Monday, November 09, 2009
Posted on 10:33:46 PM |
12 Comments
saya tinggalkan ofis pukul 9:25 malam dengan hati yang kecewa. tidak sedikit, dan tidak banyak. yang sedang-sedang sudah. 5 jam saya bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian. tak juga jumpa-jumpa. cakap saja saya lembap dalam javascript (yang susah-susah) tetap tidak mahu mengaku.
saya tanya pakcik google. berkali-kali. pakcik google juga berkali-kali menjawab tanpa rasa jemu. 1 soalan, lebih 10 jawapan yang disediakan. sampai badan saya rasa sakit-sakit. sampai kepala saya sakit. sampai saya rasa nak muntah.
kalau bukan sebab jarum pendek dah melepasi angka sembilan, mahu saja saya terus di situ, macam esok dah tak ada. bersoal jawab dengan pakcik google lagi. tapi saya mesti balik juga. saya rindu pada elman. rindu pada melly. kecewa. walaupun ada perkara yang membuatkan saya sangat teruja hari ini. 1 hari, terjual 14 helai tudung adalah sesuatu yang sangat membanggakan, kamu tahu? walaupun cuma sehari seumur hidup. dan ada juga perkara lain yang biar saja saya simpan di dalam hati, yang pasti, mahu saja rasanya yang melompat-lompat gembira.
ya, saya suka perkataan melompat-lompat tu, walaupun fizikalnya saya tak pernahpun terlompat-lompat. tapi saya dapat rasakan seronoknya rasa hati elman dan melly bila melompat-lompat. tak kira ketika melompat-lompat di atas katil berlapikkan spring yang sangat membuatkan saya jeles sebab tak ada tilam macam tu masa saya kecik-kecik dulu, atau pun melompat-lompat gembira sewaktu melihat saya di depan pintu sambil menjerit-jerit riang, "mama! mama! mama!". dan kemudiannya menjerit-jerit, "mama, adik punya! mama abang punya!"
elman masih didalam kategori gagal melompat semasa penilaian usia 4 tahun, tahun lepas. tapi melly, atas galakan elman, berjaya melompat sebelum umur 2 tahun. bagus bukan? 2 orang itu sangat saling bantu-membantu, tak kira dari segi kebaikan atau kemusnahan. sama saja. saya kira masing-masing sudah tahu mengambil tempat masing-masing, samaada menjadi abang atau adik.
ok. saya sudah terlajak cerita sebenarnya.
5 minit memandu meninggalkan ofis, tiba-tiba saja saya dapat idea bagaimana mahu menyelesaikan masalah 5 jam itu. dan sebenarnya, antara jawapan yang diberikan pakcik google yang dah berkali-kali saya cuba tapi tak dapat. ada benarnya. cuma tadi tak ada idea untuk jalan yang betul, yang memenuhi kriteria yang saya sendiri tetapkan.
tidak apalah, esok saja saya cuba lagi. menggunakan idea ketika memandu saya tadi. yang selepas itu saya menyanyi-nyanyi keriangan mengikut lagu di radio. tolong jangan bayangkan yang itu.












