HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Camera Strap Cover

Aih! kate last hari tu?
Friday, September 03, 2010
Posted on 1:37:29 PM | 10 Comments

Haha! Hari tu ingat dah habis.. sekali tak perasan ada yang tertinggal. :P

Dah sampai ke tuan punya pun. Boleh baca di sini.
TQ Reena!


Camera Strap Cover, Review | 10 Comments
 

strap cover terakhir
Friday, July 16, 2010
Posted on 8:47:19 AM | 7 Comments

baiklah.
kita selang-selikan dengan strap cover sebab cuma strap cover jea yang saya sempat buat. :D

rasanya saya tangguhkan lah dulu acara strap cover ni ke masa akan datang. ini last. sebab banyak lagi kain nak kena potong dan buat dress. ok. taklah banyak sangat sebenarnya. cuma mungkin sebab masa yang tak berapa nak cukup.

pilihan fabric adalah dari tuan yang empunya. cantik-cantik semuanya.
thank you, kasmei!

sehingga kita berjumpa lagi. selamat berhujung minggu yang indah.
daaa...


Camera Strap Cover, Sewing Corner | 7 Comments
 

designing the moment
Sunday, July 04, 2010
Posted on 3:23:48 PM | 16 Comments

kegilaan lagi.
saya sedang berfikir secara serius samada mahu atau tidak meneruskan kegilaan ini.


Camera Strap Cover | 16 Comments
 

Camera Strap Cover
Friday, July 02, 2010
Posted on 12:44:05 PM | 20 Comments

my latest addition..

tapi sebenarnya orang punya. :D
cover strap ni dalam perjalanan sendiri ke pangkuan tuannya.. sob.. sob..

eh ada 2 tu yang saya letakkan dikedai.

sebenarnya ada banyak jenis strap / strap cover yang orang jual di luar sana. sebab itulah harga berbeza-beza. yang saya buat ni, cuma sarung saja dan saya liningkan dengan kain yang tebal, bagi nampak segak & kukuh. tapi nak jahitnya memang yang macam zura katalah... berpeluh-peluh. sampai rase nak pengsan pun ya. nampak je macam senang, kan? tapii... tapiiiii.....

entah berapa jarum yang patah. sampai jari pun hampir-hampir terjahit sama macam kak ann, mak kepada halimatun saadiah. nasib baik saya jahit slow, jadi jarum terhenti di kuku tak sempat nak masuk ke daging. tu pun dah rasa ngilu sangat.... nak jahit pun tersangkut-sangkut, terus rasa nak mesin jahit industri. hehehe... (confirm orang terer jahit kain tebal kata saya ngada-ngada bila baca ni.. hehehe... saya cuma nak cari jalan mudah, biar tak tensen... kate tak terer kan....)

ya allah... ni kalau letak easy stitch kak ann poppy kat cover strap ni, mesti boleh meraung tengok hasilnya...

yang harga usd30 bagai dikata tu, strap penuh, bukan main sarung-sarung. sebab tu lah mahal sebab dia nak cari cari bahan lain lagi.. siap letak kulit lagi.. nak attachedkan lagi hat hujung-hujung tu. kan... lagipun labour rate orang putih memanglah mahal sikit lah kan.. :P (sedih ...)

kawan saya pulak buat jenis ada padding. pada yang suka, lebih comfortable gitu, katanya. memanglah harga berbeza kan...

on the other notes, i really don't mind kalau sapa-sapa nak jual mende yang sama ni pun. macam craft lain yang saya buat juga, memang saya tak kisah... tak timbul pun masalah sapa tiru sapa. tak timbul pun masalah sapa buat dulu. instead, saya lagi suka kalau ramai lagi yang buat.. after all, it's not my idea anyway.. it's HIS. at the end, as long as namanya handmade, it will not be the same bebe, walaupun ramuannya sama... and it's really depends on your own creativity..

i love beautiful craft! keep on crafting ladies... ;-)


Camera Strap Cover | 20 Comments
 

flowery camera strap slip cover
Tuesday, June 22, 2010
Posted on 7:29:51 AM | 13 Comments

Untuk Ida.

Cantik giler kain ni! Hajat di hati nak buat lagi sebab hari ni dapat kain baru... Lalalala! Tapi kain lining dah habis. Nak kene top-up juga. Jadi, hasrat tersimpan begitu saja. Nak buat apa banyak-banyak pun tak tau. Hahaha!

Ok. Saya akan berada di luar kawasan selepas hari ni. Tak lah lama pun, tapi akan melangkaui hari lahir saya... :D

Stay tune! I have something special for you. ;-)


Camera Strap Cover, Sewing Corner | 13 Comments
 

camera strap with pocket
Wednesday, June 16, 2010
Posted on 7:42:49 AM | 23 Comments

paisley memang tetap kesukaan saya. dan paisley purple ni saya sayang sangat... strap kali ni berpoket, atas permintaan tuan punya strap cover. jadi, potongan kain pun lain. yang ni saya buat 2 piece, bukan 1 piece yang macam saya buat sebelum ni. makanya, lining pun 2 piece juga..

saya siapkan setiap satu side dulu baru cantumkan. jadi... ukuran yng sangat tepat adalah sangat penting. consider ini benda handmade, memang susah nak dapat hasil yang tepat-tepat walaupun mase gunting dah rase habis tepat dah. :D

gambar bawah ni tunjuk poket dengan lebih dekat.

slip cover ni bersaiz 2 inchi. jadi nampak poket agak kecik. tapi kalau strap tu lebar sangat pun tak cantik juga rasanya. mungkin akan difikirkan cara lain.


haaaa! yang ni reversible. tadaaaa!!!

tak sabar saya nak buat yang reversible ni sebab saya memang suka matchingkan kain. tidak bertuan lagi dan akan dilistkan dikedai saya.

ok. boleh consider as improved version for me. saya dah dapat rentaknya... cuma kain untuk lining dah habis. nak kena pi cari lagi kat ikea. tak tau ada lagi tak yang sama jenis dengan yang saya guna sekarang.

jom.. sape lagi dah buat?


Camera Strap Cover, Sewing Corner | 23 Comments
 

Camera Strap Slipcover
Friday, June 11, 2010
Posted on 10:26:11 AM | 24 Comments

:)

saya tak ambik kisah pun sebenarnya pasal camera strap slipcover sebelum ni. sebab kenyataannya, dlsr tu bukan saya yang punya. sebab tu kalau tuan punya takde, saya gelabah bila gambar tiba-tiba jadi gelap atau tak sharp atau tak jadi dan saya terus tukar jadi auto. lepas tu nak tambah gelabah lagi gambar macam tak cantik terus saya edit jadi kelabu. hahahah! sekarang dah tau rahsia saya kan?

JADI..

saya tak kisah pun pasal tali camera tu yang berwarna hitam. lagipun elok je pun lagi.

TAPI..

tiba-tiba ada seseorang tanya saya pasal ni. lepas tu bagi pulak gambar cantik sebijik dan link blog dia. lepas tu, dalam blog dia cerita pulak pasal tali camera beserta-serta dengan link-link dan gambar-gambar lain. hancur luluh berderai-derai hati saya tengok slipcover yang cantik-cantik. ok. kredit to the fabric designer lah sebenarnya kan... sebab diorang yang buat kain cantik-cantik.

Camera Strap Slipcover

MAKA..

hati saya pun meronta-ronta nak buat sehelai. sebab hati dah kata nak buat sangat, tak kisahlah badan penat macammana pun, nak kena buat juga. cuma kena tanya empunya kamera dululah kan. dia kata ok je. cuma bila dia yang pakai, dia bukak lah kalau tak berkenan kan. :P takpelah.. saya tak kisah pun, sebab saya tau, kain-kain yang saya ada, semua corak untuk perempuan. kalau tak warna pink, ada bunga atau rama-rama. hehe!

kain pilihan saya mestilah hunky dory. lebih baju melly haritu. elok-elok je saiz lebih tu untuk buat ni.

ada banyak tutorial. googlekan saja. tapi yang saya ikut yang priddy creations punya ni. sebab ni yang paling comel. cuma saya takde fusible fleece, jadi saya cuma guna kain yang tebal sikit dan tak keras untuk sebelah dalam. ok juga dah saya rasa.

Camera Strap Slipcover

(mau pengsan suami saya tengok tali kamera dah berbunga-bunga ni..)

OK..

yang Ida letak kat blog dia tu, yang cantik perempuan tu pakai tu, camera strap.. dia buat terus tali tu.. yang saya buat ni cuma slipcover, yang macam gambar kat bawah entry dia tu. berbeza ya.. :D

kalau nak tengok contoh-contoh lagi, boleh tengok camera strap slip cover di flickr. yang dengan bag sekali pun ada. ataupun, gambar-gambar camera strap yang lain. comel giler! :) :) :)

AKHIR SEKALI..

terima kasih, Ida, jasamu dikenang. dan semua yang sudi membaca entry ni.
saya happy!!


Camera Strap Cover, Kain Perca | 24 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server