HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Tools

How to use rolled hem foot
Thursday, January 21, 2010
Posted on 7:13:03 AM | 37 Comments

hari tu saya janji nak buat tutorial rolled hem foot ni versi bahasa melayu kan.

sori eh arni, tutorial lambat sikit sebab dah lama tak guna tapak kelim ni. jadi sempena saya sedang menggunakannya hari ni, saya ambik-ambik gambar.

mula-mula sekali kene lipat hujung kain macam kita nak jahit kelim biasa tu.

lepas tu jahitkan 4-5 jahitan, pun macam biasa, macam sebelum guna tapak ni.

kemudian, pastikan jarum ke bawah, dan kita naikkan kain masuk ke dalam tapak macam gambar atas tu. kalau susah, naikkan tapak tu sikit-sikit sambil adjust kain.

lepas tu boleh terus jahit. senang ada tapak ni, pejam mata pun boleh. haha.. taklah.. sebenarnya bagi senang sikit je, bagi halus sikit kemasan tu. still kita kene control betul-betul. nak pecut boleh, kalau dah tere ya. kalau belum tere nak pecut juga pun dah boleh. lepas tu kena tetas, saya tak tanggung.

ok. saya masih juga jahit pelan-pelan dan ia mencuri masa yang agak lama juga nak disiapkan. tapi inilah hasilnya yang sangat memuaskan. :D


~ Craft Tutorials, Tools | 37 Comments
 

bias tape maker
Monday, January 11, 2010
Posted on 1:13:11 PM | 15 Comments

tahu tak apa yang saya masih tak ada sampai sekarang dan saya mahu sangat sekarang ni?

bias tape maker.

kesian giler kan? bias tape maker pun tak ada.

malasnya nak pegi cari kat kedai.

ada sapa-sapa nak tolong belikan. tak?

:P


Wishlist, Tools | 15 Comments
 

my retro studio
Tuesday, December 29, 2009
Posted on 1:00:00 PM | 30 Comments

selepas 2 tahun saya bekerja dari ruang tamu, ecewah bekerja sangatlah kononnya tu. haha... akhirnya dapat juga saya memujuk suami saya untuk berikan saya sebuah bilik untuk menjahit (padahal bilik tu rupa stor je sebelum ni). sebab anak-anak saya dah besar panjang sekarang, taklah saya perlu berada di ruang tamu 24 jam untuk monitor semua pergerakan. lagi pun sekarang, bila saya duduk di bilik jahit tu pun, diorang berkumpul juga kat situ. angkut semua mainan-mainan.

kenapa namanya retro studio? sebab radio lama saya tu asyik-asyik nyanyi lagu retro, samaada dari pancaran radio ataupun dari kaset playernya yang masih berfungsi dengan baik. jarang-jarang nak dengar lagu zaman sekarang. haha! memang terasalah keretroannya.. seronok tau. semangat saya nak menjahit sampai dah start buat patchwork quilt ni hah.. sebab syok sangat tengok kain perca masa tengah mengemas-ngemas tu. lepas tu, ada pulak meja untuk saya kerjakan kain-kain tu.

inilah meja yang saya gunakan untuk memotong kain-kain perca untuk patchwork saya tu. cerita pasal patchwork quilt saya yang tengah dalam proses tu, saya dah siapkan 12 block. tengoklah nanti macammana hasilnya. saya bukan tahu pun.. nanti saya cuba-cubalah sambil tengok mana-mana panduan dari internet. saya tak pernah buat pun. sebab tu kena buat yang asas dulu.

ok. bilik ni masih belum siap sepenuhnya. saya mahu tukar langsirnya yang dah kusam tu. mahu decorate sikit dindingnya yang kosong. mahu tambah koleksi kain kotton saya yang seciput tu. sementara nak cari bahan-bahan tu, layan jer lah radio retro saya tu dulu... ni pun dah cukup semangat. anak-anak saya pun suka. sebab dah tak terganggu dengan bunyi mesin jahit bila tengok kartun.


Tools, Kisah Saya | 30 Comments
 

Rolled Hem Foot
Friday, December 18, 2009
Posted on 11:35:46 AM | 18 Comments

... adalah digunakan untuk jahit kelim di tepi kain tu. saya beli setahun yang lepas.

untuk pengguna mesin jahit zaman dinasour macam saya ni, agak susah nak cari tapak dia ni. banyak kali saya pegi kedai singer, tapi jawapannya tetap sama... "model tu takde dik." (ok, kadang-kadang "dik" tu tukar jadi "kak") sedih tau saya.

saya ingat dulu mesin mak saya yang zaman sebelum dinasour pun ada tau. tapi tapak tu dah hilang entah ke mana. biasalah kami adik-beradik memang suka main-main kat mesin jahit mak saya tu sampai rosak entah berapa kali. hahahha.. mintak maaf, mak.

tiba-tiba toingggg!! ada mentol bercahaya keluar di atas kepala saya buat saya rasa dunia tiba-tiba terang benderang. seingat saya dulu tapak yang mak saya punya tu, holder dia panjang. jadi saya ke kedai jahit biasa yang jual alat jahitan. saya tanyakan tapak untuk kelim tepi, untuk mesin jahit singer. dia pun tunjuk yang ni.

tapi nak pasang kene pakai screw driver lah. hal kecik je tu..

bukak dulu tapak lama bersama-sama dengan holdernya sekali.

letakkan tapak kelim tepi ni dengan screw driver. saya kekok, sebab nak screw tu kene guna tangan kiri. mulalah rasa nak jadi kidal.

dan tadaaaa!!! inilah hasilnya.

yahoooo!!! dah buleh guna.

kesimpulannya, kalau agak-agak mesin jahit tu zaman dinasour punya, dan ape yang dicari takde di kedai singer, cari saja di kedai jahit biasa.

cara-cara nak guna, boleh tengok di sini:

http://thesewingdivas.wordpress.com/2006/10/16/tutorial-rolled-hem-foot/
http://durratulain.blogspot.com/2009/11/rolled-hem-foot-hemmer-foot.html
http://jurra-sewcute.blogspot.com/2009/05/rolled-hem.html

thanks to durra & jurra.. eh... nama nak dekat sama lah.. :D


Tools, Sewing Corner | 18 Comments
 

my sewing corner
Thursday, February 28, 2008
Posted on 12:04:12 AM | 8 Comments

inilah tempat aku menjahit. bawah tangga.
meja pun meja komputer papa dulu yang papa dah tak sudi nak pakai lagi.
aku tak kisah sangat pun. as long as mesin tu buleh tahan gegaran mesin aku, cukuplah kan...

aku tak pe je menjahit kat ruang tamu.
situlah iman, situlah melly, situlah mama. asalkan semua ada depan mata, aku puas hati.
nampak iman main ape, nampak melly golek-golek, cukup lah kan..
bila tetamu datang, mulalah kelam kabut nak mengemas.. haha!

kadang-kadang ade gak iman baling menan dari atas tangga tu.. abeh laa mesin mama..
syok jugak kalau ade proper sewing room cam ni kan.. tapi macam aku kate tadi, aku perlukan iman & melly di depan mata aku..

ni pulak dmc floss aku yang bertabur hari tu. dah dapat casing.
ok lah kan susun cam ni.. nampak organized sket.. idak ler jarum aku dok hilang dalam benang jea..


Sewing Corner, Tools | 8 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server