Friday, June 06, 2014
Posted on 5:13:07 PM |

Ada sambungan cerita skirt semalam.
Sebenarnya saya ambil cuti panjang sempena cuti sekolah ni. Jadi saya ambik kesempatan berjaga tengah malam untuk menjahit. Budak kecik yang join kakak dia posing tu memang tak berkenan mama dia duduk depan mesin. Tunggu dia tidur dulu, itulah waktu yang paling aman.

Kali ni saya guna designer cotton. Secret Santa by Lori Siebert.
Macam biasa, kain ni memang sedia ada dalam simpanan. Sayang sangat nak gunakan dulu-dulu tu. Tapi, memang kena buat something. Maka inilah hasilnya.

Baju sama je dengan yang lepas. Sebab sesi ambik gambar yang sama. Rasanya saya kena cari kain untuk blouse Melly pulak. Kain yang ada macam tak sesuai untuk blouse Melly. Bolehlah jadi alasan untuk shopping kain. Haha!

Untuk dapatkan sehelai maxi skirt untuk Melly, memang gunakan elok-elok satu ela kain. Lain kali saya akan try mix and match kain pulak.

Untuk skirt ni saya letakkan border lace antara bahagian atas dan bawah. Dah macam boho maxi pulak dah kan. Takpe. Janji saya suka, Melly pun suka.
Ok. jumpa lagi!
Made by Maya, Milimelie, Skirt |
4 Comments