48:31 PM | ![]() saya minat nak menjahit tapi tak tau nak start kat mana.
start dari yang simple dan yang kita minat nak buat. buat yang kita minat tu untuk motivasi diri kita. bila kita minat, kita akan usaha sungguh-sungguh. start dari yang simple tu supaya apa yang kita nak buat tu biar senang nak jadi. bila dah jdi, kita akan teruja nak buat lagi. contohnya, buat twirly skirt macam ni dulu. atau pun kalau suka boleh buat tiered skirt ni juga dulu. untuk dress atau top pula boleh ikut tutorial pillowcase dress ni. ok.. ada beberapa tutorial pillowdress yang simple-simple:
walaupun nampak simple, tapi banyak yang kita boleh belajar dari situ sebenarnya. klik sini untuk gaun pertama yang saya buat. tak cantik, tak kemas dan banyak salah juga. c",) jadi, jangan risau. there's a first time for everything.. gud luck!
|
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||
© My CrazyArtZone 2007-2021. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server | Privacy & Terms |