HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Stash

kegilaan kain di bandung
Saturday, July 03, 2010
Posted on 7:40:23 AM | 19 Comments

eh eh.. macam pernah nampak gambar atas ni kan... :D
setelah puas menahan nafsu serakah, gambar di bawah adalah hasilnya. ;)

ok. saya banyak ambik yang polka dot, bunga sikit-sikit. itu pun jenuh menahan pandangan mata. hahaha! saya beli 1m je setiap satu. kebanyakannya berwarna gelap. sebab tujuannya untuk dibuat ropol atau bias tape untuk disuai padankan dengan kain yang ada. pandai kan saya tahan nafsu?

tapi. yang paling paling paling saya suka dan gembira dan happy dan suka balik dan rasa sangat berbaloi-baloi-baloi adalah kain di bawah.

memang saya nak cari kain koton sulam macam ni. kain dia sangatlah lembut.. dah tu pulak bercorak paisley, lagilah meruntun-runtun jiwa. saya sangat suka. kejap rasa nak buat dress melly. kejap rasa nak buat baju kurung raya melly. kejap rasa nak buat seluar beropol. oh! satu pun tak terbuat lagi...


Stash, Travelog | 19 Comments
 

Paisley & Fairy
Thursday, May 06, 2010
Posted on 1:43:25 PM | 20 Comments

Paisley forever!

Tengok sampai tak sedar dah ada 5 helai paisley yang belum terusik. Cantik-cantik kan? Saya memang suka betul corak paisley ni. Tu pun ade yang saya nak dah takde stock. Kalau tak.... huhu! Sendiri ingat!


Fairies here. Fairies there. Fairies everywhere!

Sprites of Tillbrook
Alexander Henry Fabric Collection

Saya dah siapkan Fairies Maxi Dress ni untuk Melly. Elok pulak hari ni dia bangun awal dan nak mandi. Lepas mandi saya tunjuk dress ni.


Mama: Adik, cantik tak baju mama buat ni?

Melly: WOW! Cantiknyaaaa!

Mama: Adik nak pakai tak?

Melly: Tak nak!!

Hadoi... Sabar jer lah. Wow bukan main siap bunyi excited, tapi taknak pakai. Tercabar mak dia.

Mama: Ni nampak ni fairy banyak-banyak ni.

Melly: Wah fairy. Macam princess?

Mama: A'ah.. Kan cantik-cantik ni macam princess. Ni baju princess mama buat cantik tak?

Melly: WOW! Princess cantiknya....

Mama: Adik pakai baju ni ye?

Melly: Tak nak!!

Mama: Alaaa.. kenapa?

Melly: Adik nak pakai baju Pooh.


Ok.. tunggu jer lah sampai Melly nak pakai baju tu kan..


Stash, Anak-anak Kita | 20 Comments
 

fabrics to let go
Wednesday, March 03, 2010
Posted on 11:11:39 AM | 14 Comments

- SOLD -

untuk yang baru mula nak belajar menjahit tu, saya ada banyak kain-kain poly-cotton yang dah bertahun saya simpan dan tak diguna-guna akibat kerambangan mata saya dulu (dan sekarang juga). saya beli kain-kain ni mula-mula dulu, masa tak confident nak potong kain (tapi beli gile banyak - confirm sebab takut salah banyak, ada backup lagi). sekarang ni saya nak let go sebab nak kosongkan kotak-kotak kain saya (untuk diisi kain baru :P)

kain-kain ni saya beli dalam RM2.50 - RM3.80 semeter. ukuran untuk semua adalah dalam 20m. boleh lah kalau nak dijadikan bahan ujikaji. tak risau kalau salah gunting atau salah jahit atau salah ukuran.

harga: RM10 (untuk semua sekali - obviously for shipping je kan)
kalau interested, buleh emailkan kepada saya: my7710@yahoo.com

siapa cepat dia dapat!


Stash | 14 Comments
 

kain! kain! sapa mau kain?
Thursday, February 25, 2010
Posted on 9:04:31 PM | 5 Comments

menjadi tidak keruan lagi. sangat susah.

Designer: Alexander Henry
Collection: Lorenza
Print Name: Nuvo Blossom in Pink

Designer: Amy Butler
Collection: Midwest Modern
Print Name: Garden Maze in Brown


Designer: Amy Butler
Collection: Love
Print Name: Water Bouquet in Mint

Designer: Michael Miller House
Collection: Sweets
Print Name: Hearts O Plenty In Multi

Designer: Tina Givens
Collection: Olivias Holiday
Print Name: Plush Peacock in Pink

semua dibeli dari lovemelots.


Stash, Sewing Corner | 5 Comments
 

please, i love shopping!
Friday, February 12, 2010
Posted on 8:31:35 AM | 30 Comments

ok. kain-kain ni kan cantik-cantik belaka. makin dipandang makin cantik. nak buat macammana, hati dah suka. biarlah b* yang nafas-nafas ikan tu dah sampai hujung pun. asalkan kain-kain ni dapat saya miliki di hari ni.

saya tak pandai nak ingat nama-nama kain dan designernya sekali sebenarnya. maka saya rasa, elok juga kiranya saya buatkan mini kamus di sini. supaya senang saya jawabkan kepada kawan-kawan yang bertanya nanti (kalau ada - padahal untuk rujukan saya sendiri yang sangat pelupa).

a) Designer: Michael Miller
Collection: Animal Prints
Print Name: Giraffe Garden
b) Designer: Michael Miller
Collection: Ta Dot
Print Name: Ta Dot in Raspberry
c) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Blossom Garden in Summer
d) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Leaf Path in Summer

f) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Blossom Garden in Red
g) Designer: Michael Miller
Collection: Sweets
Print Name: Ice Cream Dot in Chocolate
h) Designer: Michael Miller
Collection: Sweets
Print Name: Yummy in Multi
i) Designer: Carolyn Gavin
Collection: Wild Thyme
Print Name: Birds and Seed Heads

yang plain berwarna-warni ni namanya Kona Cotton (kelakar pulak lah nama dia.. nak gelak jap, kakaka!) pun akan banyak juga gunanya. senang dah ada depan mata bila saya mahukan nanti, bila idea tiba-tiba datang kononnya, bila tiba-tiba semangat lah kononya. harap-harap. sebab selalu saya jadi malas sebab tak jumpa kain cotton plain yang sedap dipakai untuk dipadankan dengan kain corak yang saya ada. sekarang saya dah jumpa. lalalaaa...

semua fabric di atas adalah 100% cotton dan dibeli dari lovemelots yang akan digunakan setiap inchi. (ya. kerana harganya. dan saya akan berfikir beratus-ratus kali dulu sebelum memotong) dan saya belajar pasal fabrik dari dia lah. ;) ada lagi 5 fabrics dalam perjalanan. padahal yang dulu pun belum diusik. gila kan?


Stash, ~ The Craft Links | 30 Comments
 

kain dan bakul (dan bunga crochet juga)
Friday, January 15, 2010
Posted on 9:27:34 PM | 5 Comments

minggu ni saya ada dua lunch date dengan crafters. wah! bunyinya macam ramai sangat yang saya jumpa dan macam saya takde kerja dan tak sibuk macam tahun lepas kan? tumpang lalu, boss...

ok. hari selasa saya ada lunch date dengan kak zila yang dah bertahun tak tertunai (sejak dari tahun lepas kira setahun lah kan? hihi..). maaf kak, baru kini saya punya masa, walaupun jarak kita cuma sekangkang kera.

dan.. dan ya! saya dapat bakul tu. cantik giler ok. sila jeles, sebab saya dapat free sempena giveaway kak zila hari tu dalam kategori hadiah misteri. terima kasih banyak-banyak kak zila.

oh? kain-kain tu pulak? hah! yang tu lunch date dengan zura di hari jumaat yang indah. gila lama tak jumpa zura. 17 tahun lah kiranya, sebab last jumpa masa form 5 tahun 1993. zura sama je macam dulu gak. cantik macam dulu. banyak cerita macam dulu (tengok blog lah kan.. hehe).

oh ya. cerita pasal kain tu, saya beli kain tu dari zura lah, di lovemelots (kakaka.. baru perasan asal perkataannya 'love me lots'. sebelum ni saya duk sebut sambung jer.. :P). ternganga ok dengar zura sebut nama-nama designer lancar giler. haha!

first time ni beli designer fabrics. selepas dah confident giler lah kononnya potong kain nanti tak salah, kan. tapi belum tahu lagi nak buat apa. dan yer, sila jeles sekali lagi sebab yang hijau lime sway tu dapat free juga. terima kasih banyak-banyak zura. penat-penat drive jauh-jauh, susah pulak nak cari parking tu.

ok. yang ini pulak adalah percubaan saya menggunakan bakul dan kain tu sebagai props untuk bunga crochet yang saya beli dari my luverly craft 2 minggu lepas. sangat comel bunganya, dan sangat kemas bentuknya. nanti saya dah siapkan, saya tunjuk hasilnya.. entah bila.. lalalala... dan kan, bunga kecik warna purple yang ada sepit tu, hah! yang tu puuuunnn saya dapat free...

Alhamdulillah. murah rezeki saya tahun ni...


Stash, Sewing Corner | 5 Comments
 

gila riben
Thursday, December 24, 2009
Posted on 6:36:37 PM | 17 Comments

katalah apa saja. memang saya tengah gila riben.
walaupun masih belum pasti arah tuju riben-riben tu.

berhasilkah? musnahkah? berangankah? masih belum tahu.
kerana malaikat tahu belum mahu memberitahu.

nota kaki:
riben-riben di beli dari JajaKraf dan ErinRizz.
dua-dua pun sampai hari ni. bijak. bijak.


Ribbon, Stash | 17 Comments
 

Ribbon Organizer
Sunday, December 06, 2009
Posted on 1:49:39 PM | 16 Comments

Riben yang comel dan cantik memang menjadi kegilaan saya. Dan biasanya saya tak beli banyak pun. Setakat 2-5 meter bergantung kepada kecomelan dan kecantikan riben, dan keadaan poket juga. Lepas beli, biasanya saya belek-belek sebelum selamat terperosok dia dalam kotak-kotak kraf saya. Sebab tu kadang-kadang saya lupa saya pernah beli riben cam tu. Kadang-kadang, bila ingat pun, lupa pulak saya letak mana. Sebab riben pun taklah banyak mana, saya tak terfikir pun nak organize elok-elok.

Riben dari Erin Rizz

Baru-baru ni saya order riben dari Erin Rizz. Wah! Simple je dia bagi riben tu, tapi comel, dan bagi saya idea macammana nak organize riben-riben yang saya ada.

Ini lah hasilnya..

Lepas tu saya masukkan dalam bekas tupperware. Lepas ni senang ler nak cari. :D

Macammana kamu pula?


Ribbon, Stash | 16 Comments
 

selendang hijau pada patung yang menari-nari
Saturday, April 04, 2009
Posted on 9:14:52 AM | 13 Comments

adik saya ke bandung baru ni. maka saya tak lepas peluang mengirim kain sekayu dua.. ok. taklah sampai banyak camtu.. tapi saya sangat suka. terima kasih kerana menambah koleksi kain saya yang saya belum tahu lagi untuk apa.

dan ada juga kain yang sedang dalam perjalanan, dari snazzy & such. erk.. nampaknya COS tidak dapat meyakinkan saya. tapi saya rasa, saya taklah teruk sangat macam dia. sikit je kan..

ini pulak majalah jopun yang saya beli.

.

majalah 1 yang saya tak tahu apa tajuknya. isbn 978-4-8347-5661-6

berkenaan dress, skirt, blouse, seluar, tote, bunga. siap dengan pattern. walaupun saya tak faham sepatah pun, *ja, tolong!*, tapi saya boleh baca gambarnya yang comel-comel macam nak gigit-gigit. takpe. bahagian gigit tu saya serahkan pada melly.

.

majalah 2 yang juga saya tak tahu apa tajuknya. isbn 978-4-0725-4752-6

oh ade tulisan kecil di muka depan, kumiko nagumo, mungkin itu namanya tapi tetap tak sampai maksudnya. tapi bagus juga ada sedikit bahasa inggeris di dalamnya.

majalah ini berkenaan beberapa tote dan bag, cushion cover, napkin, hand towel, kasut yang comel-comel. juga siap dengan pattern.


Books, Stash | 13 Comments
 

jodoh di tangan tuhan
Tuesday, February 24, 2009
Posted on 9:44:28 PM | 4 Comments

this is my latest collection. heavy-weight cotton for my... eerrmmm beg kot.. tak tau lagi, dan entah bila lagi.. biasalah saya slow sikit (baca: saya sangat berhati-hati dan teliti) bila menjahit. konon-konon nak jahit 10 tali untuk 5 biji beg secara marathon, tu pun ambik masa 2 jam.

the black-white-green is form ikea.
the pink-white-green is from kedai sutera sg buloh.

umpama ikan dilaut, asam di darat, they match together.
jodoh di tangan tuhan.

nota kaki: bosanlah streamyx up & down...


Stash, Bag | 4 Comments
 

{ Older Post }




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server