HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Ribbon

sukaaa!!!
Wednesday, February 17, 2010
Posted on 8:38:57 AM | 6 Comments

... or should i call it 'one productive day'?..

walaupun WIP itu masih tetap tidak disentuh, tapi saya ada kerja baru yang saya suka. tiba-tiba suka, walaupun sebelum ni malas ya amat - cuma mampu pandang saja. ya, betul. yang penting nak memulakan tu. bila dah start, susah nak berhenti biarlah sampai sakit belakang pun kan.

saya sakit belakang sebab semua saya hamparkan atas lantai. tu yang terbongkok-bongkok masa buat kerja. sebenarnya, tak lah banyak sangat pun. baru buat sikit, melly panggil nak itu. sambung sikit lagi, elman panggil nak ini. biasa lah kan... tapi ok lah dari semalam yang tak produktif langsung sekadar bersenang-lenang dan malas-malas.


riben-bow dengan bunga crochet. panjang adalah 4".

riben-bow sahaja. panjang adalah 3".

riben-bow dengan butang rama-rama. panjang adalah 4".

double riben-bow dengan bunga crochet. panjang adalah 4.75".

semua adalah siap untuk dipakai.
dan untuk dijual.

yay!


Hair Accessories, Ribbon | 6 Comments
 

gila riben
Thursday, December 24, 2009
Posted on 6:36:37 PM | 17 Comments

katalah apa saja. memang saya tengah gila riben.
walaupun masih belum pasti arah tuju riben-riben tu.

berhasilkah? musnahkah? berangankah? masih belum tahu.
kerana malaikat tahu belum mahu memberitahu.

nota kaki:
riben-riben di beli dari JajaKraf dan ErinRizz.
dua-dua pun sampai hari ni. bijak. bijak.


Ribbon, Stash | 17 Comments
 

Ribbon Organizer
Sunday, December 06, 2009
Posted on 1:49:39 PM | 16 Comments

Riben yang comel dan cantik memang menjadi kegilaan saya. Dan biasanya saya tak beli banyak pun. Setakat 2-5 meter bergantung kepada kecomelan dan kecantikan riben, dan keadaan poket juga. Lepas beli, biasanya saya belek-belek sebelum selamat terperosok dia dalam kotak-kotak kraf saya. Sebab tu kadang-kadang saya lupa saya pernah beli riben cam tu. Kadang-kadang, bila ingat pun, lupa pulak saya letak mana. Sebab riben pun taklah banyak mana, saya tak terfikir pun nak organize elok-elok.

Riben dari Erin Rizz

Baru-baru ni saya order riben dari Erin Rizz. Wah! Simple je dia bagi riben tu, tapi comel, dan bagi saya idea macammana nak organize riben-riben yang saya ada.

Ini lah hasilnya..

Lepas tu saya masukkan dalam bekas tupperware. Lepas ni senang ler nak cari. :D

Macammana kamu pula?


Ribbon, Stash | 16 Comments
 

Ribbon Bow
Saturday, October 31, 2009
Posted on 3:21:00 PM | 25 Comments


lama juga saya cari tutorial untuk buat ribbon bow yang cantik. tapi tak jumpa. entah betul entah tidak cara yang saya buat ni. saya dapat buat pun kebetulan masa buatkan reben untuk baju raya melly hari tu.

reben pun dah lama sangat saya beli. dan tiba-tiba hari ni rasa bersemangat nak buat. tapi tak jumpa lagi klip buaya yang sesuai. bila dah ada nanti, baru boleh dimodelkan.


Ribbon, Hair Accessories | 25 Comments
 

si rambut kerinting
Tuesday, July 07, 2009
Posted on 10:07:05 PM | 8 Comments

menjadi budak berambut kerinting, sebenarnya tidaklah secomel seperti yang disangka. tak banyak yang boleh digayakan. jangankan bob style, apatah lagi fringes, pony tail pun jangan harap nak menjadi.

yang boleh cumalah, samaada di biar gerbang, yang silap-silap hari bulan lebah pun buleh tersesat. ikat 2 yang tiap satunya menjadi sipit sedut. atau pun ikat satu yang juga menjadi siput sedut juga akhirnya.

dan.... letakkan reben comel merah menyala yang macam saya buat ni.. :D



Hair Accessories, Ribbon | 8 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server