![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
some part of my daily life, translated into the virtual life.. |
||||||||||||||||||||
|
Travelog
pasar malam cameron highland
Tuesday, July 20, 2010 Posted on 8:02:19 PM | 5 Comments
ingatkan nak selang-selikan dress dengan strap cover.
hahahaha! last weekend kami ke dunia sejuk tanpa air-cond.
![]() tak plan pun.
![]() happy!
![]() kami ikut jalan lama.
![]() satu lagi tempat yang saya teringin nak pegi lagi.
Saturday, July 03, 2010 Posted on 7:40:23 AM | 19 Comments
![]() eh eh.. macam pernah nampak gambar atas ni kan... :D
![]() ok. saya banyak ambik yang polka dot, bunga sikit-sikit. itu pun jenuh menahan pandangan mata. hahaha! saya beli 1m je setiap satu. kebanyakannya berwarna gelap. sebab tujuannya untuk dibuat ropol atau bias tape untuk disuai padankan dengan kain yang ada. pandai kan saya tahan nafsu? tapi. yang paling paling paling saya suka dan gembira dan happy dan suka balik dan rasa sangat berbaloi-baloi-baloi adalah kain di bawah. ![]() memang saya nak cari kain koton sulam macam ni. kain dia sangatlah lembut.. dah tu pulak bercorak paisley, lagilah meruntun-runtun jiwa. saya sangat suka. kejap rasa nak buat dress melly. kejap rasa nak buat baju kurung raya melly. kejap rasa nak buat seluar beropol. oh! satu pun tak terbuat lagi...
Monday, June 28, 2010 Posted on 9:48:16 PM | 38 Comments
hehe.. kalau duit berkepuk memang heaven rasanya. tapi bila duit dah menyusut, terus rindu tanah tumpah darahku... ![]() ini kota bandung. kami sampai pukul 11 pagi waktu bandung. terus naik teksi ke hotel di dago. dago adalah di tengah-tengah kota bandung. tempat anak muda berpeleseran katanya. betul-betul di belakang hotel ada satu factory outlet. dan dalam lingkungan 1km, ada bermacam-macam lagi factory outlet. hah! kata nak shopping kan? amik! sampai hotel, check in satu bilik, sebab baru satu bilik yang ready dan kami terus ke rumah mode. ![]() kalau pernah ke bandung, rasanya tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi. ibu segala factory outlet. ramai betul orang kat situ. sesak sungguh rasanya. tapi hajat di hati tetap perlu dipenuhi. redah jer. ![]() ini hari kedua. pagi-pagi lagi pak supir sudah menunggu dengan innovanya. pukul 8 pagi kami dah bertolak. gambar diambil di puncak tangkuban parahu. jauh merenung ke seberang gunung teringatkan malaysia tanah air tercinta. wah gitu! hahaha! rombongan yang asalnya 10 orang sudah bertambah menjadi 3 kali ganda bila dicampur dengan peniaga-peniaga souvenir yang mengikut saja ke mana pun kita pergi. memujuk-mujuk dengan menurunkan harga sampai tak masuk akal pun iya. tapi sebab ramai sangat, satu pun saya tak beli. takut bila beli satu , ramai lagi yang hulur suruh beli. ![]() masih di tangkuban parahu. menyusur gerai-gerai yang tersusun di kiri dan kanan jalan. sesekali ada motor lalu. lagi-lagi bila motor naik bukit. sah-sah kena telan asap. souvenir memang cantik-cantik. tapi tempat ni agak mahal dibanding dengan tempat lain. ![]() balik dari tangkuban parahu, kami makan di area sogo paris van java. view cantik, makanannya pun sedap. sempat juga pusing keliling tengok-tengok keadaan yang cantik di situ. on the way masuk ke sogo untuk ganti pampers melly, sempat jeling-jeling, casing iphone murah tiga kali ganda dari sini tapi tak sempat nak tukar segala sebab takut lama. pun tak sempat nak masuk outlet-outlet kat situ, mengejar masa mahu ke pasar baru. saya suka tempat ni. open. cantik. ![]() yang paling ditunggu dan dinanti. naik giler ok? padahal kain baju kurung untuk saya cuma sepasang saja. hehehe. yang lain-lain kebanyakannya saya cuma beli 1m saja. fikirkan bag yang tak cukup luas lagi... padahal fikirkan duit yang dah susut tiba-tiba. :P hari ketiga, kami menyusur outlet-outlet sambil menahan nafsu. haha! kalau ke sana, jangan lupa singgah terminal tas. tempat kasut dan pelbagai jenis bag. BEST GILER!!... seberang terminal tas ada heritage factory outlet. masa ni heritage tengah sale. barang dia murah dibanding factory outlet yang lain. satu yang saya perasan, lagu-lagu kat outlet diorang sedap-sedap didengar walaupun tak pernah dengar. kata lagu indon kan sedap. memang betul pun! ![]() ini gambar bila dah sampai di lcct. kalau ikutkan sampai pukul 8 malam, tapi 10 malam baru sampai. selamat tinggal kota bandung. harap kita berjumpa lagi suatu masa nanti ya! hotel tempat kami menginap tu takde internet. wah! lain betul rasanya tak dapat online selama 4 hari. takde blog. takde fb. takde email. takde ym. nasib baik ada keluarga. terima kasih yang tak terhingga untuk ucapan-ucapan selamat hari jadi. saya sangat terhibur dan terharu. ;)
Wednesday, May 05, 2010 Posted on 8:07:02 AM | 20 Comments
Sepanjang panas terik perjalanan menyusur Sungai Melaka saya terbayangkan zaman dulu-kala. Terbayangkan waktu pokok-pokok hutan merimbun di tepi sungai. Mesti sejuk masa tu dengan udara yang nyaman dilengkapi suara unggas dan burung yang berkicauan. Tidaklah panas membahang macam sekarang. Ada pulak kanak-kanak bergayut pada akar-akar pokok tumpang dan terjun ke sungai sambil bergelak-gelak gembira. Di atas batu di tepi sungai, Bawang Putih sedang membasuh baju sambil menyanyi lagu si ikan kaloi. Ada pulak Belalang tengah angkut air dalam belanga untuk dibawak pulang. Sejuknya suasana zaman dulu. Sejuknya pemandangan. Terbayang juga macammana Hang Tuah meredah hutan untuk berjumpa Puteri Gunung Ledang. Dah termasuk PGL pulak. Sebenarnya nak cerita pasal sungai jer. Macammana hidup diorang tanpa kamera? Tanpa internet? Tanpa FB? Tanpa kereta? Tanpa TV? Mesti apa-apa yang ada disekeliling amat bermakna. Bukan macam sekarang, tidak ambil peduli. Tiba-tiba terus ternampak Pak Pandir tengah menyusur sungai dengan sampannya membawa seperiuk nasi untuk diberi kepada anak gergasi. Dan lepas tu bapak gergasi gunakan tempayan untuk ke seberang sungai dan tenggelam di tengah sungai. Isk! Tergambar macammana dulu sampan-sampan kecil membawa ikan dari laut dan diangkut ke jeti dan bermulalah sesi tawar-menawar. Dengan masing-masing berbaju Melayu Johor dan kain pelikat berselimpang dibahu dengan kepala diikat kain batik (apa nama ikatan tu eh?). Tenangnya zaman dulu. Tak hiruk-pikuk macam sekarang. Bising. Panas. Termasuk pulak dalam subjek sejarah yang mana pedagang-pedagang dari China sibuk memunggah barang-barang dagangan dari kapal-kapal yang besar. Bawak pulak Puteri Hang Li Po untuk dipersembahkan kepada raja. Eh! Laksamana Cheng Ho pun adalah. Zaman dulu penuh adab sopan. Bahasa pun cantik. Kiasan pun yang sedap didengar dan mendalam maksudnya. Sejuknya rasa hati masa tu. Tiba-tiba menjelma Si Tanggang. Terus mematikan alam fantasi saya. Menyusur Sungai Melaka ni betul-betul buat saya rasa nak duduk Melaka, selain saya juga pernah berangan-angan nak duduk Putrajaya. Ya. Angan-angan kosong sebab takde daya usaha pun ke arah tu. ![]() Sepanjang tebing sungai yang sudah berkonkrit.
![]() Tempat ni hidup bila waktu malam.
![]() Kampung Morten. Suasana kampung yang tetap dipelihara. ![]() Juga dipanggil Muzium Hidup.
![]() Mural yang sangat cantik dan penuh nostalgia dan sangat mengasyikkan.
![]() Melaka Kota Warisan Dunia.
![]() Kawasan belakang rumah dan kedai yang terjaga rapi.
![]() ![]() Sangat cantik, kan? Tak sangka kat Malaysia boleh ada pemandangan macam ni.
![]() Kincir air diraja.
![]() Pemandangan sungai fantasi saya di waktu malam.
. Cantik betul Melaka sekarang. Rasa tak puas ronda sehari.
Tuesday, May 04, 2010 Posted on 6:59:54 PM | 19 Comments
Hahaha! Baru pergi Melaka pun dah sampai 2-3 entry. Tak taulah macammana kalau dapat tiket free ke Gold Coast kan? Lagi kalau ke Paris. Atau ke Maldives. Berangan tak ingat. Ok. ![]() Do Re Mi, 3 orang sahabat! ![]() Cerita tak banyak pun. Biasa jer, naik beca pusing-pusing Bandar Melaka kan. Nak bagi seronok hati anak-anak bujang ni. Tengok, punya happy dapat naik beca bertiga. ![]() Melly memang dok keras je di pangku saya. ![]() Ada 4 beca semuanya. Satu beca adalah RM15 around 15 minit kot. Tapi beca yang saya naik ada pokok bunga tinggi melampai penuh bunga sampai susah saya nak tengok depan. Dah lah beca saya belakang sekali. Tapi memang kreatif habislah diorang ni decorate beca masing-masing. Semua tak nak kalah. . . . . ![]() Yang paling best beca ni lah, sebab suami saya yang bawak.. Hahahaha! Berat tak? Berat tak?
Monday, May 03, 2010 Posted on 1:21:09 PM | 6 Comments
Best ada sedara kat Melaka Tapak Warisan Dunia ni. Nak pergi makan kat ceruk mana, diorang boleh bawak - asalkan diorang tahu :P. Sabtu tengahari kami makan di kedai Nasi Beriani Majeedia Haj. Memang sedap. Cukup rasa lah orang kata. Padahal adik saya yang duduk Melaka tu pun baru discover tempat ni sebab kat GPS tu tulis "The best Nasi Beriani in town". Kalau tak, confirm tak tau walaupun dekat dengan rumah sendiri. Ok. Nak cakap banyak pun tak best sebab takde gambar nasi beriani best. Sampai-sampai terus terkam tak ingat nak ambik gambar. Confirm masing-masing kelaparan sebab jem kat Plus highway menuju ke Melaka. Nasib baik ada orang tu bijak amik exit Jasin, walaupun selalu ambik exit Ayer Keroh. Itu pun 3 jam setengah nak sampai destinasi. ![]() Yang sempat diambil gambar, inilah... Gerai Ikan Bakar Alaa... Kassim di Medan Ikan Bakar Alai. Best giler. Haha! So far takdelah tempat ikan bakar yang saya rasa tak best pun. Semua pun best. Tapi yang ni, huwaaaa!! tengok orang yang datang bertalu-talu sampai dok risaukan, pukul berapa lah diorang ni boleh makan. Yang datang lewat sikit tu sampai kene parking jauh-jauh atau parking je rata-rata sampai tuan rumah panggil polis suruh alihkan kenderaan yang parking depan rumah diorang sampai diorang tak boleh keluar. Nasib kami baik sikit je dapat parking kat parking lot. ![]() Adik saya tengah mengutip udang. Saya pulak tengah mengutip ketam (tiada dalam gambar, nampak lengan je). Saya sangat suka ketam. ![]() Ni gambar Melly tengah sibuk juga memilih ikan. Padahal ikan pun nak sama saiz ngan dia. Tak dapat pegang ikan, pegang ekor pun jadilah. Kan Melly kan? ![]() Ni gambar family saya yang sedang menunggu makanan. Kanak-kanak riang seramai 6 orang dah awal-awal bedal nasi lemak dulu sampai kenyang. Yang kami-kami ni, mak-mak dan bapak-bapak budak sedang mengawal air liur tengok udang-sotong-ketam-ikan di meja sebelah. Itu pasal gambar makanan tak ada jugak. Sebab terlupa. Sebab bila makanan sampai je semua terus serbu. Menu kami taklah banyak pun, setakat ikan jenahak masak 3 rasa, udang goreng butter, ketam masak merah, sotong goreng tepung dan pari bakar saja. Eh! nasik lemak 15 bungkus, otak-otak 10 ketul dan air kelapa 2 jug. Jumlah semua, untuk 8 orang dewasa makan sampai kekenyangan adalah tak sampai RM150 pun. Baru tahu kenapa orang ramai datang bertalu-talu. Eh! Cerita Melaka ni akan bersambung lagi... Kate suka pergi Melaka kan.. :)
Sunday, May 02, 2010 Posted on 11:36:56 PM | 5 Comments
Sabtu lepas, lepas Melly tidur kekenyangan makan nasi lemak di gerai ikan bakar Ala... Kassim, kami ke Jonker Walk. Berdua. Haha! Merasalah jalan berdua lepas dah lama tak jalan berdua tengah-tengah malam. Huhu! ![]() Saya sebenarnya tak tau pun kewujudan Jonker Walk ni. Tapi layan jer lah dah suami saya ajak kan. ![]() Tapi memang best. Macam-macam ada. Kira macam kalau kita melawat negara orang, tempat macam ni lah kita pergi. Tapi sebab Melaka ni adalah negara kita sendiri, kita tak terasa pun tak pergi. Ataupun, aseklah bertangguh-tangguh. ![]() Barang pun murah-murah. Kebanyakan gerai-gerai kat situ jual barangan seni, kraf, souvenirs, barang perhiasan, barangan dari kayu, terompah (terompah kayu buatan tangannya cantik-cantik), baju (kebanyakannya t-shirt dan batik), seliper (macam-macam kaler dan corak ada), magnet (kalau magnet tu memang heaven lah, tempat lain 3 ketul RM10, kat sini 4 ketul RM10), sun glasses, kasut (Crocs pun ada.. haha!) dan macam-macam lagi. ![]() Gigih betul diorang buat motor-motor ni guna wire.
![]() Tengok senduk-senduk kecil ni comel betul.
![]() Manusia hitam berbeg putih sedang jakun melihat lukisan-lukisan bangunan zaman dulu-kala. Banyak lagi barang-barang kat sana tapi takdelah nak ambik gambar semua. Saya beli kayu bulat berkaki 5 tu, yang buat urut tu. Best giler. Kalau kat kampung saya satu RM8, kat sini seketul RM4 je. Kami di sana sampai gerai-gerai tu tutup, lepas tu pi pusing area situ naik beca. Tapi bandar Melaka tetap hidup walaupun dah dekat 2 pagi. Lampu pun cantik-cantik. On the way balik, adik saya call, kata Melly nangis cari mama. Sib baik mase tu memang dah dekat dengan rumah. Dari luar rumah dah dengar suara dia. Masuk-masuk je rumah terus Melly peluk mama dan terus senyap dan terus tidur. Haha! Tinggal kejap pun dah nangis kan, macammana mama nak pegi outstation macam ni?
Wednesday, April 14, 2010 Posted on 12:31:55 PM | 17 Comments
![]() kawan saya ni tak pernah ke bendang katanya.
di belakang rumah saya di kampung.
elok pulak padi sudah terbit, tinggal tunggu masa nak masak.
layan jer sampai kasut masuk selut pun. terima kasih rina mencemar duli turun ke selut :)
Monday, April 12, 2010 Posted on 1:32:39 PM | 12 Comments
selama ni saya dok telan air liur jer lah bila orang sebut mee udang banjir. almaklumlah suami saya dan saya sendiri bukan jenis yang rajin jalan-jalan cari makan. kalau ade, ade lah.. kalau takde, tak rajin nak cari sampai dapat. tapi dok lah terliur-liur. padan lah muka kan. ![]() sekali tu semalam bila rina datang ke kampung saya, suami dia pulak cerita pasal mee udang banjir di tg karang. terus tanya mak, ade ke mee udang kat tg karang? mak kata ada, di batu 9. tu pun pernah nampak je, tak pernah singgah. ![]() petang tu kami ronda di batu 9. sempat tanya kakak yang tengah lepak petang-petang kat depan umah dia di batu 9, tentang lokasi mee udang banjir. oh! rupanya di batu 10. ok. kedepan sedikit. ![]() hahaha! gambar semua sama jer padahal.
jumpa! betul-betul tepi jalan di sebelah masjid batu 10. walaupun nasrun (suami rina) kata itu bukan kedai mee udang yang dia pernah makan, tapi boleh jugak lah. sedap giler okeh. harga pun murah. lepas ni boleh datang lagi bila balik kampung.
|
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License
|
||||||||||||||||||||
|
© My CrazyArtZone 2007-2010 my.crazyartzone.com. All Rights Reserved. |
|||||||||||||||||||||