HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Kisah Saya

May. Penantian.
Friday, May 18, 2012
Posted on 9:29:42 AM | 6 Comments

Masih menanti.
Yang belum mahu menunjukkan diri lagi.


Corat-Coret, Kisah Saya | 6 Comments
 

Dalam Kenangan
Monday, February 27, 2012
Posted on 7:21:52 AM | 12 Comments

Ingat cerita-cerita tentang kampung halaman yang saya cerita sebelum ni?

Kampungku indah permai
Rumah dan halaman
Pokok-pokok di halaman
Bunga

Dan ini gambar terbaru yang saya ada.

Hampir saja saya tak kenal pada mulanya.
Tapi pagar kayu bawah rumah berbentuk diamond tu terlalu familiar.

Anak tangga dari ruang tamu ke ruang dapur.
Best baring sini terutama bulan puasa. Terasa sejuk jer.

Ruang bilik utama dan juga selalu menjadi bilik pengantin.


Tak. Saya bukan merungut. Cuma mahu mengabadikan kenangan yang tinggal... yang pasti menjadi kenangan sehingga ke akhir hayat.


Corat-Coret, Kisah Saya | 12 Comments
 

Anak buah yang terbaru
Saturday, January 14, 2012
Posted on 7:20:15 PM | 0 Comments

Adam Ikhwan namanya.
Lahir pada 19 Dec 2011.
Sekejap jer dah berganti tahun.
:))


Corat-Coret, Kisah Saya, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

Hari Pertama Sekolah.
Friday, January 06, 2012
Posted on 7:06:39 AM | 2 Comments

Hari pertama sekolah adalah pada 4 Jan lepas.

Tahun ni oklah. Sebab Elman pun dah Darjah 2. Melly, walaupun dah setahun Tadika, tapi tetap kena beli jiwa tiap pagi juga. Takpe. Hari-hari Mama beli jiwa pun takpe.

Balik dari sekolah, Elman dapat buku teks dan jadual waktu tulis tangan. Jadi kerja Mama balut buku teks dan buku aktiviti tu dan printkan jadual cantik-cantik. Letak gambar Ben-10. Elman siap suruh printkan kat kawan dia lagi.

Tahun ni konon nak balut buku cantik sikit sebab kalau guna yang ready-made macam tahun lepas tu, senang sangat nak kelepet. Dah lah buku baru. Sayang je nanti adik-adik nak pakai. Sekali, ambik ler.. entah berapa jam baru siap balut buku, sambil-sambil Elman buat homework.

Homework firstday, Sains, tajuk keperluan asas.

"Mama, makanan untuk tenaga. Minuman untuk ape?"

"Untuk hilangkan haus."

"Salah. Cikgu tak cakap tu."

Pulak dah. Jenuh bukak buku teks dan buku aktiviti. Takde lah pulak.

"Untuk bendalir kot?", kata Papa.

"Tak. Bukan. Papa dulu masa darjah 2 tak belajar ke?" Huh hu!

"Papa dulu belajar untuk bendalir lah. Tapi bukan darjah 2. Masa tu tingkatan 2." Sama je 2 beranak, kan.

Lepas 4-5 kali belek buku teks dan aktiviti, akhirnya mama buat conclusion.

"Air untuk minuman, tak? Bukan minuman untuk apa."

Tersengih-sengih Elman, "A'ah betul lah tu. Air untuk minuman."

Wahahaha.. Firstday homework dah macam ni.
Pastu terpaksa lah tadah telinga, kan.. Cikgu ajar tu lain kali dengar, tulis bla.. bla.. bla.. bla...

Sape lagi nak membebel kalau bukan mak sendiri. Kan?


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Kisah Saya | 2 Comments
 

Unfinished Journey to Genting...
Sunday, December 18, 2011
Posted on 7:44:52 AM | 0 Comments

Lama dah tak jalan-jalan. Minggu lepas ke Genting Highlands, sempena cuti sekolah. Kesian pulak budak-budak ni kalau tak bawak ke mana-mana. Hari tu seminggu duduk rumah mbah. Ok jer dua-dua tak cari mama papa pun. (Mama papa jer kut yang cari diorang :p)

Lama tak naik Genting. Last masa Elman baru pandai berjalan. Kami ke Genting pun bukanlah main sangat pun. Beratur nak naik cable car punyalah panjang. Pukul 3 lebih baru sampai atas. Sesuai laa tu 2:30 baru cari tiket naik kan. Haha... Lepas Maghrib terus balik. Layan jer. Lain kali kita datang lagi ya.

Ok. Jom layan gambar-gambar bawah ni.


Yang penting kena ada swimming pool. Lama dah diorang ni mintak nak mandi swimming pool. Sejuk pun layan jer. Tapi yang bagusnya, sejam jer diorang boleh tahan. Pastu setel, sambung dalam bathtub pulak. :)


Sarapan sandwich sardin dengan sayur segar dari ladang. Heaven!


Geram betul tengok sayur-sayur ni.


Melly at Strawberry Park. Mane? Mane Strawberry?
Tak nampak pun.


First time Melly naik cable car. Elman dah 2-3 kali kot kalau campur kat Langkawi.
Dialog Melly masa turun dari Genting, "Nasib baik kita naik, kalau turun Melly takut." Dah jenuh kitorang pura-pura cerita tengah naik Genting. Haha!

Layankan Melly seround.


First World Indoor Theme Park. Tengok jer.
Takde beli tiket pun sebab masa kat situ kejap jer.


Ok. Masa untuk pulang. Bubbye Genting!


Corat-Coret, Travelog, Kisah Saya | 0 Comments
 

Bunga
Wednesday, December 14, 2011
Posted on 8:23:21 PM | 2 Comments

Sambung cerita pasal halaman rumah di kampung saya. Kali ni pasal bunga.

Bunga jenjarum. Cantik bila tengah berbunga lebat.
Nampak yang warna kuning kat tengah-tengah bunga tu? Cabut. Pastu rase bahagian pangkalnya. Ada madu.

Yang ni, saya baru jer tau nama dia bunga tapak dara. Wah!! Gitu nama dia. Mane buleh dapat nama macam tu eh? Hehe..

Dancing lady.
Ada banyak pokok orkid ni. Suka dengan kaler dia yang menyerlah. Dan lagi orkid ni suka berbunga. Memang berbunga jer lah manjang. Nak jaga pun senang.

Bunga kertas.

Bunga delima. Cantik kan? Tapi buah dia tak pernah menjadi pun.

Ini bunga limau purut.

Heliconia psittacorum a.k.a. Bunga sepit udang.
Jadi pagar tepi sawah.

Bunga yang ni saya tak tau nama dia.


Cerita pasal bunga kan, teringat dialog dengan anak saya malam tadi.

"Mama, tukarlaa nama Melly tu. Takkan Melly nak jadi bunga pulak?" kata Elman lepas discover Dahlia adalah sejenis bunga.

"Lepas ni mama nak letak nama morning glory pulak... boleh?" saya jawab.

"Boleh. Nasib baik takde night glory. Kalau tak nanti dia tido jer.." jawab Elman balik.

Hehehe...


Corat-Coret, Kisah Saya, My Garden | 2 Comments
 

Pokok-pokok di Halaman
Friday, December 09, 2011
Posted on 7:40:20 AM | 8 Comments

Kali ni saya cerita pasal pokok. Macam-macam jenis lagi yang ada sebenarnya, tapi takpe lah, saya letak mana yang ada jer. :)

Segerombolan pokok di depan rumah. Ada pokok keladi, pokok pisang, pokok kunyit. Anak pokok sawit pun ada. Yang merayap kat tanah tu pokok pegaga, dan kat belakang tu pokok petola.

Yang nampak sikit sebelah kanan, pokok buah mata kucing. Yang nampak sikit sebelah kiri, pokok limau purut. Banyak kan? Yang tak nampak lagi banyak. Dan yang paling banyak di keliling rumah saya adalah pokok pisang.

Ini namanya kencur. Ubinya kita buat masak lemak. Sedap gilleerrr... Lagi-lagi kalau ada ikan keli bakar.. Wallaweyy.. Tak terkata kesedapannya. Boleh meleleh air hidung dibuatnya beb.

Ini semua orang pun kenal, pokok kelapa, pokok yang serbaguna.

Lagi-lagi buah dia. Air kelapa muda? Pergghh!! Paling syok masa korek degan tu... lagi-lagi kalau dapat yang nipis crystal clear tu.. tak terkata!

Nak lagi best, ada pulak tembikai susu ni. Huh!

Pokok limau kasturi di belakang rumah. Buah tak banyak sangat.
Tapi cukuplah supply untuk seisi rumah bila diperlukan.

Buah limau purut yang belum cukup umur.
Sempat lagi si labah-labah buat sawang kat situ.

Kalau durian adalah raja, siapa permaisurinya?
Siapa lagi kalau bukan cik nenas kita.

Hmmm... Ada banyak lagi yang tak sempat nak ber-photoshoot. Termasuklah ikan-ikan yang tahu-tahu dah ada dalam pinggan masa makan tengahari. Ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat dan ikan keli.

Hahaha! tapi, tetap akan bersambung.. Tiap rumah, mestilah ada bungakan? Nanti saya cerita pulak pasal bunga. Jumpa lagi!


Corat-Coret, Kisah Saya | 8 Comments
 

Rumah dan Halaman
Thursday, December 08, 2011
Posted on 7:05:03 AM | 13 Comments

Ok. Hari ni saya mahu bercerita pulak tentang rumah di kampung saya. Bersama-sama dengan cerita apa-apa yang ada di halamannya.

Kenapa saya suka rumah saya?
Sebab dia best!

Rumah yang saya duduk sejak umur 3 tahun. Yang asalnya cuma yang kat tengah tu. Dan yang terakhir sudah keluar sayap kiri dan kanan, dah macam kapal terbang rupanya :)

Inilah tempat susah senang kitorang. Tempat berteduh dari hujan panas. Tadah air hujan luar rumah untuk mandi. Tadah air hujan dalam rumah bila atap bocor. Tapi sambil main air hujan luar rumah. Seronoknya lah!

Ini halaman depan rumah, dari pandangan bawah kononnya.
Ok. gambar-gambar ni semua saya curi dari FB adik saya. :D

Dan sawah padi adalah di sekeliling rumah saya.

Kerengga. Nampak jer kecik ni. Sekali dia ngap, tahulah rasanya.
Tapi biasalah, nak panjat pokok kena berani.

Sang penghisap madu.

Bukan main bergaya lagi ayam jago ni posing sebelah pokok nenas. Walaupun ayam betina banyak, tapi ayam jago kena ada satu jer. Dah nama pun bapak ayam, terima jer lah.

Ini pulak namanya burung wak-wak. Tak tau apesal nama dia macam tu. Mungkin sebab dia bunyi wak! wak! kot? Sedap juga kalau digoreng.

Boleh nampak tak enggang dua sejoli tu?
Bertenggek atas pokok kuini yang masa kecik-kecik dulu saya suka panjat tu.
Sangat comel! :)

Macam dah banyak sangat pulak gambar nih.
Lain kali saya sambung lagi, ya!


Corat-Coret, Kisah Saya | 13 Comments
 

Kampungku Indah Permai
Wednesday, December 07, 2011
Posted on 12:49:56 PM | 4 Comments

Kali ni saya mahu bercerita tentang kampung halaman saya, tempat jatuh lagi di kenang dari sejak zaman kanak-kanak sampai ke anak dara sampai ke jadi tunang dan isteri orang, sampai ke dalam pantang dan beranak dua, yang sekarang cuma tinggal kenangan.

Mula-mula saya mahu bercerita tentang sawah.

Ini jalan masuk ke kampung saya. Emmm.. Tapi sebenarnya ada banyak jalan masuk. Ini salah satu je. Saja nak bagitau, kampung yang sama dengan Nur Amina, dalam Nur Kasih. :)


Ini sawah di kala menghijau.


Ini sawah bila menguning. Dah sampai masa untuk menuai.
Ok. Tak berapa nak kuning. Mungkin kena tunggu seminggu dua lagi.

Pokok padi yang baru saja lepas dituai.

Selepas menuai, sawah akan dibiarkan dalam sebulan. Lepas tu sawah akan di bajak, untuk penanaman padi semula. Masa ni lah banyak burung datang mencari rezeki hasil dari tanah yang baru digembur.


Masukkan air dulu sebelum padi di tanam.
Jadi macam tasik. Cantik bila berombak ditiup angin.


Ini mesin penanam padi. Dulu tabur je.
Sekarang pakai mesin, jadi tersusun rapi macam pakai kuku kambing zaman dulu-dulu masa saya kecik-kecik, join berlumpur dan masuk sampan padi.

Dan putaran pun bermula, untuk 6 bulan lagi.. :)

Ah... Rindunya bau sawah.


Apa perasaan saya? Sedih memang sedih.
Besar pengorbanan. Besar cabaran.
Setiap yang terjadi, ada hikmahnya.

Life goes on. We moved for good.
Thank you, Allah.

To be continued...


Corat-Coret, Kisah Saya | 4 Comments
 

Kapkek saya!
Monday, December 05, 2011
Posted on 8:12:47 PM | 4 Comments

tadaaa!!!

ni kerja saya semalam. di rumah makcik saya, aka adik mak saya, juga jiran terdekat mak ayah saya. haha! setakat deco-deco buleh ler.. takyah buat adunan, takyah bake, yang paling best, takyah basuh bekas lepas tu. semua di sponsor oleh makcik saya. saya tinggal picit atas kapkek je. betuah punya anak buah kan. kekeke.. terima kasih cik siti!

ni jer yang saya tau. buat rumput. tu pun rumput serabai, tak berapa nak seni kemas. jadi lah kan.. bunga dah sah-sah dari kedai. :)


Corat-Coret, Kisah Saya | 4 Comments
 

{ Newer Post } ..::.. { Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server