HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Books

Kisah Rini
Tuesday, February 28, 2012
Posted on 6:34:34 AM | 3 Comments

Seperti yang saya janjikan tempoh hari (cewah! macam ya ya sangat kan? haha!), ini saya cerita sikit pasal buku Syahadah Gadis Ateis.

"Semua Orang bercakap mengenai Tuhan.Tuhan itulah. Tuhan inilah. Semua orang ingin saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada."

Itu antara persoalannya.

Bagaimana mahu melihat Tuhan?
Bagaimana kita tahu, dalam banyak-banyak agama di dunia, Islam adalah yang benar?
Bagaimana kita tahu al-Quran tetap terpelihara?

Saya suka pada cara penyampaian dan penjelasan jawapan-jawapan kepada persoalan kritis Rini.

Beza ustaz makan gaji, ustaz halal haram dan ustaz pewaris nabi dan pentingnya peranan masing-masing dalam setiap lapisan masyarakat.

Tentang kejadian alam menurut Bible dan al-Quran.
Beza hak kesamarataan wanita versi barat dan hak keadilan wanita dalam Islam.
Hikmahnya menutup aurat wanita, selain menundukkan nafsu, adalah supaya wanita punya ilmu menjadi bijak pandai, doktor umpamanya, kerana aurat wanita, hanya wanita yang boleh melihat.
Kaitan antara 'anggota tubuh yang berbicara' dengan DNA.

Perlunya kita sebagai khalifah di muka bumi ini menguasai ilmu matematik, sains, ilmu bahasa, hadis, sejarah, geografi, kaji bumi, ekonomi, politik, astronomi, fizik, kimia, biologi dan banyak lagi ilmu yang diketahui wujud atau belum diketahui wujud buat masa sekarang untuk memahami ayat al-Quran.

Dan banyak lagi yang dirungkai.

Penerangannya santai dan tanpa mendesak, tapi cukup untuk kita berfikir sedalam-dalamnya.

Ya Allah. Betapa kerdilnya diri ini.
Betullah. bila kita mencari, pasti Tuhan akan temukan kita dengan jawapannya, mengikut tahap dan kemampuan.

Blog Penulis: Imran Haaz


Review, Books | 3 Comments
 

Ma Yan, Delisa dan Rini
Thursday, February 16, 2012
Posted on 8:19:01 AM | 11 Comments

Saya baru beli buku-buku ni.

Saya rasa ramai yang dah tengok movie Hafalan Solat Delisa tu. Tapi, macam movie-movie adaptation dari buku yang lain, lain feelnya bila baca buku. Bukan sebab pengarahan atau pelakon rasanya. Cuma sebab, bila baca buku, kita boleh baca hati orang, faham hati orang. Jadi feel dia memang lebih. Dan sebab ditulis di dalam buku, jadi ceritanya lebih panjang dan lebih terperinci.

Saya baca buku saya menangis. Saya tengok movie pun saya menangis. Anak-anak saya juga menangis. Senyap. Terdiam. Cukup banyak pengajaran dari cerita ni. Belajar tentang sabar. Redha. Kasih sayang. Keikhlasan. Kefahaman. Kesyukuran. Ketabahan. Macam-macam.

Ma Yan pula, cerita dari kisah benar (baca sini: Wikipedia dan sini: The Diary of Ma Yan).

15 hari menahan lapar semata-mata mahu memiliki sebatang ball pen. Dan pen itu yang mahu digadai kerana tidak cukup wang untuk membayar tambang traktor yang ditumpang ke rumahnya sejauh 15km kerana hari hampir gelap, demi menjaga maruah ayahnya. Yang biasanya dia hanya berjalan kaki selama 5 jam meredah tanah gersang di penuhi ular berbisa dan juga perompak, biarpun cuma hanya bekalan 5 keping roti untuk makan malam selama seminggu yang dirompak.

Ya, setakat pen yang seperti selama ni kadang-kadang kita lupa letak duduknya, dan senang-senang pula berganti-ganti.

Mereka hidup di dataran yang kering kontang. Meredah beratus kilometer untuk mencari rezeki, itupun kalau dapat majikan yang baik hati. Entahkan tidak, sia-sia saja pekerjaan selama beberapa bulan, tanpa apa-apa bayaran. Dan naluri ibu juga yang merungkai segalanya. Sewaktu diari Ma Yan diserahkan kepada sekumpulan manusia entah dari mana, tanpa rela.

Dan seperti kata Ma Yan, lapar itu adalah teman rapatnya. Kisah ini bukan kisah zaman dahulu-kala. Tapi kisah pada tahun 2001. Tahun kita sudah mengenal internet. Tahun mulanya saya berblog dan mengukir kisah-kisah yang entah apa-apa.

Rini. Saya belum habis membaca kisah Rini, si gadis Ateis. InsyaAllah kalau best nanti saya sambung review.

Tapi yang saya tahu, banyak sangat pengajaran dari kisah-kisah kanak-kanak dan remaja dari buku-buku ni.


Fiction, Books | 11 Comments
 

Emotional Intelligence
Friday, November 04, 2011
Posted on 7:06:42 AM | 3 Comments

saya beli buku ni untuk kebaikan diri saya sendiri.
dan harapannya dapat membawa kebaikan kepada orang sekeliling saya juga.

dan saya suka kan mukadimahnya.

bila boleh habis bace ye?

lalala...


Motivation, Books | 3 Comments
 

reusable book cover
Monday, June 21, 2010
Posted on 1:05:05 PM | 14 Comments

aaahhhh.. ini book cover yang lebih simple yang saiznya sama dengan buku. tapi tengok tu, boleh adjust untuk buku bebal tebal dan nipis juga. cuma tak sesuai untuk buku yang lebih panjang. ini bahagian depan. saya juga jahitkan bookmark pada book cover ni jadi senang nak cari book mark.. EH! MANA BOOKMARK NI? DAH HILANG PULAK! OH! ADA NI HAH ELOK MELEKAT JE.. :P

ok. actually saya nak buat bahagian ni yang atas. tapi atas kealpaan saya main jahit je, kalau ini bahagian atas, maka bookmark yang bercantum dengan book cover tu jadi di bahagian bawah. macam tak cun pulak kan.. jadi saya redo jerlah jadikan yang ini bahagian belakang. haha! ingatkan takde effect mase main jahit tu jer.. dah sarung ke buku baru perasan akibatnya..

bila dah habis baca buku ni, boleh lah disarungkan ke buku lain yang nak dibaca pulak.. huhu! macamlah rajin sangat kan.. tapi ini dikira usaha juga tau.. :D

saya ada perasaan juga nak mendecorate lagi book cover ni. tapi.. tengoklah nanti bila ada kelapangan. sekarang ni yang penting, sudah boleh diguna. ingat nak buat free style stitching tu tapi saya tak reti lagi lah.. atas nampak ok, tapiiiiiiiii..... benang bawah berserabut yang amat. jadi terpaksa pendamkan hasrat.

errmm.. my birthday is just around the corner (hoh! sila beri perhatian ya).. bila tulis date sekarang ni, aseklah tertulis 197* instead of 2010. boleh?


Book Cover, Books | 14 Comments
 

Dear John novel & Sewing Bits & Pieces book
Tuesday, May 18, 2010
Posted on 7:23:30 AM | 15 Comments

Happy betul bila 2 buku yang beli di Kinokuniya secara online dah sampai. Nak harapkan saya sampai ke KLCC entah bila. Saya beli last week, masa tu takde stock. Then saya minta dia simpankan untuk saya bila stock sampai. Senang sangat, tengok-tengok minggu ni dah sampai. Bagus betul.

Kalau saya ke sana, mesti lama giler sebab dok membelek buku-buku lain jugak. Parking lagi. Minyak lagi. Lagi-lagi kalau sampai-sampai je sana, stock pulak takde. Mesti tak best kan.. Lainlah kalau memang kerja area sana. :D

Buku pertama, mestilah yang kene mengena dengan jahitan. Sewing Bits & Pieces by Sandi Henderson yang saya kata saya nak beli sangat buku dia hari tu. Actually tutorial dia semua jahitan yang simple-simple je, tapi presentation dia tu yang best. Sama best macam blog dia lah.

Buku kedua, cerita yang saya dah tengok movienya. Haha! Kan saya dah kata saya suka cerita Dear John tu. Hah! Dengan buku-bukunya saya cari. Tapi saya tak beli yang muka depannya gambar macam movie. Saya memang cari yang asal. Biar lebih feel.. Huhu!


Fiction, Books | 15 Comments
 

saya dan crochet
Sunday, August 30, 2009
Posted on 2:16:22 PM | 16 Comments

tahu tak saya sangat suka browse bunga-bunga crochet di etsy?

tapi perhubungan saya dengan crochet memang tak berapa menjadi. pernah saya beriya-iya nak belajar crochet, dan spesifiknya, saya sukakan bunga-bunga yang dikait. lama sebenarnya saya tinggalkan sejak langkah pertama saya dulu. terus saja saya senyapkan. benang pun masih banyak berbaki. nasib baik tak tamak sangat, saya cuma beli 2 gulung. 1 berwarna pink dan satu berwarna putih.

alternatif lain, saya beli saja dari orang yang expert. berbaloi-baloi..


baru-baru ni saya beli hair clip dari jaja. sangat comel dia buat. dan kemas sangat. bukan untuk melly saja, untuk anak-anak kawan saya pun saya beli juga sebab comel sangat tak tahan tengok. yang warna kuning tu pulak hadiah birthday untuk melly. ah! saya sangat berterima kasih pada jaja.


100 Flowers to Knit & Crochet.


dan kesukaan saya kepada bunga-bunga crochet, buatkan saya beli buku ni. macam-macam bentuk bunga ada. selalu juga saya berangan sambil belek-belek bunga ni. tapi nak mulakan tu macam tertangguh-tangguh. padahal semua dah ada. tinggal tunggu hati yang tabah je nak membuatnya.


baru-baru ni pulak, baru saja saya dapat tahu rupanya sorang lagi kawan saya yang bernama wan juga terjebak dengan bunga kait. saya dah order bunga besar, biar penuh kepala melly dengan bunga saja. dan juga untuk di letak pada gaunnya.. huh.. tak sabarnya..


Crochet, Books | 16 Comments
 

selendang hijau pada patung yang menari-nari
Saturday, April 04, 2009
Posted on 9:14:52 AM | 14 Comments

adik saya ke bandung baru ni. maka saya tak lepas peluang mengirim kain sekayu dua.. ok. taklah sampai banyak camtu.. tapi saya sangat suka. terima kasih kerana menambah koleksi kain saya yang saya belum tahu lagi untuk apa.

dan ada juga kain yang sedang dalam perjalanan, dari snazzy & such. erk.. nampaknya COS tidak dapat meyakinkan saya. tapi saya rasa, saya taklah teruk sangat macam dia. sikit je kan..

ini pulak majalah jopun yang saya beli.

.

majalah 1 yang saya tak tahu apa tajuknya. isbn 978-4-8347-5661-6

berkenaan dress, skirt, blouse, seluar, tote, bunga. siap dengan pattern. walaupun saya tak faham sepatah pun, *ja, tolong!*, tapi saya boleh baca gambarnya yang comel-comel macam nak gigit-gigit. takpe. bahagian gigit tu saya serahkan pada melly.

.

majalah 2 yang juga saya tak tahu apa tajuknya. isbn 978-4-0725-4752-6

oh ade tulisan kecil di muka depan, kumiko nagumo, mungkin itu namanya tapi tetap tak sampai maksudnya. tapi bagus juga ada sedikit bahasa inggeris di dalamnya.

majalah ini berkenaan beberapa tote dan bag, cushion cover, napkin, hand towel, kasut yang comel-comel. juga siap dengan pattern.


Books, Stash | 14 Comments
 

bagai buku dengan bookmark
Tuesday, March 17, 2009
Posted on 6:22:56 PM | 9 Comments

ni lah antara bookmark yang saya buat untuk satu entry suatu masa dulu.

kalau kamu suka, kamu boleh klik di sini. mana tahu ada rezeki buleh dapat FREE pulak, kan?

ok. buku atas tu bertajuk The Embroidery Stitch Bible.

buku tu sangat berguna pada saya dan bagi saya macam-macam idea embroidery. dari yang paling simple ke yang complicated. nak jadi cantik, tak semestinya complicated. sesimple backstich pun buleh jadi objek yang sangat menarik.

gambar pun banyak dan di ajar satu-satu macammana nak buat bermacam-macam jenis stitch tu.

sila beli The Embroidery Stitch Bible kalau kamu suka. saya suka!


Buttons, Books | 9 Comments
 

cerita takde arah
Monday, December 22, 2008
Posted on 9:16:07 PM | 14 Comments

saya suka. hari ni saya merewang sebab dah lama saya tak merewang. yang syoknya saya merewang dengan boyfren saya saja di mid valley. terjumpa iza, kawan masa belajar dulu. sekarang ni dia dah jadi lecturer. "eh, macam bujang je?", dia kata. kan dah kantoi.

hehe... anak-anak tinggal kat neseri. tak apalah. hari ni saja. esok saya bawalah jalan-jalan. cadangnya nak ke zoo negara. tapi belum cakap lagi dengan abang or adik. takut tak jadi nanti, entah hujan ke, entah ada halangan ke, melalak lak si abang dok claim nak pegi zoo negara. sshhhtttt.. jangan bagitau dia dulu ye. nak bagi tau adik buleh lah.

lepas makan, saya terus ke mph. seronok pilih buku untuk boyfren saya, abang, melly dan juga diri sendiri.

inilah buku yang saya pilih. macam biasa, memang lebih pada apa yang saya suka - hobi saya.

inilah bahagian dalam buku yang penuh warna-warni dan banyak sangat idea yang boleh digunakan. sebenarnya, jenis jahitan tu sama je, cuma penggunaan yang dipelbagaikan. jadi banyaklah hasil-hasil yang menarik. macam-macam buleh buat dengan cuma satu jenis jahitan. yang penting, kena kreatif.

saya juga sempat singgah di kamdar, beli 2 jenis kain saja.

satu ni japanese cotton yang saya belum plan nak buat apa, tapi yang pastinya untuk melly. tapi macam pernah nampak kain ni yer... tapi di mana?

dan satu lagi kain jersey. tak, saya tak buat tudung diy. saya nak try buat blouse saya. saya bukan pandai pun nak buat baju sendiri ni, tapi saya geram tengok blouse-blouse yang ada kat kedai saya pergi tadi tu. nak beli, harganya... ummppphhh.... harap-harap apa yang saya nak buat ni menjadi.

melly tengah tido ni. kejap lagi saya nak potong kain.


Books, Stash | 14 Comments
 

must have books
Friday, September 05, 2008
Posted on 8:41:14 PM | 3 Comments

1. Sew Pretty Homestyle - Over 35 irresistible projects to fall in love with, by Tone Finnanger
2. Doodle-Stitching - Fresh & fun embroidery for beginners, by Aimee Ray

..the cover..

lama juga aku tunggu buku-buku ni sampai. dekat sebulan. tapi memang berbaloi, dan sangat-sangat puas hati.

..inside the books..

rase macam nak tengok-tengok je isinya.. sebab comel-comel belaka.. nak buat tak tahulah bila.. sebab tengok macam berat juga projeknya.. errr.. ke aku yang cuma nak try terus yang berat? hehhehe.. & mungkin susah sikit nak cari material yang sweet-sweet macam dalam buku ni kat sini..






Books, Sewing Corner | 3 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server