HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Peasant Blouse
Friday, August 03, 2012
Posted on 10:55:49 PM | 10 Comments

Ingat lagi skirt rama-rama yang saya buat bulan lepas? Kebetulan ada perca kain yang warnanya memang sama. Jadi saya buatkan matching peasant blouse. Simple je.

Tutorial peasant blouse ada di sini. Saya cuma adjust ukuran ikut badan Melly sekarang. Dan untuk lengan, saya buatkan ukuran separuh lengan.

Poplook tak?

Macam biasa, siap saja, Melly lah kena jadi modelnya. Dah baju tu pun memang dia punya.

Poplook lah sangat.

Ya. Saya sangat suka dengan kombinasi baju dan skirt ni.
Nampak sangat serasi.
Boleh pakai raya.

Oh. Melly kurus sikit bulan puasa ni.



Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 10 Comments
 

Menjahit seluar pertama untuk Harez
Monday, July 23, 2012
Posted on 7:39:23 AM | 6 Comments

Ini asalnya seluar saya yang dah lama tak pakai.

Kain linen. Jadi saya rasa amat sesuai untuk dijadikan seluar Harez.

Maka sesi membuat pattern pun bermula.

Saya gunakan seluar sedia ada untuk contoh dan trace-kan pada suratkhabar lama je. Seluar ni panjang sikit untuk Harez, jadi, panjang suratkhabar tu cukup-cukuplah.

Untuk seluar, bahagian belakang adalah lebar sedikit dari bahagian depan.


Dan selepas seketika..


Maka... tada!!

Inilah hasilnya. Simple sangat. Takde poket segala.
Cuma ada getah cerut saja.

Oklah kot sebagai permulaan. Tu pun banyak kali tetas sebab silap jahit. Huahua..
Kalau rajin, bila-bila boleh buat lagi (harap-harap).


Dan ini model yang sedang enak dibuai mimpi (kalau mimpi laa.. hehe).

Bye!

*Boleh dapatkan tutorial di sini.


Made by Maya, Top N Bottom, Recycle | 6 Comments
 

Tentang Skirt - Hunky Dory
Friday, July 20, 2012
Posted on 7:40:01 AM | 12 Comments

Ini yang terbaru. Dua-dua skirt ni saya guna koleksi fabrik dari Hunky Dory by Chez Moi. Dulu saya memang gila dengan kebanyakan corak dari koleksi Hunky Dory ni. Semua cantik-cantik belaka. Sudahnya saya simpan saja sebab sayang sangat nak guna.

Ini closed-up untuk skirt Hunky Dory warna hijau.
Sangat suka dengan warnanya. Saya buat layer beropol.

Setelah digayakan, oleh siapa lagi kalau bukan tuan empunya.

Ehem! Ehem! Melly happy tu sebab sekarang dia sudah bertindik. Lama dah dia mintak nak pakai subang, macam sepupu-sepupunya, Fatma & Nia, macam kawan baiknya, Auliya, yang hari-hari dia sebut. Kitorang je tak sampai hati. Tapi masa tindik, Melly tak nangis pun, cuma muka kelat sikit. Hehe..

Yang ni pulak skirt Hunky Dory warna pink. Yang ni saya cuma letak layer je, tak beropol.
Dan saya sematkan riben kecik untuk menaikkan serinya. Serinyaaa lah!

Tu dah pakai. Seronok sangat si Melly.

Oklah ini dulu. Sudah-sudah lah kot buat skirt Melly, kan. Sambung lenkali ya..


Akhir sekali, bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, dengan segala kerendahan hati, saya mohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah. Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini dan semoga segala ibadah kita diterima Allah Subhanahu Wata'ala.


Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
 

Tentang Skirt - Si Rama-rama
Wednesday, July 18, 2012
Posted on 8:04:00 AM | 6 Comments

Skirt ni yang paling Melly suka. Bila tanya kenapa, satu sebab dia warna pink. Yang kedua, sebab corak butterfly. Satu lagi sebab ada riben. Memang elok sangatlah semua yang dia suka, ada.

Kali ni saya buat tiered skirt - bertingkat kot kalau sebut dalam Bahasa Melayu. Dah cukup warming up hari tu, pegang mesin pun dah ok, so bolehlah buat yang lebih rumit sikit. (Rumit lah sangat. Haha!)

Nama kain, Mod Butterflies in Pink dari Fandango Collection by Henry Glass Fabrics.

Ok. Cari-cari di sini untuk skirt tutorial.


Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
 

Julai. Tentang Skirt.
Monday, July 16, 2012
Posted on 10:50:41 AM | 6 Comments

Tengok-tengok balik almari kain, banyak lagi designer cotton yang saya kumpul-kumpul dulu. Nak buat dress macam malas. Jadi saya buat skirt saja. Dah nama pun warming up, jadi saya buat yang simple je. Ni saya guna kona cotton shocking pink di padankan dengan kain bercorak jalur warna terang, Luna by Gail Fountain for Maywood Studio.

Melly memang suka pakai skirt. Skirt yang ada semua dah singkat. Almaklum, mak dia rajin sangat.


Tapi bila dah start buat skirt ni, jadi seronok pulak dok matching kain.

Yang kedua ni, saya gunakan kain Leanika by Free Spirit Fabrics. Sebenarnya sayang sangat nak guna, api sampai bila nak simpan, kan. Kali ni saya padankan dengan kona cotton warna koko.

Dah nama pun dia punya, happy lah dia. Raya pun nak dekat kan.

Melly dengan inainya.


Melly dah semakin tinggi. Setengah ela designer cotton yang selalu saya beli, cukup-cukup untuk skirt dia. Kena tambah kain lain untuk panjangkan sikit. Nanti kita buat lagi ya.

Oh ya! Dapatkan tutorial skirt di sini: Pinterest.
Ada skirt untuk budak. Ada juga skirt untuk mak budak. Untuk anak dara pun ada.
Pilihlah yang mana suka. Buat semua pun boleh ;)


Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 6 Comments
 

{Newer Post} ..::.. {Older Post}
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server