Home Made By Maya About Virtual World

this blog is a part of my virtual life.. my other virtual life is in facebook, yahoo, google, emails, youtube, bloghopping, etc.. etc.. :)

RSS Feed

 
Sewing Corner

kain dan bakul (dan bunga crochet juga)
Friday, January 15, 2010
Posted on 9:27:34 PM | 5 Comments

minggu ni saya ada dua lunch date dengan crafters. wah! bunyinya macam ramai sangat yang saya jumpa dan macam saya takde kerja dan tak sibuk macam tahun lepas kan? tumpang lalu, boss...

ok. hari selasa saya ada lunch date dengan kak zila yang dah bertahun tak tertunai (sejak dari tahun lepas kira setahun lah kan? hihi..). maaf kak, baru kini saya punya masa, walaupun jarak kita cuma sekangkang kera.

dan.. dan ya! saya dapat bakul tu. cantik giler ok. sila jeles, sebab saya dapat free sempena giveaway kak zila hari tu dalam kategori hadiah misteri. terima kasih banyak-banyak kak zila.

oh? kain-kain tu pulak? hah! yang tu lunch date dengan zura di hari jumaat yang indah. gila lama tak jumpa zura. 17 tahun lah kiranya, sebab last jumpa masa form 5 tahun 1993. zura sama je macam dulu gak. cantik macam dulu. banyak cerita macam dulu (tengok blog lah kan.. hehe).

oh ya. cerita pasal kain tu, saya beli kain tu dari zura lah, di lovemelots (kakaka.. baru perasan asal perkataannya 'love me lots'. sebelum ni saya duk sebut sambung jer.. :P). ternganga ok dengar zura sebut nama-nama designer lancar giler. haha!

first time ni beli designer fabrics. selepas dah confident giler lah kononnya potong kain nanti tak salah, kan. tapi belum tahu lagi nak buat apa. dan yer, sila jeles sekali lagi sebab yang hijau lime sway tu dapat free juga. terima kasih banyak-banyak zura. penat-penat drive jauh-jauh, susah pulak nak cari parking tu.

ok. yang ini pulak adalah percubaan saya menggunakan bakul dan kain tu sebagai props untuk bunga crochet yang saya beli dari my luverly craft 2 minggu lepas. sangat comel bunganya, dan sangat kemas bentuknya. nanti saya dah siapkan, saya tunjuk hasilnya.. entah bila.. lalalala... dan kan, bunga kecik warna purple yang ada sepit tu, hah! yang tu puuuunnn saya dapat free...

Alhamdulillah. murah rezeki saya tahun ni...

Made by Maya, Stash, Sewing Corner | 5 Comments
 

Rolled Hem Foot
Friday, December 18, 2009
Posted on 11:35:46 AM | 17 Comments

... adalah digunakan untuk jahit kelim di tepi kain tu. saya beli setahun yang lepas.

untuk pengguna mesin jahit zaman dinasour macam saya ni, agak susah nak cari tapak dia ni. banyak kali saya pegi kedai singer, tapi jawapannya tetap sama... "model tu takde dik." (ok, kadang-kadang "dik" tu tukar jadi "kak") sedih tau saya.

saya ingat dulu mesin mak saya yang zaman sebelum dinasour pun ada tau. tapi tapak tu dah hilang entah ke mana. biasalah kami adik-beradik memang suka main-main kat mesin jahit mak saya tu sampai rosak entah berapa kali. hahahha.. mintak maaf, mak.

tiba-tiba toingggg!! ada mentol bercahaya keluar di atas kepala saya buat saya rasa dunia tiba-tiba terang benderang. seingat saya dulu tapak yang mak saya punya tu, holder dia panjang. jadi saya ke kedai jahit biasa yang jual alat jahitan. saya tanyakan tapak untuk kelim tepi, untuk mesin jahit singer. dia pun tunjuk yang ni.

tapi nak pasang kene pakai screw driver lah. hal kecik je tu..

bukak dulu tapak lama bersama-sama dengan holdernya sekali.

letakkan tapak kelim tepi ni dengan screw driver. saya kekok, sebab nak screw tu kene guna tangan kiri. mulalah rasa nak jadi kidal.

dan tadaaaa!!! inilah hasilnya.

yahoooo!!! dah buleh guna.

kesimpulannya, kalau agak-agak mesin jahit tu zaman dinasour punya, dan ape yang dicari takde di kedai singer, cari saja di kedai jahit biasa.

cara-cara nak guna, boleh tengok di sini:

http://thesewingdivas.wordpress.com/2006/10/16/tutorial-rolled-hem-foot/
http://durratulain.blogspot.com/2009/11/rolled-hem-foot-hemmer-foot.html
http://jurra-sewcute.blogspot.com/2009/05/rolled-hem.html

thanks to durra & jurra.. eh... nama nak dekat sama lah.. :D

Made by Maya, Tools, Sewing Corner | 17 Comments
 

merah - edisi khas
Thursday, December 17, 2009
Posted on 11:13:40 AM | 27 Comments

anda berada di lorong yang betul. ini bukan blog makmerah ataupun redmummy. ini hanyalah blog makputih atau whitemummy.. hahaha.. ok sudah tak payah mengarut.

merah ni adalah kerana warna baju ni yang bercorak warna merah. walaupun latarnya putih, saya tetap pilih merah sebab warnanya yang lebih menyerlah. sukalah tu redmummy.

ok. serius balik.


sebenarnya reben merah ditengah tu cuma diwatermark menjadi seperti url itu berada pada baju. tidak. saya tidak begitu kejam menulis url blog saya pada baju anak saya di kenduri kahwin. ya, ini untuk ke majlis perkahwinan kawan saya minggu depan. eh, lupa nak cakap, baju ni belum dimodelkan. sebab melly tengah mc semasa gambar ini diambil. monyok dan lemah-longlai. katanya mahu rehat sebentar dari dunia modelling.


embellishment. dari butang berbentuk love berwarna hijau, dan butang berbentuk bunga berwarna merah. sebenarnya tak berapa sesuai, tapi sila percaya bulat-bulat bahawa itulah yang terbaik yang dapat dihasilkan. warna lain atau corak lain lagi tidak sesuai dalam fikiran saya.

jangan tertipu dengan jahitan berlapis. itu sebenarnya hasil dari satu kesilapan. dua jahitan kiri dan kanan butang (di antara tampalan memanjang) itu dibuat kerana bukaan leher yang agak luar biasa luasnya. maka saya tambahkan jahitan itu supaya bukaan itu tertutup sedikit. ya. bravo! bravo! kerana berjaya menutup kesalahan. walaupun dah nampak jahitan agak senget benget sedikit. kata seni... seni tak semestinya lurus :P


baiklah. dalam acara memuji diri sendiri, saya mahu puji yang ini. nampaknya ia macam baru pertama kali saya meletakkan ropol di lengan sebab nampak sangat jakun. sekali lagi, bravo! bravo! tidak mudah terutamanya bila saja-saja cuba sendiri takde panduan.


akhir sekali, inilah bahagian belakang yang diikat reben menggunakan reben merah. reben tidak dijahit pada baju sebab mahu diasingkan bila membasuh baju nanti. reben yang dibasuh di dalam mesin basuh bersama bajunya akan nampak tidak cantik.

tiba-tiba terasa diri sangat produktif minggu ini sebab dalam seminggu boleh siap sehelai skirt, 3 helai baju dan sehelai gaun. oh ya! kain ni saya beli di kamdar. sudah setahun usianya...

sekian, jumpa lagi!

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 27 Comments
 

Baju Raya Melly
Sunday, September 13, 2009
Posted on 1:28:20 AM | 15 Comments

Upppss...

Tadi ke tailor. Nak tanya baju saya dah siap ke belum. Belum rupanya. Jadi saya pegi ambik kain lebih jer lah. Kecewa gak sebab lebihnya sikit sangat. Tapi saya decide untuk cuba buat juga baju untuk Melly..

Lepas balik dari tailor saya tidur sebab demam. Lupa nak makan ubat masa sahur.. tanggung jer lah akibatnya. Kepala sakit ya amat. Lepas dah tidur rasa ok sikit. Terus potong kain. Payah juga nak potong, sebab saya tak pernah pulak buat gaun guna kain chiffon. Berenti kejap masak untuk buka. Sebab saya buka sorang, layan jer lah apa pun. Nak pegi param malas sebab badan still rase tak sedap lagi. Selera pun takde.

Lepas buka baru start menjahit.... Kepala pun dah ok sebab dah telan paracetamol. Nak jahit pun mencabar juga... Kain lembek kan.. pegang pun nak kena elok-elok jangan bagi senget. Padahal tetap senget-benget jugak saya jahit. Mana-mana batu yang ada pada laluan jarum nak kena buang dulu. Nak buat ropol pun punya lama dok mengorek batu permata dulu. Punya gigih, sampai laa ni (pukul 1 lebih dah) baru siap. Tuan empunya pun tak sempat try lagi sebab dah tidur.

Tapi silap juga, sebab tak pernah-pernah practice buat bahagian atas macam tu sebelum ni. Terus nak buat juga, tak jadi jugak yang macam diingini. Layan jer lah.. Ingat nak bubuh kain pink plain kat keliling antara badan dan skirt tu, tapi tak cukup kain. Sempat buat reben tu je. Nama pun kain lebih.

Jadi inilah hasilnya. Kain memang cukup-cukup saja. Ini pun belum test lagi kat Melly. Harap-harap tak pendek skirtnya.

Bolehlah sedondon dengan mama raya nanti...

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 15 Comments
 

cute stripey tote for a cute gal
Wednesday, August 19, 2009
Posted on 11:22:23 AM | 22 Comments

simple and small tote from the same fabric for the stripey wristlet..


and this is for my best friend's daughter.


Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 22 Comments
 

stripey wristlet
Monday, August 17, 2009
Posted on 9:51:54 PM | 13 Comments

dalam kebosanan selama 48 jam weekend yang lepas tu, sempat jugak saya siapkan stripey wristlet ni yang dah lama saya angankan.

saya sebenarnya tengah tunggu wallet yang menarik perhatian saya yang cukup budgetnya yang available masa saya nakkan nya.. susah juga sebenarnya bila rasa berat hati sangat nak ke shopping complex yang besar-besar dalam keadaan sekarang. sangat meragukan.

yang saya buat cuma berlegar-legar di kedai online saja. dan kebanyakannya sudah diambil orang. yang tinggal cuma jamu mata saja. sape kate kat internet takde window shopping? yang penting pakai windows. hehehe.. bill gate kalau baca ni sila bagi share sikit, plizzzz... boleh saya beli wallet yang tahan 20 tahun.

hah! ini bahagian dalam. satu tempat duit kertas. 2 untuk pelbagai jenis kad. yer lah nak letak pelbagai kad, padahal buat 2 je. sebab nak buat banyak-banyak macam tebal sangat pulak kan. ini pun dah naik semput mesin jahit tu nak menjahit.

kat tengah tu buleh letak henpon. 3 henpon pun muat walaupun saya cuma pakai 1 henpon. nasib baik netbuk saya tak muat. kalau tak, saja je nak suruh bawak netbuk ke hulu ke hilir.

oh ya! satu terlupa, tempat duit syiling. tapi takpe. karang berat syiling je pulak.

ok. selamat menjamu mata.

Made by Maya, Bag, Sewing Corner | 13 Comments
 

eksperimentasi: patch-work dress
Tuesday, July 28, 2009
Posted on 7:51:45 PM | 11 Comments

tak semua yang kita harap tu menjadi seperti apa yang kita harapkan.

design ni datang out of nowhere. dan ianya tidak menjadi seperti yang saya bayangkan. sebenarnya ianya lebih cantik di alam imaginasi saya. :P

cadangnya nak buat patch work dress tapi taknak sama macam yang biasa kita nampak tu. mungkin ukurannya yang salah. atau kombinasi yang tak kena. atau tak tau apa.

walaupun saya dah nampak ketidak-jadiannya pada petengahan jalan, saya teruskan jugak. yer lah nak buat apa kan dengan baju separuh jalan. masa belum dijahit ropol tu lagi ler rase aiseh.....

bila dah siap ni, ok jugak lah.. buleh juga buat melly pakai di neseri. melly belum try lagi ni. dia demam hari ni. mane tahu kalau dipakai boleh elok pulak.. kan? kan?

Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 11 Comments
 

FAQs - Part 2
Saturday, July 18, 2009
Posted on 1:40:39 PM | 8 Comments

q: kat mana beli felt?
a: saya pernah beli di craft world. harga dia agak mahal, tapi saya sangat suka kualitinya. saya juga pernah beli online di beberapa kedai di craftzone-my.blogspot.com


q: macammana nak jahit bahagian tepi felt pada klip rambut tu?
a: namanya blanket stitch. sila klik sini untuk tutorial blanket stitch


q: untuk jahit nama pada baju tu, maya guna jahitan jenis apa?
a: saya guna backstitch. sila klik sini untuk tutorial backstitch. atau klik sini untuk banyak lagi jenis jahitan.

q: guna benang apa?
a: ada yang saya guna benang dmc untuk cross-stitch. benang biasa pun saya layan, cuma kena dilapis-lapis.

q: awak dah letak barang kat etsy?
a: tak. saya belum bersedia. lagi pun takde apa yang saya nak letak kat sana.


q: kat mana nak buat label?
a: saya buat label dengan kasihabadi.com, guna gross grain ribbon. mase tu saya tak jumpa lagi woven label yang saya mampu beli. tapi baru ni saya baca alviana order labelnya sendiri dari fancyweaver di hong kong. dan saya rasa harganya sangat menarik.


q: maya ada bukak kelas ke?
a: errkk.. takde. saya tak layak nak bukak kelas jahit pun sebenarnya. tutorial tu pun saya saja nak kongsi apa yang saya tahu dan macammana saya buat dengan cara saya. banyak lagi kurangnya.


q: macammana nak tentukan harga?
a: sebenarnya ia sangat bergantung kepada individu tu sendiri. tapi ada banyak panduan yang boleh kita ikut. entry ni, entry ni dan entry ni antara panduan macammana sepatutnya harga barang buatan tangan ditentukan.

Made by Maya, FAQs, Sewing Corner | 8 Comments
 

FAQs
Thursday, July 09, 2009
Posted on 12:09:15 AM | 26 Comments

huwahhh.. sungguh eksyen bunyinya. tapi kan, kalau awak percaya sebenarnya bukan sebab nak eksyen saya buat faq ni.

sebenarnya saya nak kumpul soalan-soalan yang saya rasa macam eh, rasanya pernah ku jawab soalan ini. eh, ni pun dah jawab jugak, rasa dah 7 kali ku tahankan jebat. macamlah banyak sangat soalan kan. tapi tak pelah, sapelah nak godek-godek jauh-jauh ke dalam entry-entry sebelum ni kalau nak tau jawapan kan. senang juga untuk saya buat reference kalau ada soalan-soalan yang sama.

ok mari kita mula sekarang.


q. kat mana maya beli kain tu? jenis apa?
a. kain biasanya saya beli kat nagoya atau kamdar. pernah juga adik saya belikan masa ke bandung hari tu. pernah juga kat ikea. dan pernah juga saya beli online, tapi yang ni tak larat beb sebab mahal, padahal selalunya kain-kain tu tersadai juga. sebab sayang nak potong sebab mahal. dasar kedekut. kalau buat baju & jual pun takut nanti jadi mahal sangat harganya.

kalau tanya saya pasal jenis kain, sayalah yang paling huduh jawapannya. yang saya tahu kain kotton je. kotton ape, jangan tanya. kalau sales girl kat situ kate japanese cotton, japanese cotton lah saya. kalau dia kata namanya kotoncamnipunakaknak, kotoncamnipunakaknak lah kata saya. apa-apa saja. yang penting kainnya sedap dan coraknya cantik. eh eh, baru teringat. ada lah satu yang saya tau, cotton flannel.


q. selalu beli barang-barang untuk buat kraf kat mana?
a. sebenarnya saya takde spesifik kedai yang saya selalu pegi atau yang saya suka. tapi ada list di sini yang saya kumpul-kumpul. tapi belum semua kedai-kedai tu saya terjah. kalau setakat barang-barang yang ada jual kat kedai nyonya, memang saya cari di kedai nyonya tu saje. lebih murah. pernah juga beli online. sila tengok list di sini: craftzone-my.blogspot.com sungguh banyak pilihan. boleh rambang mata.


q. eeii.. belajar jahit kat mana ni?
a. asalnya belajar dengan mak. juga dengan internet. klik untuk list yang saya ada. syok hoh!


q. boleh tak saya nak tempah?
a. aiseh, sorry sangat. saya dah tak ambik tempahan buat masa ni.


q. leh.. apesal lak? (merujuk kepada soalan di atas)
a. errrr.. soalan ni agak susah untuk dihuraikan. senang cam ni lah, mungkin saya bukan dilahirkan untuk menjadi peniaga. hua hua hua.. sangat sedih.


q. isk.. mahallah awak jual. tak buleh kurang ke?
a. dibanding dengan usaha, masa dan tenaga saya, sebenarnya ia sangat murah. terima kasih kerana menghargai.


q. kalau buat sulam tu, kena guna benang apa?
a. sebenarnya bergantung kepada kretiviti sendiri. macam saya guna benang lebih buat cross-stitch dulu. benang biasa pun saya layan, cuma kena dilapis-lapis.


q. cemana nak buat ruffle yang cantik dan kemas macam u buat tu? euuwwwww
a. pilih jarak jahitan paling lebar. dan ketatkan benang atas. itu setakat yang saya tahu selama saya guna mesin jahit singer. nak tau ketat tu cemana, test dulu satu-satu nombor tu.. kalau nampak berkedut tu, betullah tu.. heh he..


q. cemana nak buat ukuran biar baju tu ikut saiz yang betul?
a. saya pun sebenarnya main hentam lah labu saja. cara paling senang, ukur saja pada baju dah siap yang saiznya paling sesuai pada tuan punya baju yang nak dijahit tu. nak lagi senang. tekapkan saja baju siap pada kertas dan potongkan. lepas tu, potong kain ikut kertas dengan mengepin kertas pada kain yang nak dipotong. voilaaa.. ulalala... awak pasti gembira seperti mahu menari-nari bila melihat kan hasil copy cat ini.

Made by Maya, FAQs, Sewing Corner | 26 Comments
 

zoolagi 2
Tuesday, June 09, 2009
Posted on 11:38:16 PM | 12 Comments

ingat tak zoolagi saya dulu? ok. setelah sekian lama terpendam, sekarang saya memperkenalkan kawan-kawannya yang bukan terdiri daripada ahli-ahli zoo. cuma kawan-kawannya saja.


cik flower dan cik hati

cik bunga, cik cinta dan cik melati

cik birdie dan cik pinkie

..... and they'd been adopted! ;D

Made by Maya, Felt Creation, Sewing Corner | 12 Comments
 

{ Newer Post } ..::.. { Older Post }

Made By Maya Shop
{Made By Maya Gallery}

Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved.