HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Sewing Corner

Color Block Skirt
Sunday, July 31, 2011
Posted on 12:47:45 PM | 18 Comments

Tiba-tiba rasa nak buat something yang color blocking. Mula-mula nak buat dress tapi memandangkan masa yang sikit dan kerja yang nak dibuat banyak, makanya saya cuma buat skirt saja. Tu pun ambik masa juga, sebab saya tak suka kalau jadi tak kemas. Nasib ler kan... Memang hasilnya cantik (nampak? ada perasaan perasan di situ) tapi agak terhegeh-hegeh. Haha!

Ingat nak letak kaler kuning atau oren untuk kaler paling bawah tu. Tapi, apakan daya, takde stock kain kaler tu dalam simpanan. So, pakai yang ada jer lah. Jadilah kan. Itu pun, tak de benang sama kaler ngan kain. Benang kaler terang jer ade. Pon, jadi lah kan.. Janji rock!

Oklah kan, skirt getah camni. Senang pun senang. Agak labuh kat Melly tapi takpe, boleh pakai lama sikit kan. Yang penting Melly suka sangat dengan skirt ni.. siap pusing-pusing menari-nari lagu Hindustan. Lagu Hindustan adalah kegemaran Melly sekarang, lagi-lagi lagu-lagu dari Mohabbatein.. Yang paling dia suka, jerit... Sameerrrrr!!! Sampai tengah tengok bola Malaysia lawan Singapore pun, orang jerit Safee, dia dok jerit Sameer! Sameer! Hahahaha!

Berbalik kepada cerita skirt, boleh dapatkan skirt tutorial kat sini:
http://my.crazyartzone.com/?p=758

Ni pulak pasal color blocking:
fashiondujourdaily.wordpress.com

Last but not least, di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya kepada semua. Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

Update: Ni gambar Melly dengan skirtnya. :)


Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 18 Comments
 

white lily dress.... ermm.. model?
Thursday, June 23, 2011
Posted on 9:43:55 PM | 20 Comments

macam yang diceritakan minggu lepas.. errmm.. eh.. bulan lepas pasal dress putih tu.. hah! nilah dressnya yang sudah diperagakan oleh melly..

takde apa nak cerita sangat kot sebab dah cerita hari tu. ada lagi semeter kain sulam ni. warna putih jugak, cuma lain corak. belum tahu lagi nak buat apa..

ok. jumpa lagi!


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 20 Comments
 

Purple Paisley Dress
Friday, June 17, 2011
Posted on 6:45:58 AM | 16 Comments

misi menghabiskan kain masih berjalan lagi walaupun agak slow sekarang ni. berminggu jugak nak siapkan dress ni. bila dah siap elok pulak mood melly baik nak mempergayakannya. tapi tetap kena umpan eskrem.

design saya buat yang paling simple giler lah. bahagian atas tu sama je dengan white lily dress sebelum ni. cuma skirt tak bertingkat sebab sayang nak potong-potong corak paisley yang cantik ni.

dan ada juga rasa nak buat patchwork kat bahagian atas yang kosong tu. tapi biar kita tengok yang kosong dulu macamana ya (baca: malas). lain kali kalau kita buat dress macam ni lagi, kita try pulak letak patchwork kat tempat yang kosong cam tu (baca: kalau rajin)..

ingatkan baju ni dah panjang, rupanya bawah sikit je dari lutut melly. cepat pulak melly ni meninggi walaupun nampak ketot jer. next time kena tambah ukuran lagi. biar boleh pakai lama..

ada lagi lebih kain paisley purple ni. ingat nak buat sling bag, tapi belum jumpa design yang berkenan. siapa-siapa yang ada design yang boleh di-share tu, jangan lah malu-malu nak bagitau ya... :)

tapi... tapi...
over tak kalau kain sling bag sama ngan baju anak?
huahua! sadis..


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 16 Comments
 

white lily dress
Monday, May 23, 2011
Posted on 7:09:01 AM | 14 Comments

kain ni saya beli setahun yang lepas, di bandung. hahaha! macam semua cerita tahun lepas jer kan? ya.. saya banyak beli kain tahun lepas. tahun ni belum beli lagi sebab kadar kelembapan semakin melembab. jadi, saya tahankan diri dari menambah kain. kain-kain tahun lepas ada banyak sangat lagi. dan saya sedang mencuba menghabiskan sedikit demi sedikit dan demi sedikit. supaya saya boleh borong kain lagi di tahun-tahun yang seterusnya. ngehngehngeh...

design main ceduk jer bila nampak macam ada budak-budak pakai dress cam ni nampak comel kan. putih semua. haha! saya cari juga sebenarnya readymade dress, malas punya pasal nak menjahit kan, tapi macam tak jumpa jer yang berkenan. padahal takde lah merepek pun design yang saya nak ni. simple giler jer kan. kalau jumpa pun, kadang tu bukan kotton. kalau kotton pun bukan putih, haih! susah beno lah.

*tips: jahit tindih untuk hasil yang lebih kemas dan cantik.

kesimpulannya, jahit sendiri memang boleh feel lah kepuas-hatian kita sendiri. biarlah senget-benget sikit-sikit tu apalah sangat kan. yang penting jadi yang macam kita nak. biarlah simple giler pun kan. elehh.. saja sedapkan hati je tu sebab malas nak design-design.. kakaka..

oklah. dah tahap merepeks dah ni. chow dulu. nanti melly dah siap pakai saya post gambar lagi (kalau ada). ngehngeh. entah ler.. giler malas sekarang ni, gaban pun tak semalas ni. oppss..


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 14 Comments
 

alya series - dress 7
Tuesday, May 17, 2011
Posted on 9:54:40 PM | 11 Comments

fuhh!! akhirnya berjaya juga saya siapkan dress ketujuh alya, polkadot purple bunga-bunga ni. dah selamat pun sampai ke tuan empunya, alya yang comel lote tu.

pattern ni selalu juga saya buat. kadang-kadang saya guna reben pada leher dan lengan. dan kadang-kadang tanpa ropol. jahit lain sikit je, memang dah nampak macam berbeza kan.

ok. siap sudah ketujuh-tujuh dress alya. alya series bermula ogos tahun lepas. hahaha! dekat setahun jugak tu.. untuk ibu alya, berbanyak-banyak terima kasih dan bergunung-gunung maaf saya pohonkan atas kelambatan yang tersangat dalam menyiapkan dress-dress alya ya.

saya memang agak busy sekarang ni selain daripada merajuk dengan nuffnang :P. blog pun dah jarang-jarang update. dress? apatah lagi.. susah sangat nak curi masa menjahit. facebook pun jarang-jarang jenguk. bertwitter bila terasa nak bercakap sorang-sorang. craftzone malaysia pun sudah agak terabai, walaupun saya sempatkan juga meng-update at least sebulan sekali. kedai saya pun sudah saya tutup. haru sungguh.

life goes on.

saya harap semuanya kembali ke sedia kala sedikit masa lagi.

ada sapa-sapa yang sudi nak tolong saya manage craftzone malaysia? jangan segan-segan beritahu saya ya. terima kasih.


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 11 Comments
 

Pink!!
Friday, March 11, 2011
Posted on 7:08:35 AM | 59 Comments

Hati saya gembira.. lalala..
Sebab baju pink ni dah siap.. lalala..

ni bahagian depan.


dan ni bahagian belakang.

Butang tak letak lagi {macam tak biasa}. Rase nak sub-con jer bahagian jahit lubang butang ni.

Saya buat 3 helai. Yang kecik untuk baby Fatma saya tak letak tali untuk ikat belakang, dan cuma ada 2 layer saja. Untuk Melly dan Dania saya buat 3 layer. Rasanya saya tak pernah buat sampai 3 layer ni. Ni lah first time.. giler lama nak siap.. tapi saya sukeeee... awak suka tak? suka tak???

Walaupun perancangan asalnya saya nak buat 6 helai baju untuk 3orang puteri di raja tu, tapi, dah siap yang ni pun pun hati saya dah gembira sangat. Lagi 3 helai tu nanti-nanti pun takpe. Kalau tak sempat untuk majlis kenduri ni nanti, kita buat untuk majlis bertandang eh?

Lalalalalalaaaa.......


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 59 Comments
 

alya series - dress 6 dan ikat reben
Tuesday, February 15, 2011
Posted on 10:50:23 PM | 18 Comments

ya. setelah lama tiada kabar berita. akhirnya inilah dress terbaru yang berjaya saya siapkan hari ni. walaupun sebenarnya berhari-hari juga nak siapkan. dan ya. ini masih dalam siri dress alya. masih ada sehelai lagi tunggu turn untuk dijahit.

dan saya ada masa lebih kurang sebulan untuk siapkan 6 dress. ENAM?? ok. nanti saya cerita pasal tu di lain entry. sebab saya nak bagi tips untuk ikat reben.

ini kalau ikut masalah saya lah, bila ikat reben jadi tak cantik. tapi saya ada satu tips yang saya guna. senang jer. masa ikat tu, kita ikat dari atas.

ok. kita buat baju ni untuk dijadikan contoh.

mula-mula kita tukar posisi pandangan ke arah baju tu. huh! ayat! haha!
kira macam gambar bawah ni lah.

lepas tu, mulakan ikat reben macam biasa.

(hajat di hati nak ambik gambar saya tengah ikat reben, tapi tukang gambar cuti hari ni.)

teruskan. buat reben macam biasa. dari atas ya.

lepas tuuu... tada! jadilah ikatan reben yang cantik terletak.


sebenarnya kan.. nak buat dari bawah pun boleh kalau paham cara ikatannya. tapi... kalau sayalah, selalu tak jadi. jadi... inilah rahsianya yang saya buat. kalau dari bawah tak jadi, kita buat dari atas.

jumpa lagi!


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 18 Comments
 

Suri Fashion
Wednesday, December 01, 2010
Posted on 6:34:13 AM | 15 Comments

baik. bermula dengan bulan baru di penghujung tahun ni, saya akan cuba membuat at least 1 entry setiap minggu ya. :) cuba.. cuba.. cuba sampai berjaya...

kita mulakan dengan budak fashionita ni. sebenarnya saya nak try buat baju yang lain dari yang dah saya buat sebelum ni. jadi saya pun mulalah jumping.. jumping... jumping... eh! browsing.. browsing.. browsing.. bertahun-tahun berhari-hari jugalah sebab macam semua dah try. hahaha! macamlah dah buat dress banyak sangat... hahaha.. gelakkan sekali lagi.

sebenarnya bukan apa, secara jujurnya, macam tak terpaut di hati gitu (masa tu lah ya.. maklumlah.. hati saya ni kadang berubah-rubah macam rubah. mungkin akan datang hati saya akan terpaut pada yang tak terpaut tu siapa tahu...)

tiba-tiba pulak TING!!! bercahaya atas kepala teringatkan si suri ni. terus browse nama dia.. tu dia! melambak-lambak baju dia tak tau nak pilih mana satu dah. akhirnya... gambar di bawah ni menjadi pujaan hati hamba.

gambar diambil dari suri cruise fashion blog harap maklum...

hajat dihati nak jadikan bunga yang di rumah tu menjadi suri. eh eh.. lain macam pulak bunyinya.. akan-akan hendak memetik bunga di taman nak dijadikan suri.. hehe.. ok. memang tak terkalah punyalah kan... tapi, hajat tetap hajat..

setelah memikir-mikir sambil menggunting pun masih berfikir.. sambil menjahit pun tetap berfikir macammana saya boleh siapkan baju ni {baca: jahit} secara yang terbaik - cantik luar dan dalam, akhirnya siaplah seperti hajat di hati.

kiranya, sempat jugalah mesin jahit saya tu makan darah.. ok, cerita dia akan-akan cerita kak ann yang ni (jenuh gali blog kak ann nih...). tapi lengan saya tak kena belanga.. dan jarum tak patah, dan takde gambar benang berdarah, dan saya bukan sedang meng-easy stitch, melainkan hanya mejahit lurus. cuma kuku saya luka dan darah mengalir di sebelah bawah ibu jari kanan... dan rasa berdenyut-denyut.. sekoyong-koyong ada orang bawakan tisu dan minyak gamat.. dan anak-anak saya berlari memeluk saya takut kalau-kalau saya kena masuk hospital......... terbayangkan?

sejurus lepas kesakitan tu reda, terus saya sambung balik. dan dengan sungguh tak sangkanya, mesin saya tidak lagi terlajak-lajak.. pedal pun dapat di-control dengan lembut dan mengikut kata... hoh! mungkin dia perlukan pengeras....

berbalik kepada cerita asal.

ok. corak dah sah-sah tak sama, mana nak cari corak macam baju suri ni wei ?... lengan baju agak pendek sikit. maklumlah, malaysia ni sentiasa musim panas. haha! alasan paling baik dah ni... lepas tu, macam biasa, malas pasang butang.... huhu!

maka hasilnya setelah disurikan..

....


tada!!! ada macam suri tak? hahahaha! (boleh gelak-gelak. takpe.. melly tak marah..)

walau apa pun melly, melly tetap suri di hati mama ya! nanti melly pakai, kita pergi tengok rapunzel a tangled tale. muah! muah! muah!

melly nak tengok yang 3D kan? hahha! tiba-tiba je :p


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 15 Comments
 

alya series - dress 5
Saturday, November 13, 2010
Posted on 10:16:01 PM | 28 Comments

terima kasih atas semangat yang diberi. selain semangat yang jatuh merudum kerana kemalasan yang empunya diri, faktor lain selain mesin jahit yang merajuk hari tu, faktor tak reti guna mesin jahit baru juga memainkan peranan.

ya! seronok rasa bila kate mesin baru kan. tapi... tapi.. tapi...

ok. kita cerita pasal yang seronok dulu. ini baju alya.

alhamdulillah. akhirnya bersambung juga alya series ni. hahaha! agak-agak boleh teka tak berapa lama saya perap kain ni? sangat bersabar ibu alya ni... minta maaf banyak-banyak sebab delay lama sangat. kain, macam biasa saya beli dari zura...

dan.

yang ini pulak..

jeng jeng jeng jeng..

ni mesin baru saya yang saya tak reti pakai tu. err... tak baru dah pun. sebab dan sebulan dah mesin jahit tu tersadai di bilik menjahit saya.

memang susah nak control pedal dia. laju sangat. asiklah saje berdezup. memang saya tak gunakan sepenuhnya lagi. jahit belah dalam ok. jahit belah luar memang saya pun tak sanggup nak tengok hasilnya. lagi satu benang selalu putus. tu yang paling mencabar kesabaran..

dalam sedih dan panas hati saya dok pasang benang yang memang amik masa tu, saya kembalilah ke mesin lama saya. ya Allah, tahu tak tiba-tiba mesin saya tu jahit dengan cantik. alahaiii.. mase tu, rasa terharu pun ya sebab terasa macam dia paham perasaan saya dan cuba tolong saya...

akhirnya, baju alya atas tu, saya guna mesin lama saja. nasib baik sempat siap hari ni. boleh pakai untuk raya haji nanti. harap-harap selamat sampai ya.


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 28 Comments
 

hitam dan putih, langsir dan bantal
Sunday, September 05, 2010
Posted on 12:00:43 AM | 7 Comments

raya dah makin dekat. akhirnya tingkap di dapur saya berlangsir. taklah ganaz mana pun. cuma elok sikit dari sebelum ni je. haha! sebelum ni cuma guna buluh bergulung tu dan gulung ke atas. huhu! oklah kan. dah tutup cam ni tak lah risau orang nampak saya nak menyeksis pakai spaghetti strap dalam rumah lagikan.

ada macam cacat (yang tak berapa nampak harapnya) sikit. belah bawah tu nampak kurang kedut. kain tak cukup. haha! saya buat ni pun sebab ada lebih kain langsir untuk studio menjahit saya tu. sib baik ok jugak kan walau pun kain macam tak cukup.. sebelum ada yang tanya, kain ni saya beli kat ikea, awal tahun hari tu.

perasan tak, jiran belakang rumah saya cat dinding belakang rumah dia dengan warna oren. memang sangat meriah lah. lagi-lagi kalau tengah panas terik. suatu hari nanti nak buat photoshoot kat situ lah, mesti comel background oren. :P eh.. eh. tercerita pasal jiran lak. uppss..

yang ini pulak bantal lama bersarung baru. warna hitam. untuk diletak di kereta yang berwarna putih gitu. match sangatlah kononnya. dalam kereta saya memang kena ada bantal. sebab melly, walaupun perjalanan ke neseri cuma 2 minit, dia tetap akan terbaring tidur. lepas bersarung baru ni, bolehlah bantal tu camouflage dengan kusyen berwarna hitam. haha! kalau kotor pun tak nampak. senang sangat.


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 7 Comments
 

{ Newer Post } ..::.. { Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server