HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Tips dan Petua

Baby Sling dari Pashmina
Wednesday, July 25, 2012
Posted on 2:05:29 PM | 8 Comments

Saya ada banyak pashmina. Banyaklah sangat, padahal 3 lai je :p. Saya terfikir mungkin boleh saya gunakan untuk dijadikan baby sling, baby wrap atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Jadi saya cari-cari macammana cara ikatan pashmina yang sesuai. Mula-mula ingat nak letak ring tapi takde dalam simpanan. Jadi, cari punya cari, saya jumpa video ni.

Klik untuk sumber asal.


Hasilnya.. tada!!!


Sangat nyenyak Harez tido.

Pashmina ni kawan saya yang hadiahkan. Saya suka dengan coraknya. Dan kainnya pun lembut. Saya ikut cara ikatan je dari video tu. Sebab saya letak baby dulu sebelum ikat, sambil saya duduk. Pernah try ikat dulu baru letak baby, susah baby nak masuk. Haha! Mula-mula ikat memang susah sikit. Tapi bila dah biasa senang je.

Boleh juga diubah suai, biar ikatan kat belakang, dan seluruh badan baby ada dalam sling tu, dengan kedudukan kepala baby di sebelah kanan. Ikut keselesaan. Boleh juga letak baby kat belakang untuk baby yang dah besar sikit.

Tapi jangka hayat sling ni mungkin tak lama. Bila Harez dah semakin berat mungkin dah tak sesuai kot. Tengoklah berapa lama boleh guna.

Saya juga cuma guna shawl yang lebih kecik (ini pun free jugak) untuk dijadikan nursing cover. Boleh juga guna pashmina. Saya buat ala-ala nursing poncho, tapi saya tak jahit atau letak butang. Saya gunakan brooch macam kat bawah ni.

Ok. Brooch tu berbentuk butang :D

Jumpa lagi!



Anak-anak Kita, Tips dan Petua | 8 Comments
 

tips membeli designer cotton
Tuesday, July 06, 2010
Posted on 8:33:52 AM | 17 Comments

(gambar di google)

wah gitu! tajuk kenelah canggihkan.. tapi kalau awak nak cari tips pasal jenis-jenis atau designer-designer, kira salah nombor lah eh. saya tak pandai citer bab tu.. tu kene tanya bahagian penguat kuasa hal ehwal fabrik-fabrik sedunia.. heh he..

yang saya nak cerita ni adalah berkenaan macammana nak memiliki designer fabric idaman hati.. mengikut pengalaman saya..

mula-mula sekali macam biasa lah kene rajin browse dan spot kain yang mane kita berkenan.. kumpul-kumpul-kumpul lagi dan filter lagi mengikut budget.. hihi! yang ni penting tau.. kalau kite dah suka tu, tak kiralah budget yang ada untuk setengah ela pun, biar kita beli. sebab... kalau sudah jatuh ke tangan orang, boleh meleleh air mata dek non..

ada orang kate segan nak beli setengah ela je. ade pulak tanya, nak buat ape setengah ela? mana cukup?

ok. untuk ayat penyata pertama berkenaan segan tu, sebenarnya takyah segan pun.. itulah gunanya sellers yang rajin organize preorder tu.. sebab kita nak beli sikit-sikit.. kalau kita nak beli banyak, baik terus cari kat etsy tu kan.... saya pernah order cuma setengah ela atau seela.. dan kebanyakan fabric yang saya order cuma setengah ela untuk satu design, kecuali kalau ada permintaan, atau cantik sangat sampai tidur tak lena termimpi-mimpi.. haha! sebab tu stash saya nampak cam banyak kan? auta je tu.. padahal semua sikit-sikit. jadi, jangan segan ok..

ok. untuk soalan kedua dan ketiga pulak.. berkenaan nak buat apa setengah ela? cukup ke? kacang je soalan tu... hehe.. camni.. kalau agak-agak tak cukup, kita matchinglah dengan kain lain... sundress yang saya buat tu, setengah ela dah buleh buat sampai umur 3 tahun.. cuma bahagian dada kene cari kain lain.. senang je kan... kalau kita jahit sendiri dengan kos designer fabric yang cun melecun, cube bandingkan dengan dress siap? harga dia masih murah, kan.. tambah bonus kain kita cantik giler.. betul tak?

seterusnya, mana nak cari dana nak kumpul designer fabric?.. buat seketika, kita lupakan tentang orang yang banyak duit ya.. yang penting, kita kene buat sungguh-sungguh.. bila kita dah buat baju cantik-cantik, ada pulak orang minta tolong buatkan, ha!! dari situlah kita kumpul dana..

contohnya kan, macam sundress tadi.. bahagian skirt kene ada setengah ela. bahagian dada pulak suku ela.. tapi, kita tak boleh beli suku ela.. paling kurang kene beli setengah ela.. jadi...... kita belilah setengah ela.. kira cam kita menumpang belian lah.. jangan pulak charge orang tu setengah ela utk bahagian dada.. kira suku ela tu kos kita lah kan... apelah sangatkan nak banding dengan himpunan stash kita yang bakal makin bertambah... bayangkan mende ni berulang 5 kali.. katakan sehelai dress yang dah siap, upahnya adalah sama nilai dengan setengah ela kain, bukan setakat kita dapat beli 5 designer fabric yang lain, kita dah dapat sekali 5 jenis kain pelbagai corak suku ela yang kita boleh cantumkan jadi tiered dress.. berbaloi-baloi kan?

ok.. kalau taknak buat tiered dress, trylah buat spaghetti strap cover.. atau book cover atau pouch atau scrunchies atau luggage tag atau apa-apa saja yang kita mahu.. pastu kalau balance kain tu dah kecik sangat, cantum-cantumlah jadi something yang kiut.. buat sulam tampal ke, quilt ke, easy stitch ke.. lepas gak entry blog untuk satu hari kan... hehe..

ok.. itu saja tips saya pada kali ni.. walaupun sikit sangat, celah gigi je orang kata, harap-harap dapat bagi semangat pada orang lain..

akhir kata, majulah kraf untuk negara.

sekian, terima kasih.
:D


Tips dan Petua | 17 Comments
 

tips nak gambar jadi cantik
Wednesday, April 21, 2010
Posted on 8:48:26 AM | 35 Comments

dah kurang menjahit ni, banyaklah perkara saya boleh merapukan, kan. kali ni saya nak bagi tips untuk gambar jadi cantik. untuk rekod, tak semua gambar dalam blog saya diambil menggunakan dsrl ya. harap maklum (ceh! bunyi cam riak lak. mintak maaf ye kawan-kawan - harap jangan salah faham - kakaka!). banyak juga yang saya ambil gambar guna compact powder camera atau kamera telefon je. so far, yang saya tahu, camera telefon yang paling best adalah sony ericsson. nokia ke, iphone ke, agak kurang hasilnya. (punahlah cita-cita saya nak jadi jurucakap iphone.)

dan, harus diingat, tips ni bukan untuk menjadi fotografer yang berjaya. tips-tips ni sekadar dipakai untuk blog-blog bergambar macam blog ni. jadi, jangan harapkan saya cerita tentang aperture, lens, speed lite etc etc, ok? saya cuma mahu cerita yang basic-basic je. untuk orang yang tak-paham-paham-apa-bende-tu-semua macam saya (wah! tiba-tiba nak semua orang macam saya pulak :D).

giler panjang mukadimah. ok. mari kita mulakan.

1. ambil gambar di tempat yang CUKUP CAHAYA. orang dslr kate guna natural light kan. betul. cuma saya nak bagi alternatif, jangan kata saya bagi ajaran songsang pulak ya. yo lah pegi keje gelap lagi, balik keje pun dah gelap, mane nak cari cahaya mentari? guna jer lah cahaya lampu yang menyuluh ke arah objek.. carilah mentol hat paling terang sekali. cahaya yang cukup adalah penting untuk elakkan gambar menjadi kabur. nak pakai flash boleh, tapi kalau pakai flash, jangan ambik gambar dekat sangat. ambik jauh sikit. lepas tu crop (kalau ada software lah).

2. KEMASkan kawasan keliling yang nak dimasukkan ke dalam gambar. bukan hipokrit ke apa, tapi kalau orang datang rumah kita pun, kita kemas rumah kan, untuk menghormati tetamu. ha, dalam blog, pengunjung blog adalah tetamu kita, takkan nak bagi dia tersepak bantal di tengah ruang tamu kan. kalau boleh, ambil gambar di tempat yang lapang (kecuali kalau background adalah cantik). kalau nak ambik gambar di tepi dinding, pastikan permukaan dinding tidak terlalu menonjol berbanding subjek, contohnya, lukisan-lukisan dinding dari kanak-kanak riang.

3. kalau ada AUTO SETTING, gunakan dengan betul. sama ada setting untuk close-up, untuk kanak-kanak riang yang berlari-lari, gambar malam etc.. etc..

4. ambil gambar banyak-banyak dari PELBAGAI ANGLE. dari atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan. bukan nak pakai pilem pon kan?.. ambik je banyak-banyak tak rugi apa pun, TETAPI..... (tips seterusnya yang paling penting)

5. tips yang paling-paling penting ni. rahsia untuk gambar-gambar kita nampak cantik ialah, letak gambar YANG CANTIK SAHAJA. supaya gambar kita akan cantik-cantik belaka, sebab tak tunjuk yang tak cantik. jadi, pilih gambar YANG CANTIK SAHAJA. walau sebanyak mana pun gambar diambil, kalau ada 1 je yang cantik dalam banyak-banyak gambar tu, letak 1 je dalam blog atau kamu akan menyesal di kemudian hari.

6. akhir sekali, letak WATERMARK. kita tak mau baju yang kite jahit-tetas-jahit-tetas untuk nampak cantik sampai berpeluh-peluh ketiak tu nanti, ade pulak orang ngaku tu dia yang buat kan. letak watermark yang cute-cute biar jadi nampak macam.. wow!

ok. itu sahaja. harap-harap dapat membantu. kalau nak tips pasal edit gambar, tanya saja pada pakcik google. ada banyak jawapan dia boleh bagi. details lagi. kalau pasal manual setting untuk kamera pun boleh tanya pada yang pakar ya. saya tak pakar. :)

gud luck!


Photography, Tips dan Petua | 35 Comments
 

jemput makan jemput-jemput
Wednesday, February 04, 2009
Posted on 3:23:45 PM | 8 Comments

saya memang suka jemput-jemput ikan bilis dari saya kecik lagi.

ade orang kate, nak buat jemput-jemput sedap, campurkan nasi yang ditumbuk dan gaulkan bersama tepung dan bahan-bahan lain.

ade orang kate pulak, gunakan air suam.

yang lain kate lagi, campurkan sekali telur ayam.

ade juga yang kate, biar adunan tu cair sikit.

satu lagi petua, orang kate, jangan dikacau sangat. gaulkan sikit-sikit, terus goreng.

semua saya dah buat, dan saya prefer yang dua-dua terbawah tu. bahan-bahan yang saya guna, tepung, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, kentang, sedikit garam dan air kosong. saya tak suka yang letak jagung tu.


Tips dan Petua, Makan-makan | 8 Comments
 

nasib mentimun
Thursday, January 29, 2009
Posted on 10:21:56 AM | 12 Comments

sesuatu yang teruk berlaku dan kamu menangis semahu-mahunya. keesokkan paginya, ketika mengadap cermin kamu nampak muka kamu sungguh sembab. memang nasib kamu muka kamu senang sembab. kamu perlu ke pejabat juga pada hari itu. tapi kamu tahu kamu malu untuk bertemu rakan sekerja dengan muka begitu.

apa yang perlu kamu lakukan? ambil timun dan hiriskan nipis. letak pada mata kamu barang 15 minit. kamu pasti gembira dengan hasilnya.

rasanya saya pernah baca pasal tips ni di blog elin. baru-baru ni, barulah saya dapat praktikkan. itupun selepas saya kerahkan seseorang ke kedai. sebab tiada stok timun di rumah.


Tips dan Petua | 12 Comments
 

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server