HOME
where my virtual life begin

 
MADE byMAYA
sewing makes me happy

 
ABOUT
tweet of my life

 
DOT.COM
internet addiction

 
GALLERY
my collections

 
 
Kain Perca

Scented Sachets
Saturday, May 28, 2011
Posted on 1:16:24 PM | 5 Comments

Tiba-tiba terasa nak buat something yang comel bila saya dah bosan tengok sachet kosong yang tergantung kat kereta. Search punya search, maka jumpalah tutorial dari Checkout Girl ni. Sebijik sebijon je saya tiru sebab macam comel sangat saya tengok. Haha!

Saya guna fragrance beads Glade tu. Ada lobang dekat dengan riben tu, so boleh tukar ganti bila bau dah hilang nanti. Riben pun saya guna hujung kain jer yang saya kumpul-kumpul sebab sayang nak buang.

Ada banyak lagi sachets tutorial kalau nak cuci-cuci mata. Boleh check kat sini:
40+ Scented Sachets To Make: {Free Patterns}

Ok. Happy holidays, untuk cikgu-cikgu dan anak muridnya! Saya cuti hujung-hujung nanti. Nak bawak Elman dan Melly jalan-jalan. :)


Felt Creation, Kain Perca | 5 Comments
 

Camera Strap Slipcover
Friday, June 11, 2010
Posted on 10:26:11 AM | 23 Comments

:)

saya tak ambik kisah pun sebenarnya pasal camera strap slipcover sebelum ni. sebab kenyataannya, dlsr tu bukan saya yang punya. sebab tu kalau tuan punya takde, saya gelabah bila gambar tiba-tiba jadi gelap atau tak sharp atau tak jadi dan saya terus tukar jadi auto. lepas tu nak tambah gelabah lagi gambar macam tak cantik terus saya edit jadi kelabu. hahahah! sekarang dah tau rahsia saya kan?

JADI..

saya tak kisah pun pasal tali camera tu yang berwarna hitam. lagipun elok je pun lagi.

TAPI..

tiba-tiba ada seseorang tanya saya pasal ni. lepas tu bagi pulak gambar cantik sebijik dan link blog dia. lepas tu, dalam blog dia cerita pulak pasal tali camera beserta-serta dengan link-link dan gambar-gambar lain. hancur luluh berderai-derai hati saya tengok slipcover yang cantik-cantik. ok. kredit to the fabric designer lah sebenarnya kan... sebab diorang yang buat kain cantik-cantik.

Camera Strap Slipcover

MAKA..

hati saya pun meronta-ronta nak buat sehelai. sebab hati dah kata nak buat sangat, tak kisahlah badan penat macammana pun, nak kena buat juga. cuma kena tanya empunya kamera dululah kan. dia kata ok je. cuma bila dia yang pakai, dia bukak lah kalau tak berkenan kan. :P takpelah.. saya tak kisah pun, sebab saya tau, kain-kain yang saya ada, semua corak untuk perempuan. kalau tak warna pink, ada bunga atau rama-rama. hehe!

kain pilihan saya mestilah hunky dory. lebih baju melly haritu. elok-elok je saiz lebih tu untuk buat ni.

ada banyak tutorial. googlekan saja. tapi yang saya ikut yang priddy creations punya ni. sebab ni yang paling comel. cuma saya takde fusible fleece, jadi saya cuma guna kain yang tebal sikit dan tak keras untuk sebelah dalam. ok juga dah saya rasa.

Camera Strap Slipcover

(mau pengsan suami saya tengok tali kamera dah berbunga-bunga ni..)

OK..

yang Ida letak kat blog dia tu, yang cantik perempuan tu pakai tu, camera strap.. dia buat terus tali tu.. yang saya buat ni cuma slipcover, yang macam gambar kat bawah entry dia tu. berbeza ya.. :D

kalau nak tengok contoh-contoh lagi, boleh tengok camera strap slip cover di flickr. yang dengan bag sekali pun ada. ataupun, gambar-gambar camera strap yang lain. comel giler! :) :) :)

AKHIR SEKALI..

terima kasih, Ida, jasamu dikenang. dan semua yang sudi membaca entry ni.
saya happy!!


Camera Strap Cover, Kain Perca | 23 Comments
 

hair scrunchies
Thursday, June 10, 2010
Posted on 8:46:26 AM | 17 Comments

hair scrunchies

lagi hasil dari kain perca, tapi yang ni besar-besar sikit sampai buleh buat pengikat rambut. ada jugak yang tak cukup kain, jadi cantumkan sikit dengan kain lain..

scrunchies ni semua untuk melly. sebab getah rambut melly selalu saja hilang. balik sekolah selalu rambut berikat dengan getah warna oren yang susah nak bukak tu.


Hair Accessories, Kain Perca | 17 Comments
 

Dari kain perca ke penanda buku
Wednesday, June 09, 2010
Posted on 10:59:30 AM | 12 Comments

Fabric scraps bookmark

Ok. Sebab kain ni sayang nak buang walaupun kecik-kecik, jadi saya kumpul-kumpul masuk dalam kotak. Bila dah nak penuh mula gelabah cari idea nak buat apa. Haha! Tipu je. Tak gelabah pun. Saya buat untuk hilangkan stress.

Fabric scraps bookmark

Pilih-pilih kain dan cantum-cantum. Inilah yang paling simple dapat dibuat dari kain perca yang ada. Seronok tau bila cantum-cantum kain kecik-kecik ni. Di tengahnya adalah interfacing yang keras sedikit, dan di belakangnya saya lapiskan dengan kain perca juga.

Kalau nak tengok lagi orang cantum-cantum kain perca kecik-kecik ni, boleh tengok ni: Tinihani buat surat chenta dan MyBotang buat kad.

Best kan?


Kain Perca, Patchwork | 12 Comments
 

nicey jane - scrunchie & hair clip
Saturday, May 29, 2010
Posted on 11:43:14 AM | 4 Comments

sukanya saya dengan renda ni. sweet sangat-sangat-sangat..
fabric nicey jane. ada dressnya...

on the way..

;)


Hair Accessories, Kain Perca | 4 Comments
 

pinkish patchwork quilt
Wednesday, December 30, 2009
Posted on 7:58:31 AM | 27 Comments

... it turns out much more better than i expected.

saiz: 6 kaki x 4.5 kaki

bagusnya ada bilik jahit ni sebab tiba-tiba bagi semangat nak siapkan menjahit (harap-haraplah terus bersemangat sepanjang tahun). contohnya macam yang inilah. belum siap lagi. tapi sekurang-kurangnya dah siap bahagian atasnya. tolong tunjuk ajar saya macammana mahu buat batting and finishing...

tolong.. tolong..


Patchwork, Kain Perca | 27 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2014. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server