HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Dahlia Dress

Gadis bunga yang tak pegang bunga
Sunday, March 17, 2013
Posted on 2:25:33 PM | 5 Comments


setelah lama-lama-lama tak jenguk mesin jahit untuk jahit dress, akhirnya saya berjaya paksakan diri juga. macam ni jer lah. simple. dapat lah sepasang dress flower girl dalam sehari. tu pun kena hantar harez ke neseri. :D


inilah budaknya si flower girl. happy sangat dapat pakai dress macam pengantin.


sama-sama dengan pengantin. memang sangat sedondon.
tapi flower girl tak pegang flower pun?


buat nurul & suami, selamat pengantin baru.
semoga berbahagia hingga ke akhir waktu.


Dahlia Dress, Sewing Corner | 5 Comments
 

Pink and blue.
Saturday, November 17, 2012
Posted on 12:59:41 PM | 9 Comments

Tadaaaa!! I'm back!

Back lah sangat.

Di kesibukan yang melampau, dapat juga curi-curi masa menjahit dress ni. Sibuk kat kerja. Sibuk kat rumah. Tahu jer lah anak dah tiga ni. Si kecik pulak memang nak berkepit dengan mak selagi ada depan mata. Layankan je.

Ni dress mek Auni. Idea dan kain dari mak dia lah. Saya tolong realisasikan saje. Untuk ke kenduri kahwin katanya.

Dress ni guna kain cotton dan kain lace untuk bahagian dada. Sekarang memang trend kain lace kan. Banyak jumpa baju lace. Comel je.


Dahlia Dress, Sewing Corner | 9 Comments
 

sebab matahari terus bersinar.
Monday, August 13, 2012
Posted on 10:15:31 PM | 13 Comments

agak berjerebu akhir-akhir ni.

dan saya berkesempatan menjahit sunny dress yang comel ini.

Fabric:
Freshcut by Heather Bailey - Painted Mum
Ta Dot by Michael Miller - Raspberry


Dahlia Dress, Sewing Corner | 13 Comments
 

Tutorial, Inspirasi dan Motivasi
Wednesday, July 04, 2012
Posted on 1:34:10 PM | 4 Comments

Klik pada image bawah untuk dapatkan inspirasi. Ini adalah koleksi yang saya pinkan dari banyak sumber di internet. Happy sebab makin banyak free tutorial dengan gambar yang sangat cantik-cantik. Memang naik semangat bila menengoknya. Klik pada link-link dalam gambar-gambar tu ya untuk dapatkan tutorial.

Semoga termotivasi.
Raya dah nak dekat ni..

Eh.. eh.. puasa pun belum.

Pinterest


~ The Craft Links, Dahlia Dress | 4 Comments
 

wordless
Sunday, September 11, 2011
Posted on 8:31:24 PM | 4 Comments


Dahlia Dress, Sewing Corner | 4 Comments
 

white lily dress.... ermm.. model?
Thursday, June 23, 2011
Posted on 9:43:55 PM | 19 Comments

macam yang diceritakan minggu lepas.. errmm.. eh.. bulan lepas pasal dress putih tu.. hah! nilah dressnya yang sudah diperagakan oleh melly..

takde apa nak cerita sangat kot sebab dah cerita hari tu. ada lagi semeter kain sulam ni. warna putih jugak, cuma lain corak. belum tahu lagi nak buat apa..

ok. jumpa lagi!


Dahlia Dress, Sewing Corner | 19 Comments
 

Purple Paisley Dress
Friday, June 17, 2011
Posted on 6:45:58 AM | 15 Comments

misi menghabiskan kain masih berjalan lagi walaupun agak slow sekarang ni. berminggu jugak nak siapkan dress ni. bila dah siap elok pulak mood melly baik nak mempergayakannya. tapi tetap kena umpan eskrem.

design saya buat yang paling simple giler lah. bahagian atas tu sama je dengan white lily dress sebelum ni. cuma skirt tak bertingkat sebab sayang nak potong-potong corak paisley yang cantik ni.

dan ada juga rasa nak buat patchwork kat bahagian atas yang kosong tu. tapi biar kita tengok yang kosong dulu macamana ya (baca: malas). lain kali kalau kita buat dress macam ni lagi, kita try pulak letak patchwork kat tempat yang kosong cam tu (baca: kalau rajin)..

ingatkan baju ni dah panjang, rupanya bawah sikit je dari lutut melly. cepat pulak melly ni meninggi walaupun nampak ketot jer. next time kena tambah ukuran lagi. biar boleh pakai lama..

ada lagi lebih kain paisley purple ni. ingat nak buat sling bag, tapi belum jumpa design yang berkenan. siapa-siapa yang ada design yang boleh di-share tu, jangan lah malu-malu nak bagitau ya... :)

tapi... tapi...
over tak kalau kain sling bag sama ngan baju anak?
huahua! sadis..


Dahlia Dress, Sewing Corner | 15 Comments
 

white lily dress
Monday, May 23, 2011
Posted on 7:09:01 AM | 13 Comments

kain ni saya beli setahun yang lepas, di bandung. hahaha! macam semua cerita tahun lepas jer kan? ya.. saya banyak beli kain tahun lepas. tahun ni belum beli lagi sebab kadar kelembapan semakin melembab. jadi, saya tahankan diri dari menambah kain. kain-kain tahun lepas ada banyak sangat lagi. dan saya sedang mencuba menghabiskan sedikit demi sedikit dan demi sedikit. supaya saya boleh borong kain lagi di tahun-tahun yang seterusnya. ngehngehngeh...

design main ceduk jer bila nampak macam ada budak-budak pakai dress cam ni nampak comel kan. putih semua. haha! saya cari juga sebenarnya readymade dress, malas punya pasal nak menjahit kan, tapi macam tak jumpa jer yang berkenan. padahal takde lah merepek pun design yang saya nak ni. simple giler jer kan. kalau jumpa pun, kadang tu bukan kotton. kalau kotton pun bukan putih, haih! susah beno lah.

*tips: jahit tindih untuk hasil yang lebih kemas dan cantik.

kesimpulannya, jahit sendiri memang boleh feel lah kepuas-hatian kita sendiri. biarlah senget-benget sikit-sikit tu apalah sangat kan. yang penting jadi yang macam kita nak. biarlah simple giler pun kan. elehh.. saja sedapkan hati je tu sebab malas nak design-design.. kakaka..

oklah. dah tahap merepeks dah ni. chow dulu. nanti melly dah siap pakai saya post gambar lagi (kalau ada). ngehngeh. entah ler.. giler malas sekarang ni, gaban pun tak semalas ni. oppss..


Dahlia Dress, Sewing Corner | 13 Comments
 

alya series - dress 7
Tuesday, May 17, 2011
Posted on 9:54:40 PM | 10 Comments

fuhh!! akhirnya berjaya juga saya siapkan dress ketujuh alya, polkadot purple bunga-bunga ni. dah selamat pun sampai ke tuan empunya, alya yang comel lote tu.

pattern ni selalu juga saya buat. kadang-kadang saya guna reben pada leher dan lengan. dan kadang-kadang tanpa ropol. jahit lain sikit je, memang dah nampak macam berbeza kan.

ok. siap sudah ketujuh-tujuh dress alya. alya series bermula ogos tahun lepas. hahaha! dekat setahun jugak tu.. untuk ibu alya, berbanyak-banyak terima kasih dan bergunung-gunung maaf saya pohonkan atas kelambatan yang tersangat dalam menyiapkan dress-dress alya ya.

saya memang agak busy sekarang ni selain daripada merajuk dengan nuffnang :P. blog pun dah jarang-jarang update. dress? apatah lagi.. susah sangat nak curi masa menjahit. facebook pun jarang-jarang jenguk. bertwitter bila terasa nak bercakap sorang-sorang. craftzone malaysia pun sudah agak terabai, walaupun saya sempatkan juga meng-update at least sebulan sekali. kedai saya pun sudah saya tutup. haru sungguh.

life goes on.

saya harap semuanya kembali ke sedia kala sedikit masa lagi.

ada sapa-sapa yang sudi nak tolong saya manage craftzone malaysia? jangan segan-segan beritahu saya ya. terima kasih.


Dahlia Dress, Sewing Corner | 10 Comments
 

Flower Girl
Monday, March 21, 2011
Posted on 12:34:05 PM | 31 Comments

Ok. Bukan betul-betul flower girl sebab masa pengantin datang, mood tidak berapa baik.. Tak sempat nak jalan dengan pengantin...

melly & dania

lukman & dania


Dahlia Dress, Anak-anak Kita | 31 Comments
 

{ Older Post }




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server