HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
FAQs

My Gallery
Tuesday, April 20, 2010
Posted on 8:55:51 AM | 15 Comments

My humble collection of works, from the very beginning.
Then only i realized, it's a long journey, and it's not easy.
How time flies...

Handmade Dress Collection 1Handmade Dress Collection 2Handmade Dress Collection 3SkirtsWall Deco 1Wall Deco 2Embellishment

Handmade Bags Collection 1Handmade Bags Collection 2Handmade Hair Accessories 1Handmade Hair Accessories 2Camera Strap Slip CoverFabric Scraps CollectionBook Cover Collection

* Click on the thumbnails for full gallery.


FAQs, Sewing Corner | 15 Comments
 

Newbie
Sunday, July 19, 2009
Posted on 1:48:31 PM | 12 Comments

saya minat nak menjahit tapi tak tau nak start kat mana.

start dari yang simple dan yang kita minat nak buat. buat yang kita minat tu untuk motivasi diri kita. bila kita minat, kita akan usaha sungguh-sungguh. start dari yang simple tu supaya apa yang kita nak buat tu biar senang nak jadi. bila dah jdi, kita akan teruja nak buat lagi.

contohnya, buat twirly skirt macam ni dulu. atau pun kalau suka boleh buat tiered skirt ni juga dulu. untuk dress atau top pula boleh ikut tutorial pillowcase dress ni.

ok.. ada beberapa tutorial pillowdress yang simple-simple:
by freshlypicked
by twinfibers

walaupun nampak simple, tapi banyak yang kita boleh belajar dari situ sebenarnya.

klik sini untuk gaun pertama yang saya buat. tak cantik, tak kemas dan banyak salah juga. c",)

jadi, jangan risau. there's a first time for everything..

gud luck!


FAQs, ~ The Craft Links | 12 Comments
 

FAQs - Part 2
Saturday, July 18, 2009
Posted on 1:40:39 PM | 12 Comments

q: kat mana beli felt?
a: saya pernah beli di craft world. harga dia agak mahal, tapi saya sangat suka kualitinya. saya juga pernah beli online di beberapa kedai di craftzone-my.blogspot.com


q: macammana nak jahit bahagian tepi felt pada klip rambut tu?
a: namanya blanket stitch. sila klik sini untuk tutorial blanket stitch


q: untuk jahit nama pada baju tu, maya guna jahitan jenis apa?
a: saya guna backstitch. sila klik sini untuk tutorial backstitch. atau klik sini untuk banyak lagi jenis jahitan.

q: guna benang apa?
a: ada yang saya guna benang dmc untuk cross-stitch. benang biasa pun saya layan, cuma kena dilapis-lapis.

q: awak dah letak barang kat etsy?
a: tak. saya belum bersedia. lagi pun takde apa yang saya nak letak kat sana.


q: kat mana nak buat label?
a: saya buat label dengan kasihabadi.com, guna gross grain ribbon. mase tu saya tak jumpa lagi woven label yang saya mampu beli. tapi baru ni saya baca alviana order labelnya sendiri dari fancyweaver di hong kong. dan saya rasa harganya sangat menarik.


q: maya ada bukak kelas ke?
a: errkk.. takde. saya tak layak nak bukak kelas jahit pun sebenarnya. tutorial tu pun saya saja nak kongsi apa yang saya tahu dan macammana saya buat dengan cara saya. banyak lagi kurangnya.


q: macammana nak tentukan harga?
a: sebenarnya ia sangat bergantung kepada individu tu sendiri. tapi ada banyak panduan yang boleh kita ikut. entry ni, entry ni dan entry ni antara panduan macammana sepatutnya harga barang buatan tangan ditentukan.


FAQs, Sewing Corner | 12 Comments
 

FAQs
Thursday, July 09, 2009
Posted on 12:09:15 AM | 28 Comments

huwahhh.. sungguh eksyen bunyinya. tapi kan, kalau awak percaya sebenarnya bukan sebab nak eksyen saya buat faq ni.

sebenarnya saya nak kumpul soalan-soalan yang saya rasa macam eh, rasanya pernah ku jawab soalan ini. eh, ni pun dah jawab jugak, rasa dah 7 kali ku tahankan jebat. macamlah banyak sangat soalan kan. tapi tak pelah, sapelah nak godek-godek jauh-jauh ke dalam entry-entry sebelum ni kalau nak tau jawapan kan. senang juga untuk saya buat reference kalau ada soalan-soalan yang sama.

ok mari kita mula sekarang.


q. kat mana maya beli kain tu? jenis apa?
a. kain biasanya saya beli kat nagoya atau kamdar. pernah juga adik saya belikan masa ke bandung hari tu. pernah juga kat ikea. dan pernah juga saya beli online, tapi yang ni tak larat beb sebab mahal, padahal selalunya kain-kain tu tersadai juga. sebab sayang nak potong sebab mahal. dasar kedekut. kalau buat baju & jual pun takut nanti jadi mahal sangat harganya.

kalau tanya saya pasal jenis kain, sayalah yang paling huduh jawapannya. yang saya tahu kain kotton je. kotton ape, jangan tanya. kalau sales girl kat situ kate japanese cotton, japanese cotton lah saya. kalau dia kata namanya kotoncamnipunakaknak, kotoncamnipunakaknak lah kata saya. apa-apa saja. yang penting kainnya sedap dan coraknya cantik. eh eh, baru teringat. ada lah satu yang saya tau, cotton flannel.


q. selalu beli barang-barang untuk buat kraf kat mana?
a. sebenarnya saya takde spesifik kedai yang saya selalu pegi atau yang saya suka. tapi ada list di sini yang saya kumpul-kumpul. tapi belum semua kedai-kedai tu saya terjah. kalau setakat barang-barang yang ada jual kat kedai nyonya, memang saya cari di kedai nyonya tu saje. lebih murah. pernah juga beli online. sila tengok list di sini: craftzone-my.blogspot.com sungguh banyak pilihan. boleh rambang mata.


q. eeii.. belajar jahit kat mana ni?
a. asalnya belajar dengan mak. juga dengan internet. klik untuk list yang saya ada. syok hoh!


q. boleh tak saya nak tempah?
a. aiseh, sorry sangat. saya dah tak ambik tempahan buat masa ni.


q. leh.. apesal lak? (merujuk kepada soalan di atas)
a. errrr.. soalan ni agak susah untuk dihuraikan. senang cam ni lah, mungkin saya bukan dilahirkan untuk menjadi peniaga. hua hua hua.. sangat sedih.


q. isk.. mahallah awak jual. tak buleh kurang ke?
a. dibanding dengan usaha, masa dan tenaga saya, sebenarnya ia sangat murah. terima kasih kerana menghargai.


q. kalau buat sulam tu, kena guna benang apa?
a. sebenarnya bergantung kepada kretiviti sendiri. macam saya guna benang lebih buat cross-stitch dulu. benang biasa pun saya layan, cuma kena dilapis-lapis.


q. cemana nak buat ruffle yang cantik dan kemas macam u buat tu? euuwwwww
a. pilih jarak jahitan paling lebar. dan ketatkan benang atas. itu setakat yang saya tahu selama saya guna mesin jahit singer. nak tau ketat tu cemana, test dulu satu-satu nombor tu.. kalau nampak berkedut tu, betullah tu.. heh he..


q. cemana nak buat ukuran biar baju tu ikut saiz yang betul?
a. saya pun sebenarnya main hentam lah labu saja. cara paling senang, ukur saja pada baju dah siap yang saiznya paling sesuai pada tuan punya baju yang nak dijahit tu. nak lagi senang. tekapkan saja baju siap pada kertas dan potongkan. lepas tu, potong kain ikut kertas dengan mengepin kertas pada kain yang nak dipotong. voilaaa.. ulalala... awak pasti gembira seperti mahu menari-nari bila melihat kan hasil copy cat ini.


FAQs, Sewing Corner | 28 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server