HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Felt Creation

Scented Sachets
Saturday, May 28, 2011
Posted on 1:16:24 PM | 5 Comments

Tiba-tiba terasa nak buat something yang comel bila saya dah bosan tengok sachet kosong yang tergantung kat kereta. Search punya search, maka jumpalah tutorial dari Checkout Girl ni. Sebijik sebijon je saya tiru sebab macam comel sangat saya tengok. Haha!

Saya guna fragrance beads Glade tu. Ada lobang dekat dengan riben tu, so boleh tukar ganti bila bau dah hilang nanti. Riben pun saya guna hujung kain jer yang saya kumpul-kumpul sebab sayang nak buang.

Ada banyak lagi sachets tutorial kalau nak cuci-cuci mata. Boleh check kat sini:
40+ Scented Sachets To Make: {Free Patterns}

Ok. Happy holidays, untuk cikgu-cikgu dan anak muridnya! Saya cuti hujung-hujung nanti. Nak bawak Elman dan Melly jalan-jalan. :)


Felt Creation, Kain Perca | 5 Comments
 

pokok tiga
Friday, May 28, 2010
Posted on 10:59:32 PM | 4 Comments

kalau perasan, memang saya suka lukis pokok. pokok bunga pun termasuk pokok juga kan.. ni sebenarnya untuk pasangan kepada pokok yang ini.

ki, hope you'll love it!


Wall Deco, Felt Creation | 4 Comments
 

DIY Felt Creation
Thursday, September 24, 2009
Posted on 11:24:20 PM | 5 Comments

DIY Felt Creation
http://diyfeltcreation.blogspot.com/

where they share their love...


~ The Craft Links, Felt Creation | 5 Comments
 

Biru
Tuesday, September 08, 2009
Posted on 10:55:48 PM | 7 Comments

Tak.. bukan kaler tema pun.. Raya kali ni kami tak bertema.. Eh! kira tema warni-warni pun boleh... Takde ape nak cerita di sebalik pembikinan hair clips ni.. layan saje lah gambar-gambar ni.




kalau berminat, silalah ke sini....


Hair Accessories, Felt Creation | 7 Comments
 

zoolagi 2
Tuesday, June 09, 2009
Posted on 11:38:16 PM | 12 Comments

ingat tak zoolagi saya dulu? ok. setelah sekian lama terpendam, sekarang saya memperkenalkan kawan-kawannya yang bukan terdiri daripada ahli-ahli zoo. cuma kawan-kawannya saja.


cik flower dan cik hati

cik bunga, cik cinta dan cik melati

cik birdie dan cik pinkie

..... and they'd been adopted! ;D


Felt Creation, Sewing Corner | 12 Comments
 

zoolagi
Friday, May 01, 2009
Posted on 1:13:42 AM | 13 Comments

ya. kami memang suka zoo. cuma bezanya zoo dia di kepala, (eh kutu ke?) dan zoo saya pada kunci-kunci (eh pijat ke?).

cendawan tergolong dalam kategori zoo jugak ke?


Felt Creation, Sewing Corner | 13 Comments
 

whale talk
Saturday, April 25, 2009
Posted on 7:57:45 PM | 8 Comments

sedang saya bermalas-malasan, terdengar suara yang jauh dan halus. saya pasti itulah suara-suara paus dari kedai saya. mungkin mereka lapar. atau sekadar sedang bergosip dari utara ke selatan.

siapa nak adopt whale sila angkat mouse dan click di sini.


Hair Accessories, Felt Creation | 8 Comments
 

burung-biru-comel-berkepak-pink-bentuk-hati
Wednesday, April 08, 2009
Posted on 9:39:10 PM | 23 Comments

itulah..
hajatnya nak buat laptop sleeve macam yang wan z buat tu..

tapi malas betul rasanya nak membentang kain, mengukur-ukur, menggunting-gunting dan memikir-mikir cemane nak buat, dan guna kain yang mana dengan diri yang tak sihat dan kepala yang berat dan mata separuh terbuka..

maka saya guna saja sleeve yang sedia ada. comel jugak sleeve pink ni.. cuma kosong sikit...

dan saya tampalkan dengan felt yang saya bentukkan menjadi burung-biru-comel-berkepak-pink-bentuk-hati, yang dah lama saya idamkan sejak saya terlihatkannya buat pertama kali di sini.

maka inilah hasilnya laptop sleeve saya yang berwarna pink. asalnya ia reversible dengan sebelah dalam berwarna kelabu. sekarang tidak lagi kerana bahagian belakang burung-biru-comel-berkepak-pink-bentuk-hati ini sudah agak kucar-kacir.


Felt Creation, Bag | 23 Comments
 

musim felt kembali lagi
Wednesday, April 01, 2009
Posted on 12:14:33 AM | 9 Comments

kerana kecewa dengan kadar tukaran singer bersuara sedap dengan epal berbuah embroidery, maka saya kerahkan saja tenaga dari jari jemari saya. membentuk bunga idaman jiwa.

si bunga ceri berwarna biru

si bunga tulip berwarna merah jambu

selamat menjamu mata.


Felt Creation, Hair Accessories | 9 Comments
 

felt for experiment
Sunday, March 08, 2009
Posted on 6:48:10 PM | 7 Comments

ingat tak?

remember the colorful felt for my next experiment few years weeks back?

yeah.. here goes..

dah lama saya simpan gambar idea yang saya cedok dari internet ni. sebelum saya ada satu pun felt. dan sebelum saya tahu namanya felt. gembiranya saya rasa akhirnya saya dapat laksanakan cita-cita saya. walaupun banyak lagi yang saya kena belajar. terutamanya bahagian bulat yang kecil tu. saya tak biasa menjahit bulatan kecil menggunakan mesin. tapi mesin tu betul-betul menjimatkan masa saya.

tapi, bulat atau lonjong atau bergerigi atau terkeluar landasan sekali pun, mari kita namakannya seni. jadi saya dapat lari dari membetulkan bahagian-bahagian yang nampak macam cacat.

tak cacatlah, itu seni.


Felt Creation, Special Project | 7 Comments
 

{ Older Post }




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server