HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Cerita bunga lagi
Saturday, May 10, 2014
Posted on 8:03:04 AM | 2 Comments

Kita sambung lagi cerita bunga ya. Baru 4 entries, so belum tahap obses lagi kot. Haha.. Kali ni saya nak cerita pasal nama bunga yang ada di rumah saya buat masa ini. Saya bukanlah expert. Jadi memang jenuh nak mencari nama bunga ni.

Inilah barisan terbaru di car porch rumah saya. Biasalah kan, boring-boring tukar baris. Boring lagi tukar baris lagi. Jangan pokok-pokok ni pening sudah.

Yang putih tu nama dia Hydrangea ataupun nama Melayunya bunga Tiga Bulan. Hah haa comel je nama.. Kenapa nama dia Tiga Bulan? Sebab... bunga dia boleh tahan tiga bulan. Best betul. Nama lain bunga ni ialah bunga Siti Zubaidah. Bunga ni sebenarnya beracun. Saya pun baru tau. Jadi kena ambik extra precaution lah nampaknya. Jangan sampai dicapai budak kecik tu. Bahaya kalau dia masukkan mulut.

Yang purple tu pulak namanya Mona Lavender. Walaupun rupa ada ala-ala lavender, tapi tak ada bau, maka dietakkan nama Mona dipangkalnya. Bukan main sedap namanya ya.. cantik pun cantik.

Yang kuning dan oren tu namanya Tapak Dara atau nama orang putihnya Geranium. Buat masa ni ada dua warna ni jer lah kat rumah saya ni. Yang bunga kecik-kecik kat depan tu namanya dianthus. Tapi nampak macam tak tahan lama lak jangka hayat pokok tu..

Yang ni rasanya semua orang pun tau. Bunga Ros. Yang ni ros kampung. Kecik-kecik je bunganya.

Ok. Sampai sini dulu... Selamat berhujung minggu!


My Garden, Kisah Saya | 2 Comments
 

What do eccentric heel drops do? says ...
  It is not my first time to visit this site, i am browsing this site dailly and get fastidious data from here every day.

Reply | Posted on 9/2/2017 7:34:46 PM
 

Where are the femur tibia and fibula? says ...
  Thanks for your personal marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you may be a great author.I will
be sure to bookmark your blog and will often come back at some
point. I want to encourage yourself to continue your great work,
have a nice weekend!

Reply | Posted on 9/3/2017 3:23:14 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 17 + 5 =
 

 
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server