Wednesday, December 02, 2009
Posted on 1:14:56 AM |
3 Comments
Hujung minggu ni, bermulalah PC Fair di KL Convention Center, selama 3 hari. Seronok tahu. Cakap apa saja: notebook, netbook, handphone, external hard-disc, mouse (penting juga ni, sebab mouse sekarang comel-comel), LCD monitor, broadband, DSLR, lenses etc etc etc. Macam-macam ada. Tapikan, ingat tau, kalau mahu yang bagus-bagus dan canggih-canggih, tak akan dapat yang terlalu murah. Kalau murah sangat tu, tengok-tengoklah kat mana kurangnya.

Sebenarnya yang mahu saya ceritakan ni adalah berkenaan dengan GPS.
Apa itu GPS? Ada apa dengan GPS?
GPS adalah sistem navigasi berasaskan satelit. Ia memerlukan peranti untuk berfungsi dengan baik, yang dipanggil peranti navigasi GPS (GPS Navigation Device), atau PNA (Personal Navigation Assistant) ataupun PND (Personal Navigation Device).
Peranti Navigasi GPS terdiri daripada 3 komponen:
- Peranti - alat yang mempunyai antena GPS untuk menerima isyarat GPS
- Perisian - program yang menyahkod isyarat GPS, menganalisa peta dan menunjukkan jalan yang perlu dilalui
- Peta - data yang yang digunakan oleh perisisan navigasi untuk menyediakan petunjuk jalan yang perlu dilalui
Secara ringkasnya, peranti GPS adalah alat yang dapat menunjukkan kita arah jalan untuk sampai ke destinasi. Ke kiri, ke kanan, masuk lorong itu, keluar lorong ini. Seronok tau. Kalau kita yang tersilap sebab tak dengar arahan betul-betul (orang kata kiri dia belok kanan :P) dia akan kira semula jalan lain yang patut diikut. Kalau kita lebih hadlaju, dia ingatkan kita supaya memperlahankan kenderaan. Boleh ikut suka kita mahu ikut hiway yang bertol, atau jalan kampung yang lagi dekat. Masa ni lah nak memandu dengan penuh confident, tak takut tersesat pun. Baru bawak kereta pun boleh confident tau.
Yang penting ada pada peranti GPS, selain daripada perisian yang berkualiti (lagi bagus yang ada gambar panorama dan simpang sebenar macam Papago!) dan harga runtuhnya dan skrinnya yang lebar (boleh tengok movie), yang lebih penting adalah petanya. Dan yang penting pada peta mestilah selalu up-to-date dan liputan petanya yang menyeluruh. Bukan saja penting, tetapi SANGAT penting. Terutamanya bila jalan dan simpang selalu bertambah seperti yang ada dalam negara kesayangan kita ni. Dan pemandunya pula seperti saya yang selalu tersesat, tapi mahu juga jalan-jalan. Ok, takde kena-mengena.
Malfreemaps.com adalah satu komuniti yang sangat aktif dalam mengemas kini peta secara PERCUMA. Kebanyakan peta dari tempat/syarikat lain adalah berbayar. Dan peta percuma untuk Papago! (comelkan namanya?) adalah di sini: http://malfreemaps.com/viewtopic.php?f=23&t=3184
Ok. Selain itu, perisiannya yang boleh diupdate adalah satu bonus yang sangat berbaloi-baloi bagi menjamin kualiti navigasi. Juga, pilihan kenderaan yang kita suka dan suara yang lemak merdu. Lagi bagus kalau dapat membanding-bandingkan antara GPS kan, macam dia yang gila kuasa. :D
Untuk keterangan lain ada di sini: http://www.m3shoppe.com/my/
Oh ya! Lebih banyak aplikasi akan dapat diguna-pakai pada peranti GPS di masa akan datang. Selamat berPC Fair!

Corat-Coret, Review, Not So I.T. |
3 Comments












