Home Made By Maya About Virtual World

some part of my daily life, translated into the virtual life..
 

baju raya, anyone?
Wednesday, July 14, 2010
Posted on 8:38:52 AM | 14 Comments

diam-diam-diam tiba-tiba cerita baju raya pulak kan..


bukan warna asal

haha!

saya senang je bab raya-raya ni. baju raya pun beli siap je. elok pulak ada kakak ofis tahun ni bawak baju kurung siap untuk dijual. pilih-pilih-pilih yang mana saiz ok, amik jer lah.. senang. takyah fikir nak kaler apa. nak design cemana. nak cari tailor semua tu kan.... padahal memang dah tau orang dah takmau amik order.. takpe lah diorang nak raya gak kan..

lepas dah beli baru teringat ada selai kain bersulam untuk baju melly yang konon tahun ni nak buat sendiri tu, tapi kaler kuning cair. kekeke.. tak sama lah kita tahun ni dik.

takpelah. pelangi yang cantik tu kan kan ada banyak warna..

Kisah Saya | 14 Comments
 

tips membeli designer cotton
Tuesday, July 06, 2010
Posted on 8:33:52 AM | 15 Comments

(gambar di google)

wah gitu! tajuk kenelah canggihkan.. tapi kalau awak nak cari tips pasal jenis-jenis atau designer-designer, kira salah nombor lah eh. saya tak pandai citer bab tu.. tu kene tanya bahagian penguat kuasa hal ehwal fabrik-fabrik sedunia.. heh he..

yang saya nak cerita ni adalah berkenaan macammana nak memiliki designer fabric idaman hati.. mengikut pengalaman saya..

mula-mula sekali macam biasa lah kene rajin browse dan spot kain yang mane kita berkenan.. kumpul-kumpul-kumpul lagi dan filter lagi mengikut budget.. hihi! yang ni penting tau.. kalau kite dah suka tu, tak kiralah budget yang ada untuk setengah ela pun, biar kita beli. sebab... kalau sudah jatuh ke tangan orang, boleh meleleh air mata dek non..

ada orang kate segan nak beli setengah ela je. ade pulak tanya, nak buat ape setengah ela? mana cukup?

ok. untuk ayat penyata pertama berkenaan segan tu, sebenarnya takyah segan pun.. itulah gunanya sellers yang rajin organize preorder tu.. sebab kita nak beli sikit-sikit.. kalau kita nak beli banyak, baik terus cari kat etsy tu kan.... saya pernah order cuma setengah ela atau seela.. dan kebanyakan fabric yang saya order cuma setengah ela untuk satu design, kecuali kalau ada permintaan, atau cantik sangat sampai tidur tak lena termimpi-mimpi.. haha! sebab tu stash saya nampak cam banyak kan? auta je tu.. padahal semua sikit-sikit. jadi, jangan segan ok..

ok. untuk soalan kedua dan ketiga pulak.. berkenaan nak buat apa setengah ela? cukup ke? kacang je soalan tu... hehe.. camni.. kalau agak-agak tak cukup, kita matchinglah dengan kain lain... sundress yang saya buat tu, setengah ela dah buleh buat sampai umur 3 tahun.. cuma bahagian dada kene cari kain lain.. senang je kan... kalau kita jahit sendiri dengan kos designer fabric yang cun melecun, cube bandingkan dengan dress siap? harga dia masih murah, kan.. tambah bonus kain kita cantik giler.. betul tak?

seterusnya, mana nak cari dana nak kumpul designer fabric?.. buat seketika, kita lupakan tentang orang yang banyak duit ya.. yang penting, kita kene buat sungguh-sungguh.. bila kita dah buat baju cantik-cantik, ada pulak orang minta tolong buatkan, ha!! dari situlah kita kumpul dana..

contohnya kan, macam sundress tadi.. bahagian skirt kene ada setengah ela. bahagian dada pulak suku ela.. tapi, kita tak boleh beli suku ela.. paling kurang kene beli setengah ela.. jadi...... kita belilah setengah ela.. kira cam kita menumpang belian lah.. jangan pulak charge orang tu setengah ela utk bahagian dada.. kira suku ela tu kos kita lah kan... apelah sangatkan nak banding dengan himpunan stash kita yang bakal makin bertambah... bayangkan mende ni berulang 5 kali.. katakan sehelai dress yang dah siap, upahnya adalah sama nilai dengan setengah ela kain, bukan setakat kita dapat beli 5 designer fabric yang lain, kita dah dapat sekali 5 jenis kain pelbagai corak suku ela yang kita boleh cantumkan jadi tiered dress.. berbaloi-baloi kan?

ok.. kalau taknak buat tiered dress, trylah buat spaghetti strap cover.. atau book cover atau pouch atau scrunchies atau luggage tag atau apa-apa saja yang kita mahu.. pastu kalau balance kain tu dah kecik sangat, cantum-cantumlah jadi something yang kiut.. buat sulam tampal ke, quilt ke, easy stitch ke.. lepas gak entry blog untuk satu hari kan... hehe..

ok.. itu saja tips saya pada kali ni.. walaupun sikit sangat, celah gigi je orang kata, harap-harap dapat bagi semangat pada orang lain..

akhir kata, majulah kraf untuk negara.

sekian, terima kasih.
:D

Tips dan Petua | 15 Comments
 

dan pemenangnya adalah...
Thursday, July 01, 2010
Posted on 10:00:06 AM | 18 Comments

pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang join giveaway ni. terima kasih juga atas ucapan harijadi. tahniah kepada pemenang!

1. lia - Mamaleesya@home

2. ummi - Sentuhan Jemari Ummi

3. fathiah - Sewing is enjoy!

nanti tolong email alamat ke my7710 yahoo.com ya! tq!

Giveaways | 18 Comments
 

memang betul bagai dikata, bandung itu surga belanja
Monday, June 28, 2010
Posted on 9:48:16 PM | 38 Comments

hehe.. kalau duit berkepuk memang heaven rasanya. tapi bila duit dah menyusut, terus rindu tanah tumpah darahku...

ini kota bandung. kami sampai pukul 11 pagi waktu bandung. terus naik teksi ke hotel di dago. dago adalah di tengah-tengah kota bandung. tempat anak muda berpeleseran katanya. betul-betul di belakang hotel ada satu factory outlet. dan dalam lingkungan 1km, ada bermacam-macam lagi factory outlet. hah! kata nak shopping kan? amik!

sampai hotel, check in satu bilik, sebab baru satu bilik yang ready dan kami terus ke rumah mode.

kalau pernah ke bandung, rasanya tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi. ibu segala factory outlet. ramai betul orang kat situ. sesak sungguh rasanya. tapi hajat di hati tetap perlu dipenuhi. redah jer.

ini hari kedua. pagi-pagi lagi pak supir sudah menunggu dengan innovanya. pukul 8 pagi kami dah bertolak. gambar diambil di puncak tangkuban parahu. jauh merenung ke seberang gunung teringatkan malaysia tanah air tercinta. wah gitu! hahaha!

rombongan yang asalnya 10 orang sudah bertambah menjadi 3 kali ganda bila dicampur dengan peniaga-peniaga souvenir yang mengikut saja ke mana pun kita pergi. memujuk-mujuk dengan menurunkan harga sampai tak masuk akal pun iya. tapi sebab ramai sangat, satu pun saya tak beli. takut bila beli satu , ramai lagi yang hulur suruh beli.

masih di tangkuban parahu. menyusur gerai-gerai yang tersusun di kiri dan kanan jalan. sesekali ada motor lalu. lagi-lagi bila motor naik bukit. sah-sah kena telan asap. souvenir memang cantik-cantik. tapi tempat ni agak mahal dibanding dengan tempat lain.

balik dari tangkuban parahu, kami makan di area sogo paris van java. view cantik, makanannya pun sedap. sempat juga pusing keliling tengok-tengok keadaan yang cantik di situ. on the way masuk ke sogo untuk ganti pampers melly, sempat jeling-jeling, casing iphone murah tiga kali ganda dari sini tapi tak sempat nak tukar segala sebab takut lama. pun tak sempat nak masuk outlet-outlet kat situ, mengejar masa mahu ke pasar baru. saya suka tempat ni. open. cantik.

yang paling ditunggu dan dinanti. naik giler ok? padahal kain baju kurung untuk saya cuma sepasang saja. hehehe. yang lain-lain kebanyakannya saya cuma beli 1m saja. fikirkan bag yang tak cukup luas lagi... padahal fikirkan duit yang dah susut tiba-tiba. :P

hari ketiga, kami menyusur outlet-outlet sambil menahan nafsu. haha! kalau ke sana, jangan lupa singgah terminal tas. tempat kasut dan pelbagai jenis bag. BEST GILER!!... seberang terminal tas ada heritage factory outlet. masa ni heritage tengah sale. barang dia murah dibanding factory outlet yang lain.

satu yang saya perasan, lagu-lagu kat outlet diorang sedap-sedap didengar walaupun tak pernah dengar. kata lagu indon kan sedap. memang betul pun!

ini gambar bila dah sampai di lcct. kalau ikutkan sampai pukul 8 malam, tapi 10 malam baru sampai. selamat tinggal kota bandung. harap kita berjumpa lagi suatu masa nanti ya!

hotel tempat kami menginap tu takde internet. wah! lain betul rasanya tak dapat online selama 4 hari. takde blog. takde fb. takde email. takde ym. nasib baik ada keluarga.

terima kasih yang tak terhingga untuk ucapan-ucapan selamat hari jadi. saya sangat terhibur dan terharu. ;)

Travelog, Kisah Saya | 38 Comments
 

FREE!! Birthday Present
Friday, June 25, 2010
Posted on 7:45:36 AM | 139 Comments

(Dah nama present mestilah free kan? Hahaha!)

Ya! Saya tau, ramai yang sambut birthday bulan ni. Tapi, hari ni 25 Jun adalah satu-satunya birthday saya, jadi ianya lebih special. LOL! Cepat betul masa berlalu rasanya. Belum puas saya nikmati zaman kanak-kanak dan remaja... Hahahaha! Ok. Saya mengarut... Takpelah. Kita happy-happy jer lah eh.

Walaupun saya dah tua, ramai lagi yang lebih tua dari saya. Kahkahkah! Tiba-tiba saya nak gelak berdekah-dekah kahkahkah, bukan gelak sopan macam selalu, hihihi atau hehehe atau hahaha atau huhuhu.. Ah! Nampak macam happy sangat kan? ---Sebenarnya bila baca kahkahkah macam tu, macam gelak mengejek pun ya. Susah juga, sebab kita tak dapat dengar intonasi. Mungkin benar-benar happy sapa tahu?

Ok. Berbalik kepada tajuk asal, bersempena dengan hari yang sangat special ni, saya nak buat free giveaway.

Tadaaa!!!

Hadiahnya berupa reversible tote-bag untuk pemenang bertuah utama.
Suka tak?

Dan sepasang bookmark untuk pemenang bertuah kedua dan ketiga.
Suka tak?

Senang je caranya. Tulis komen je kat entry ni. Since saya tak ada di kawasan liputan sekarang dan tak berapa online, saya nak minta tolong sebarkan berita terkini hiburan sensasi gembira tentang free giveaway ni kat blog sapa-sapa yang sudi. Boleh?

Saya akan announce penerima bertuah yang dipilih secara random pada 1 July nanti.

Until then, I hope you enjoy yourself today, as much as I do! (Tiba-tiba nak spekong huhu!..)

Love,

Giveaways, Kisah Saya | 139 Comments
 

What would you do with a letter that changed everything ?
Sunday, June 20, 2010
Posted on 10:34:58 AM | 6 Comments

It was two weeks that would change their lives forever. Soon after John Tyree (Channing Tatum) and Savannah Lynn Curtis (Amanda Seyfried) fall madly in love, their relationship is put on hold. With one leaving to complete his service, and the other to complete her college education, they pass the time by exchanging a continuous stream of love letters, until they can be reunited permanently a year later.

But when war breaks out, their separation is extended indefinitely. Will their relationship survive the greatest test of all: the test of time? Based on the best-selling novel from the author of The Notebook, DEAR JOHN is a timeless romance that will warm your heart.


---

My Comment:

I love both stories, in the book and the movie. I read the book once, obviously because I'm a slow reader and hardly find time to read. I watched the movie more than 5 times already. And watched the trailer again and again. Crazy enough huh?

Fiction | 6 Comments
 

elman is 6 today
Tuesday, June 08, 2010
Posted on 7:43:37 AM | 15 Comments

Happy Birthday Elman!

Semoga hidup Elman sentiasa diberkati Allah
dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmatNya,
cemerlang di dunia dan di akhirat,
sihat sejahtera dan bahagia selalu,
dimurahkan rezeki, ditingkatkan Iman,
dan menjadi anak yang soleh, mendengar kata,
dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
... Amin ...

Mama, Papa dan Adik sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada Abang,
lagi besar dari bumi.


nota kaki: cupcake & cheese tart yang sedap giler dari oven yang comel. <<-- cepat click sekarang sebelum habis.

Anak-anak Kita | 15 Comments
 

l.b.s.g.a.g.a.l
Friday, June 04, 2010
Posted on 4:09:56 PM | 7 Comments

saya tak expect pun movie tu akan sama tahap dengan buku. tapi ianya jauh-jauh-jauh lebih teruk walaupun sekadar dari apa yang saya expect. walaupun trailer dia sangat-sangat-sangat best dan ost pun sangat-sangat-sangat best.

saya harap sangat ada pengarah yang lebih creative (dan teliti) yang akan mengarah cerita ni lain kali.

ok.. tak yah ulang banyak kali.. sila gugle: review lagenda budak setan the movie.
i'm not alone...


*

---------------------------------------------------------------------------------------
bawah ni update on 8 june, sebab masih tak puas hati lagi.. :P
---------------------------------------------------------------------------------------

kene letak gak lah link ni untuk rujukan mase depan...
Lagenda Budak (tak berapa) Setan.
KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN

* kalau jumpa review best lagi, saya sambung lagi...
* kalau saya ada kuasa, saya akan tukar pengarah

Fiction | 7 Comments
 

jalan-jalan di one utama di hujung minggu yang panjang
Tuesday, June 01, 2010
Posted on 7:15:17 AM | 13 Comments


on the way ke one utama.
melly on the phone entah dengan sapa. bizi betul anak mama.
nampak tu sebelah mata merah sebab kene gigit semut.
kesian. bengkak sikit. makin sepet mata tu.

sampai-sampai, cerita shrek baru nak start. terus beli tiket dan masuk panggung.
sepanjang cerita melly dok peluk mama. takut katanya. hahaha!
tapi cerita shrek memang best! elman lah yang paling suka.

lepas tengok wayang, layan big apple yang sedap menjilat sampai ke pipi.

elman kene suap sebab mama tak percaya dengan coklat yang berjurai-jurai.

apatah lagi melly. tengok tu comotnya.

suka gambar ni sebab ada heart shape kat belakang tu.
lepas makan, sementara tunggu mama, melly masih sibuk di telepon.
cerita pasal donut yang baru dimakan. kuat bergayut nih.. haip!

lepas makan, belek-belek baju di fos. tapi tak beli pun.
tujuan sebenar cuma nak beli stokin elman.

sempat singgah di craft haven yang memang memang heaven!

beli curve corner puncher dan balik-balik terus jakun buat name card idaman.
saya guna kertas kaler sebab saya takde color printer. kesian kan?
alahai terus teringat muka kesian kucing shrek tu... comel betul..
eh.. bukan saya, kucing tu. :P

Kisah Saya, Anak-anak Kita | 13 Comments
 

dari kisah benar
Sunday, May 30, 2010
Posted on 12:29:19 AM | 8 Comments

the movie

the book


the real Michael Oher & family.

the family in the movie.

saya baru tengok movie kisah benar mengenai Michael Oher. saya bukan paham atau suka pun sukan ragbi. tapi cerita ni sangat memberi inspirasi. sedih pun ya. bagi semangat pun ya.

sampai saya search cerita-cerita dia di internet, sebab nak tengok muka keluarga angkat yang sebenar. baru tahu memang ada bukunya. dan saya baca sedikit sebanyak ceritanya di sini: the ballad of big mike.

Fiction, Motivation | 8 Comments
 

{Newer Post} ..::.. {Older Post}
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved.