HOME
where my virtual life begin

 
MADE byMAYA
sewing makes me happy

 
ABOUT
tweet of my life

 
DOT.COM
internet addiction

 
GALLERY
my collections

 
 
Baju Kurung

Cik Kebaya
Monday, November 15, 2010
Posted on 8:50:54 PM | 12 Comments

hahhah! over mak dia tau sampai buat kebaya. sebenarnya.. inilah baju untuk seluar ni. giler lama gap nya ya... kalau bersalin, dah lama habis pantang, dah kene masuk keje balik dah..


(uppss... ape jadi dengan rambut saya?)

saya minta tolong makcik saya untuk buat pattern baju ni sebelum raya ari tu. last-last dia jugak yang potong. hahaha! betuah betul anak buah dia kan. saya tinggal jahit je. sempat siap juga sebelum raya. cuma tak pasang butang lagi.

akhirnya sampai ke sudah butang tak terpasang-pasang. ni melly pakai pun guna pin jer.. huhu.. takde butang katup ler.. esok balik kampung boleh le pasang. ok lah. buleh jadi baju raya haji kan..

hmm.. melly dah makin besar. so, start tahun depan nak kene fikir design lain pulak untuk dia... (saje tu takmo start tahun ni sebab macam malas giler nak potong kain dan cari idea sekarang...)

ok. akhir kata, selamat hari raya aidiladha! makan daging kurban, ingat-ingatlah saya di sini... :)


Dahlia Dress, Baju Kurung | 12 Comments
 

nyawa-nyawa ikan
Wednesday, April 15, 2009
Posted on 10:28:55 PM | 14 Comments

kedai saya tu memang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni, akibat daripada kemalasan saya yang melampau. ok. saya dah tak boleh malas-malas lagi.

untuk itu, saya dah masukkan koleksi baju kurung kotton di kedai saya untuk tatapan semua. silalah menjamu mata. kalau berkenan jangan lupa bagitau saya. klik pada gambar untuk jamuan mata yang lebih enak.

kali ni saya tak jahit baju ni sendiri. ini projek join-venture antara saya dan makcik saya, cik siti. walaupun makcik, dia masih muda tahu. kali ni kami tambah saiz untuk 5 dan 6 tahun juga. banyak lagi akan menyusul nanti.


Kedai Saya, Baju Kurung | 14 Comments
 

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga (Leher)
Wednesday, September 17, 2008
Posted on 9:42:17 PM | 13 Comments

ada yang tanya macammana nak potong bulatan pada leher baju kurung. so, inilah saya cuba explain. harap-harapnya faham, sebab memang susah nak explain cara bertulis ni kan. lain laa kalau face to face & segala material ada depan mata.


step 1: ambil sehelai kertas & buatkan bulatan pada kertas tu. yang macam tutorial sebelum ni, untuk saiz kanak-kanak setahun, buatkan bulatan berdiameter 4". bulatan ni buleh juga digunakan sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun. untuk saiz seterusnya bolehlah besarkan sikit.


step 2: macam dalam gambar kat atas, kertas bentuk bulat tu dilipat 2, kemudian dilipat lagi hujungnya.


step 3: potongkan bahagian bucu (make sure yang dalam bulatan). ini adalah sebagai penanda bahagian tengah baju nanti.


step 4: yer, bahagian tengah baju bukanlah bahagian tengah bulatan. ini untuk jadikan bulatan leher tu kedepan sedikit, bukan sama-rata depan dan belakang.


step 5: tandakan tengah bahagian badan baju. caranya dengan melipat 4 badan baju. tandakan dengan memotong bucu macam cara kita potong pada bulatan tadi.


step 6: badan baju dilipat 2 memanjang. letakkan kertas yang dilipat 2 atasnya. pastikan bahagian tanda terletak pada tempat yang sama. potongkan ikut bulatan.


step 7: sebelum buka lipatan badan baju, potongkan sikit bahagian belah depan baju. maka, hasilnya macam gambar atas ni.

tips: untuk bahagian lapisan dalam, boleh pinkan sekali kain lapisan yang dilipat dua antara badan baju dan kertas bulat (pada step 6), sebelum memotong bulatan.. cara-cara nak cantumkan kain lapisan dan seterusnya, boleh ikut tutorial sebelum ni.

harap ni dapat membantu.. good luck!


~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 13 Comments
 

Tutorial List for Baju Kurung
Wednesday, September 17, 2008
Posted on 9:37:15 PM | 0 Comments

Sedikit cara-cara nak buat baju kurung kanak-kanak.

Part 1: Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga
Part 2: Tutorial - Leher Baju Kurung Teluk Belanga


Baju Kurung, Sewing Corner | 0 Comments
 

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga
Monday, August 18, 2008
Posted on 9:45:06 PM | 35 Comments

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah:
bahu: 9"
panjang baju: 17"
panjang lengan: 9"
panjang kain: 17"

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.

ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan.
nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

       

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.

sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju kurung untuk sikecil yang comel.

ok. kita ke bahagian kain pulak.

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan.
lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis.
selamat mencuba!

Update: Cara-cara memotong leher baju


~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 35 Comments
 

CTCollection
Monday, July 14, 2008
Posted on 11:59:08 PM | 6 Comments


Some has been taken. Click here for more info

memandangkan mase aku yang cukup tak cukup, aku berjaya berganding tangan dah bahu dengan cik siti untuk hasilkan baju kurung readymade ni. saiz, masih sama macam saiz yang aku buat sebelum ni, & available untuk umur setahun sampai 4 tahun. so, kali ni aku guna brand CTCollection, sempena nama cik siti.

asasnya memang aku belajar buat baju kurung dari mak. tapi banyak juga aku belajar dari cik siti. macam cara-cara nak buat kain berzip + getah + kain keras. cara-cara potong kain. cara-cara nak buat kebaya & kebarung.. heh! dulu aku pernah buat kebaya & kebarung, jangan tak caya.. sekali tu je lah. kebaya sekali, kebarung sekali. itu pun mase aku belajar dan rajin belajar dulu-dulu lah..

aku belajar buat mata lalat pun dengan cik siti. kesimpulannya, dia makan garam dulu dari aku lah. cik siti pun sekarang dah mula sibuk dengan tempahan baju rayanya. baju raya? puasa pun belum lagi. tak caya cuba tengok kedai jahit, banyak dah tutup tempahan untuk raya... aku? kalau rase malas nak jahit, aku beli ready made saje...


Kedai Saya, Baju Kurung | 6 Comments
 

Latest baju kurung in the store!
Tuesday, June 17, 2008
Posted on 9:50:10 PM | 6 Comments

silalah merajinkan jari klik kat gambar atas untuk tengok latest readymade baju kurung yang saya ada.. ada lagi 5 helai kain yang belum digunting, insyaallah sebulan dua lagi siaplah. ;)

hari ni ke klcc. walaupun birthday aku ade seminggu lagi (saje la tu nak announce awal), dah aku belikan hadiah untuk diri sendiri.. yo lah.. sendiri beli hiburkan diri sendiri..

update: klik sini untuk tutorial cara-cara membuat baju kurung kanak-kanak.


Baju Kurung, Sewing Corner | 6 Comments
 

Baju kurung di kedai saya
Monday, April 14, 2008
Posted on 1:53:45 PM | 4 Comments

Ini baju kurung yang aku ada setakat ni (akan ditambah lagi).. Sekarang ni tengah opening sale. Cepat! Cepat! Cepat dapatkan.. murah-murah saje..

Details, sila pegi ke katalog yang ala kadar ni.. Pada sape-sape yang nak join menambah-biak products kat katalog ni, sila bagi tau yer..


Baju Kurung, Kedai Saya | 4 Comments
 

Asal-usul Baju Kurung
Thursday, April 10, 2008
Posted on 10:04:17 AM | 2 Comments

Aku browse & browse maka terjumpalah ini.. nampak familiar kan..
Yer.. inilah baju kurung johor (atau baju kurung teluk belanga), yang dipanggil ghilála.. Cuma bezanya takde pesak.. Anyway.. kita memang ade banyak variasi baju kurung... setakat yang aku pernah buat, baju kurung johor, baju kurung pahang, baju kurung kedah & kebarung... ghilála tak pernah buat pulak.. :P

Sayang pulak kalau page tu hilang kan.. Info bagus tu.. so, aku paste sikit dari artikel asal..


I would assume: long, wide sleeves, on a long, wide tunic. My guess, based on what I have read so far in Pérčs, is that this style of tunic would have been called a ghilála – a ladies’ tunic with buttons at the collar (Pérčs, 179).
The Spanish Peacock

Kalau tengok dari pattern ni, baju ni besar giler. Bahu saje 30". Selalu dalam belas inci saje (bahu aku cume 14"). Tak tahulah kalau orang yang pakai memang bersaiz besar atau saje-saje baju dibesarkan. Panjang tangannya nampak pendek pulak, 20" saje. Tapi sangat kembang. Bila angkat buleh jadi macam pari-pari. Pesak pun sangat kembang. Dah jadi macam gaun. Mungkin itu fesyen mase tu, siape tahu. Artikel dia pasal baju ni tak banyak sangat. So, tak banyak jugalah info yang aku dapat. Harap lain-kali jumpa artikel lain pulak.. (Aku google "ghilála" jumpa pulak dalam bahasa Hindi.. huhu... tak paham sudah..)

Artikel penuh dan gambar dari: The Spanish Peacock - Women's Costume in Taifa Spain


Baju Kurung, Sewing Corner | 2 Comments
 

Baju Kurung Pink
Sunday, December 30, 2007
Posted on 11:25:01 AM | 5 Comments

Tak ada sape-sape yang punya.
Mungkin Dahlia yang akan pakai, menjelang umur setahun. August tahun depan.


Baju Kurung, Sewing Corner | 5 Comments
 




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2014. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server