Ini asalnya seluar saya yang dah lama tak pakai.
Kain linen. Jadi saya rasa amat sesuai untuk dijadikan seluar Harez.
Maka sesi membuat pattern pun bermula.

Saya gunakan seluar sedia ada untuk contoh dan trace-kan pada suratkhabar lama je. Seluar ni panjang sikit untuk Harez, jadi, panjang suratkhabar tu cukup-cukuplah.
Untuk seluar, bahagian belakang adalah lebar sedikit dari bahagian depan.
Dan selepas seketika..
Maka... tada!!

Inilah hasilnya. Simple sangat. Takde poket segala.
Cuma ada getah cerut saja.
Oklah kot sebagai permulaan. Tu pun banyak kali tetas sebab silap jahit. Huahua..
Kalau rajin, bila-bila boleh buat lagi (harap-harap).

Dan ini model yang sedang enak dibuai mimpi (kalau mimpi laa.. hehe).
Bye!
*Boleh dapatkan tutorial di sini.

ni bukan tudung saya. saya je yang cube bergaya dengan tudung kawan saya (boleh ye pah, kan?) selepas saya berjaya meng-ekin-kan tudung yang terkoyak di awningnya nih, akibat kepanasan iron yang melampau.
saya suka nak buat, salah satunya sebab nak tengok material awningnya tu.. (sebut awning, teringat auni lak.. happy birthday cutie..) jadi sekarang saya dah tau ape materialnya.. cume tak tau ape namanya dan nak cari kat mane je..
ok.. sekarang saya sudah berjaya menjahit tudung, walaupun tak sepenuhnya diy.. :P
masalahnya, saya tak pernah jumpe pulak kain jersey jenis gini jual ela.. yang tebal sikit tu adelah...

ni jaja punye idea... saya suka idea jaja ni..
bagus juga buleh recycle barang.. bila saya ade mase saya pun try lah buat...
jumpa pulak tapak cd case tu yang kaler pink..

sekejap je saya buat sebab saya buat yang simple saje.. tak berapa kemas pun..
tapi, penutupnya macam pendek kan?..
jadi bila nak tutup, terpaksa susun jarum tu kat tepi tu, kat kelopak-kelopak bunga..
ade penutup yang panjang sikit, tapi papa pakai lagi..
papa kerja malam ni.. esok papa balik, nak tanya dia, buleh tukar tak.. heh heee...

ni baju saya yang dah lama saya tak pakai.

ni sesudah diguna-semula oleh melly.

dan ini bahagian belakangnya.
p/s: maafkan si model kerana takde mood nak berdiri semasa gambar ini diambil.

Dah lama aku beli baju ni, & tak pernah pakai pun... Entah macammana aku boleh beli baju ni.. Hehehe.. ni mesti kes tengok macam cantik mase kat kedai nih, bile pakai cam kelambu.. Last-last aku bungkus saje, masuk kotak.
Baru ni ade sessi pemunggahan baju dalam kotak. Jumpe baju ni & terfikir nak buat something. Ingat nak potong kat renda melintang tu & cantum semula, letak kedut sikit, biar tak macam baju peknen.. tapi fikir balik takut susah pulak nak pakai.. So, aku decide just letak getah je kat renda melintang tu.. konon nak nampak slim sikit. Ehehe..
Camtu gak ngan tangan yang kembang tu, aku letak getah biar tercerut sikit.. Kat gambar ni tak nampak sangat beza. Tapi bila pakai memang nampak beza.. Sekurang-kurangnya bertambah baju aku yang nampak sopan..
Sekarang tengah tengok AF final. Siapa agaknya yang menang?