HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Stash

colors
Tuesday, February 17, 2009
Posted on 8:56:36 PM | 29 Comments

for my next experiment!


Felt Creation, Stash | 29 Comments
 

cerita takde arah
Monday, December 22, 2008
Posted on 9:16:07 PM | 14 Comments

saya suka. hari ni saya merewang sebab dah lama saya tak merewang. yang syoknya saya merewang dengan boyfren saya saja di mid valley. terjumpa iza, kawan masa belajar dulu. sekarang ni dia dah jadi lecturer. "eh, macam bujang je?", dia kata. kan dah kantoi.

hehe... anak-anak tinggal kat neseri. tak apalah. hari ni saja. esok saya bawalah jalan-jalan. cadangnya nak ke zoo negara. tapi belum cakap lagi dengan abang or adik. takut tak jadi nanti, entah hujan ke, entah ada halangan ke, melalak lak si abang dok claim nak pegi zoo negara. sshhhtttt.. jangan bagitau dia dulu ye. nak bagi tau adik buleh lah.

lepas makan, saya terus ke mph. seronok pilih buku untuk boyfren saya, abang, melly dan juga diri sendiri.

inilah buku yang saya pilih. macam biasa, memang lebih pada apa yang saya suka - hobi saya.

inilah bahagian dalam buku yang penuh warna-warni dan banyak sangat idea yang boleh digunakan. sebenarnya, jenis jahitan tu sama je, cuma penggunaan yang dipelbagaikan. jadi banyaklah hasil-hasil yang menarik. macam-macam buleh buat dengan cuma satu jenis jahitan. yang penting, kena kreatif.

saya juga sempat singgah di kamdar, beli 2 jenis kain saja.

satu ni japanese cotton yang saya belum plan nak buat apa, tapi yang pastinya untuk melly. tapi macam pernah nampak kain ni yer... tapi di mana?

dan satu lagi kain jersey. tak, saya tak buat tudung diy. saya nak try buat blouse saya. saya bukan pandai pun nak buat baju sendiri ni, tapi saya geram tengok blouse-blouse yang ada kat kedai saya pergi tadi tu. nak beli, harganya... ummppphhh.... harap-harap apa yang saya nak buat ni menjadi.

melly tengah tido ni. kejap lagi saya nak potong kain.


Books, Stash | 14 Comments
 

Kain! Kain!
Thursday, September 11, 2008
Posted on 9:19:01 PM | 8 Comments

ini yang aku ade sekarang. aku suka corak polka dot & stripe ni.. walaupun aku tak tau nak buat ape lagi dengan kain-kain ni. sekurang-kurangnya aku ade. tak dapat nak fikir lagi nak buat ape. terasa macam mental block pun ada.

tq to meabadi yang tolong belikan kain 2 teratas tu. aku nak carik kain yang corak stripe tu tapi yang banyak kaler. tak tau nak cari mana. nanti bila ade mase, aku tepek gambar wish list kain yang aku nak eh. sape2 jumpa, buleh bagitau aku kat mane nak carik. nak belikan pun buleh.. hehehheeh..

adios.


Stash, Sewing Corner | 8 Comments
 

{ Newer Post }




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2019. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server