Top N Bottom
Peasant Blouse
Friday, August 03, 2012
Posted on 10:55:49 PM | 10 Comments
Ingat lagi skirt rama-rama yang saya buat bulan lepas? Kebetulan ada perca kain yang warnanya memang sama. Jadi saya buatkan matching peasant blouse. Simple je.  Tutorial peasant blouse ada di sini. Saya cuma adjust ukuran ikut badan Melly sekarang. Dan untuk lengan, saya buatkan ukuran separuh lengan. Poplook tak? Macam biasa, siap saja, Melly lah kena jadi modelnya. Dah baju tu pun memang dia punya.  Poplook lah sangat. 
Ya. Saya sangat suka dengan kombinasi baju dan skirt ni.
Nampak sangat serasi.
Boleh pakai raya. Oh. Melly kurus sikit bulan puasa ni.

Top N Bottom, Sewing Corner | 10 Comments
Menjahit seluar pertama untuk Harez
Monday, July 23, 2012
Posted on 7:39:23 AM | 6 Comments
Ini asalnya seluar saya yang dah lama tak pakai.
Kain linen. Jadi saya rasa amat sesuai untuk dijadikan seluar Harez. Maka sesi membuat pattern pun bermula. 
Saya gunakan seluar sedia ada untuk contoh dan trace-kan pada suratkhabar lama je. Seluar ni panjang sikit untuk Harez, jadi, panjang suratkhabar tu cukup-cukuplah. Untuk seluar, bahagian belakang adalah lebar sedikit dari bahagian depan.
Dan selepas seketika..
Maka... tada!! 
Inilah hasilnya. Simple sangat. Takde poket segala.
Cuma ada getah cerut saja. Oklah kot sebagai permulaan. Tu pun banyak kali tetas sebab silap jahit. Huahua..
Kalau rajin, bila-bila boleh buat lagi (harap-harap).
 Dan ini model yang sedang enak dibuai mimpi (kalau mimpi laa.. hehe). Bye! *Boleh dapatkan tutorial di sini.

Top N Bottom, Recycle | 6 Comments
Tentang Skirt - Hunky Dory
Friday, July 20, 2012
Posted on 7:40:01 AM | 12 Comments
Ini yang terbaru. Dua-dua skirt ni saya guna koleksi fabrik dari Hunky Dory by Chez Moi. Dulu saya memang gila dengan kebanyakan corak dari koleksi Hunky Dory ni. Semua cantik-cantik belaka. Sudahnya saya simpan saja sebab sayang sangat nak guna.  Ini closed-up untuk skirt Hunky Dory warna hijau.
Sangat suka dengan warnanya. Saya buat layer beropol. 
Setelah digayakan, oleh siapa lagi kalau bukan tuan empunya. Ehem! Ehem! Melly happy tu sebab sekarang dia sudah bertindik. Lama dah dia mintak nak pakai subang, macam sepupu-sepupunya, Fatma & Nia, macam kawan baiknya, Auliya, yang hari-hari dia sebut. Kitorang je tak sampai hati. Tapi masa tindik, Melly tak nangis pun, cuma muka kelat sikit. Hehe..  Yang ni pulak skirt Hunky Dory warna pink. Yang ni saya cuma letak layer je, tak beropol.
Dan saya sematkan riben kecik untuk menaikkan serinya. Serinyaaa lah! 
Tu dah pakai. Seronok sangat si Melly. Oklah ini dulu. Sudah-sudah lah kot buat skirt Melly, kan. Sambung lenkali ya..
Akhir sekali, bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, dengan segala kerendahan hati, saya mohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah. Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini dan semoga segala ibadah kita diterima Allah Subhanahu Wata'ala.

Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
Tentang Skirt - Si Rama-rama
Wednesday, July 18, 2012
Posted on 8:04:00 AM | 6 Comments
 Skirt ni yang paling Melly suka. Bila tanya kenapa, satu sebab dia warna pink. Yang kedua, sebab corak butterfly. Satu lagi sebab ada riben. Memang elok sangatlah semua yang dia suka, ada. Kali ni saya buat tiered skirt - bertingkat kot kalau sebut dalam Bahasa Melayu. Dah cukup warming up hari tu, pegang mesin pun dah ok, so bolehlah buat yang lebih rumit sikit. (Rumit lah sangat. Haha!)  Nama kain, Mod Butterflies in Pink dari Fandango Collection by Henry Glass Fabrics.
Ok. Cari-cari di sini untuk skirt tutorial.

Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
Julai. Tentang Skirt.
Monday, July 16, 2012
Posted on 10:50:41 AM | 6 Comments
Tengok-tengok balik almari kain, banyak lagi designer cotton yang saya kumpul-kumpul dulu. Nak buat dress macam malas. Jadi saya buat skirt saja. Dah nama pun warming up, jadi saya buat yang simple je. Ni saya guna kona cotton shocking pink di padankan dengan kain bercorak jalur warna terang, Luna by Gail Fountain for Maywood Studio.  Melly memang suka pakai skirt. Skirt yang ada semua dah singkat. Almaklum, mak dia rajin sangat. 
Tapi bila dah start buat skirt ni, jadi seronok pulak dok matching kain. Yang kedua ni, saya gunakan kain Leanika by Free Spirit Fabrics. Sebenarnya sayang sangat nak guna, api sampai bila nak simpan, kan. Kali ni saya padankan dengan kona cotton warna koko.  Dah nama pun dia punya, happy lah dia. Raya pun nak dekat kan. 
Melly dengan inainya.
Melly dah semakin tinggi. Setengah ela designer cotton yang selalu saya beli, cukup-cukup untuk skirt dia. Kena tambah kain lain untuk panjangkan sikit. Nanti kita buat lagi ya. Oh ya! Dapatkan tutorial skirt di sini: Pinterest.
Ada skirt untuk budak. Ada juga skirt untuk mak budak. Untuk anak dara pun ada.
Pilihlah yang mana suka. Buat semua pun boleh ;)

Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
Skirt - untuk saya dan Melly
Monday, November 28, 2011
Posted on 5:12:21 PM | 12 Comments
salam maal hijrah.baik. agak sudah sangat lama blog ini tidak berupdate. akan terus diusahakan agar diri ini lebih rajin untuk berkongsi cerita dan idea, walaupun sudah tahu yang diri sendiri akan tidak berapa rajin untuk menjahit. tapi... tada!!!! 
berkat kerahan tenaga, dapat juga saya selesaikan 2 helai skirt, sedondon saya dan melly. itupun belum sempat pakai sama-sama lagi. skirt saya adalah jenis a-line, dan skirt melli adalah skirt ropol. sebab skirt melly adalah kain lebihan dari skirt panjang saya dan tak berapa cukup, jadi saya cantumkan dengan kain corak yang sama tapi berlainan corak. ok tak? jumpa lagi!

Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
Color Block Skirt
Sunday, July 31, 2011
Posted on 12:47:45 PM | 18 Comments
 Tiba-tiba rasa nak buat something yang color blocking. Mula-mula nak buat dress tapi memandangkan masa yang sikit dan kerja yang nak dibuat banyak, makanya saya cuma buat skirt saja. Tu pun ambik masa juga, sebab saya tak suka kalau jadi tak kemas. Nasib ler kan... Memang hasilnya cantik (nampak? ada perasaan perasan di situ) tapi agak terhegeh-hegeh. Haha! Ingat nak letak kaler kuning atau oren untuk kaler paling bawah tu. Tapi, apakan daya, takde stock kain kaler tu dalam simpanan. So, pakai yang ada jer lah. Jadilah kan. Itu pun, tak de benang sama kaler ngan kain. Benang kaler terang jer ade. Pon, jadi lah kan.. Janji rock! Oklah kan, skirt getah camni. Senang pun senang. Agak labuh kat Melly tapi takpe, boleh pakai lama sikit kan. Yang penting Melly suka sangat dengan skirt ni.. siap pusing-pusing menari-nari lagu Hindustan. Lagu Hindustan adalah kegemaran Melly sekarang, lagi-lagi lagu-lagu dari Mohabbatein.. Yang paling dia suka, jerit... Sameerrrrr!!! Sampai tengah tengok bola Malaysia lawan Singapore pun, orang jerit Safee, dia dok jerit Sameer! Sameer! Hahahaha! Berbalik kepada cerita skirt, boleh dapatkan skirt tutorial kat sini:
http://my.crazyartzone.com/?p=758 Ni pulak pasal color blocking:
fashiondujourdaily.wordpress.com Last but not least, di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya kepada semua. Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Update: Ni gambar Melly dengan skirtnya. :) 

Top N Bottom, Sewing Corner | 18 Comments
Capri Pants
Tuesday, August 31, 2010
Posted on 8:42:37 PM | 8 Comments
hari merdeka kami tak ke mana-mana. suami saya kerja. nak kemana-mana bawak 2 orang budak kecik tu sorang-sorang memang tak sanggup kecuali kalau memang ada hal penting sangat. jadi kami keras di rumah saja. haha!  berjaya juga cubaan membuat capri pants ni. lama betul teringin nak buat guna kain bersulam. kain ni yang saya beli di bandung hari tu.  terpanjang sikit sebenarnya. kena potong sikit. melly kata dia tak nak seluar. dia nak baju princess jer. sabar je lah. ada baju untuk seluar ni tapi belum siap lagi. tunggu raya eh..

Top N Bottom, Sewing Corner | 8 Comments
Peasant blouse with short
Wednesday, May 26, 2010
Posted on 7:52:40 AM | 15 Comments
 Untuk Nuha Semalam berjaya siapkan peasant blouse ni. Finishing jer. Actually baju dan seluar tu dah siap 2 minggu lepas lagi. Tapi bila tengok macam kosong jer, saya biar jer dulu letak tepi, dengan harapan ada idea nak buat ape-ape decoration. Saya suka yang simple-simple, jadi saya cuma letakkan riben kecil di baju dan seluar. :D

Top N Bottom, Sewing Corner | 15 Comments
Lyla Love
Saturday, May 15, 2010
Posted on 2:00:00 PM | 15 Comments
bila saya rasa ia special..
... ia memang special... diperbuat daripada kona cotton berwarna kuning terang. renda hitam. dan kain kotak-kotak hitam-putih. idea asal cuma nak gabungkan kuning dan hitam. tapi, baru sedar, kain kuning tak cukup panjang. nak beli pun dah tak sempat sebab malam tadi baru bentang kain, hari ni, pukul 3 petang, majlis dah pun bermula.  ada banyak lagi kona cotton saya yang berwarna lain. tapi saya rasa, kuning lebih terserlah bila bergabung dengan hitam. saya pilih kain kosong sebab sengaja nak serlahkan bentuk love dari renda yang saya buat di tepi skirt. saya lukis dulu bentuk love di atas skirt menggunakan pensil. saya jahitkan renda dengan jahit jelujur. dah dapat bentuk love dari renda yang saya mahu, saya jahitkan zigzag guna mesin jahit di atas renda, biar lebih kukuh, harap-harap tak tertanggal walaupun dimasukkan ke mesin basuh.
 skirt bersaiz 6Y. panjang 15 inchi.
saya namakan Lyla Love saya suka sebab macam ini idea saya. warnanya. patternnya. tapi entah berapa banyak skirt kat dunia ni. besar sangat kemungkinan orang dah buat design yang macam ni. takpelah. yang penting saya happy. dan seronok. dan puas. dan suka. harap-harap aisyah pun suka. happy birthday dear! & happy-happy selalu hendaknya.

Top N Bottom, Skirt | 15 Comments
{ Older Post }
|