HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Games

stash swap ~ the outcome
Wednesday, December 16, 2009
Posted on 9:16:10 PM | 8 Comments

hari ni dapat hasil stash swap dari Alynn. sukanya..

macam-macam alynn bagi. ada pin cushion (of coz), ada pin bunga-bunga comel, ada kad.

siap bercross-stitch lagi. dah nama pun CrossStitch World kan..


ada juga pin holder (kan? namanya pin holder, betul kan?)


inilah dia pin bunga-bunga comel yang saya kata tadi.

terima kasih alynn..


nota kaki: saya je yang lurus bendul, betul-betul bagi pin cushion je. sorry yer kak azie.


Games, Pin Cushion | 8 Comments
 

Pillow Pin Cushion
Friday, December 04, 2009
Posted on 6:56:59 PM | 6 Comments

ini ler pin cushion yang sempat saya siapkan hari ni. diperbuat dari kain-kain dan riben yang saya dapat dari Fawa sempena stash-swap hari tu.

harap-harap Azie suka. tak suka pun, buat-buatlah suka.. haha.. eh! bila nak hantar ni?

seram pulak rasanya bila bace komen Azie tu tau. takut tak jadi macam diharapkan. haha.. :P

Rujukan tentang pincushion:
http://www.wardi.dk/
http://paperstringcloth.blogspot.com/
http://softiescentral.typepad.com/

Glamorous Pincushion Swap
Pincushion Challenge
Pincushion For You
Pretty Little Pincushions
The Very Easy Pincushion

banyak entry saya buat hari ni. kata cuti. :P


Pin Cushion, Games | 6 Comments
 

Stash Swap Update
Friday, November 20, 2009
Posted on 4:20:12 PM | 4 Comments


saya dapat macam-macam yang ada dalam gambar bawah ni untuk stash swap group 2 tu. ni dari fawa. banyak betul isi dalamnya. dan saya sangat suka. terima kasih daun keladi, fawa!! :D

paling tak sabar nak buat ribbon bow dari grossgrain ribbon kaler hijau tu.. padahal klip buaya tak jumpa-jumpa pun lagi :P

ok. update untuk stash swap ni, kami telah diarahkan (:P) oleh Puan Hani untuk menyediakan pin cushion dari bahan-bahan yang kita dapat. of coz lah saya nak join juga. tarikh tuto adalah 5 Disember 2009.

urutannya:

Durra --> Anas --> Naiz --> Gaban --> Faridah --> MyRayyan --> Alynn --> Maya --> Azie --> ArniNasir --> Rafidah --> Hani --> Pianina --> Fuzzy --> Anjungkraf --> Shiela --> Fawa --> Jaja --> Durra

saya akan dapat dari Alynn. dan akan beri pada Azie.
i like!


Games, Stash | 4 Comments
 

Stash Swap
Thursday, November 05, 2009
Posted on 6:50:48 PM | 7 Comments

Dapat gak saya join Stash Swap yang diorganize oleh Hani ni, walaupun dah masuk ke group kedua. Sangat laku macam pisang goreng panas ok. Sekejap jer habih... :D

Ok. Stash yang perlu disediakan:

  1. 10 biji butang
  2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
  3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
  4. 2 pieces felt (A4 size)
  5. special (surprise) stash dari anda

Keterangan lanjut di Hani Sewing n Me

Tengah fikir-fikir apakah gerangan surprise itu.. hmm...

Oyeahhh!!

Update:

Urutannya adalah:

Pianina--> Gaban --> Dura --> Naiz --> My Rayyan --> Fawa --> Maya (Saya! Saya!) --> Rafidah --> Anjungkraf --> Arninasir --> Pianina


Games, Giveaways | 7 Comments
 

cotmh - feb
Wednesday, February 18, 2009
Posted on 3:10:43 PM | 11 Comments

saya mengantuk.
sebab malam tadi saya tak boleh tido menyiapkan apartment.

tak dapat beli apartment yang ada swimming pool macam datin ja & datin rina tu, saya buat ajelah apartment sendiri. 4 bijik apartment untuk semut.

ah! mengantuknyaaaa...

entry saya:
http://www.forevergreenquilts.com/mayas-apartment.html


Games, Patchwork | 11 Comments
 

cotmh - jan (buat balik)
Wednesday, February 18, 2009
Posted on 10:37:47 AM | 5 Comments

pengalaman mengajar.
saya tak perlu mencarut membebel lagi.

entry saya:
http://www.forevergreenquilts.com/mayas-house.html


Games, Patchwork | 5 Comments
 

Come Over to My House - January
Thursday, February 12, 2009
Posted on 12:14:21 AM | 15 Comments

saya rasa macam nak tulis novel. sebab macam ada ala-ala berbakul-bakul bebelan dalam kepala saya sekarang ni yang saya rasa banyak sangat nak diluahkan. saya akan guna bahasa lidah saya saja. kalaupun ada orang putih yang nak tengok hasilnya, ya sebab saya nak submit rumah kecil takde tiang ni ke sana. saya akan cuma guna perkataan yang baik-baik saja dalam bahasa orang putih.

bab 1: ini permulaannya

saya ke sini.
dan ke sini.
dan ke sini.
dan ke sini.
dan ke sini.
dan ke sini.
ape ni? ape ni? semua buat rumah? saya pun nak juga. aiseh. tiba-tiba ada challenge baru pulak. no no no. saya akan stay pada yang satu ni dulu.

bab 2: this is the challenge

"Forever Green Quilts is offering a free block of the month quilt in 2009! This cute house quilt is called "Come Over to My House" and was designed by Alecia Hunter with instructions by Joanna Norman. It is a wall-hanging sized quilting, measuring 40" x 46"."

bab 3: pengalaman pertama saya

tiap bulan akan ada 1 block pattern. untuk disiapkan, makan masa 12 bulan. itu yang saya suka. saya tak perlu tergesa-gesa untuk siapkan. ya lah. saya kan seakan kurang sabar sikit. sedangkan baru buat sikit ni pun saya rasa macam e'eh? ok saya terlambat, blok pertama sepatutnya untuk januari. bulan ni ada block lain, tapi belum publish.

saya seronok tengok patternnya, walaupun pada fikiran saya, eh? apesal takde bunga-bunga ni? aiseh.... tapi ok, saya nak try, sebab saya tak pernah buat, dan masa yang panjang pulak tu. buat sikit-sikit apa salahnya.

bab 4: mari kita mulakan dengan bahan-bahannya

saya keluarkan kain-kain yang saya ada. saya rasa cukup. tak taulah kalau kalernya tak berapa cukup. ini kain-kain kotton murah-murah yang saya dah lama kumpul. takdelah banyak mana yang kebanyakannya saya beli dalam 1-2m.

selepas dipilih-pilih kaler yang sesuai. maka saya memulakan mengukur. e'eh lagi sekali. biar betul kecik macam ni. berkali-kali saya tengok balik. adeh, ni 1 1/2 kaki ke 1 1/2 inchi? macam nak menangis pun ade saya rasa. mana saya pernah buat mende-mende mini macam ni. rasa nak call faridah, tapi saya dah terhilangkan nombor dia. rasa nak putus asa sekerat jalan pun ada. patutlah saya ditakdirkan bukan untuk buat quilt.. dah banyak kali saya tengok instructionnya. dan saya aware yang hasilnya adalah 8 1/2". saya tau, cuma saya lupa nak gambarkan.

bab 5: saya ketinggalan zaman aka tak up-to-date

nasib baik semangat saya masih panjang. terkial-kial saya mengukur dan memotong. ok. saya guna cara kuno. saya takde cutter yang canggih-manggih. takde board. takde pembaris. saya cuma ukur guna pita ukur dan potong guna gunting. kesian saya. ok. tak payah buat muka kesian lagi, sebab esok saya akan dapat barang-barang tu semua. harap-harapnya lah. saya akan jadi moden kembali.

inilah hasilnya selepas kain dipotong-potong. sila bandingkan dengan jari-jemari saya. betul saya tak pernah buat bende-bende halus cam ni. sila abaikan kain berbentuk 3 segi tu, sebab salah. saya baca 2 1/2" squares. tapi saya gatal buat triangle pulak. suka hati saya lah kan. lepas tu habis kene buat balik. itu pengajaran pertama.

oh tertinggal pintu dan tingkap pula..


tingkap dan pintu yang warna kuning tu

ini saya ambil gambar balik semula, bersama kain untuk tingkap dan pintu. malas nak interpremkan jari jemari tu. saya tak paham kenapa kain tu bergulung. ok. saya beli rm2 semeter. yang saya akan guna cuma 8 1/2 x 1 1/2 ". boleh agak tak besarnya cemane? besar sikit dari pembaris pendek 6" tu. nasib baik saya beli dah lama dulu. bukan beli untuk buat ni semata-mata.

bab 6: come over to my little tiny house

selepas dijahit, saya tahu yang basi kain jangan banyak-banyak. ini pengajaran kedua. maka setelah jahitan ditetas, dan dijahit, dan ditetas, dan dijahit dan ditetas, terhasillah seperti gambar di bawah.


cool kan? saya akan kata, memang corak kain tu yang bengkang-bengkok.

ok. pengajaran ketiga: jangan guna kain petak-petak, kecuali kalau saya betul-betul pandai jahit tak bengkang-bengkok.


agak-agak ade tak yang nak qc bahagian belakang?


tengok, tingkapnya sebesar ibu jari saya sahaja

ada lagi sape-sape yang berani?
nota untuk wan lagi sekali: yang ni pun tak perlukan jahit tepi.

tamat

eh.. to be continued...


Games, Patchwork | 15 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server