HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Book Cover

A good book has no ending. ~R.D. Cumming
Monday, July 05, 2010
Posted on 12:22:14 PM | 15 Comments

Ini adalah sesuatu yang istimewa. Reusable book cover yang sangat istimewa.

Empat biji kesemuanya.

Dua berwarna ceria. (Both sold)

Dua lagi berwarna alam. (Both sold)

Saya kata istimewa kerana, ini saja yang ada buat masa ni. Tak akan ada reproduction dalam masa terdekat. Sebab saya perlu fokus kepada sesuatu yang lebih penting.

Click here. Let me know if you love them. ;)


Book Cover | 15 Comments
 

reusable book cover
Monday, June 21, 2010
Posted on 1:05:05 PM | 13 Comments

aaahhhh.. ini book cover yang lebih simple yang saiznya sama dengan buku. tapi tengok tu, boleh adjust untuk buku bebal tebal dan nipis juga. cuma tak sesuai untuk buku yang lebih panjang. ini bahagian depan. saya juga jahitkan bookmark pada book cover ni jadi senang nak cari book mark.. EH! MANA BOOKMARK NI? DAH HILANG PULAK! OH! ADA NI HAH ELOK MELEKAT JE.. :P

ok. actually saya nak buat bahagian ni yang atas. tapi atas kealpaan saya main jahit je, kalau ini bahagian atas, maka bookmark yang bercantum dengan book cover tu jadi di bahagian bawah. macam tak cun pulak kan.. jadi saya redo jerlah jadikan yang ini bahagian belakang. haha! ingatkan takde effect mase main jahit tu jer.. dah sarung ke buku baru perasan akibatnya..

bila dah habis baca buku ni, boleh lah disarungkan ke buku lain yang nak dibaca pulak.. huhu! macamlah rajin sangat kan.. tapi ini dikira usaha juga tau.. :D

saya ada perasaan juga nak mendecorate lagi book cover ni. tapi.. tengoklah nanti bila ada kelapangan. sekarang ni yang penting, sudah boleh diguna. ingat nak buat free style stitching tu tapi saya tak reti lagi lah.. atas nampak ok, tapiiiiiiiii..... benang bawah berserabut yang amat. jadi terpaksa pendamkan hasrat.

errmm.. my birthday is just around the corner (hoh! sila beri perhatian ya).. bila tulis date sekarang ni, aseklah tertulis 197* instead of 2010. boleh?


Book Cover, Books | 13 Comments
 

Pouch untuk buku dan GPS
Friday, May 21, 2010
Posted on 8:12:21 AM | 27 Comments

Tak banyak kain perca dari designer cotton yang saya ada. Lagi pun, mana-mana dress yang saya buat, kebanyakannya memang betul-betul cukup-cukup untuk dress tu.

Walau pun tak banyak, adalah sikit kain perca tu, cukup jugak untuk saya buat pouch GPS saya yang tak berbaju sejak mula-mula beli dulu. :D Ok. Nampak tak kerawang tu tak center? Nama pun kain perca kan, bukan boleh pilih-pilih. Tapi itulah modal QA saya untuk tidak mencomelkan pouch GPS saya ni. Takpe. Takde kesan pun.

Ade poket kat depan. Boleh isi duit. Atau resit. Atau name card. Atau parking card. Atau apa-apa aje yang cute dan nipis. :P

Eh eh! Tahu tak ini first time saya guna interfacing? First time pun saya beli, 2 minggu lepas.. Heehehe..

Saya juga sempat buat pouch untuk buku, dari scrap yang lebih besar. Tapi bukan designer fabric lah. Sanggup tau tak sambung baca buku malam tadi sebab nak buatkan case untuk buku kesayangan. Tak habis-habis Dear John - eh! saya baca buku memang lama. Slow reader orang putih kata. Dah ler slow, suka pulak tu baca ulang-ulang.. Tengok.. tengok... macam dah terasa nak tengok movie dia lagi pulak. :P

Sebab scrap tu besar, makanya saya tak buat lah cantum-cantum kain tu, jadi nampak kosong. Jadi letakkan applique pokok berdaun jarang di atasnya. *Masa ni jeles ngan Tinihani dan Anique sebab mereka ada free motion foot. Jadi saya buat yang ringkas-ringkas je sudah lah hoh! :P*

Benang pun malas nak tukar pakai yang gelap sikit bagi naik seri.
TAPI..... comel tak? comel tak?

Dah!


Book Cover, Patchwork | 27 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server