HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Special Project

nantikan mereka
Wednesday, March 25, 2009
Posted on 4:41:31 PM | 10 Comments

sewaktu saya menaip untuk cerita ini, mungkin mereka sudah berada di pertengahan perjalanan. esok lusa sampailah. ada dua yang perlu naik kapal terbang untuk ke seberang dan ada satu yang akan ke utara, mungkin lewat sikit. maklumlah perjalanan jauh.

jangan lupa nantikan ini di depan pintu rumah/ofis anda yer.. cuma elin punya esok-esok saya anta sekali dengan beg lah ya? kesian dia tengah tenat nak bag, walaupun bag saya tu tak masuk list. hehe..

penat sungguh rasanya hari ni. cuaca pun panas berdentum.


Special Project, Sewing Corner | 10 Comments
 

and the winner is
Saturday, March 21, 2009
Posted on 6:52:34 PM | 34 Comments

jangan lupa klik sini untuk dapatkan lion dance as a background...

seperti yang dijanjikan, inilah entry ke 500. terima kasih banyak-banyak atas penyertaan kamu semua yang menggembirakan hari-hari saya. saya sangat-sangat hargai.

tahniah kepada semua pemenang.

1. zila

.

2. jaja

.

3. faridah

.

4. rahma

.

5. myza

.

sedikit statistik
1. jumlah penyertaan: 273 (termasuk blog entry)
2. bilangan unik peserta: 79
3. bilangan blog entry tentang giveaway ni: 33

sebab kamu semua sangat sporting dalam memberi sokongan kepada saya, maka saya tambahkan sedikit tanda penghargaan, kepada

si dia yang sungguh-sungguh menjadi peserta dan telah menjadi peserta yang mempunyai penyertaan terbanyak

wan dengan ucapan, "wan, sila beli henpon lepas ni"

.

dan penyumbang traffic terbanyak (refferal)

the-kek.blogspot.com dengan ucapan, "sila comelkan henpon comelmu itu"


happy tak? happy tak?

jangan lupa emailkan alamat kamu pada saya (my7710@yahoo.com) yer. semoga kamu gembira.
jumpa lagi di entry ke-1000, insyaallah.. hahaha!

terima kasih semua.. mmwaah!


Special Project | 34 Comments
 

entry poyo
Monday, March 16, 2009
Posted on 6:11:09 PM | 13 Comments

wakakakaka.. tengok tajuk je saya dah nak tergelak.
ok tak kelakar. tak payah gelak.

bukan apa. saya betul-betul tak sangka tau saya dapat kumpul sebegitu banyak komen dalam satu entry. ohhh... nak kene bagi rasuah umpan yer korang ni? kekekeke.. takpe takpe.. saya paham.. sebab saya pun begitu juga.. bukan tak baca, cuma kadang tu takde idea nak komen apa. hahhahha...

tapi memang saya seronok sangat. sebab antaranya ada yang lawak-lawak. contohnya suruh saya jangan buat-buat lupa update.. lawak lah ko jaja.. tiba-tiba saya terfikir, karang tiba-tiba saya stop blog macammana? dan usaha wan mengambil hati elman dengan menyuakan ben10. dua kali. satu tak jadi, sib baik satu lagi jadi. kalau tak harus dikatanya saya sabotaj.

ada juga aksi rina menggigit-gigit. teringat bekas 4 batang gigi melly pada kasut crocs olok-olok yang dia gigit.

dan saya pun dapat kawan-kawan baru (padahal dah lama jenguk tu) dan link-link baru. baru best cam ni kan.. kita buleh kenal-kenal. dan kepada yang baru tersesat-sesat ke sini hasil buah tangan kawan-kawan yang sanggup mencemar duli blog mereka dengan menulis kisah blog ni, walaupun baru 2 minit entry tu dah jauh nun ke bawah. :p kurang markah tau.. heheheh.. takde takde.. memain je

jangan risau. semua dapat peluang sama rata. saya tak akan main tipu... dan saya akan ajar anak-anak saya juga untuk tak makan rasuah main tipu.

kamu semua buat saya happy. saya suka semua komen. saya appreciate segala yang kamu tulis di ruang komen ni, atau di blog kamu, atau di ruang komen blog kamu juga, dan komen-komen dari mereka-mereka yang datang ke blog kamu. rasa macam nak nangis pun ye. saya sangat terhutang budi. rasa macam nak bagi giveaway hari-hari... haha! saya buat lawak. tau, tak kelakar..
cepatlah entry 500. saya pun tak sabar nak tau siape yang menang.

sape2 yang belum masuk senarai nama (atau nak tambah pun boleh), masih ada peluang lagi, sila klik-klik... sebelum entry ke 500. ok?

nota kaki: ini adalah entry ke 492


Kisah Saya, Special Project | 13 Comments
 

giveaways - secret no more
Sunday, March 15, 2009
Posted on 10:54:43 PM | 245 Comments

*** penyertaan di tutup mulai 21 March 2009, 11:18:49 AM ***

i think this will work out fun! yes. we gonna have much fun...

yay! this is my 491st entry. the special secret project all these while is for these giveaways..

so, the giveaways are..... drum roll in the background. can you hear it? ceh! belum apa-apa dah drum roll, masa announcement nanti harus bawak lion dance team. sape nak join?

1. a cute tote bag with a cute pouch and a cute bookmark
.

2. a cute tote bag with a smaller cute pouch and a cute bookmark
.

3. a cute pouch and a cute bookmark
.

4. a cute pouch and a cute bookmark
.

5. a cute pouch and a cute bookmark
.

the rules are really simple..

1. every comment in this post is counted as 1 entry.. it is ok if you don't have your own blog. write as many as you want here. remember, each & every comment is counted as 1 entry. so, if you write 2 comments, will be counted 2 entries. haha! giler kuasa. don't forget to leave your email ya! cheating is not allowed.

2. write about this blog (not about this entry.. lagi sekali gile kuasa) at your blog & you will get another entry. remember to let me know. kalau terlupa, habis hilang markah. errmm.. hints: sila puji saya lebih sikit, mana tau saya nak bagi markah lebih. haha! lagi lagi giler kuase.

that's all.

i will let melly & elman to randomly draw the winners and i will announce it on my 500th entry.. so, be good to them ya!

do you want it? or do you really want it? write down your comment NOW!
and GOOD LUCK!

nota kaki: ok, i'm kidding about the 'puji saya lebih sikit' thingy.. please write from the bottom of your heart. ya'll be good... mmwah!


Special Project, Giveaways | 245 Comments
 

saya nervous.. haha.. koser jer...
Sunday, March 15, 2009
Posted on 9:18:59 AM | 6 Comments

masanya sudah semakin hampir..

nota kaki:
ucapan hepie besday untuk suami saya yang tersayang.
semoga panjang umur dan murah rezeki, buleh tumpang sekaki..
ape plan hari ni?
the plane! the plane!


Special Project, Bag | 6 Comments
 

i have buttons and i have felt
Thursday, March 12, 2009
Posted on 1:46:00 PM | 9 Comments

now i combine both..

tada!!!!

saya suka butang yang warni-warni, berbentuk dan bermacam-macam saiz. saya ada. walaupun tak banyak. saya juga suka felt. yang berwarna-warni dan kita boleh buat macam-macam bentuk. pun banyak kaler lagi yang saya belum ada.

design di atas pun bukan idea saya. saya cedok dari internet juga. macam yang sebelum ni. saya suka. bukan sebab saya dapat cedok idea tu. kalau lah idea tu saya yang punya, mesti lagi saya suka.

saya suka sebab saya dapat belajar. mana tahu nanti saya dapat idea yang lagi menarik? saya kan masih dalam proses pembelajaran. ceh.. dah berapa lama belajar tapi tak dapat-dapat idea sendiri.


Special Project, Buttons | 9 Comments
 

felt for experiment
Sunday, March 08, 2009
Posted on 6:48:10 PM | 6 Comments

ingat tak?

remember the colorful felt for my next experiment few years weeks back?

yeah.. here goes..

dah lama saya simpan gambar idea yang saya cedok dari internet ni. sebelum saya ada satu pun felt. dan sebelum saya tahu namanya felt. gembiranya saya rasa akhirnya saya dapat laksanakan cita-cita saya. walaupun banyak lagi yang saya kena belajar. terutamanya bahagian bulat yang kecil tu. saya tak biasa menjahit bulatan kecil menggunakan mesin. tapi mesin tu betul-betul menjimatkan masa saya.

tapi, bulat atau lonjong atau bergerigi atau terkeluar landasan sekali pun, mari kita namakannya seni. jadi saya dapat lari dari membetulkan bahagian-bahagian yang nampak macam cacat.

tak cacatlah, itu seni.


Felt Creation, Special Project | 6 Comments
 

elemen bernombor ganjil
Saturday, March 07, 2009
Posted on 8:35:05 PM | 4 Comments

bijak pandai kata, dalam art, tak kisahlah lukisan ke, painting ke, interior design ke, kita kena gunakan angka ganjil. sama ada satu, tiga, lima atau tujuh. sebab tu eric leong kata, kalau nak letak frame gambar kene letak satu atau tiga. bukan dua atau empat.

kenapa?

sebab secara semulajadinya, otak kita akan memasangkan elemen yang ada. bila nombor tu ganjil, ada satu elemen yang tertinggal dan otak kita akan terus mencari pasangannya. itu yang akan menjadikan sesuatu art itu lebih menarik dan mata kita terus terpaku.

kenapa otak kita fikir macam tu?

sebab, biasanya apa yang ada di dunia ni berpasangan. tangan, mata, kaki, telinga, semua ada dua. sebab itu, secara naturalnya otak akan terus mencari di mana pasangan objek yang tertinggal.


Buttons, Special Project | 4 Comments
 

buttons...
Saturday, March 07, 2009
Posted on 6:42:13 PM | 0 Comments


saya suka bila saya ada masa untuk entah apa-apa yang macam gambar di atas. walaupun sebenarnya kain-kain dari ikea yang baru dibeli oleh ja dan rina dan juga saya sendiri belum disentuh lagi.


Buttons, Special Project | 0 Comments
 

secret project
Friday, March 06, 2009
Posted on 9:40:31 AM | 5 Comments

currently i'm working on my secret project..
just wait and see...
;-)


Buttons, Special Project | 5 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server