HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Wishlist

giler!
Saturday, July 31, 2010
Posted on 12:38:04 PM | 8 Comments

kekeke..

ok. serius..

.

.


i so need this.

.


and this.

.

and this.. err... i mean the 27" one.

all for development & testing.

boleh?


Not So I.T., Wishlist | 8 Comments
 

Tuhan, sabarkan hatiku
Friday, March 05, 2010
Posted on 4:34:45 PM | 11 Comments

...Kau tabahkanlah hatiku..


Wishlist | 11 Comments
 

Apple iPad
Tuesday, February 02, 2010
Posted on 7:52:21 PM | 4 Comments

ya. saya mahu ini untuk hadiah harijadi saya. terasa sangat cool okeh.
(buleh click sini kalau nak tengok apa yang cool ya.)

boleh kan, abang? wah! tiba-tiba tukar tune, kenalah sebut abang kan..

nota kaki:
walhal birthday saya jauh lagi ya amat. biasalah.. buffer kena ada, supaya dapat apa yang dihajati.
kan abang? (sekali lagi)


Wishlist, Not So I.T. | 4 Comments
 

bias tape maker
Monday, January 11, 2010
Posted on 1:13:11 PM | 15 Comments

tahu tak apa yang saya masih tak ada sampai sekarang dan saya mahu sangat sekarang ni?

bias tape maker.

kesian giler kan? bias tape maker pun tak ada.

malasnya nak pegi cari kat kedai.

ada sapa-sapa nak tolong belikan. tak?

:P


Wishlist, Tools | 15 Comments
 

cerita bukan taraf
Wednesday, June 03, 2009
Posted on 10:05:43 PM | 10 Comments

Louis Vuitton Handbag

bukan setakat handbag yang terkurung di dalam jiwa saya.

Louis Vuitton Luggage

luggage juga. sebab jarang-jarang pakai boleh sampai ke tua elok lagi tau.

Louis Vuitton 2 Zipped Wallet

wallet macam ni paling saya suka sebab wallet saya yang sekarang dah koyak.

tapi saya rasa tak setaraflah (bukan ayat pancing). dahlah awal-awal dah ada orang cop saya suka yang imitate (tapi suami saya tulen tau, auwwww). nanti, mahal-mahal saya beli dia tanya pulak, eh, cantiklah. kat pasar malam tempat i tak jual design cam ni. (memanglah sebab saya beli yang original, okeh..)

sudahlah saya jenis malas nak tukar-tukar henbeg kalau macam semata-mata nak pergi ke tempat yang berlainan. bayangkan kalau tengok saya bawa henbag begitu hebat ni ke pasar ikan. sungguh tak sesuai nanti ikan-ikan tu melompat-lompat termasuk beg saya. dan tokei ikan tu pun kata, sini kak, saya tolong basuhkan sikit. tak sesuai tau cerita saya ni.

bukan apa.

birthday saya just around the corner ni. sesuailah sangatlah kalau ada orang nak start bincang-bincang cemana nak kongsi sorang sikit untuk hadiahkan saya seperti salah satu (kalau boleh nak semua) yang di atas.


Wishlist, Kisah Saya | 10 Comments
 

saya tersangkut di sarang labah-labah
Sunday, May 03, 2009
Posted on 7:41:30 PM | 8 Comments

ramai orang yang keluh kesah dengan fizikal badan mereka kan. saya pun nak ikut keluh kesah juga. sebab entah yang ke berapa ratus kali orang tanya, preknen ke?

amaran kepada rina: tolong jangan lempang saya sebab saya tak rasa pun saya gemuk.
kepada kawan-kawan yang lain: ayat diatas adalah ayat penapis lempang. sila gunakan ayat ini untuk mengelak dari dilempang (terutamanya oleh rina).

saya tak kisah sangat pun berat saya naik 10kg berbanding semasa zaman saya cinta-cinti dulu (meaauww). yer lah dulu kan makan tak lalu mandi tak basah. kira logik lah berat saya banyak tu aje. poket pun asek-asek kering. pandai-pandailah nak catu makanan kan. sekarang ni, masa saya makan, saya makanlah.. masa suapkan anak, suap sekali ke mulut sendiri. ok lah tu kan asal bahagia dan tak menyiksa diri.

tapi.... yang saya kisah sekarang ni, badan saya tak fit. kalau nak berat pun, beratlah, tapi kasi fit lah. ini lemah longlai. lole sane, lole sini.. eh.. paham ke maksud lole lole? itu perkataan saya bila menimang anak saya. dia keluar sendiri dari mulut. kiranya cam lembut lembek (dan comel) gitu.

saya tahu, caranya adalah dengan bersenam. tak kiralah jogging ke, swimming ke, menari ikut video (eh ape ke namanya yang kat woweerina tu?) ke kan. yang penting keluar peluh.

wishlist saya sekarang ni ialah (tolong beritahu mana nak cari supaya saya tahu berapa harganya, dan sebenarnya tolong belikan)

1. alat senaman yang boleh digunakan ketika tidur. peluh keluar tapi saya tak panas & penat. saya cuma perlu tidur nyenyak saja. dan lemak-lemak itu berguguran. bangun-bangun tidur terasa semakin fit dari sehari ke sehari.

ok. satu yang itu saje wishlist saya supaya tidak menyusahkan orang. tolong yer kawan-kawan kalau jumpa alat senaman yang macam tu, sila bagitau saya cepat-cepat. kalau berkesan saya akan bagi orang yang katanya gemuk ni pinjam pulak. jangan risau, rina dah tolong lempangkan dia berkali-kali.


Kisah Saya, Wishlist | 8 Comments
 

kenapa saya nak jadi penulis?
Tuesday, March 17, 2009
Posted on 12:57:24 PM | 9 Comments

dalam hidup ni, banyak sungguh yang saya teringin. nak jadi itu. nak jadi ini. nak begitu. nak begini. rasa macam best je jadi macam orang tu, macam orang ni. tapi ada juga yang saya taknak. contohnya, menjadi perdana menteri. ataupun wakil rakyat. apatah lagi penjadi penyamun dan perompak.

salah satu yang saya teringin, nak jadi penulis. sebabkan, jadi penulis ni, ada royalti. kalau buku kita laku lah. selagi laku, ke anak cucu cicit kita buleh dapat royalti. macam best kan.. kalau tak dapat banglow pun, lepas makan hari-hari ok lah kan, mana kita nak tahu hari tua kita cemane kan.

tapi, pada firasat saya yang saya sendiri merasakan saya adalah seorang yang teknikal, maka saya kurang dalam bunga-bunga ayat. ayat saya pendek-pendek, tergesa-gesa dan cepat sangat sampai ke titik noktah. kalau ada pun yang panjang, itu saya saja ngada-ngada. pada saya untuk menjadi penulis, ayat kena cantik. satu-persatu, jelas dan menyentuh hati dan perasaan kan. baru orang suka nak baca dan baca lagi.

tapi, tiba-tiba saya terfikir. toing! mentol muncul di kepala. dah saya jenis teknikal, kenapa saya tak tulis perkara yang teknikal. kan? mungkin ade jugak orang nak baca untuk perkara-perkara teknikal kan.

ok. saya rasa saya dah ada idea. tapi saya masih kena buat research. dan plan betul-betul.
mungkin makan masa bertahun-tahun. haha.. ok.. saya tak rushing..


Kisah Saya, Wishlist | 9 Comments
 

jalan yang sempit.
Friday, October 10, 2008
Posted on 5:24:04 PM | 2 Comments

macam biasa, saya keluar rumah pukul 8 pagi. biasalah, saya perlu berdondang sayang dengan anak-anak dulu sebelum diorang ke sekolah dan saya ke ofis. tapi hari ini, jalan sangat teruk. tak tau nak buat apa, jadi saya ambil-ambil gambar. tak perlu fikirkan apa orang depan, belakang dan sebelah nak kata.

ini gambar jalan di hadapan saya. lama juga saya ikut belakang jazz ni.

dan ini pula cermin kereta yang dah lama retak. sayang nak tukar sebab kalau nak tukar nak kena tinted lagi pulak kan. kalau nak tahu, ada 5 bintang kat cermin tu.

jam menunjukkan 9:27 pagi, tapi saya masih belum lepas tol pun lagi.

saya dengar hot.fm. fafau sorang pagi ni. eh, ade jemputan, aizat.

ini suasana hari raya ke-10 di sebelah kanan. rumah cantik-cantik.

ada juga taska comel.

saya dah siapkan parcel ni malam tadi. sepatutnya saya hantar hari ni. mungkin lepas ofis. tapi sebab saya yang tersangkut di jam ni, mungkin saya terpaksa balik lewat, dan post office pun mungkin dah tutup waktu saya balik nanti.

baru saya perasan beg saya di tempat duduk belah kanan. saya turunkan. adik saya pernah nampak di depan matanya sendiri, orang pecahkan cermin kereta untuk ambik handbag di tempat duduk kanan yang mane kereta itu sedang didrive. gila!

ni suasana di tol. ramai yang cuba memotong queue. termasuk juga saya sebab saya termasuk lorong yang salah. (tengok, takde line putih kan? saya cuma ikut kereta depan. sorry)

kalau tengok kiri dan kanan, ramai sebenarnya yang memandu seorang, termasuklah saya. maka berlakulah pembaziran ruang dan minyak dan tol dan lain-lain. ada tak kenderaan yang kecik sikit dari kereta, tapi bukan motor atau smartcar? kalau masing-masing pakai kenderaan tu, mungkin ruang yang diguna di jalan raya tak lah besar sangat macam van innova depan saya ni yang baru saja memotong kenderaan saya sebelum tol tadi, yang mana pemandunya pun saya tak boleh nampak. eh, takde orang ke dalam van ni? (saya tak suka kereta berbentuk van.. err... buat masa ni)

dan ini bentuk kereta yang saya suka. rasanya tak mungkin saya pakai kereta ni, cuma harap adalah kereta seakan ni yang harganya lebih rendah. kita kene mimpi dulu, untuk aktifkan (macam aktifkan dirimu pulak) diri kita mencapai ape yang kita mimpikan. kalau pun tak sampai, yang hampir-hampir pun cukup lah kan?

dan tidak. gambar ini bukan saya ambil mase jam tadi. oh ya! saya sampai ofis pukul 10 tepat. sorry boss!


Kisah Saya, Wishlist | 2 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server