HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
~ The Craft Links

Tutorial, Inspirasi dan Motivasi
Wednesday, July 04, 2012
Posted on 1:34:10 PM | 4 Comments

Klik pada image bawah untuk dapatkan inspirasi. Ini adalah koleksi yang saya pinkan dari banyak sumber di internet. Happy sebab makin banyak free tutorial dengan gambar yang sangat cantik-cantik. Memang naik semangat bila menengoknya. Klik pada link-link dalam gambar-gambar tu ya untuk dapatkan tutorial.

Semoga termotivasi.
Raya dah nak dekat ni..

Eh.. eh.. puasa pun belum.

Pinterest


Made by Maya, ~ The Craft Links, Dahlia Dress | 4 Comments
 

Tiered Dress Tutorial
Friday, December 16, 2011
Posted on 1:27:57 PM | 4 Comments

Ni ada 2 tutorial terbaru tiered dress yang saya jumpa waktu cari-cari tutorial semalam. Cantik betul gambar dia dan instruction dia pun clear dan senang.


Image by Scattered Thoughts of a Crafty Mom

Ok. Yang mula-mula, pillow case style. Antara 2 ni, rasanya yang ni memang lebih mudah. Pillow case style ni memang sesuai untuk beginner, sebab tak leceh sangat nak ada butang atau zip bagai. Dan hasilnya pun cantik. Click bawah ni untuk tutorialnya.

How to Sew a Tiered Pillowcase-Style Dress



Image by Family Friendly Frugality
Comel betul lah budak nih.

Yang kedua ni, sebenarnya taklah susah sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya, cuma lain sikit pada bahagian dada.

How To Sew A Ruffle Dress A Quick 3 Tier Ruffle Dress Tutorial For A Little Girl

Pilihlah nak yang mana. Buat dua-dua pun ok. Sebab tiered dress memang cantik. Lepas tu pulak, memang sesuai kalau ada kain lebih sikit-sikit tu, sebab boleh mix and match.

Ataupun kalau nak ikut tutorial dress untuk bahagian dada yang pernah saya buat, boleh tengok kat sini: Dress Ala Dahlia. So, bahagian skirt boleh ikut cara diorang tu. Nak buat 5 tingkat atau 8 tingkat pun boleh. (Huh! Jenuh...) Hehe..


Selamat berhujung minggu! Dan selamat menjahit. :)


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 4 Comments
 

A-line skirt tutorial
Thursday, December 01, 2011
Posted on 7:53:32 AM | 21 Comments

ok. sebab ada yang tanya pasal tutorial skirt entry yang lepas, makanya saya try google dan saya jumpa tutorial ni:

http://angrychicken.typepad.com/angry_chicken/2008/07/5-minute-skirt.html

patutlah saya boleh siap cepat. rupanya memang ada orang bagi nama 5 minutes skirt. lol. tapi saya tak boleh siap pun dalam 5 minit.

ini gambarajah saya. ada beza sikit rupa bentuk dia sebab bahagian punggung ke atas saya buat straight saja.

ok. lagi bezanya, saya buat panjang sampai ke buku lali. dan saya buat lining. takut nampak klcc bergerak time tengahari buta pulak, kan? hahaha! so, saya guna getah pinggang biasa dan buatkan lubang getah ~ caranya cuma jahitkan antara kain skirt dengan kain lining di bahagian pinggang.

kain untuk lining tu pulak, saya ikut pattern yang sama, cuma saya pendekkan sikit, kurangkan dalam 3 inchi.

lain-lain follow je tutorial tu. lebih kurang je macam yang saya buat.

senang je kan.. :)
selamat mencuba dan semoga berjaya!


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 21 Comments
 

cotton designers
Sunday, March 14, 2010
Posted on 2:14:16 PM | 3 Comments

mari mencuci mata (sambil menggosok-gosok mata)...


Corat-Coret, Favorites, ~ The Craft Links | 3 Comments
 

Skirt Tutorial
Thursday, March 11, 2010
Posted on 10:16:13 PM | 21 Comments

masa kecik dulu, saya suka sangat pakai skirt. dan kebanyakan skirt saya dulu, dijahit sendiri oleh mak saya. yang paling saya ingat, skirt kembang bulat warna biru, yang mana kain dipotong bentuk bulat. sampai sekarang saya boleh terbayang macammana mak saya buat dulu. juga skirt ropol kotak-kotak warna biru. memang saya pakai sampai tak boleh pakai. masa tu, design kain kotak-kotak memang tengah glemer.

ok. kita tinggalkan dulu cerita lama. sampai masanya saya pula yang buat skirt untuk anak saya. ini antara tutorial skirt yang free yang pernah saya jumpa ni internet.

The Market Skirt

untuk yang ini, bukan saja skirt yang comel, tapi tak tahan betul tengok barisan budak-budak comel tu kan. best betul kalau boleh buat fotografi macam ni.
Tutorial Link


Circle skirt

haa.. lebih kurang macam ni lah bentuknya skirt kembang bulat yang saya cerita kat atas tu. cuma takdelah pulak mak saya letakkan talipinggang kain tu kan. dan skirt saya pulak tu tak bercorak. saya pernah buat skirt bulat macam ni, tapi cantumkan pada baju, maka jadilah dress kembang bulat, yang saya panggil merry-go-round.
Tutorial Link 1
Tutorial Link 2


Twirly Skirt Tutorial

inilah tutorial skirt yang paling glemer dan ramai orang refer rasanya. :)
ok, ini yang paling simple. boleh start dengan yang ini dulu. dan boleh juga jamu mata tengok-tengok hasil dari orang lain di flickr group. boleh dapat idea nak pakai kain corak apa juga.
Tutorial Link.


Ruffled Skirts Tutorial

ropol-ropol tu buat skirt ni nampak sangat girly. comel sangat kalau nampak budak perempuan terpusing-pusing gayakan skirt.
Tutorial Link


Layered circle skirt

yang ini agak advance. rasanya, agak letih jugak nak membuatnya... tapi sangat cantik.. sesuai untuk acara-acara penting macam birthday party diri sendiri kan?
Tutorial Link.


Boleh lah share kalau ada lagi tutorial skirt yang comel-comel. Selamat berkraf di hujung minggu!


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 21 Comments
 

feliz dress
Saturday, March 06, 2010
Posted on 9:26:28 PM | 8 Comments

picture credit to Princess Closet

first time jumpa feliz dress (baru je saya tau namanya feliz dress, sebelum ni sebut dress tingkat-tingkat je :P) yang dibuat oleh orang malaysia. mungkin ada kot orang lain buat, tapi yang ni yang first time saya nampaklah...

saya memang suka tengok dress jenis gini. memang ada rasa macam nak buat cuma takut tak terpakai jer.. sebab terasa cam bangsawan pulak. hahhaa.. rugi tau kalau tak pakai sebab nak buat perlukan kesabaran yang tinggi. yer lah.. buat dress 2 tingkat pun dah sesak nafas.. ini pulak bertingkat-tingkat.. :D

salute to kak azida. tabik spring!


kalau nak jamu mata tengok feliz dress orang lain, boleh klik sini: flickr.com ;)


Made by Maya, ~ The Craft Links, Review | 8 Comments
 

please, i love shopping!
Friday, February 12, 2010
Posted on 8:31:35 AM | 30 Comments

ok. kain-kain ni kan cantik-cantik belaka. makin dipandang makin cantik. nak buat macammana, hati dah suka. biarlah b* yang nafas-nafas ikan tu dah sampai hujung pun. asalkan kain-kain ni dapat saya miliki di hari ni.

saya tak pandai nak ingat nama-nama kain dan designernya sekali sebenarnya. maka saya rasa, elok juga kiranya saya buatkan mini kamus di sini. supaya senang saya jawabkan kepada kawan-kawan yang bertanya nanti (kalau ada - padahal untuk rujukan saya sendiri yang sangat pelupa).

a) Designer: Michael Miller
Collection: Animal Prints
Print Name: Giraffe Garden
b) Designer: Michael Miller
Collection: Ta Dot
Print Name: Ta Dot in Raspberry
c) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Blossom Garden in Summer
d) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Leaf Path in Summer

f) Designer: SEI
Collection: Dill Blossom
Print Name: Blossom Garden in Red
g) Designer: Michael Miller
Collection: Sweets
Print Name: Ice Cream Dot in Chocolate
h) Designer: Michael Miller
Collection: Sweets
Print Name: Yummy in Multi
i) Designer: Carolyn Gavin
Collection: Wild Thyme
Print Name: Birds and Seed Heads

yang plain berwarna-warni ni namanya Kona Cotton (kelakar pulak lah nama dia.. nak gelak jap, kakaka!) pun akan banyak juga gunanya. senang dah ada depan mata bila saya mahukan nanti, bila idea tiba-tiba datang kononnya, bila tiba-tiba semangat lah kononya. harap-harap. sebab selalu saya jadi malas sebab tak jumpa kain cotton plain yang sedap dipakai untuk dipadankan dengan kain corak yang saya ada. sekarang saya dah jumpa. lalalaaa...

semua fabric di atas adalah 100% cotton dan dibeli dari lovemelots yang akan digunakan setiap inchi. (ya. kerana harganya. dan saya akan berfikir beratus-ratus kali dulu sebelum memotong) dan saya belajar pasal fabrik dari dia lah. ;) ada lagi 5 fabrics dalam perjalanan. padahal yang dulu pun belum diusik. gila kan?


Made by Maya, Stash, ~ The Craft Links | 30 Comments
 

Craftzone MY di Facebook!
Friday, February 05, 2010
Posted on 4:29:29 PM | 5 Comments

Untuk yang masih belum tahu, sudah ada satu group Craftzone MY di facebook ya. Silalah jangan malu-malu join. Klik saja badge di bawah ni.

Craftzone MY on Facebook

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua!

Support handmade!


Corat-Coret, Craftzone, ~ The Craft Links | 5 Comments
 

fabric giveaway by zura
Monday, December 21, 2009
Posted on 10:51:18 PM | 1 Comments

...sesi berangan. walaupun dah tau selalunya bukan saya yang terpilih..

oh! rasa sekejap je saya tak online, (ada juga curi-curi online pakai phone, tapi malas betul nak menaip guna phone) tapi rasanya banyak perkara nak kena catch up.

nampak tak kain yang menggiurkan ni? nak tengok lagi banyak? sila pegi ke entry ni. entry yang kami-kami semua merayu-rayu supaya sidia jadikan give-away, dan sekarang hajat itu sudah tercapai. itulah salah satu contoh dream comes true (yang baik-baik).. tapi idak ler dia bagi semua yang ada dalam entry tu.. dia bagi yang seperti gambar di atas laa... "tokey balak pun boleh bancrupt kalau cam tu", kata zura.. saya agak jer lah zura cakap cam tu. hehe..

kain yang first tu, saya nampak macam sesuai jer kalau buat layered skirt ropol-ropol untuk melly. adoiii.. sudah terbayang-bayang ni. yang kedua dan yang kelima pulak macam sesuai untuk dijadikan dress polos. untuk yang ketiga & keempat.. saya nak combine jadikan apron. saya tak pernah buat apron pun, tapi nampak cam sesuai... eh.. baru teringat.. ade sedikit macam apron zura dalam blog dia belah tepi kiri tu..

ok. jangan malu jangan segan nak join. komen dah banyak kat entry dia. around the world, you know.. tiap kali masuk mesti komen dah bertambah.

kamu jangan risau tentang apa yang saya tulis sebelum ini, tentang dia adalah kawan sekelas saya yang dah lama terputus hubungan, sebab pengadilan adalah sama rata walaupun saya harap-harap ada berat sebelah pada status kawan dia tu. haha! no way, kata zura. tak patut.. tak patut..

ok. gud luck everybody!


Corat-Coret, Giveaways, ~ The Craft Links | 1 Comments
 

DIY Felt Creation
Thursday, September 24, 2009
Posted on 11:24:20 PM | 4 Comments

DIY Felt Creation
http://diyfeltcreation.blogspot.com/

where they share their love...


Made by Maya, ~ The Craft Links, Felt Creation | 4 Comments
 

{ Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server