HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Bag

iPad Tote Bag
Wednesday, October 05, 2011
Posted on 7:44:33 AM | 5 Comments

coklat polkadots macam skirt melly yang dah senteng.

sudah siap sejak dua atau tiga bulan yang lepas. sayang pulak kalau tak tinggal jejak. biarlah cuma tote bag yang simple macam ni pun, kan.

lama betul tak menjahit.
tak tahu nak jahit apa.

eh. malas nak jahit apa-apa.
tidur lagi best.

:p


Bag | 5 Comments
 

Back to School dan Beg Tuisyen
Monday, December 13, 2010
Posted on 6:55:49 AM | 23 Comments

Senarai barang-barang untuk sekolah Elman dah saya siapkan sebulan yang lepas lagi. Senarai jer lah. Beli sikit-sikit, sebab orang kata kalau saiz kecik ni cepat habis. Tapi masalahnya, anak saya ni, saiz badan je kecik tapi lubang kepala baju melayu tak boleh masuk... Hmm.. Nasib baik lepas cari sana-sini jumpa juga baju melayu yang sesuai.

Bila lagi setengah bulan nak masuk sekolah ni, mak dia ni gabra jugak lah sebab takut ada apa-apa yang terlupa. Macam lah tak boleh beli bila dah masuk sekolah kan. Haha! Biase ler, ibu muda, first time anak nak masuk derjah 1. Ibu muda lah kan sebab anak baru nak masuk derjah 1 kan? Kan? Kan? (Rina mesti jeles bab ni sebab saya jauh lagi muda dari dia.....) Macam tak caya jer....

Buku sekolah pun dah beli. Giler banyak. Dan tengok buku latihan dia... hmm... advance mata pelajaran diorang sekarang ni yer... Mak dia dulu derjah 1 baru nak belajar membaca dan mengira...

Ok. Di samping persiapan-persiapan sekolah Elman, ni dia...

Berjaya juga saya sipkan tote bag ni untuk projek charity Kak Ayu. Bila check balik blog dia, ramai dah yang join.. Alhamdulillah. Cuma sayalah yang macam biasa selalu sangat last minute...

Bolehlah dibawa untuk ke kelas tusyen ke kan.. Atau apa-apa jer lah.. Harap-harap diorang suka..

Nak join? Cepat-cepat! Sempat lagi ni... Saya pun belum pos lagi ni.. Kak Ayu tunggu yer...

* Dulu bila habis form 5, antara perkara yang best ialah tak payah basuh kasut sekolah lagi. Yay! Sampai sekarang saya boleh termimpi-mimpi pasal kasut yang tak berbasuh, jangan tak caya... Tahun depan dah start kena basuh kasut sekolah balik.... dan.. kasut sekolah budak lelaki pulak tu..


Bag, Anak-anak Kita | 23 Comments
 

Wallet pulak!
Wednesday, June 23, 2010
Posted on 8:25:36 AM | 17 Comments

hah! ada lagi?
biaselah kan.. nama pun giler kain. giler kain yang lebih, menjahit sikit-sikit je, itupun demi memenuhi kegilaan kain. kalau tak jahit, cemana nak beli kain lagi kan..

ok. ini percubaan saya membuat wallet.

bahagian luar.
hunky dory by chez moi memang menyelerakan.

dan bahagian dalam. jangan terpedaya,
saya bukan ke paris walaupun ada eiffel tower di situ. :D

saya tak pernah terfikir nak buat wallet pun sebenarnya.. sebab walaupun saya nampak orang buat kiut-miut, tapi saya rasa ia sesuatu yang melecehkan. jadi saya elak.

tapiiiiii.. lepas saya buat tukaran wang asing yang memerlukan saya memegang sejumlah wang berjuta-juta yang saya rasa banyak (wah!!!! makcik kaya giler! jutawan ok? hahaha!) saya rasa, wallet kepunyaan saya sekarang tidak lagi sesuai. saya nak guna book cover saya yang first version dulu, yang ada gambar pokok tu, tapi besar sangat. i have no choice you see? terpaksa jahit sebelum berangkat.. :P

sebab tu terpaksa buat entry satu lagi sebelum pergi. anyway, semasa entry ini terpublish, saya sedang mengisi angin tayar kapal terbang. sikit lagi mahu beraangkat.

daaa!!!


Bag | 17 Comments
 

Clutch
Wednesday, April 07, 2010
Posted on 7:00:43 AM | 7 Comments

yang simple je saya buat.

untuk letak pampers dan sepasang baju ganti. dan disimpan di dalam bag ke mana-mana.


Bag | 7 Comments
 

Pleated Beauty Handbag
Friday, April 02, 2010
Posted on 9:22:42 AM | 33 Comments

tiba-tiba mama melly nak rasa juga designer fabric dan box pleat. untuk diri sendiri. haha..

ok. design ditiru dari satu gambar yang dah lama saya simpan di email saya. huh! baru sekarang dapat buat :D. setelah dikaji-google, saya jumpa satu review (boleh tengok gambar asal di sini) berkenaan buku yang bertajuk Bend-the-Rules Sewing™ by Amy Karol yang memuatkan pattern bag ni. dan bag ini dinamakan Pleated Beauty Handbag. ya hoh! kan ke baru dapat beautiful award. maka segalanya perlu ada beauty. :P

sila dapatkan buku yang tersebut kalau nak pattern atau tutorial ya. di kedai buku yang berhampiran.

kain adalah medium weight cotton (supaya mudah dijahit, sebab dah tahu diri sendiri failed menjahit kain tebal), LENDA dari Ikea. tapi itu pun dah titisan terakhir yang saya dapat. dapat pun tak sampai satu meter. sedih betul. designer cotton dari Heather Bailey. bahagian dalam saya guna plain cotton juga, DITTE dari Ikea juga, warna putih susu, dengan 3 poket kecik.

bila dah siap, baru teringat saya ada zip comel yang saya beli dari zila dulu. kalau tak, boleh hias beauty bag (masih nak jugak beauty dia) ni dengan zip comel.

ok. takpe. yang saya punya ni taklah sama sebijik macam dalam buku tu, sebab saya pun takde buku tu. :D saiz pun mungkin lain kot. semua pun main belasah je. takpe lah. janji puas hati. dan happy. saiz adalah agak besar sedikit. lain kali kalau rajin, diulangi, kalau rajin ya, nak buat yang versi kecik sedikit. macam handbag.

ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. contohnya, cantuman pleat atas tu tak perlu panjang sangat. dan kain yang bercorak tu boleh dikecikkan sedikit. biar jangan jadi melebar sangat.

untuk tengok banyak lagi gambar-gambar bag cantik dari orang lain, yang guna pattern-pattern yang ada dalam buku ni, boleh ke flickr group.

oh! saya happy sangat dengan bag ni. selamat berhujung minggu.


Bag, Sewing Corner | 33 Comments
 

beg untuk shopping
Wednesday, January 27, 2010
Posted on 7:52:42 PM | 21 Comments

saiz bag: 15" x 18" x 10".

shopping bag aka groceries bag ni saya buat memang bersaiz besar. senang nak sumbat semua bila pergi shopping. shopping mall pun dah start tak mau bagi plastic bag. kalau mahu, kena beli 20 sen kan. untung jugak dia bagi beli. kalau takde terus, nak bawak cemana barang-barang tu?

sila abaikan lengan itu. eeuuwww...

harap-harap dapat membantu kempen bumi hijau. (hahaha! padahal takmo bayar duit plastik 20 sen)