HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

KSSR
Wednesday, January 15, 2014
Posted on 1:24:54 PM | 2 Comments

Saya dapat message ni dari WhatsApp. Rasanya elok juga kalau saya kongsikan bersama. Memandangkan anak saya first batch untuk KSSR ni, saya memang peduli hal-hal yang berkaitan.

Jom baca dulu. Nanti saya komen sikit.


Sedikit info untuk ibubapa tentang pelajaran anak-anak di masa kini...
Harap sabar membacanya kerana ianya sangat PENTING....

A) Tahun 2014 ada Penambahbaikan dari PBS yang akan bertukar kepada KSSR. Maklumat yang telah diterima seperti berikut :


  1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).
  2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
  3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
  4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
  5. Ujian-ujian lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).
  6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
  7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru sahaja untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
  8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.

B ) Subjek Baru KSSR akan Diperkenalkan iaitu


  1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
  2. Rekabentuk Teknologi
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

C ) 2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik


  1. Penambahan Bagi Bab Koordinat (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
  2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

Selain daripada itu,Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2 (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)" seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT.

Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Info ni sangat PENTING.

Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016.

Ianya lebih dikenali sebagai "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)"

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. Bersediahkah anda?

Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang..

-------------------------

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2. Rutin & Bukan rutin


#A# RUTIN

Aras Rendah
** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?


#B# BUKAN RUTIN

Aras Tinggi
1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.


Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.

Semua ibu bapa, jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.


#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)

Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah :
Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?
anak anda mungkin boleh faham dengan pantas..

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?


#2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills)

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?
Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas.

Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan?
Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.


Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..?

5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs):
Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu....
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?

Sila baca dibawah............
a) Sepertimana yang diwar-warkan tempoh hari Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
b) PERSOALANYA SEJAUH MANA semua Ibubapa Sudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini ?
c) Berikut disenaraikan 5 CIRI " HOTs "

#1# SKOP YANG LUAS :
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan

#2# FAKTA :
❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

#3# BERMAKNA :
❒Boleh ditafsir dan Mencabar

#4# STIMULUS :
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

#5# RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?
Lihat contoh-contoh yang disediakan

CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? .
Komen
- Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
- Ada 1 jawapan sahaja
- Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir

CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen
- Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
- Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
- Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
- membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian
Info terkini perubahan dlm sistem pendidikn kita..

Terima kasih kerana sudi ambil masa untuk membacanya kerana anda seorang yang HEBAT !!!

Sampaikan...

Pada pendapat saya, saya setuju dengan Soalan Aras Tinggi ni. Sebab budak pun dah bijak-bijak belaka sekarang. So inilah masanya kita kena tajamkan skill pemikiran kritis diorang. Diorang kena dilatih untuk tahu membuat keputusan. Bukan setakat hafal apa yang ada dalam buku.

Kalau ikut persekitaran kerja pun, client atau customer atau boss sekali pun tak suruh kita selesaikan masalah 5 + 5 berapa? Diorang cuma cakap, "Saya nak 10". So, macammana nak dapatkan 10 tu, pandai-pandai kitalah nak cari sumbernya, masalahnya, penyelesaiannya sebelum kita present 10 tu kepada mereka.

Kan..


Anak-anak Kita | 2 Comments
 

Idaman #2014
Monday, January 13, 2014
Posted on 12:22:07 PM | 1 Comments


Kisah Saya, Ceritus | 1 Comments
 

Melly dah darjah satu.
Wednesday, January 08, 2014
Posted on 5:21:42 PM | 2 Comments

Pejam celik. Pejam celik. Pejam lagi. Celik lagi.
Melly dah pun masuk darjah satu.

Hari pertama memang excited. First time beratur pada perhimpunan. Alhamdulillah. Tak ada banyak masalah. Dah biasa sekolah kan. Cuma Melly cakap, dia sedih sikit. Sebab nak duduk dekat mama. Perjalanan hidup masih panjang, Melly.

Si Marsya budak yang duduk sebelah Melly siap check beg Melly. Keluarkan semua buku tulis yang saya bawakkan. Lepas tu dia tolong tuliskan nama kelas untuk semua buku Melly tu. Sebenarnya saya saja tinggalkan space biar Melly tulis sendiri. Marsya dah tak sabar agaknya. Haha..

Masa rehat pagi Melly makan bekal. Tapi Melly makan lambat, sempat makan dua ketul nugget je. Melly kena belajar makan laju-laju tapi jangan sampai tercekik. Masa rehat sekolah petang Melly beli nasi goreng sendiri sebab saya sampai sekolah untuk waktu rehat dah terlambat. Melly beli air sendiri.

Hari kedua sekolah, Melly dah survive sendiri. Rehat saya tak datang jenguk. Tengahari ke transit pun saya tak follow. Rehat petang pun saya tak tengok. Cuma bila balik saya suruh Melly update.

Rupanya duit Melly yang bawak dari pagi dah hilang. Masa nak ke sekolah petang, Melly bagitau abang, abang bagi RM1.50. Pandai abang. Abang dah pandai pegang tanggungjawab. Balik rumah tak mengadu pun duit kurang ke apa. Good job abang.

Hari ketiga sekolah, Melly kata Melly tak belajar kat sekolah petang sebab Melly terbawak beg sekolah pagi. Haha.. Belum kenal beg lagi. Tak apelah. Ustazah tak marah pun, Melly kata.

Hari kelima Melly menangis masa bersiap ke sekolah. Saya tanya kenapa.
Jawapnya "Melly tak nak sekolah."
"Ada orang kacau Melly ke?"
Melly geleng sambil jawab, "Melly ngantuk. Melly nak tidooo.."
Oh..

Nasib baik Melly jenis senang dipujuk. Terus semangat pergi sekolah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Amin.


Anak-anak Kita, Ceritus | 2 Comments
 

Mawar Putih Tanda Perpisahan
Tuesday, December 10, 2013
Posted on 9:25:37 AM | 2 Comments

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Saya tertengok cerita ni minggu lepas. Sedih dan terkesan.

Lepas google, baru tau ni drama terbaik Anugerah Skrin.
Patutlah best.

Love the story.
Love the acting.
But I'm still not happy with the ending. :'(

Oklah. Dah 3 kali tengok.
Boleh baca review kat sini.


Fiction, Review | 2 Comments
 

Band di KSSR
Thursday, January 17, 2013
Posted on 10:07:12 AM | 4 Comments

Salam. Lama tak duduk sini. Eh! dah tahun baru rupanya...
Oklah. Saje nak borak-borak.

Semalam dapat keputusan keseluruhan band untuk Elman masa dia Tahun 2. Dalam sistem KSSR ni, tak guna ABC dah. Main guna Band pulak, B1 sampai B6. So, semalam, kitorang refresh balik pasal Band ni. Maka encik suami pun berceritalah. Macam ni ceritanya.


Katakan subjek tu pasal makan.

Band 1 maksudnya budak tu dah tau apa itu makan. Makan adalah bila kita masukkan sesuatu ke dalam mulut dan telan.

Band 2 maksudnya budak tu dah tau makan tu apa, dan faham dengan maksudnya.

Band 3 maksudnya budak tu dah boleh makan. Eh. Macam senang je nak dapat band 3 kan. Hahaha..

Band 4 maksudnya, makan dengan tangan kanan, di meja makan dan duduk atas kerusi.

Band 5 pulak maksudnya, semua yang di atas dan boleh baca doa sebelum dan selepas makan.

Dan yang tertinggi dalam kelasnya, Band 6, maksudnya, lepas buat semua yang atas tu, dia boleh siap basuh pinggan.

Itulah lebih kurang analoginya.


Jadi, soalan saya pada suami saya adalah: macammana nak relate dengan subject Maths pulak?

Jawapan suami saya, kalau dah basuh buku tu, kira dah band 6 lah. Wahahaha.. biasa lah, kitorang memang suka bagi soalan-soalan manja.

Untuk cikgu-cikgu KSSR yang terserempak dengan artikel ni, mohon betulkan kalau tersalah ya. Tapi yang pasal basuh buku tu kitorang main-main je.

Bye dan jumpa lagi!

Rujukan:


Anak-anak Kita, Kisah Saya | 4 Comments
 

sepuluh
Friday, October 19, 2012
Posted on 8:51:15 AM | 8 Comments

alhamdulillah.
terima kasih sebab selalu ada. selalu berkongsi rasa.


Kisah Saya | 8 Comments
 

oktober. bulan cinta.
Monday, October 01, 2012
Posted on 10:38:08 PM | 0 Comments

nanti orang kata biarlah tiap-tiap bulan, bulan cinta.

oklah.

tiap bulan pun bulan cinta.
tapi oktober lebih sikit.

saya suka oktober.
sebab di dalamnya ada cinta.


Kisah Saya | 0 Comments
 

Adam & Harez
Saturday, September 29, 2012
Posted on 8:49:34 AM | 4 Comments

Suka tengok gambar Adam & Harez pakai baju sama-sama ni.
Hari ni Harez tepat-tepat 4 bulan.
Adam pulak 9 bulan 10 hari.

Semoga keduanya membesar sebagai anak yang soleh
dan membawa kebaikan kepada agama dan bangsa.


Anak-anak Kita, Kisah Saya | 4 Comments
 

Sibuk
Tuesday, September 25, 2012
Posted on 10:16:20 AM | 4 Comments

Lama tak update blog. Lama tak cerita pasal diri sendiri.

Sibuk.
Tu saje alasan yang saya ada.
Mula selepas raya, tiap-tiap hujung minggu sibuk dengan open house (rumah orang lah, bukan rumah saya), kenduri saudara-mara, dan macam-macam. Rasa macam tak cukup hari.

Tapi memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Bukan selalu pun. Banyak cerita yang dikongsi. Walaupun selama ni intai-intai cerita ikut facebook, tapi bila cerita berdepan lagi penuh makna. Penuh ekspresi. Lagi best bila usik-mengusik.

Tak ada apa cerita saya. Semuanya biasa-biasa saja. Anak kecik saya semakin membesar. Dan perlukan banyak perhatian. Dan kerja pun perlu banyak perhatian.

Sebab itu saya sibuk.


Kisah Saya | 4 Comments
 

Salam Aidilfitri.
Friday, August 17, 2012
Posted on 8:01:42 AM | 1 Comments


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan segala kesilapan dan kekurangan.

Hati-hati dijalan raya ya!



Kisah Saya | 1 Comments
 

{Newer Post} ..::.. {Older Post}
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server