HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Tag

beautiful blogger award..
Wednesday, March 31, 2010
Posted on 9:24:43 PM | 4 Comments

lama tak main award-award ni. saya dapat 2 award yang sama ni. tapi, satu ade rule, satu takde rule. kira lamsam jer lah eh?


Rule No. 1:
Thank and link the person that gave you the award

terima kasih banyak-banyak setinggi gunung, seluas lautan kepada zila aka mama daniel dan juga m-i-o aka mami ziyad yang mengiktiraf ke-beautiful-an saya. tak sangka buah cempedak menjadi nangka. (eh betul kan, award ni untuk blogger, bukan blog, kan? hahaha.. lantak. ada keperasanan di situ.)


Rule No. 2:
State 7 things about yourself

aiyoh... kadang-kadang kita lupa diri sendiri. hahaha! oklaaa...

1. baru jer register twitter. syok juga.

2. gila kain. dah tak boleh nak buat apa dah. sebab tu saya ambik upah menjahit. untuk cover kegilaan saya. adalah satu kepuasan bila dapat jahit dari kain-kain yang berlainan corak.

3. suka lagu-lagu retro. beli fm transmitter mp3 player semata-mata nak nyanyi-nyanyi dalam kereta masa ulang-alik dari ofis ke rumah. perjalanan saya jauh. sorang-sorang pulak tu. lagi-lagi kalau jam. astaghfirullah. kalau berzikir kan ke lagi bagus.

4. sangat kagum dengan konsep jodoh. ikan di laut. asam di darat. dalam kuali bertemu jua.

5. tak suka makan sayur. macammana nak ajar anak makan sayur?

6. juara acara lari ikat kaki dalam acara sukaneka baru-baru ni. kakakaka! buleh tak macam tu?

7. negeri yang saya belum pernah jejakkan kaki saya ke sana lagi adalah sabah dan sarawak. ada yang nak buat rombongan cik kiah tak? saya suka rombongan cik kiah. :) :)

huhu.. cukup jugak tujuh. berpinau nak menghabiskan. memang sungguh kering idea. (macam lah selalu banyak idea.. huahuahua)


Rule No. 3 :
Pass this award to 15 bloggers that you've discovered and think they are fantastic.

penerima award seterusnya adalah 15 pengkomen terkini yang letak link dalam komennya.
mereka adalah... drum roll by elman in the background ..

d u r a
makcik rehan
zura
aisyah
myza
aan
zu_e9
fydda
della
dda ly
suzie
diesha
aisyah helga
azie
cik ton

jangan lupa pamerkan award di blog masing-masing yer..
happy happy selalu! pis..


Tag | 4 Comments
 

award bulan july 2009 *wink*wink
Friday, July 17, 2009
Posted on 9:30:00 AM | 2 Comments


saya dapat award ni dari Mas. Terima kasih Mas.


blog yang paling berinspirasi dan sangat mesra

saya dapat award yang ni pulak dari Lydia dan Kak Sheila.

Terima kasih Lydia & Kak Sheila.


Tag | 2 Comments
 

award bulan ini
Friday, May 29, 2009
Posted on 12:24:08 PM | 12 Comments

bukan siti & mawi saja yang dapat banyak award. saya pun buleh dapat 3 award dalam bulan may saja. :P

amazing blog award dari m-i-o

i love your blog award dari halina zairi

blogger friendship award dari elin & rina.

sebab peraturannya sama saja, makanya saya lumsum kan saje. buleh kan? kan? kan?

peraturannya:
1. copy award ni kat blog memasing
2. ceritakan perihal orang yang memberi award
3. ceritakan hal sendiri
4. ceritakan tentang penerima award seterusnya


saya mulakan dengan pemberi award

m-i-o - beliau adalah seorang yang sangat pandai mengarang. sebab tu entry awardnya saja mencecah 4 entry yang seronok dibaca. dan karangan-karangan lainnya penuh dengan maklumat-maklumat yang saya lepas tu akan kata, "oh! macam tu ke?", "oh! saya baru tahu hari ni" ataupun sekadar bergelak tawa berdekah-dekah bila dia buat lawak yang sungguh menjadi. ya. beliau seorang yang kuat berfikir dan rajin membaca dan tak kedekut untuk share kan ilmu-ilmu yang dia ada melalui pembacaan. syabas inspektor sahab! eh, cikgu. eh, akauntan, eh.. saya sebenarnya tak tau dia kerja apa. haha! tapi penerangannya pasal uwang sangat berinformasi. saya suka. tajuk yang saya suka berbunyi "teguran dari Sang Pemberi Rezeki". sangat sentap itu tajuk.

halina zairi - beliau adalah owner kepada brand Mei’s Mei Tai, dan labelnya sangat comel. nak tau pasal mei tai, sesuai sangat mencarinya. bila tengok gambar-gambarnya, automatik saya akan teringat cerita oshin.

elin - beliau adalah seorang yang hyperactive. saya sangat kagum dengan ketabahannya membaca bergunung-gunung buku. dan saya juga kagum dengan kebijaksanaan dia manage duit kerana duit dia selalu ada walaupun kadang-kadang sebut tak de duit. share ler rahsia sikit. hehehe..

rina - beliau tempat saya meluah perasaan. cewah! ya.. dia seorang pendengar yang baik (read: pembaca) dan pernah menelefon saya nak ajak berkaraoke dalam kereta lagu pasti yang tengah on air di sinar. beliau juga di kenali sebagai angelina jolie. lihat saja mulut dan badan tegapnya, sebijik. satu lagi kesukaan beliau ialah bergambar (of cozz laa.. dah nama pun angelina jolie kan).


info pasal saya yang sekarang sedang kedinginan yang amat sangat

1. saya baru tahu ada juga orang yang check nama penuh saya beserta nama ayah saya pada uncle google, banyak-banyak kali, tiap-tiap hari (saja tipu, padahal tak laa sampai hari-hari). sekarang saya dah buang nama penuh saya yang dulu saya pernah tertulis kat blog saya. (macam lah google takde cache. amik! jangan expose sangat diri dalam internet, okeh)

2. hari ni pagi-pagi dah telan ponstan dengan harapan saya dapat bekerja lebih bagus sebab dah 3 minggu saya sakit kepala yang amat sangat selepas ekon dibaiki. giler punya sejuk. harap-harap otak saya tak beku.

3. mungkin sebab itu saya tak ditakdirkan untuk duduk di kutub utara atau selatan. habis lah beruang-beruang nanti kene bunuh sebab saya nak pakai bulunya untuk balut kepala.

4. kalau pegi karaoke nanti-nanti saya nak nyanyi lagu pasti dari kumpulan mega (eh, saya dah terletak kat nota kaki entry sebelum ni). lagu tu terasa sangat jiwang dan sedap bila dinyanyikan oleh saya.

5. saya pun dah diterjebakkan dengan tudung sarung terus takyah control-control. sangat mudah dan cepat dan sangat effisien sekali terutamanya bila ada yang buat drama sebelum saya memulakan perjalanan ke tempat kerja.

6. kadang-kadang saya nak ada 3 orang anak, kadang-kadang cukuplah 2. keputusan muktamad belum diperolehi selagi saya masih muda hihihi dan suami saya menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada saya.

7. saya tak habih-habih lagi baca 2 buah buku yang saya beli dari elin tahun lepas. juga siri twilight yang saya mintak ebooknya dari hhas.

8. saya baru habiskan membaca buku Memulakan Bisnes Sendiri tulisan Ainon Mohd. saya bukan mahu jadi ahli perniagaan pun. asalnya saya cuma mahu tahu cara-cara nak letak harga pada barang. sekali puan m-i-o telah menyarankan buku ni dan bila saya tengok review yang bagus di internet, saya pun terus beli online. banyak info yang saya dapat dan yup! saya semakin yakin yang saya bukan dilahirkan sebagai ahli perniagaan. kerja sajalah makan gaji.

9. saya pernah bekerja di salah satu lot kedai yang bangunannya runtuh semalam.

10. saya teringin untuk ke benua eropah. tapiiii... entah bila saya boleh ke sana.


penerima award seterusnya (amik! 3 award terus saya bagi tau):

1. awak 1 - beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. saya sangat kagum dengan surirumah sepenuh masa kerana saya tahu sangat saya tak dapat melakukannya. dia sangat rajin mengemas dan memasak dan sangat sabar dengan karenah anak-anaknya.

2. awak 2 - beliau adalah wanita berkerjaya yang sangat mementingkan penampilan. yang penting dia puas dengan hasil titik peluhnya sendiri.

3. awak 3 - beliau sedang mengandungkan anak ketiga. ya anak ketiga.

4. awak 4 - beliau sangat kreatif, teruatamanya dalam bab jahit-menjahit. apa saja yang dijahit menjadi. saya suka tengok hasil-hasil kerjanya.

5. awak 5 - beliau sangat suka memasak. tak kira yang senang atau yang mudah. entah bila saya dapat rasa masakannya kan. selalu cuma dapat tengok saja.

6. awak 6 - beliau sangat pandai bermain kata-kata menjadikan blognya sangat sedap dibaca. dan dia sorok-sorok saja baca blog saya taknak bagitahu saya.

ya kawan-kawan yang saya ceritakan di atas. kamu tahu kamu siapa. maka, jangan malu-malu, sila mulakan sekarang.


Tag, Kisah Saya | 12 Comments
 

officially mj
Saturday, April 18, 2009
Posted on 6:29:05 PM | 10 Comments

banner ini saya tujukan khas buat kawan-kawan mj. sila ambil dan framekan di rumah anda.. kalau sudi.. ;D


MJ, Tag | 10 Comments
 

lesen memandu asli
Tuesday, April 14, 2009
Posted on 10:08:54 PM | 9 Comments

azie telah mengetag MJ, tapi saya nak letak nama rina juga sebab dia betul, saya memang kekeringan idea dan subjek ni nampak menarik...

1) Anda boleh memandu?
ya

2) Memiliki lesen memandu? Sejak bila?
1995. saya ambil lesen memandu dengan dibiayai oleh biasiswa saya yang pertama di tahun pertama saya di universiti. sanggup sebab perasaan ghairah yang membuak-buak untuk dapatkan lesen memandu, padahal duit pun takde, apatah lagi kereta. eh, lesen motor saya ambil pada 1993, kira tak?

3) Bila tarikh luput ?
24/05/2009. saya tak suka lesen memandu saya sebab ada cop 'salinan' di belakangnya. lesen memandu saya yang asal berwajah lebih cun sebab saya masih berumur 18 tahun, telah diragut bersama-sama barang berharga lain pada tahun 2000.

4) Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
'kelas memandu dunia' di kampung saya (tapi tetap dia cover seluruh dunia).

5) Instructor pertama anda?
tak ingat namanya. tapi memang nasib instructor agaknya ditakdirkan kebanyakannya gatal. bila adik saya belajar memandu di situ 5 tahun kemudiannya, buleh dia tanya pasal saya, padahal saya tak pernah memunculkan diri depannya sebelum & selepas saya belajar.

6) Kenderaan yg anda bwk sekarang?
honda crv bukan nama sebenar. muahahahahahahaha...

7) Impikan kenderaan lain?
sudah semestinya. saya suka kereta berbentuk macam honda crv tu. tapi saya tak reti sangat jenis2 kereta. setakat yang saya tahu, saya suka juga jenis cam x-trail tu, dan volvo ada satu, tapi saya tak suka X5 yang terlalu gabak tu. hmmm........

8) Pernah kemalangan?
pernah, tapi saya sengaja taknak cerita lebih lanjut.

9) Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu?
saya tak suka instructor yang gatal tu, maka saya amat berharap lulus dan cepat dapat lesen (tanpa apa-apa usaha seperti mengulangkaji). markah saya pada ujian bertulis (masa tu masih bertulis, ok) dan memandu, dua2 pun cukup-cukup makan saja.

10) Tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
mahu terima atau tidak, lesen memandu sekarang ni adalah satu keperluan.


saya harap sapa-sapa yang takde-idea-nak-tulis-apa-kat-blog-hari-ni macam saya buleh teruskan tradisi mengetag ni.

nota kaki: jaja, nanti saya buat awak punya ya.. saya buat yang ni dulu sebab yang ni lagi lebih senang. hehe..


Tag, Kisah Saya | 9 Comments
 

kami akan bergelap
Tuesday, March 24, 2009
Posted on 11:47:06 PM | 10 Comments

jangan lupa sabtu ni

28 march 2009

8.30 malam hingga 9.30 malam

support earth hour

saya tag semua yang baca ni.

nota kaki: errr... tengok tv aci tak?


Tag | 10 Comments
 

rahsia di sebalik blog
Saturday, March 21, 2009
Posted on 9:35:40 AM | 1 Comments

Saya di tag oleh elin bukan nama sebenar.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
my crazyartzone. saya memang gunakan 'my' dalam kebanyakan nama folder dan fail saya. sebab nama saya asalnya memang bunyi begitu. ya. yang omputih sebut my, my kat depan barang-barang dia tu, sebab diorang tertarik dengan idea saya.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
my.crazyartzone.com nama domainnya agak poyo sebab mengaku crazy art zone. kisahnya saya cuma guna apa yang ada. asalnya untuk orang lain. tapi tak jadi. tapi sebab saya dah melabur untuk domain ni, jadi saya gunakan supaya tidak membazir. tapi saya terpaksa struggle untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan nama domain walaupun masih tak sama. fuh!

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
ikut suka hati saya. tapi saya suka tulis campur-campur bahasa. sebab pada saya there's no boundaries between language. kita semua sama saja. kadang-kadang saya tulis serius dan betapa saya berharap saya pandai buat lawak.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
untuk blog ni belum lagi. tapi blog-blog sebelum ni dah terhapus pun, sebab cerita-cerita dalam blog lama saya dah tak releven. cuma tinggal satu tak terhapus sebab tak tau cemana nak hapus sebab tak ingat password dan email yang digunakan untuk retrieve password pun dah tak wujud. eh. tapi saya masih punya fotoblog.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
saya kenal blog-blog ni januari 2002 bila mana kak max keluar majalah wanita. saya rasa idea tu sungguh menarik sebab saya memerlukan tempat untuk luahkan perasaan. maka saya pun tulis blog dan join geng jurnel. dari situ saya kenal elin (dan wan juga). dulu saya suka baca kisah cinta dia (kwang kwang kwang) romantik tau.. dan dia ni hyper active.. sebab tu banyak betul cerita dia yang suka saya nak baca. hehe..

6) Next tag?
saya mahu tahu kisah blog kamu semua yang baca kisah blog saya ni. serius. seronok baca kisah-kisah sejarah ni. kalau nak tulis nama, panjang sangat sebab merasalah dah lebih 200 komen. wah!!

Sekian, tq (ni pun aku copy elin. aci tak? kalau aci kena buka pintu, kata rina dan aleesa)


Tag, Kisah Saya | 1 Comments
 

saya dapat award lagi
Tuesday, March 10, 2009
Posted on 8:29:22 PM | 0 Comments

wah.. saya dapat award lagi..

kali ni dari jaja & lian..
thank you so much to jaja & lian for the award dan kata-kata yang sangat memberangsangkan di dalam blog kamu berdua tu.. saya sangat tersentuh dan happy sekali..

saya kenal jaja & lian baru lagi. yang saya tahu mereka sangat kreatif dan rajin. dan saya sangat teruja bila jumpa blog-blog orang malaysia yang berkraf ni. dulu susah nak jumpa.

Here are the rules;

1. Place the award logo on your blog.
2. Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
3. Link to the nominees on your blog post.
4. Comment on their blog that you have nominated them.
5. Share the love and link to the person who nominated you.

seterusnya saya mahu berikan award ni kepada seluruh kawan-kawan MJ saya.

kita memang betul-betu sisterhood. banyak sangat yang kita share. masa happy. masa sedih. masa poyo. masa depress. semua kita share. dan sesekali kita bergather memang amat seronok sekali. saya happy sangat menjadi sebahagian dari MJ. sudilah kiranya kakak-kakak dan kembar-kembar (ni yang sebaya kira kembar lah) dan adik-adik MJ sekelian menerima award ni.. ewah!


Tag, MJ | 0 Comments
 

My Debut Album
Thursday, March 05, 2009
Posted on 3:03:03 PM | 4 Comments

saya di tag oleh has.

Things you do when you've nothing to do. Now you've been tagged, read the instructions below ;)

  1. Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random
    The first random wikipedia article you get is the name of your band.
    (alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times.)
  2. Open http://www.quotationspage.com/random.php3
    The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.
  3. Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days
    Third picture, no matter what it is, will be your album cover.
  4. Use photoshop/paint or similar to put it all together.
  5. Post it to FB blog with "My Debut Album" in the "caption" and TAG the friends you want to join in.


tadaa!!!!

credits to Kelly Ryden for the great picture.

sekarang saya tag semua yang rajin bermain dengan photo editing..


Tag, Lagu | 4 Comments
 

award yang kiut
Friday, January 30, 2009
Posted on 11:59:03 AM | 10 Comments

The rules of this award are:-

1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

ianya adalah rina, ibu muda beranak dua

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya...

saya baru je buat 16 fakta auta hari tu. la ni nak kena tambah lagi 10 pulak. ok, saya cuba sekali lagi.


  1. saya start blogging pada jan 2002. tapi mase tu dipanggil jurnal yang mana saya pun join geng jurnal walaupun saya tak aktif. cuma sekumpulan kecil yang saya kenal yang sekarang ada juga berhubung melalui facebook. ya. facebook untuk orang yang dah lama tak jumpa.

  2. saya on & off saja blogging ni sejak itu, dan banyak juga url-url yang saya guna dulu. entry sebelumnya dah selamat dihapuskan, kecuali entry 2004 tak tau cemane nak hapuskan sebab email dah tak valid, password pulak dah tak ingat. yang dah tak berapa aktif sekarang adalah fotopages saya.

  3. saya start kenal MJ pada 2004. elin & wan adalah yang saya kenal sejak zaman geng jurnal.

  4. saya guna url crazyartzone.com ni sebab asalnya untuk orang lain. pas tu tak jadi. supaya tak membazir, saya gunalah terus. tapi macam tak sesuai dengan isinya kan. takde art pun.

  5. asal entry blog ni adalah pasal scrapbook dan kehidupan harian saya.

  6. selapas anak perempuan saya lahir, kebanyakan entry adalah pasal jahitan dan hidup saya dan anak-anak juga.

  7. masa sekolah rendah, saya ada buku lagu yang mana saya salin semua lirik lagu yang saya suka. saya ingat masa tu zaman sudirman, anita sarawak, sharifah aini, ramlah ram, ibnor riza, ellycat, etc etc.. hehehe...

  8. masa sekolah menengah, saya tak ada buku lagu, tapi saya start tulis diari. saya tulis lagu kat katil asrama. jahatnya saya. saya dah hapuskan diari-diari saya selepas habis belajar.

  9. masa form 5, saya ada scrapbook yang ditulis oleh kesemua kawan-kawan saya. sampai sekarang saya suka membelek scrapbook tu. sekarang kami berhubung juga melalui facebook.

  10. saya buat entry ni sebab award kat atas tu sangat kiut.

pemenang seterusnya untuk award cute ni adalah:

1. dania & gee
2. faridah
3. zura
4. jaja
5. mj


Tag, Kisah Saya | 10 Comments
 

{ Older Post }

Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server