HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Travelog

Unfinished Journey to Genting...
Sunday, December 18, 2011
Posted on 7:44:52 AM | 1 Comments

Lama dah tak jalan-jalan. Minggu lepas ke Genting Highlands, sempena cuti sekolah. Kesian pulak budak-budak ni kalau tak bawak ke mana-mana. Hari tu seminggu duduk rumah mbah. Ok jer dua-dua tak cari mama papa pun. (Mama papa jer kut yang cari diorang :p)

Lama tak naik Genting. Last masa Elman baru pandai berjalan. Kami ke Genting pun bukanlah main sangat pun. Beratur nak naik cable car punyalah panjang. Pukul 3 lebih baru sampai atas. Sesuai laa tu 2:30 baru cari tiket naik kan. Haha... Lepas Maghrib terus balik. Layan jer. Lain kali kita datang lagi ya.

Ok. Jom layan gambar-gambar bawah ni.


Yang penting kena ada swimming pool. Lama dah diorang ni mintak nak mandi swimming pool. Sejuk pun layan jer. Tapi yang bagusnya, sejam jer diorang boleh tahan. Pastu setel, sambung dalam bathtub pulak. :)


Sarapan sandwich sardin dengan sayur segar dari ladang. Heaven!


Geram betul tengok sayur-sayur ni.


Melly at Strawberry Park. Mane? Mane Strawberry?
Tak nampak pun.


First time Melly naik cable car. Elman dah 2-3 kali kot kalau campur kat Langkawi.
Dialog Melly masa turun dari Genting, "Nasib baik kita naik, kalau turun Melly takut." Dah jenuh kitorang pura-pura cerita tengah naik Genting. Haha!

Layankan Melly seround.


First World Indoor Theme Park. Tengok jer.
Takde beli tiket pun sebab masa kat situ kejap jer.


Ok. Masa untuk pulang. Bubbye Genting!


Travelog, Kisah Saya | 1 Comments
 

Lost World of Tambun
Friday, July 01, 2011
Posted on 8:53:17 PM | 1 Comments

Hari tu, sebelum ke Penang, kami singgah Lost World of Tambun dulu.

Needle of Tambun.
Trademark penting tu.

Sempat jugak tengok persembahan dari harimau belang nih.

Lepas tu kitorang ke Lost World Petting Zoo.

Memang best tempat ni. Macam zaman bawang putih bawang merah rasanya..


Elok-elok kitorang datang, merak ni tengah show off kecantikan bulu dia. :)


Suasana pagi.

Haha! Macam pelik pulak, pegi water theme park, tapi takde gambar theme park tu. Sebabnya, masa kitorang berendam, takde sape pegang kamera. So, memang takde tangkap gambar lah. Ok tempat ni. Tempat budak-budak pun best.

Kitorang stay kat hotel Lost World of Tambun yang baru sebulan bukak tu. Syok sebab dapat tiket free ke Hot Springs mandi kolam air panas malam-malam. Memang seronok sangat lah walaupun ade hujan rintik-rintik sikit masa tu.


Travelog, Kisah Saya | 1 Comments
 

Penang De..
Monday, June 27, 2011
Posted on 7:06:46 PM | 2 Comments

Cuti sekolah yang lepas kami ke utara. Ke Ipoh dan ke Penang.

Tapi saya mahu cerita tentang Penang dulu. Sebab Penang lagi tua dari Ipoh. Boleh?

Mula-mula macam biasa, recharge dulu, di Hameediyah. Restoren ni direkomen oleh orang Penang sendiri, tak lain dan tak bukan, Yati. Terima kasih banyak-banyak Yati sebab rekomenkan tempat makan yang sedap-sedap ya..

lepas tu kita layan gambar jer lah eh... kakaka.. (giler malas nak explain. uppss...)

bangunan yang nostalgik.

ni yang dah dicat. nampak tak beza dia? haha!
iyalah.. dia jual jam rolex. confirm kaya. dah kaya, gaya mesti nak kena ada jugak, kan?

our official photographer .. ngeh ngeh..

untuk halwa anak-anak (dan mak bapak juga), kami ke toy's museum. giler ah memang dia kumpul toys banyak macam tu.. kitorang dok provoke elman, "macammana abang nak lawan ni?" hehehe..

ada macam sama tak?

yang ni mestilah kesukaan melly. yang lain-lain tu dia ketakutan..

hotel paradise. yang termurah tapi syok..

terjun tiruk time..

main pasir di belakang hotel..

and this is the best part.
mee ketam juru! oleh chef yati... eh.. eh..

thanks yati sebab sediakan tempat persinggahan kami on the way balik dari utara. siap dengan mee ketam special lagi. terima kasih banyak-banyak-banyak seratus juta juta ribu.. (entah yati baca entah tidak ni.. kakaka..)

juga kepada wan.. eh.. nanti sambung entry lain..



Travelog, Kisah Saya | 2 Comments
 

Menyusur Sungai Fantasi II
Thursday, April 21, 2011
Posted on 10:09:26 PM | 9 Comments

Setahun yang lepas, dah pergi di siang hari. Tahun ni kita try malam hari pulak.. Memang cun giler lah... Terus perasaan nak duduk Melaka datang balik. Haha!

saya terpesona

sungguh terpesona


Travelog, Kisah Saya | 9 Comments
 

Patin Temerloh & Gajah Kuala Gandah
Saturday, November 20, 2010
Posted on 10:42:17 AM | 1 Comments

Bersama-sama geng MJ, di hujung minggu kami layan ikan patin dan gajah mandi. :)

Ni Gerai Pak Usop.
GPS: E 3.4487277, N 102.42262

Sangat sedap masakannya. Gulai tempoyak ikan patin. Pergghh!!

Ekor si patin yang menjadi habuan kami.

Dah kenyang makan, singgah Kuala Gandah tengok gajah mandi.

Nak naik gajah masuk dalam air pun boleh mase ni.
Tapi kami cuma tengok je. Tak terjun sungai pun.

Jadi kami cuma intai-intai gajah jer.. :)

gambar kenangan gitu.


Travelog, MJ | 1 Comments
 

B.A.L.I.
Tuesday, October 12, 2010
Posted on 7:30:29 AM | 22 Comments

Tadaaa!!!!!

Saya baru balik dari Bali. Seronok! Suka tengok kreativiti orang Bali. Orang Bali memang sangat kreatif. Buminya dah memang cantik. Tambah pulak dengan senibina dan hasil krafnya. Haduhaiii..



Travelog, Photography | 22 Comments
 

pasar malam cameron highland
Wednesday, August 04, 2010
Posted on 8:24:00 AM | 16 Comments


pasar malam cameron highland memang best.


biarlah jem 4-5km pon. biarlah parking jauh pun. berjalan dalam hujan pun. sanggup.


kat mana-mana nampak strawberry. merah-merah.


kiri strawberry. kanan strawberry. yang kering ada. fresh pun ada. jem ada. jus pun ada.


depan pun ada strawberry. strawberry coklat.


Travelog | 16 Comments
 

selang-seli cameron highland
Tuesday, July 20, 2010
Posted on 8:02:19 PM | 7 Comments

ingatkan nak selang-selikan dress dengan strap cover.
tapi rupanya terselang-seli tido dengan makan angin.

hahahaha!

last weekend kami ke dunia sejuk tanpa air-cond.
huh! best betul rasanya bila rasa sejuk-sejuk macam tu.

tak plan pun.
sampai-sampai, susah juga cari hotel. musim pak arab katanya. memang kene book.
tapi dah kata main terjah kan, cari jerlah sampai dapat.

happy!
saya suka ke cameron highland.
yang penting, anak-anak pun happy.

kami ikut jalan lama.
nak suasana yang lebih nostalgik kononnya.
cuma tak larat bila layan jalan yang berpusing-pusing masa nak naik dan turun tu lah.

satu lagi tempat yang saya teringin nak pegi lagi.
adalah langkawi.
yang teringin nak pergi tapi tak pernah sampai lagi.....
banyak sangat!..


Travelog, Anak-anak Kita | 7 Comments
 

kegilaan kain di bandung
Saturday, July 03, 2010
Posted on 7:40:23 AM | 20 Comments

eh eh.. macam pernah nampak gambar atas ni kan... :D
setelah puas menahan nafsu serakah, gambar di bawah adalah hasilnya. ;)

ok. saya banyak ambik yang polka dot, bunga sikit-sikit. itu pun jenuh menahan pandangan mata. hahaha! saya beli 1m je setiap satu. kebanyakannya berwarna gelap. sebab tujuannya untuk dibuat ropol atau bias tape untuk disuai padankan dengan kain yang ada. pandai kan saya tahan nafsu?

tapi. yang paling paling paling saya suka dan gembira dan happy dan suka balik dan rasa sangat berbaloi-baloi-baloi adalah kain di bawah.

memang saya nak cari kain koton sulam macam ni. kain dia sangatlah lembut.. dah tu pulak bercorak paisley, lagilah meruntun-runtun jiwa. saya sangat suka. kejap rasa nak buat dress melly. kejap rasa nak buat baju kurung raya melly. kejap rasa nak buat seluar beropol. oh! satu pun tak terbuat lagi...


Stash, Travelog | 20 Comments
 

memang betul bagai dikata, bandung itu surga belanja
Monday, June 28, 2010
Posted on 9:48:16 PM | 40 Comments

hehe.. kalau duit berkepuk memang heaven rasanya. tapi bila duit dah menyusut, terus rindu tanah tumpah darahku...

ini kota bandung. kami sampai pukul 11 pagi waktu bandung. terus naik teksi ke hotel di dago. dago adalah di tengah-tengah kota bandung. tempat anak muda berpeleseran katanya. betul-betul di belakang hotel ada satu factory outlet. dan dalam lingkungan 1km, ada bermacam-macam lagi factory outlet. hah! kata nak shopping kan? amik!

sampai hotel, check in satu bilik, sebab baru satu bilik yang ready dan kami terus ke rumah mode.

kalau pernah ke bandung, rasanya tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi. ibu segala factory outlet. ramai betul orang kat situ. sesak sungguh rasanya. tapi hajat di hati tetap perlu dipenuhi. redah jer.

ini hari kedua. pagi-pagi lagi pak supir sudah menunggu dengan innovanya. pukul 8 pagi kami dah bertolak. gambar diambil di puncak tangkuban parahu. jauh merenung ke seberang gunung teringatkan malaysia tanah air tercinta. wah gitu! hahaha!

rombongan yang asalnya 10 orang sudah bertambah menjadi 3 kali ganda bila dicampur dengan peniaga-peniaga souvenir yang mengikut saja ke mana pun kita pergi. memujuk-mujuk dengan menurunkan harga sampai tak masuk akal pun iya. tapi sebab ramai sangat, satu pun saya tak beli. takut bila beli satu , ramai lagi yang hulur suruh beli.

masih di tangkuban parahu. menyusur gerai-gerai yang tersusun di kiri dan kanan jalan. sesekali ada motor lalu. lagi-lagi bila motor naik bukit. sah-sah kena telan asap. souvenir memang cantik-cantik. tapi tempat ni agak mahal dibanding dengan tempat lain.

balik dari tangkuban parahu, kami makan di area sogo paris van java. view cantik, makanannya pun sedap. sempat juga pusing keliling tengok-tengok keadaan yang cantik di situ. on the way masuk ke sogo untuk ganti pampers melly, sempat jeling-jeling, casing iphone murah tiga kali ganda dari sini tapi tak sempat nak tukar segala sebab takut lama. pun tak sempat nak masuk outlet-outlet kat situ, mengejar masa mahu ke pasar baru. saya suka tempat ni. open. cantik.

yang paling ditunggu dan dinanti. naik giler ok? padahal kain baju kurung untuk saya cuma sepasang saja. hehehe. yang lain-lain kebanyakannya saya cuma beli 1m saja. fikirkan bag yang tak cukup luas lagi... padahal fikirkan duit yang dah susut tiba-tiba. :P

hari ketiga, kami menyusur outlet-outlet sambil menahan nafsu. haha! kalau ke sana, jangan lupa singgah terminal tas. tempat kasut dan pelbagai jenis bag. BEST GILER!!... seberang terminal tas ada heritage factory outlet. masa ni heritage tengah sale. barang dia murah dibanding factory outlet yang lain.

satu yang saya perasan, lagu-lagu kat outlet diorang sedap-sedap didengar walaupun tak pernah dengar. kata lagu indon kan sedap. memang betul pun!

ini gambar bila dah sampai di lcct. kalau ikutkan sampai pukul 8 malam, tapi 10 malam baru sampai. selamat tinggal kota bandung. harap kita berjumpa lagi suatu masa nanti ya!

hotel tempat kami menginap tu takde internet. wah! lain betul rasanya tak dapat online selama 4 hari. takde blog. takde fb. takde email. takde ym. nasib baik ada keluarga.

terima kasih yang tak terhingga untuk ucapan-ucapan selamat hari jadi. saya sangat terhibur dan terharu. ;)


Travelog, Kisah Saya | 40 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server