HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Sew Along

skirt lagi..
Saturday, April 10, 2010
Posted on 11:00:54 AM | 10 Comments

skirt ni untuk arissa & alya. saja saya nak masukkan gak kat sewalong ni sebab box pleat jugakkan. tapi yang ni yang ni pakai sejenis kain je. takde ape pun nak citer. layan jer lah gambar-gambar ni kan (macamlah banyak sangat gambar).

skirt untuk arissa. 8 box pleat.


skirt untuk alya. 10 box pleat.


ok jumpa lagi. kejap lagi nak balik kampung tercinta. ;)


Top N Bottom, Sew Along | 10 Comments
 

sundress
Wednesday, February 24, 2010
Posted on 8:21:47 AM | 22 Comments

berjaya menyiapkan sundress dari kain koleksi musim panas. tutorial adalah dari sini, sempena jomjahit by tinihani.

kain dari Michael Miller dan Carolyn Gavin . maka inilah hasilnya.


di datangkan bersama sepit rambut berbentuk bow, dari kain yang sama.


sepit rambut juga boleh dijadikan accessory pada bahagian hadapan baju.


atau bahagian belakang baju (boleh juga dijadikan bahagian depan kalau mahu).


pattern baju diubah sedikit untuk diletakkan butang di bahagian belakang. biar senang nak memakainya. dan juga, kedudukan butang boleh diubahsuai mengikut saiz badan kanak-kanak. boleh pakai lama, harapannya.


Dahlia Dress, Sew Along | 22 Comments
 

polka dot dress
Friday, February 19, 2010
Posted on 7:55:10 AM | 9 Comments

semasa saya sedang berjalan-jalan di alam siber, saya terjumpa seorang budak comel memakai gaun berriben di lengan. tersangatlah comel.

memandangkan riben saya sudah agak menggunung, walaupun sebahagiannya sudah saya jadikan ribbon-bow, tapi tetap ada lagi saki-bakinya, jadi elok juga kalau saya gunakan untuk gaun pulak. stash ni, bila dah digunakan, senang hati sikit nak cari yang lain pula. haha!

ok. oleh sebab dress berlengan yang saya rajin nak buat cumalah peasant dress, makanya, saya nak letakkan riben di lengannya. semasa saya sedang sibuk memadankan kain dan riben, riben dan kain (ada 5 helai ya tuan-tuan dan puan-puan, huh! cita-cita tinggi menggunung. padahal baru siap sehelai, walaupun yang lain-lain tu dah siap dipotong) tiba-tiba saya terfikir untuk meletakkan riben pada lehernya, biar riben tu lagi cepat nak habis. tiba-tiba terasa, macam dejavu. macam pernah ku lihat saja. tapi di mana ya? padahal masa tu cuma lihat baju apa yang bakal terjadi dalam imaginasi jer .

inilah hasilnya. samar-samar malam. cak!

sekali semalam semasa membuat lawatan kawasan, baru saya perasan, rupanya ianya adalah bersamaan dengan projek sew-along zura, pattern dress #3. yang dibuat oleh zue. huh! patutlah saya boleh terfikir nak letak riben ke leher. ingatkan idea tu dah ori sangat dah. :P

ok. dah pasang lampu. tapi masih malu-malu. haha!

oklah.. takyah nak sorok-sorok lagi dah. tada!!!

.. and i love polka dot very much!!

eh! boleh tak dikira sew-along jugak? :D


Dahlia Dress, Sew Along | 9 Comments
 

Ottobre Sew-Along by Zura (January)
Thursday, February 18, 2010
Posted on 12:41:54 PM | 5 Comments

suka lagi.
kali ni sebab di-review oleh Zura dalam entry Ottobre Sew-Along - Three Way Dress

sambil-sambil tengok hasil dress dari kawan-kawan lain. macam-macam warna, corak dan fashion pun ada.

thanks zura! lain kali buat lagi yer..


Sew Along, Review | 5 Comments
 

jom jahit by tinihani
Wednesday, February 03, 2010
Posted on 9:15:15 AM | 2 Comments

suka tengok hasil gaun-gaun yang berjaya disiapkan bersempena jom jahit untuk bulan januari di blog hani..

macam-macam kaler. macam-macam corak. macam-macam gaya.

betullah orang kata, walaupun basenya sama, dan patternnya pun sama, kadang-kadang hasilnya buleh jadi lain. depends pada orang yang membuatnya. macam, air tangan jugalah kiranya. :D

terima kasih hani. saya sangat seronok join benda-benda cam ni. sekurang-kurangnya tahu lah apa nak buat dengan kain-kain yang ada tu.. dan bila tengok orang lain start buat, kita pun terpanggil nak buat. tak semena-mena mood pun datang. hmmmm.... lepas ni apa pulak ya?


Sew Along, Review | 2 Comments
 

Ottobre Sew Along - Si Pari-pari
Monday, February 01, 2010
Posted on 7:53:07 PM | 22 Comments

terlambat sehari. tapi, harap-harap zura terima penyertaan saya dalam projek sewalong-nya. bukan sebab bizi sangat pun, sebab boleh buat benda lain juga, cuma mood tak sampai-sampai. ;)

saya dapat instruction untuk design baju ni dari zura. tapi... tapi... huhuhu.. sebenarnya saya tak paham pun. jadi saya buat cara saya sendiri. nampak sikit beza, tapi hasilnya sama jer. ada kepak pari-pari tu yang penting. :)

lagi-lagi sebab excited sangat dengan bias tape maker yang baru dibeli. maka, semuanya mahu guna bias tape - pada lengan dan juga leher dan juga yang sepatutnya riben tu. saya suka. saya guna saiz setengah inchi untuk lengan, dan guna saiz 1 inchi untuk leher dan riben.

potongan baju memang saya ikut a-line dress yang saya buat sebelum ni. potong bahagian bahunya, ikut ukuran depan saja (depan dan belakang adalah sama, takde potong tengah punya). dan tak lupa untuk dipendekkan sedikit biar tak nampak besar sangat. dan dibega sedikit bahagian leher biar jadi sama baju si pari-pari ni.

abang pun tak mahu ketinggalan.

penggambaran adalah ketika di remang senja.

akhir sekali, bila disuruh jadi model, kenalah pulak ada habuannya.
inilah yang paling ditunggu-tunggu.
buai laju-laju..


Sew Along, Dahlia Dress | 22 Comments
 

A-Line Dress
Sunday, January 24, 2010
Posted on 10:51:02 AM | 28 Comments

A-line dress ni dihasilkan bersempena dengan jom jahit by tinihani.

Tutorial dari: Rixarixa: Sleeveless dress

sebenarnya, walaupun saiznya sangat sesuai dengan umur melly, tapi mama dia terlupa yang anaknya kecil molek saja saiznya. makanya. dress ini adalah terbesar sedikit. sikit sajalah.. tapi panjang.

salah satu lagi sebabnya, punya excitedlah saya nak buat tutorial kelim tepi hari tu kan, sampai tak perasan yang bawah tu sebenarnya lipat dua, jadi tak payah kelim. jadi sudah menambah kepanjangan dress. :D


Dahlia Dress, Sew Along | 28 Comments
 

sew along - mari jahit bersama
Saturday, January 16, 2010
Posted on 6:30:52 PM | 13 Comments

sebab saya mahu kekalkan momentum untuk terus menjahit, maka saya perlukan sesuatu yang boleh menjadi motivasi. contohnya dengan menjahit bersama-sama.

2 yang saya mahu buat untuk minggu depan dan seterusnya (minggu ni saya pergi bercuti ya, lalalala...) adalah dari zura dan tinihani. giler tamak nak buat 2 sekali kan. takpe takpe. cita-cita kena tinggi.

ok. yang pertamanya dari tinihani.

Rixarixa: Sleeveless dress

saya mahu buat yang ini dulu sebab ada pattern free. dress berbentuk A-line adalah yang hampir tak pernah saya buat kecuali mula-mula jahit dress dulu. lepas tu tak buat dah. sebab lagi senang yang ada kedut-kedut kat pinggang atau dada tu, semua lurus. sebab bila nak buat A-line memang elok buat atas kertas dulu sebab ada lengkung pada belah bawah dan ada garis senget di kiri kanan. hahaha.. giler malas.

lepas saya buat yang ni, saya nak ikut zura dalam sew alongnya pulak.

Ottobre Sew Along

walaupun saya tak ada majalah tu, rasanya saya boleh modified sikit dari pattern free atas tu kot. tengoklah nanti cemana hasilnya, entah jadi entah tidak. kalau jadi, buleh tayang kat sini. kalau tak jadi, potong balik buat patch work. hahaha.. harap-harap jadilah yer... pssttt.. zura, boleh tolong bagi gambar besar sikit tak? yang ada tulisan rome kat tengah-tengah tu? :P hehe..

jom jom jom! sapa nak join lagi?


Sew Along, Favorites | 13 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server