HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Buttons

tutorial - ribbon bookmark
Friday, March 20, 2009
Posted on 1:36:15 PM | 29 Comments

sebenarnya, senang je nak buat ribbon bookmark ni.
yang penting mukadimah kena cakap senang, baru rasa senang cara-cara seterusnya. tapi memang betul senang.

bahan-bahannya:

1. reben sepanjang 12 inchi.
2. butang. 4 butang untuk satu bookmark. nak lebih pun boleh.
3. jarum dan benang

mula-mula sekali, lipatkan hujung reben macam gambar dia atas.

ambil 2 biji butang, dan kapitkan hujung reben yang dah dilipat tadi. jahitkan menggunakan jarum dan benang.
tips: lebihkan hujung benang di satu bahagian, biar senang kita nak simpul matikan benang tu nanti.

bila dah dijahit 2 ke 3 kali (lagi banyak lagi ketat dan lagi kuat), ikat hujung benang tu, juga 2 ke 3 kali. potong lebihan benang.
siaplah satu bookmark reben yang comel.

.

sedikit idea yang boleh diguna pakai kalau mahu.

1. butang bulat tu, cuba terbalikkan, kadang-kadang belah bawah nampak lebih cantik.

2. kadang-kadang kita buleh dapat butang comel-comel ni kat kedai 2 ringgit atau yang seangkatan dengannya. biasanya ada banyak jenis/warna satu peket. china mari.

3. cantik juga kalau kita gunakan 2 lapis butang. caranya, jahitkan dulu 2 butang pada reben, dan baru lapiskan atasnya.

4. kalau reben tu jenis kecil, macam dalam gambar ni saiz 6mm, boleh juga guna 2 helai reben, diletak sebelah-sebelah. kalau rajin lagi jahitkan jelujur di tepi-tepi reben guna benang lain warna.

.

supaya dengan kecomelan bookmark ni, akan menambahkan minat saya supaya rajin membaca. yada yada.. takde kena mengena langsung.

nota kaki: sajak betul si krill & abang jem pagi ni yer. mentang-mentang k.e takde..


~ Craft Tutorials, Buttons | 29 Comments
 

bagai buku dengan bookmark
Tuesday, March 17, 2009
Posted on 6:22:56 PM | 9 Comments

ni lah antara bookmark yang saya buat untuk satu entry suatu masa dulu.

kalau kamu suka, kamu boleh klik di sini. mana tahu ada rezeki buleh dapat FREE pulak, kan?

ok. buku atas tu bertajuk The Embroidery Stitch Bible.

buku tu sangat berguna pada saya dan bagi saya macam-macam idea embroidery. dari yang paling simple ke yang complicated. nak jadi cantik, tak semestinya complicated. sesimple backstich pun buleh jadi objek yang sangat menarik.

gambar pun banyak dan di ajar satu-satu macammana nak buat bermacam-macam jenis stitch tu.

sila beli The Embroidery Stitch Bible kalau kamu suka. saya suka!


Buttons, Books | 9 Comments
 

i have buttons and i have felt
Thursday, March 12, 2009
Posted on 1:46:00 PM | 9 Comments

now i combine both..

tada!!!!

saya suka butang yang warni-warni, berbentuk dan bermacam-macam saiz. saya ada. walaupun tak banyak. saya juga suka felt. yang berwarna-warni dan kita boleh buat macam-macam bentuk. pun banyak kaler lagi yang saya belum ada.

design di atas pun bukan idea saya. saya cedok dari internet juga. macam yang sebelum ni. saya suka. bukan sebab saya dapat cedok idea tu. kalau lah idea tu saya yang punya, mesti lagi saya suka.

saya suka sebab saya dapat belajar. mana tahu nanti saya dapat idea yang lagi menarik? saya kan masih dalam proses pembelajaran. ceh.. dah berapa lama belajar tapi tak dapat-dapat idea sendiri.


Special Project, Buttons | 9 Comments
 

elemen bernombor ganjil
Saturday, March 07, 2009
Posted on 8:35:05 PM | 6 Comments

bijak pandai kata, dalam art, tak kisahlah lukisan ke, painting ke, interior design ke, kita kena gunakan angka ganjil. sama ada satu, tiga, lima atau tujuh. sebab tu eric leong kata, kalau nak letak frame gambar kene letak satu atau tiga. bukan dua atau empat.

kenapa?

sebab secara semulajadinya, otak kita akan memasangkan elemen yang ada. bila nombor tu ganjil, ada satu elemen yang tertinggal dan otak kita akan terus mencari pasangannya. itu yang akan menjadikan sesuatu art itu lebih menarik dan mata kita terus terpaku.

kenapa otak kita fikir macam tu?

sebab, biasanya apa yang ada di dunia ni berpasangan. tangan, mata, kaki, telinga, semua ada dua. sebab itu, secara naturalnya otak akan terus mencari di mana pasangan objek yang tertinggal.


Buttons, Special Project | 6 Comments
 

buttons...
Saturday, March 07, 2009
Posted on 6:42:13 PM | 0 Comments


saya suka bila saya ada masa untuk entah apa-apa yang macam gambar di atas. walaupun sebenarnya kain-kain dari ikea yang baru dibeli oleh ja dan rina dan juga saya sendiri belum disentuh lagi.


Buttons, Special Project | 0 Comments
 

secret project
Friday, March 06, 2009
Posted on 9:40:31 AM | 9 Comments

currently i'm working on my secret project..
just wait and see...
;-)


Buttons, Special Project | 9 Comments
 

cerita butang dan katalog dan dot dot dot
Thursday, July 03, 2008
Posted on 12:13:55 AM | 11 Comments

firstly, i'm so happy i've got my belated birthday present today. 2 bags, full of super duper fancy cutie lovely colourful buttons from aussie.. tq so much faridah.. tak sabar nak guna, walaupun takde idea lagi ni.. buleh bawak ke mimpi ni.. :D

secondly, i'm so happy i've got a new seller in the store. click image above to find out more. yes. i like sharing. coz sharing is caring... tq & good luck gee..

thirdly is a sad news. 1 of my friends is no longer husband & wife. may be this is the best option for them, but news like this is never be good. semoga mereka terus tabah.

lastly, i read about someone's profile, yang entah dari mana tiba-tiba saje famous now, while he's in university.. politik bukan saje makin kotor. tapi juga makin jijik..


Buttons, Sewing Corner | 11 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server