Home Made By Maya About Virtual World

this blog is a part of my virtual life.. my other virtual life is in facebook, yahoo, google, emails, youtube, bloghopping, etc.. etc.. :)

RSS Feed

 
Sewing Corner

pouch ke?
Monday, March 02, 2009
Posted on 12:53:17 PM | 7 Comments

cari pasal lagi..

arrrgghhh.. sungguh saya tak dapat tahan. untuk finishing pun saya sanggup jahit butang sebelum bergegas hantar melly & elman ke sekolah. malam tadi lupa. masa mandi pagi tadi baru teringat.

saya tiru dari si dia ni. comel giler. saya jatuh cinta pandang pertama. apatah lagi tiba-tiba saya teringat saya ada reben yang sama - hadiah dari rina. tapi versi saya lain sikit. tapi saya jeles dengan kain coklat dia & butang coklat dia. saya tak banyak koleksi coklat, walaupun baju saya banyak berwarna coklat.


macam tote tapi kecil

saya akan gunakannya bila pergi lunch

untuk isi duit yang kecil-kecil

dan sangat sesuai untuk henpon saya juga


nota kaki: hei lian.. kenapa blog kamu ada ada nota?.. "The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults." apa kamu dah buat? :)

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 7 Comments
 

cool ya?
Wednesday, February 25, 2009
Posted on 12:03:00 AM | 9 Comments

do you think this tote is cool?

wait until tomorrow...

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 9 Comments
 

tote bag saya
Sunday, February 15, 2009
Posted on 11:17:40 PM | 15 Comments

dah seminggu dah saya guna tote bag ni walaupun tak hari-hari. biasa saya guna weekend saja. design pun biasa-biasa je. lama dah saya simpan kain tu, dan simpan hajat nak buat. baru minggu lepas berkesempatan buat, itupun saya gagahi juga sebab nak bawak barang anak-anak saya masa balik kampung tu. dah boring dengan handbag saya.

sabtu lepas saya bawak ke MJ Gathering. pun sebab nak isi baju-baju anak-anak saya yang ada acara mandi manda sebab malas nak bawak beg banyak-banyak padahal tu pun banyak jugak beg saya bawak termasuk beg plastik yang isi pelampung dan lagi hadiah besar dan beg bungkusan makanan sampai gee tolong hantarkan ke kereta (tarik napas). terima kasih gee.

tak sangka pulak ada yang berkenan. elok pulak hari ni saya ada meeting untuk reunion kat the curve. boleh singgah ikea cari kain lagi. dah siap potong pun kain untuk patchwork depan tu. layannnn....


bahagian depan


bahagian belakang


bahagian dalam.
malas tukar benang sebenarnya, tapi ok juga lah..

nota kaki: order ditutup. wan pun buleh buat sendiri sebab takyah jahit tepi.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 15 Comments
 

tote bag untuk melly
Saturday, February 07, 2009
Posted on 8:42:29 PM | 12 Comments

mungkin memang begitu perangai anak perempuan. pantang tengok handbag saya, cepat saja diambil dan diseret. paling seronok bila dapat dipunggah. habis segala tok nenek dan isi perut doremon keluar. ya! saya perlu berbuat sesuatu.

baru saya perasan, masa elman kecik dulu, rasanya, banyak dapat beg free. beli diapers dapat beg free. beli susu dapat beg free. sekarang ni dah takde pulak.

makanya, saya pun memunggahlah kain-kain perca yang saya simpan, lebihan-lebihan baju-baju kurung dan gaun yang pernah saya buat dulu. dicantum-cantum, terhasillah beg comel ini untuk melly. ok. melly punya, walaupun saya dah pakai tadi sekejap, sewaktu ke rumah kawan saya. oklah, untuk saya, saya buat lain. kain dah lama beli, tapi malas betul nak gunting pun.

beg ni reversible. luar dalam boleh pakai. tapi sebab kain yang diguna untuk luar dan dalam sama, jadi tak nampak sangat bezanya. cuma, satu lebih polka dot. dan satu lagi lebih bunga.

bawah ni gambar melly kononnya nak keluarlah tu. dah siap salam semua.. tengah babai lah tu.. amboi dah tak sabar sangat nak pi jalan sendiri yer.. aiseh lupe pulak nak pakai topi.

untuk makluman wan, bag ini tidak memerlukan jahit tepi. sila-sila..

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 12 Comments
 

siapa dia sebelum daku?
Friday, February 06, 2009
Posted on 10:31:44 AM | 8 Comments

tahu tak macammana rupe alarm remote toyota?

mula-mula saya tengok, macam WOW! gitu.. tapi bila selalu sangat terlipat dan keluar masuk poket jeans (saya ada handbag, nampak sangat sape yang selalu buat cam tu kan? :P) pemegang dia yang berupa getah tu patah.

mula-mula tu yang patah, saya simpan, pakai kunci spare. sekali tu dua-dua dah patah. atas inisiatif suami saya, dia telah meletakkan pin. nampak macam kreatif lah kan. macam scrapbook tu, letak pin. tapi takde lak gambar nak tunjuk. boleh bertahan lama jugak. tapi tempat lubang pin tu pulak patah sampai ke hujung.

atas inisiatif saya yang takut remote tu jatuh di mana-mana terutamanya dicelah lift ofis saya, atau lubang longkang rumah saya, maka saya men-transform-kan ia menjadi begini..

tada!

tengoklah nanti berapa lama boleh bertahan. boleh saya tukar-tukar skin.

Made by Maya, Felt Creation, Sewing Corner | 8 Comments
 

gaun putih
Saturday, January 31, 2009
Posted on 11:19:34 PM | 13 Comments

ok. berbalik kepada cerita.. eh eh.. apesal tiba-tiba berbalik ni, padahal baru mukadimah. boleh lah sebab dah lama tak tulis entry pasal baju kan. ok. mula-mula papa kata tak sesuai. reben besar sangat. baju pun besar. gambar pun gelap, tak cukup cahaya, kamera dah lah tak canggih. indoor, habis adik macam baru balik dari hawaii kan. eh.. apesal hawaii? ok, pulau kapas. pulau kapas pun tak buleh. sebab kalau balik dari pulau kapas, harus kulit putih berseri macam kapas. ok, pulau redang. rambut pun ngamuk tak nak sikat, buleh?

komen papa memang tak best. ok. lain kali ambik gambar lain pulak ye. ni stok tak tahan saya nak upload hari ni jugak. sebab hari ni takde entry. eh! sejak bila pulak azam saya nak update tiap-tiap hari eh? saya terikut rina lah ni. dia rajin update blog sekarang. saya pun ikut terajin. terima kasih rina, berjaya merajinkan diri saya.

ok, ini gambar tanpa model. mase ni tali bahu tak siap lagi. abang kate, ni baju princess. adik tak kata apelah, paham entah tidak. sebenarnya saya teringin nak letak bunga crochet kat bahagian dada tu.. susun-susun.. warna biru. ingat nak mintak tolong kawan saya. tapi dia pulak ber morning sickness yang maha hebat. TAHNIAH. bukan tahniah yang kat morning sickness tu. tahniah yang isi tu..

saya pernah jugalah buat bunga crochet tu, tapi dah lupa selok-beloknya. dah, buat pun sekali je. tolong, tolong sape nak tolong? saya nak 2 kat dada, 1 kat topi... kalau rajin lagi nak 3 susun kat bawah sikit cam taman. demand pulak.

yang ni pulak topinya. lama dah gee, yang nak jatuh dari kerusi tu, suh buat topi yang padan ngan baju kan. dah reti buat topi yang senang ni, baru lah rajin nak buat. betul, senang sangat buat topi style gini tau. bila topi ni siap, saya tengok adik dah tertidur sambil ditonton oleh tv. abang pun sama tidur. patutlah rumah macam senyap. jadi tak dapat nak try kat adik. layan jer lah ambik gambar topi saje.

bila adik dah bangun, try lah topi ni kat dia... besar rupanya.. terpaksa tetas balik, & jahit balik... tapi adik dah tidur balik. tak tau la masih besar lagi ke tak.

akhirnya, macam biasa, layanlah gambar adik posing senget-senget ni kan. bajet nak jadi model tiru kakak hanis lah tu. kakaka..

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 13 Comments
 

topi sayur, the sunbonnet
Saturday, January 24, 2009
Posted on 9:06:12 PM | 18 Comments

saya dapat idea nak buat sunbonnet ni dari jurra. ok jurra panggil topi nyonya jual sayur. memang macam topi nyonya jual sayur pun. saya nak pendekkan, jadi topi sayur saja. TQ jurra. nanti bagi idea lain pulak yer.. hehe.. padahal dah melambak idea dia bagi, cuma saya yang pilih-pilih nak ikut yang mana.

saya cari tutorial untuk buat topi sayur ni. susah juga asalnya sebab tak tau keywordnya. kalau letak hat, melambak-lambak topi yang biasa tu. letak chinese hat, banyak lak made in china yang keluar. ni saya ambik idea jurra laa sebab dia letak nama nyonya. haha..

tapi akhirnya, saya jumpa juga di http://curiouslycrafty.wordpress.com/milinery/. tak sama tapi serupa. kira basic dia dah ada. saya bega sikit bahagian bawahnya untuk dapat bentuk wavy seperti yang saya kehendaki. jadilah macam bentuk roket seperti di bawah.

untuk saiz, saya guna topi yang sedia ada. topi tu saya lipat 2 dan kemudian dilipat 3. kan saya dah kata saya suka menekap saja. tak payah pening kepala nak buat kira-kira macam comment box saya kan. sebenarnya, topi ni dah sempit. saya terlupa nak besarkan.. lalalalala... mungkin kalau saya rajin nak buat lagi nanti saya nak bagi wavy dia lebar sikit.. taklah nampak cam terkontot gitu kan..

jadi, potonglah kain bentuk cam ni 6 helai untuk bahagian luar, 6 helai untuk bahagian dalam macam kat tutorial tu. untuk topi ni memang saya buat pattern kat kertas dulu. sebab nak buat topi, saiz kena ngam-ngam, tak macam buat baju, setakat lebih setengah inchi takde hal. buat topi ni, kalau lebih setengah inchi, 6 bulan lagi baru buleh pakai. tapi kurang setengah inchi lak, kene tunggu adik baru lah jawabnya. itupun kalau adik baru tu pompuan.. heh hee...

topi sayur yang saya buat ni reversible. bolehlah nak ikut tema baju kan kononya. tengoklah cek mek molek ni bila ambik gambar, dah mula nak terteleng-teleng. layan jer lah kan..

selalu saya potong kain masa dahlia tidur. tapi hari ni sebab masa dia tidur, saya pun tertidur sama, maka saya potong kain masa dia berjaga. sibuklah dia nak kain juga. kalau tak bagi, dia baring atas kain yang saya bentang. maka saya bagilah sehelai. dah tu dia mintak gunting pulak. amboi.. betul nak tolong ni.

ok. lepas ni ni nak bersiap-siap untuk esok pagi-pagi ada tugas yang perlu dibereskan. hari isnin baru balik kampung. jumpa lagi!

Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 18 Comments
 

patchwork
Friday, January 23, 2009
Posted on 10:51:43 AM | 7 Comments

masa saya membelek-belek album lama, saya terjumpa ni. tarikh gambar ni 16 dec 2004.

inilah antara patchwork yang saya buat. dulu-dulu saya pernah juga buat bantal kecik-kecik guna kotak-kotak hexagon dan juga selimut dari kain-kain perca yang mak saya kumpul sekian lama. tapi semua tu yang simple je lah. caca-merba orang kata. takde specific design yang cantik-cantik macam orang lain buat tu.

tapi yang ini memang saya cari kain cotton murah-murah saja. yang ni sebenarnya sarung tilam untuk elman. sekarang, tilam ni dah tak pakai. dan saya guna kapas (kapas ke? ape ha panggil mende dalam tilam tu?) untuk buat benda lain. contohnya cubies dan pincushion yang ni dan yang ni.

dulu-dulu saya tak tau pasal patchwork. masa saya darjah 5, saya ke rumah kawan saya dan berasa sangat teruja bila nampak selimut kawan saya yang punya banyak corak bertampal-tampal. cantik pulak tu. walaupun ada juga terlintas rasa, macam selimut orang miskin. ye lah.. dulu kan mase sekolah rendah, kalau berlakon jadi orang miskin, atau berlakun jadi pak pandir sekali pun, baju kene compang camping dan ada tampal-tampal. sebab tu saya terfikir pasal orang miskin. walaupun kawan saya tu bukan orang miskin.

ok. walau apa pun, saya suka dengan idea tu. dan saya usulkan idea tu kepada mak saya. saya tak ingat apa mak saya kata, tapi tak lama lepas tu, memang mak saya buat juga satu selimut yang besar, yang bercantum-cantum menggunakan kain perca yang ada. saya excited. dan mak saya mengajar saya untuk buat selimut yang kedua.

bermulalah sesi gunting-menggunting dan jahit-menjahit. itulah permulaannya. sampai sekarang selimut tu ada dan digunakan bila kami balik kampung.

tapi selimut yang kami buat tu, tak adalah batting tu.. just dilapis dengan kain kotton tebal saja di bahagian belakangnya. dan kain-kain untuk dibuat patch nya bukan kain kotton. tetapi perca lebihan kain baju kurung kami yang mak kumpul sejak kami kecil.

Made by Maya, Patchwork, Sewing Corner | 7 Comments
 

meng-ekin-kan tudung
Saturday, January 17, 2009
Posted on 9:42:22 AM | 7 Comments

ni bukan tudung saya. saya je yang cube bergaya dengan tudung kawan saya (boleh ye pah, kan?) selepas saya berjaya meng-ekin-kan tudung yang terkoyak di awningnya nih, akibat kepanasan iron yang melampau.

saya suka nak buat, salah satunya sebab nak tengok material awningnya tu.. (sebut awning, teringat auni lak.. happy birthday cutie..) jadi sekarang saya dah tau ape materialnya.. cume tak tau ape namanya dan nak cari kat mane je..

ok.. sekarang saya sudah berjaya menjahit tudung, walaupun tak sepenuhnya diy.. :P
masalahnya, saya tak pernah jumpe pulak kain jersey jenis gini jual ela.. yang tebal sikit tu adelah...

Made by Maya, Recycle, Sewing Corner | 7 Comments
 

guna-semula
Friday, January 02, 2009
Posted on 12:11:16 AM | 11 Comments

ni baju saya yang dah lama saya tak pakai.

ni sesudah diguna-semula oleh melly.

dan ini bahagian belakangnya.

p/s: maafkan si model kerana takde mood nak berdiri semasa gambar ini diambil.

Made by Maya, Recycle, Sewing Corner | 11 Comments
 

{ Newer Post } ..::.. { Older Post }

Made By Maya Shop
{Made By Maya Gallery}

Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved.