HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Crochet

saya dan crochet
Sunday, August 30, 2009
Posted on 2:16:22 PM | 15 Comments

tahu tak saya sangat suka browse bunga-bunga crochet di etsy?

tapi perhubungan saya dengan crochet memang tak berapa menjadi. pernah saya beriya-iya nak belajar crochet, dan spesifiknya, saya sukakan bunga-bunga yang dikait. lama sebenarnya saya tinggalkan sejak langkah pertama saya dulu. terus saja saya senyapkan. benang pun masih banyak berbaki. nasib baik tak tamak sangat, saya cuma beli 2 gulung. 1 berwarna pink dan satu berwarna putih.

alternatif lain, saya beli saja dari orang yang expert. berbaloi-baloi..


baru-baru ni saya beli hair clip dari jaja. sangat comel dia buat. dan kemas sangat. bukan untuk melly saja, untuk anak-anak kawan saya pun saya beli juga sebab comel sangat tak tahan tengok. yang warna kuning tu pulak hadiah birthday untuk melly. ah! saya sangat berterima kasih pada jaja.


100 Flowers to Knit & Crochet.


dan kesukaan saya kepada bunga-bunga crochet, buatkan saya beli buku ni. macam-macam bentuk bunga ada. selalu juga saya berangan sambil belek-belek bunga ni. tapi nak mulakan tu macam tertangguh-tangguh. padahal semua dah ada. tinggal tunggu hati yang tabah je nak membuatnya.


baru-baru ni pulak, baru saja saya dapat tahu rupanya sorang lagi kawan saya yang bernama wan juga terjebak dengan bunga kait. saya dah order bunga besar, biar penuh kepala melly dengan bunga saja. dan juga untuk di letak pada gaunnya.. huh.. tak sabarnya..


Crochet, Books | 15 Comments
 

power from the flower
Tuesday, July 08, 2008
Posted on 9:12:51 PM | 0 Comments

sekarang aku tahu mane nak dapat power balik. aku rase, lopek hari tu sebab aku dok belajar buat bunga ni sendiri dari sini tapi tak dapat-dapat kot. belajar tanpa guru apelah maknanya.

so hari ni, thanks so much to cema, aku dah jumpa cikgu untuk ajarkan aku bahasa-bahasa crochet yang aku tak paham. dan ajar aku teknik-teknik nak mengait ni. chain memang aku expert lah.. tapi hari ni aku belajar buat ring, sc (single chrocet), dc (double choret).. heheheheh..

banyak lagi yang aku tak tahu... tapi inikan permulaan. bak kata zura tu, the first time is always the hardest kan...

and again, thank you so much to cema yang mane birthdaynya hari ni... selamat hari jadi. semuga panjang umur, murah rezeki, happy & sihat selalu......


Crochet, Sewing Corner | 0 Comments
 

crochet beginner
Thursday, July 03, 2008
Posted on 11:31:33 PM | 6 Comments

cam yo je tajuk dia kan..
anyway, hari ni aku dapat jarum crochet yang aku kirim kat kawan aku. itu pun nak berkirim. ah tak kira, sebab aku tak tau nak beli saiz ape.

yang aku tahu buat tali air jer lah. dari dulu, itu saje yang aku tahu. so hari ni, fresh kan balik ingatan tu... boleh lagi, cume mule tu tak tau nak start cemane.. hahaha.. tq cema.

mak aku ade gak mengait ni. buat lapik meja, lapik kusyen kan... tapi aku tak minat pulak mase tu... ni aku nak mulakan dengan yang simple2 dulu.. cam bunga-bunga yang boleh aku letak kat dress kan.... pastu atas dia letak button pulak.. pandai berangan..

aku try search pattern, tapi ampeh tak paham... nanti lah belajar lagi ngan cema ye cema eh.. :D


Crochet, Sewing Corner | 6 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server