HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Patchwork

Dari kain perca ke penanda buku
Wednesday, June 09, 2010
Posted on 10:59:30 AM | 12 Comments

Fabric scraps bookmark

Ok. Sebab kain ni sayang nak buang walaupun kecik-kecik, jadi saya kumpul-kumpul masuk dalam kotak. Bila dah nak penuh mula gelabah cari idea nak buat apa. Haha! Tipu je. Tak gelabah pun. Saya buat untuk hilangkan stress.

Fabric scraps bookmark

Pilih-pilih kain dan cantum-cantum. Inilah yang paling simple dapat dibuat dari kain perca yang ada. Seronok tau bila cantum-cantum kain kecik-kecik ni. Di tengahnya adalah interfacing yang keras sedikit, dan di belakangnya saya lapiskan dengan kain perca juga.

Kalau nak tengok lagi orang cantum-cantum kain perca kecik-kecik ni, boleh tengok ni: Tinihani buat surat chenta dan MyBotang buat kad.

Best kan?


Kain Perca, Patchwork | 12 Comments
 

Pouch untuk buku dan GPS
Friday, May 21, 2010
Posted on 8:12:21 AM | 27 Comments

Tak banyak kain perca dari designer cotton yang saya ada. Lagi pun, mana-mana dress yang saya buat, kebanyakannya memang betul-betul cukup-cukup untuk dress tu.

Walau pun tak banyak, adalah sikit kain perca tu, cukup jugak untuk saya buat pouch GPS saya yang tak berbaju sejak mula-mula beli dulu. :D Ok. Nampak tak kerawang tu tak center? Nama pun kain perca kan, bukan boleh pilih-pilih. Tapi itulah modal QA saya untuk tidak mencomelkan pouch GPS saya ni. Takpe. Takde kesan pun.

Ade poket kat depan. Boleh isi duit. Atau resit. Atau name card. Atau parking card. Atau apa-apa aje yang cute dan nipis. :P

Eh eh! Tahu tak ini first time saya guna interfacing? First time pun saya beli, 2 minggu lepas.. Heehehe..

Saya juga sempat buat pouch untuk buku, dari scrap yang lebih besar. Tapi bukan designer fabric lah. Sanggup tau tak sambung baca buku malam tadi sebab nak buatkan case untuk buku kesayangan. Tak habis-habis Dear John - eh! saya baca buku memang lama. Slow reader orang putih kata. Dah ler slow, suka pulak tu baca ulang-ulang.. Tengok.. tengok... macam dah terasa nak tengok movie dia lagi pulak. :P

Sebab scrap tu besar, makanya saya tak buat lah cantum-cantum kain tu, jadi nampak kosong. Jadi letakkan applique pokok berdaun jarang di atasnya. *Masa ni jeles ngan Tinihani dan Anique sebab mereka ada free motion foot. Jadi saya buat yang ringkas-ringkas je sudah lah hoh! :P*

Benang pun malas nak tukar pakai yang gelap sikit bagi naik seri.
TAPI..... comel tak? comel tak?

Dah!


Book Cover, Patchwork | 27 Comments
 

tentang cinta dan pemandangan
Friday, January 29, 2010
Posted on 7:54:24 AM | 15 Comments

wah wah tajuk dia... bukan main..

susananya agak longgar. tenang dan tak terkejar-kejar. background adalah dari perca kain yang dibentukkan menjadi bentuk love. pokok adalah dari kain felt, supaya nampak lebih gebu dan terserlah.

sebenarnya saya tak berapa suka dengan hasil yang ini. sebabnya, ini satu-satunya yang saya buat sangat berhati-hati dan berhari-hari sebab tak larat nak hati-hati sangat. tapi hasilnya tak macam yang saya bayangkan. dah siap lama pun, macam tak sanggup nak letak kat sini.

ok. lepas ni saya rasa, elok kiranya kalau saya cuma ikut the flow, samaada semasa menggunting, menyusun atau pun semasa menjahit. tak perlu dilukiskan di atas kertas dulu.


Wall Deco, Patchwork | 15 Comments
 

pokok kecil dan buaian untuk dinding retro studio saya
Tuesday, January 12, 2010
Posted on 7:58:09 AM | 68 Comments

oh!
katalah apa pun. saya sangat seronok dengan hasilnya.

base. tanah. backgraound. latar. apa saja.


batang pokok dan buaian dijahit di tengah-tengah


setelah diframekan. pada bingkai berwarna gelap.


bersama yang lain.

*click pada gambar untuk image yang lebih besar.

hati saya sudah senang. sebab tiga-tiga pun sudah siap. tinggal tunggu tukang drill menebuk lubang saja. lepas ni boleh start untuk projek yang lain pula.... hmm apa ya? (padahal sedar diri quilt hari tu tak siap-siap pun lagi :P)


Wall Deco, Patchwork | 68 Comments
 

wall deco
Saturday, January 09, 2010
Posted on 5:00:50 PM | 7 Comments

sebenarnya, dari dulu saya teringin nak letak gambar-gambar di dinding-dinding (banyak sangatlah dinding) dengan hasil tangan keluarga sendiri walaupun sedar diri tak pandai melukis. tapi.... sebenarnya itu bukan masalahnya. cantik adalah subjective. tapi, entah ler... tak terbuat-buat pun. tak reti nak start kat mana pun iya. tunggu anak-anak saya besar nanti ade kelas lukisan kat sekolah, saya mintak lah salah satu dari hasilnya. :P

saya ingat, sebab saya failed bab painting, saya nak try lah guna kain, sebab itu je yang saya tahu. saya mulakan yang kecil-kecil dulu, dan di tempat yang tersorok. kan kata hari tu saya nak hias dinding bilik jahit saya sikit. jadi saya beli 3 frame kosong bersaiz 10R. satu dah siap. inilah hasilnya.

simple jer kan. tapi saya suka (mati ler puji diri sendiri).

dah siap hari tu lagi. tapi sebab saya tak berkenan dengan satu corak kain ni (kain tu cantik coraknya, cuma tak masuk bila digabungkan), jadi saya buka balik dan letak kain lain.

sebenarnya ini yang kedua. yang pertama tak siap lagi sebab percubaan saya untuk buat yang lebih advance sikit padahal skill masih ditahap basic. maka saya tinggal yang tu sebab lama betul nak siapkan, jadi saya siapkan yang ni dulu..

ok.. tunggu yang satu lagi nanti yer... nak siap dah...


Wall Deco, Patchwork | 7 Comments
 

pinkish patchwork quilt
Wednesday, December 30, 2009
Posted on 7:58:31 AM | 27 Comments

... it turns out much more better than i expected.

saiz: 6 kaki x 4.5 kaki

bagusnya ada bilik jahit ni sebab tiba-tiba bagi semangat nak siapkan menjahit (harap-haraplah terus bersemangat sepanjang tahun). contohnya macam yang inilah. belum siap lagi. tapi sekurang-kurangnya dah siap bahagian atasnya. tolong tunjuk ajar saya macammana mahu buat batting and finishing...

tolong.. tolong..


Patchwork, Kain Perca | 27 Comments
 

patchwork
Friday, January 23, 2009
Posted on 10:51:43 AM | 7 Comments

masa saya membelek-belek album lama, saya terjumpa ni. tarikh gambar ni 16 dec 2004.

inilah antara patchwork yang saya buat. dulu-dulu saya pernah juga buat bantal kecik-kecik guna kotak-kotak hexagon dan juga selimut dari kain-kain perca yang mak saya kumpul sekian lama. tapi semua tu yang simple je lah. caca-merba orang kata. takde specific design yang cantik-cantik macam orang lain buat tu.

tapi yang ini memang saya cari kain cotton murah-murah saja. yang ni sebenarnya sarung tilam untuk elman. sekarang, tilam ni dah tak pakai. dan saya guna kapas (kapas ke? ape ha panggil mende dalam tilam tu?) untuk buat benda lain. contohnya cubies dan pincushion yang ni dan yang ni.

dulu-dulu saya tak tau pasal patchwork. masa saya darjah 5, saya ke rumah kawan saya dan berasa sangat teruja bila nampak selimut kawan saya yang punya banyak corak bertampal-tampal. cantik pulak tu. walaupun ada juga terlintas rasa, macam selimut orang miskin. ye lah.. dulu kan mase sekolah rendah, kalau berlakon jadi orang miskin, atau berlakun jadi pak pandir sekali pun, baju kene compang camping dan ada tampal-tampal. sebab tu saya terfikir pasal orang miskin. walaupun kawan saya tu bukan orang miskin.

ok. walau apa pun, saya suka dengan idea tu. dan saya usulkan idea tu kepada mak saya. saya tak ingat apa mak saya kata, tapi tak lama lepas tu, memang mak saya buat juga satu selimut yang besar, yang bercantum-cantum menggunakan kain perca yang ada. saya excited. dan mak saya mengajar saya untuk buat selimut yang kedua.

bermulalah sesi gunting-menggunting dan jahit-menjahit. itulah permulaannya. sampai sekarang selimut tu ada dan digunakan bila kami balik kampung.

tapi selimut yang kami buat tu, tak adalah batting tu.. just dilapis dengan kain kotton tebal saja di bahagian belakangnya. dan kain-kain untuk dibuat patch nya bukan kain kotton. tetapi perca lebihan kain baju kurung kami yang mak kumpul sejak kami kecil.


Patchwork, Sewing Corner | 7 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server