HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
My Garden

bunga harum malam?
Tuesday, April 27, 2010
Posted on 1:15:09 PM | 25 Comments

kat rumah saya tak banyak bunga. hasil dari tahap kerajinan saya yang kurang tu lah kan. dulu masa mula-mula duduk rumah ni memang banyak jugak, sebab, mase tu saya tak sentuh mesin jahit lagi. sekarang yang tinggal yang tanam kat tanah je. pasu-pasu dah banyak diterbalikkan kat belakang tu. haha! dasar rajin siram pokok. sesuai lah.

jiran saya kata nama bunga ni bunga harum malam. tapi saya tengok dalam pilem yang maya karin berlakon tu, bunga harum sundal malam tu macam lain? ke sebab ada nama tengah? yang ni sebab menjalar, jadi dia takde nama tengah?

bila balik malam-malam, memang bau bunga ni kuat. sedap sangat baunya, ada macam bau bunga melati sikit. waktu pagi pun baunya sedap. lagi-lagi kalau lepas hujan.

lama dah saya tanam pokok bunga ni. sejak duduk sini. mula-mula dulu, nak bagi dia naik menjalar ke atas tu sikit punya susah. jenuh juga saya susun-susun paku kat tiang tu dan ikat-ikat batangnya pada tiang. nak naik seinchi pun lama betul rasanya. tapi sekarang, bila dah naik memang nak selalu kene trim. lepas trim mesti berbunga lebat.

gambar-gambar atas ni gambar terbaru. gambar bawah ni saya ambik tahun lepas. masa ni tengah merimbun bunganya. memang sangat wangi. dua gambar atas tu saya ambil guna compact camera yang saya beli 3 tahun lepas. yang bawah guna dslr. kan saya dah kata, sama jer....

sekarang saya dah jumpa namanya. bunga akar dani kata en gugle. ada kene-mengena ke dengan dani? siapa dani? kalau bunyinya akan-akan malus domestica™ sedap jugak, kan? hehehe...

ok. nama scientificnya adalah Quisqualis Indica. sedap nama dia, jangan main-main.


Corat-Coret, My Garden | 25 Comments
 

tiba-tiba terasa macam seorang pelukis.
Thursday, February 11, 2010
Posted on 8:24:03 AM | 16 Comments

... walaupun macam budak tadika saja gayanya..

motif?

haha!


Corat-Coret, Lukisan, My Garden | 16 Comments
 

bunga
Saturday, June 06, 2009
Posted on 1:22:04 PM | 2 Comments

saya tak berapa reti, minat, suka dalam hal menanam bunga. saya cuma suka tengok dan berharap ianya ada di halaman rumah saya tanpa berbuat apa-apa. hahaha...

ok lah.. ok lah.. sebenarnya bunga-bunga saya banyak mati selepas saya melahirkan melly dan saya jarang-jarang melayan bunga. pada saya melly terlalu comel untuk saya tinggalkan pergi membelai bunga-bunga tu semua. kenapalah tulisan saya selalu tersasar-sasar akhir-akhir ni. oh baru saya teringat, sebab saya dah asyik sangat dengan mesin jahit rasanya. sebab tu saya jarang-jarang berada di halaman rumah.

inilah bunga-bunga yang tinggal.


asal usul bunga ni jauh. berasal dari tg malim dan dibawa adik saya ke kampung dan setelah berkembang biak, saya bawanya ke rumah saya.

berasal dari rumah makcik saya dan dibawa ke rumah mak saya di kampung, dan akhirnya tiba di halaman rumah saya jua. tapi sudah hampir pupus di rumah saya. ini saki baki terakhir. takpe. banyak lagi di rumah mak saya kalau mahu.

lama juga pokok bunga ni nak menjalar naik ke bumbung. saya suka baunya dan saya baru saja tau namanya bunga harum malam. eerrkk..

ini pula bunga yang paling mudah hidup di halaman rumah saya. tak payah tanam pun hidup. di cabut-cabut di tebas-tebas pun masih hidup. jadi, saya relakan sajalah.. si bunga lalang.

yang ini bunga jiran saya.. hahhaha.. sebab bunga saya tak banyak, boleh kan tumpang bunga jiran sebelah?


Corat-Coret, My Garden, Photography | 2 Comments
 

{ Newer Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server